Monday, 13 November 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 09 (Taipei 101 - 1)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 9: Taipei
TAIPEI 101 - 1

HARI KEDUA (5)

Part 23: Lunch @ Taipei 101

Selepas melawat Sun Yat Sen Memorial, Philips membawa kami melawat ke mercu tanda utama kota Taipei ~ Taipei 101.
 
Perjalanan menuju ke Taipei 101
Taipei City Council
Taipei World Trade Center
Sebelum pembinaan bangunan Burj Khalifa di Dubai pada tahun 2010, Taipei 101 adalah bangunan tertinggi di dunia. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1999 dan siap dibina pada tahun 2004. Rekabentuk bangunannya dibuat dengan mengambil ilham dari Pagoda dan juga ruas-ruas pada batang buluh.

Taipei 101
Pemandu Mr. Liu membawa kami masuk ke bangunan Taipei 101 menerusi tempat Drop-Off yang terletak di aras basement.

Tempat Drop-Off pengunjung ke Taipei 101 yang terletak di aras basement
Teksi
Mengikut Philips masuk ke bangunan Taipei 101
Pintu masuk ke Taipei 101
Disebabkan ketika itu dah masuk waktu makan tengah hari, Philips terus membawa kami ke Food Court di Taipei 101 ini.

Pemandangan di dalam Taipei 101
Berjalan menuju ke Food Court
Ada sebuah Food Court yang besar di dalam Taipei 101. Berbagai gerai makanan ada disediakan tetapi kami buntu nak memilih makanan yang boleh dimakan kerana kesemuanya nampak macam Tidak Halal.

Food Court di Taipei 101
Ruang makan di Food Court Taipei 101
Pelbagai gerai makanan disediakan tetapi banyak yang Tidak Halal
Berjalan-jalan meninjau makanan yang boleh dimakan
Jalan-jalan cari makan...
Tumbuhan plastik yang menjadi hiasan di Food Court Taipei 101
Jalan punya jalan, memang lega bila akhirnya bertemu dengan sebuah gerai menjual makanan India yang bernama Indian Palace. Sajian dalam menunya tak ada pork seperti di gerai-gerai lain dan kami yakin juga makanan yang disajikan adalah Halal, tetapi tiada sebarang sign Halal dipamerkan. Untuk lebih selamat, kami memilih hidangan Vegetarian dan Kari Ikan saja. Makan tengahari dah termasuk dalam pakej percutian kami, jadi order saja apa yang nak dimakan dan ia akan dibayar oleh Philips menerusi kad yang disediakan oleh travel agent.

Indian Palace
Staff di Indian Palace adalah rakyat tempatan yang tak pandai berbahasa Inggeris. Jadi susah nak bertanya sama ada makanan yang disediakan memang Halal.
Menu makanan di Indian Palace
Pelbagai jenis roti yang dijual di Gerai Indian Palace
Lepas dah order makanan, kita cari dulu tempat duduk. Walaupun ketika itu lunch hour, suasana di Food Court ini macam tak sibuk. Ada banyak meja kosong yang boleh kita pilih untuk duduk makan di mana-mana. Sewaktu kami dah habis makan nak berjalan keluar dari Food Court, barulah nampak berbondong-bondong pelancong tiba nak mencari makanan.

Kita pilih duduk kat sini
Buzzer ini akan berbunyi bila makanan dah siap
Hidangan lunch kami
Sampai masuk dalam semak pokok plastik nak mengambil gambar makanan. Hahaha!
Jemput makan...
Lepas makan, kita tak boleh tinggalkan saja pinggan mangkuk kat meja. Kena kemas sendiri dan buang sisa makanan di tempat yang ditetapkan.

Philips membantu mengemaskan meja selepas makan
Pinggan mangkuk dan sisa makanan kena dihantar sendiri ke tempat yang disediakan. Macam kat Europe juga...
Meninggalkan Food Court

Part 24: 89th Floor @ Taipei 101

Philips seterusnya membawa ke kami ke Observatory Taipei 101. Observatory utama Taipei 101 sebenarnya terletak di Aras 89. Walau bagaimanapun, laluan masuk ke Observatory ini terletak di Aras 5.

Suasana di dalam Taipei 101
Laluan menuju ke Observatory
Penunjuk aras
Kalau nak pergi ke Observatory, kena pergi ke Aras 4 terlebih dahulu. Dari sana, kena pulak naik escalator ke Aras 5. Aras 4 ini dipenuhi dengan butik-butik yang mahal. Saja dia orang paksa kita lalu kat depan butik-butik mahal ini, begitu!

Butik-butik mahal di Aras 4
Berjalan menuju ke escalator
Bumbung di aras butik-butik mahal
Burberry
Dior
Butik Louis Vuitton ini adalah butik yang paling besar
Kiosk-kiosk di tengah itu pun menjual barangan Louis Vuitton
Butik Bvlgari
Naik escalator ke Aras 5
Pemandangan Aras 4 sewaktu sedang naik escalator
Satu lagi pemandangan Aras 4 sewaktu naik escalator ke Aras 5
Kedai Teh British TWG di depan escalator di Aras 5
Syukurlah tak ramai orang nak naik ke Observtory sewaktu kami tiba. Jadi mudahlah kami nak membeli tiket. Tak perlu nak beratur panjang.

Pintu masuk ke pejabat tiket
Tak ramai orang tengah beratur di kaunter tiket ketika itu
Maklumat pakej tiket yang dijual
Ada berbagai pakej tiket yang dijual untuk melawat ke Observatory Taipei 101. Philips membantu kami membeli tiket yang berharga NTD 980 (RM 144) seorang yang membolehkan kami melawat ke kedua-dua Aras 89 dan 101.

Philips membantu membeli tiket
Selain tiket, kami juga diberi berbagai baucer diskaun untuk membeli-belah dan makan-makan di kafetaria di atas sana.

Tiket masuk ke Observatory
Pelbagai shopping voucher yang turut diberi bersama tiket
Kami berdua berjalan sendiri naik ke Observatory. Philips tidak mengikut kami ke sana.

Penunjuk arah untuk naik ke Observatory. Muslim Prayer Room juga ada disediakan di sini.
Dalam perjalanan menuju ke lif naik ke atas, ada khidmat fotografi kenangan disediakan. Kita diminta posing di depan green screen dan gambar akan disuper-imposed dengan pelbagai pemandangan menarik Taipei 101. Kami posing juga depan green screen ini, tapi tak beli pun gambar. Kalau nak skip bergambar pun boleh juga, mereka tak paksa.

Laluan masuk menuju ke lif. Ada green screen tempat fotografi disediakan di depan sana.
Contoh-contoh gambar yang diambil
Dah sampai ke tempat lif
Lif naik ke Observatory di Taipei 101 yang dipasang oleh Syarikat Toshiba dari Jepun adalah lif yang terpantas di dunia pada masa ini. Ia bergerak dengan kelajuan 1010 meter/min. Disebabkan kelajuannya, rasa berdengung juga telinga kita sewaktu lif bergerak naik ke atas.  

Model lif yang dipasang di Taipei 101. Lif ini adalah terdiri dari 2 tingkat.
Pengiktirafan lif terpantas di dunia oleh Guinness World Records
Pemandangan di dalam lif sewaktu sedang bergerak naik ke atas
Kedudukan di mana lif sedang berada juga ditunjukkan kepada pengguna lif
Siling lif yang dihias dengan lampu bak bintang yang bertaburan
Biasalah... macam juga Observatory yang kami pernah lawat di bangunan-bangunan tinggi yang lain, di sini ada tingkap kaca yang besar di sekeliling untuk membolehkan kita menikmati pemandangan luar. Bersama dengannya, turut disediakan kedai-kedai cenderamata.

Pemandangan di Obsevatory di Aras 89, Bangunan Taipei 101
Ada juga props untuk bergambar yang disediakan di sana-sini
Information Counter
Kiosk Minuman
Menikmati pemandangan di luar

Kita nikmati pemandangan indah kotaraya Taipei dari Aras 89, Taipei 101...

Sambil melihat pemandangan indah keseluruhan kotaraya, kita cuba identify beberapa landmark terkenal di bandaraya Taipei...

Taipei Dome dan Sun Yat Sen Memorial
Sun Yat Sen Memorial
Taipei Dome
Stadium Taipei Arena
China Television Service
Taipei City Council Building
Kita pandang lebih jauh ke sebelah utara kota Taipei. Di sana kita akan dapat melihat Pergunungan Yangmingshan serta Sungai Keelung yang terbina di atasnya dua buah jambatan yang menarik: MacArthur Bridge No. 1 dan MacArthur Bridge No. 2.

Pergunungan di kejauhan sana adalah Pergunungan Yangmingshan
Sungai Keelung
MacArthur Bridge No. 1
MacArthur Bridge No. 2
Sebuah lagi jambatan yang merentang Sungai Keelung
Ada banyak bangunan pencakar langit di Taipei
Pemandangan lapangan terbang kedua bagi Taipei, Taipei Songshan Airport juga dapat dilihat dari Aras 89, Taipei 101. Airport ini banyak digunakan oleh syarikat penerbangan dari negara-negara serantau seperti China, Jepun dan Korea.

Taipei Songshan Airport
Pesawat-pesawat di Songshan Airport Taipei
Papan tanda landmark yang boleh diperhatikan dari Taipei 101
Pemandangan siang
Pemandangan malam
Kerusi tempat rehat
Gift Shop
Seperti juga banyak menara yang lain, Taipei 101 juga mempunyai Glass Floor. Kami pernah melihat Glass Floor di tempat lain seperti di Auckland Sky Tower, Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan Menara Alor Setar. Tapi serious Myself katakan, Glass Floor di Taipei 101 inilah yang paling gayat. Bila dipandang ke bawah, memang terasa macam nak menjunam jatuh ke bumi.

Glass Floor di Aras 89
Berani menjenguk ke bawah dari jauh begini saja sebab gayat.
Kita pandang ke luar saja sebab gayat nak tengok ke bawah dekat Glass Floor
Taiwan adalah sebuah negara yang terdedah kepada ancaman taufan dan gempa bumi. Oleh yang demikian, perlindungan dari kedua-dua elemen ini turut diambilkira sewaktu pembinaan bangunan Taipei 101 dengan pemasangan sebuah Tuned Mass Damper.

Arah ke Tuned Mass Damper
Pintu masuk ke bilik yang menempatkan Tuned Mass Damper
Tingkap pandangan arah ke timur
Tuned Mass Damper di Taipei 101 adalah sebuah pendulum gergasi yang dipasang di antara Aras 89 ke Aras 92. Ia berbentuk sfera dan diperbuat dari bahan keluli dengan diameter 5.5 meter dan seberat 660 ton metrik. Damper yang diikat dengan kabel keluli kepada bangunan ini berfungsi dengan cara membuat tindakbalas melawan arah gegaran bangunan bila berlaku kejadian taufan ataupun gempa bumi. Gegaran yang berlawanan arah ini akan membantu memastikan ketegaran struktur bangunan Taipei 101 dalam apa jua keadaan. 

Pemandangan Tuned Mass Damper dari Aras 89
Damper ini diikat dengan kabel kepada bangunan untuk membolehkan ia membuai pada arah yang berlawanan sewaktu kejadian taufan dan gempa bumi untuk mengekalkan integriti bangunan.
Tuned Mass Damper di Taipei 101 mampu membuai sejauh 5 meter dan mengurangkan sway pada bangunan sehingga 30-40%. Malah pengunjung ke Taipei 101 dapat menyaksikan Tuned Mass Damper ini beraksi sewaktu kejadian gempa bumi berlaku di Sichuan, China pada tahun 2008. Gegaran gempa bumi ini sangat kuat sehingga dapat dirasakan sehingga ke Taiwan. 

Tuned Mass Damper ini sekali lagi beraksi sewaktu gempa bumi yang berpusat di Hualien di sebelah timur Taiwan melanda pada tahun 2018. Keberkesanan dalam kejadian taufan pula telah teruji sewaktu Taiwan dilanda taufan besar seperti Taufan Soudelor (2003) dan Taufan Phoenix (2014). Dah menjadi lumrah dunia, keselamatan dah pasti ada harganya ~ kos pembuatan Tuned Mass Damper ini sendiri sahaja menelan belanja USD 4 juta (RM 19 juta) dengan tempoh pembuatan selama hampir setahun.

Keberkesanan Tuned Mass Damper ini telah terbukti dalam beberapa kejadian taufan dan gempa bumi yang melanda Taiwan.
Video yang menunjukkan bagaimana Tuned Mass Damper beraksi sewaktu kejadian Taufan Soudelor pada tahun 2003
Selepas dah puas meninjau pemandangan dari Aras 89, kami nak naik pula ke aras tertinggi dalam bangunan Taipei 101 ~ Aras 101. Kata Philips kepada kami tadi, Aras 101 ini hanya dibuka kepada pengunjung selepas bencana Wabak Covid-19. Mungkin kerana Taipei 101 nak recover kembali pendapatan yang hilang sewaktu Taiwan ditutup kepada pengunjung sepanjang wabak. 

Taiwan adalah antara negara yang paling lewat di dunia membuka sempadan kembali selepas wabak Covid-19 berakhir. Sebelum kejadian wabak ini, aras yang tertinggi boleh dilawat oleh pengunjung hanyalah Aras 89. Namun disebabkan tiket masuk kami ke Aras 101 adalah pada pukul 1 petang, kita jalan-jalan lagi pusing Aras 89 ini dulu...

Pusing-pusing lagi di Aras 89...
Taipei
Lagi pemandangan kota Taipei
Terowong
Posing dengan pelbagai props yang disediakan
Peta Taiwan
Kepada yang daredevil, mungkin boleh mencuba aktiviti Skyline ~ berjalan di bahagian luar sekeliling Bangunan Taipei 101 dari Aras 89 ini.
Pemandangan ke arah selatan bandaraya Taipei
Posing dulu di sini sebelum naik ke Aras 101


 Bersambung ke Bahagian 10...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: