Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 23: Flight Retimed
TAIPEI TAOYUAN INTERNATIONAL AIRPORT
HARI KEEMPAT (2)
Part 48: Taipei Taoyuan International Airport
Kami tiba di Taipei Taoyuan International Airport pada pukul 12 tengahari.
|
Kawasan yang berpagar di kiri dan kanan ini adalah projek pembesaran Taipei Taoyuan International Airport |
|
Terminal 2, Taipei Taoyuan International Airport |
Penerbangan kami hari ini terbang menerusi Terminal 1, Taipei Taoyuan International Airport. Maka ke sanalah kami dihantar oleh Mr. Liu.
|
Menuju ke Terminal 1 |
|
Terminal 1, Taipei Taoyuan International Airport |
|
Tiba di Terminal 1 |
|
Bergambar kenangan dengan Mr. Liu |
|
Suasana di Terminal 1 |
|
Kaunter Check-in Malaysia Airlines terletak di Row 2 di sana |
|
Kaunter Tax Return bagi yang nak membuat tuntutan VAT |
Bingung juga kami tentang apa yang patut dibuat kerana pesawat kami yang sepatutnya berlepas pada pukul 3.10 petang dah dijadual semula ke pukul 9.55 malam. Jealous betul kita melihat penumpang-penumpang Air Asia ke Kuala Lumpur tengah beratur nak check-in. Pesawat Air Asia ini dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada pukul 2.45 petang. Macam mana Air Asia boleh punctual dan Malaysia Airlines pulak yang delay ni?! Haihhh!!
Bila dah mendapat tahu yang flight kami delay petang semalam, adalah kami buat survey kat website Taipei Taoyuan Airport ini tentang apa yang boleh dibuat. Kami dapati ada sebuah kedai noodle Halal di airport ini, tetapi ia terletak di Terminal 2. Kita pergi lunch dululah di sana, lepas itu baru fikir apa yang nak dibuat. Tetapi untuk mengelakkan dari terpaksa mengheret beg ke sana-sini, kita tinggalkan saja beg di Left Luggage Service.
|
Tinggalkan beg dulu di Pelican Left Luggage |
Ada perkhidmatan tren percuma yang dinamakan Skytrain yang menghubungkan Terminal 1 dan Terminal 2 di Taoyuan Airport. Kita gunakan tren ini untuk pergi ke Terminal 2.
|
Arah ke Skytrain untuk ke Terminal 2 |
|
Menuju ke perhentian Skytrain |
|
Pemandangan ke luar tingkap sewaktu berjalan ke perhentian Skytrain |
|
Pemandangan keseluruhan Taipei Taoyuan International Airport |
|
Menunggu Skytrain |
|
Skytrain beroperasi setiap 6 minit |
|
Skytrain dah tiba |
|
Pemandangan di dalam Skytrain |
|
Pemandangan dari Skytrain menuju ke Terminal 2 |
|
Menara Kawalan |
|
Menghampiri Terminal 2 |
|
Tiba di Terminal 2 |
|
Perhentian Skytrain di Terminal 2 |
|
Arah ke Terminal 2 |
|
Menuju ke lobi Terminal 2 |
|
Perhentian Skytrain di Terminal 2 terletak di Aras 3 |
Terminal 2 di Taoyuan Airport ini adalah terminal yang lebih baru berbanding Terminal 1. Jadi rupanya lebih slick dan moden, adalah iras-iras suasana macam di KLIA2.
|
Kaunter Hong Kong Airlines di Terminal 2 |
|
Robot yang sedang charging |
|
Kaunter Asiana Airlines |
|
Kaunter Eva Air |
|
Yang di depan sana juga adalah kaunter Eva Air |
Bila ternampak Information Counter kat Terminal 2, kami bertanya tentang Prayer Room. Kata petugas di kaunter, Prayer Room cuma ada di ruang perlepasan selepas pemeriksaan imigresen. Selepas itu saja-sajalah gatal bertanya tentang bila kaunter Malaysia Airlines nak dibuka. Petugas di kaunter walau bagaimanapun tak boleh nak memberi jawapan segera, mereka kata kena tanya dulu pulak dengan Malaysia Airlines. Lama juga mereka nak mendapatkan info, jadi kami kata tak mengapalah, kami pergi makan dulu. Lepas makan nanti kami datang balik, mungkin mereka dah dapat info masa itu.
|
Lupa nak ambil gambar Information Counter di Terminal 2 ini. Ia adalah sebenarnya kaunter putih di sebelah kiri gambar ini. |
|
Menuju ke arah Food Court |
Food Court di Terminal 2 ini terletak di tingkat atas. Kena naik tangga betul-betul kat depan Information Counter. Disebabkan kami malas nak naik tangga, kita tunggu sajalah lif di situ. Tengah kami menunggu lif, terkocoh-kocoh staff di Information Counter datang mendapatkan kami. Dia memberitahu kaunter check-in Malaysia Airlines dah dibuka dan kami perlu mendaftar sebelum pukul 2 petang. Pulak, dah?! Kenapa pulak kena daftar awal sedangkan flight dah delay sampai pukul 9 malam?
Ketika itu, jam dah pun menunjukkan hampir pukul 1.30 petang. Staff itu menasihatkan kami supaya balik ke Terminal 1 untuk check-in. Lepas dah check-in boleh masuk terus ke passenger area, di sana ada Prayer Room yang selesa katanya.
Atas nasihat dari staff di Information Counter tadi, kami bergegas naik Skytrain balik ke Terminal 1. Tak sempatlah nak merasa makan noodle Halal kat Terminal 2 ini!
|
Bergegas nak balik ke Terminal 1 |
Disebabkan kaunter Malaysia Airlines terletak agak hampir dengan perhentian Skytrain di Terminal 1, kami singgah dulu ke sana untuk mendapatkan penjelasan. Memang betul check-in counter Malaysia Airlines dah dibuka. Kata staff di counter Malaysia Airlines, kalau kami check-in sebelum pukul 2 petang, kami layak untuk mendapat sebuah bilik hotel percuma. Lunch dan dinner pun ditanggung oleh Malaysia Airlines. Oh, begitu!
Dengan info yang diperolehi, bergegas pulak kita pergi mengambil beg yang ditinggalkan di Left Luggage tadi. Nasib baik tak ramai orang di sana ketika itu. Tapi kena jugalah kita membayar caj NTD 300 (RM 60) untuk perkhidmatan tak sampai sejam itu.
|
Mengambil semula beg di Left Luggage |
Left Luggage terletak di hujung sana Terminal 1 dan kaunter Malaysia Airlines pulak terletak di hujung sebelah sini. Adoii, letih kita berkejar balik ke kaunter Malaysia Airlines untuk check-in.
|
Check-in di kaunter Malaysia Airlines |
Lepas beg dah selamat check-in, kita diminta pula pergi ke kaunter sebelah untuk pendaftaran hotel dan diberi baucer untuk lunch. Ada beberapa outlet makanan yang boleh menerima baucer tersebut. Tetapi kalau nak pakai baucer lunch yang diberi, staff tersebut menasihatkan kami untuk membeli secara take-away saja sebab bas akan bertolak ke hotel dalam masa 25 minit.
|
Membuat pendaftaran untuk mendapatkan bilik hotel dan baucer lunch |
|
Baucer lunch yang diberi |
Pada mulanya, kami pergi ke Food Court kerana ada sebuah restoran halal yang tersenarai pada baucer yang diberi oleh Malaysia Airlines. Pusing-punya pusing, tak jumpa pun restoran Halal yang dinyatakan. Maka, kami membuat split second decision untuk membeli vegetarian sandwich di restoran Subway yang juga tersenarai dalam baucer yang diberi.
|
Food Court di Terminal 1 |
|
Melilau mencari restoran makanan Halal tetapi tak jumpa |
Syukurlah kami dah tahu lokasi restoran Subway bila berpusing keliling Terminal 1 nak mencari tempat Left Luggage tadi. Maka ke sanalah kami melangkah. Bila dibaca pada menu ada pulak pilihan Tuna Sandwich. Alhamdulillah, tidaklah terpaksa kita menjadi vegetarian tengah hari itu.
|
Restoran Subway di Terminal 1, Taipei Taoyuan International Airport |
|
Nasib baik ada menu Tuna Sandwich di Subway ini |
|
Menunggu sandwich disiapkan |
|
Pemandangan ruang makan di restoran Subway |
|
Alhamdulillah, sempat kita pack Tuna Sandwich dari Subway untuk dibawa ke hotel |
Bersambung ke Bahagian 23...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.