Monday, 20 November 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 12 (Raohe St Night Market)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 12: Taipei
RAOHE STREET NIGHT MARKET

HARI KEDUA (8)

Part 30: Raohe Street Night Market

Daerah Songshan di mana letaknya Wufenpu Clothing Market yang telah kami lawati tadi juga terkenal dengan sebuah pasar malam yang bernama Raohe Street Night Market. Maka ke sanalah destinasi lawatan kami yang seterusnya.

Berjalan menuju ke Raohe Street Night Market
Ciyou Temple dekat pintu masuk ke Raohe Street Night Market
Pemandangan lebih dekat Ciyou Temple
Raohe Street Night Market terletak di sana...
Pasar malam adalah sebahagian budaya penduduk Taipei, jadi memang tak sah kalau kita tak melawat ke pasar malam ini. Pasar malam juga ada di Malaysia, jadi kita lihat sama ada pasar malam di Taipei sama dengan pasar malam yang ada di Malaysia, khususnya di Pulau Pinang.

Pintu masuk ke Raohe Street Night Market
Gerai pertama yang kami temui sebaik masuk ke Raohe Street Night Market
Kelihatan macam menjual sejenis kuih tradisional yang popular
Pasti gerai ini popular dan ramai pelanggan kerana ada tempat berbaris yang disediakan
Kuih tradisional yang dijual adalah Hujiao Bing (Pepper Bun)
Avocado
Seperti yang pernah diceritakan oleh Philips kepada kami, kebanyakan penduduk Taipei menyewa kediaman disebabkan hartanah di kota ini yang terlalu mahal untuk dimiliki. Kebanyakan pemilik kediaman pula tidak membenarkan penyewa untuk memasak di rumah disebabkan bahaya kebakaran. Dari sinilah munculnya pasar-pasar malam yang menjual pelbagai makanan untuk kemudahan penduduk Taipei.

Oleh kerana ketika itu masih awal lagi, ramai juga pekedai yang kelihatan sedang bersiap untuk memulakan perniagaan.
Taiwan Sweet Potato Balls
Selain gerai-gerai, ada banyak juga restoran di lot kedai di sepanjang Raohe Street Night Market ini
Sausage
Restoran di lot kedai Raohe Street
Raohe Street Night Market bukanlah pasar malam yang terbesar di Taipei, ia adalah sebaliknya pasar malam yang kedua terbesar. Pasar malam yang terbesar adalah Shilin Night Market tetapi kami tidak melawat ke sana.

Suasana di Raohe Street Night Market
Husband berjalan sambil memakai mask sebab tak selesa dengan bau makanan yang dijual
Dataran kecil berdekatan Raohe Street Night Market
Suasana di dataran
Macam-macam makanan dijual di Raohe Street Night Market dan dah pasti kebanyakannya memang Tidak Halal. Babi adalah makanan favourite penduduk Taiwan, jadi hidangannya ada di mana-mana. Kalau anda seorang yang penggeli, mungkin lawatan ke Raohe Street Night Market ini tidak sesuai untuk anda.

Jalan-jalan lagi di Raohe Street Night Market
Taiwan Sweet Potato Ball
Inilah rupa Taiwan Sweet Potato Ball
Kita tengok apa yang sedang dimasak di sana...
Macam Dumpling
Gerai minuman
Gerai Seafood
Sotong
Siput laut
Gerai permainan yang ada di mana-mana di Taiwan
Banyak yang kami perhatikan di Raohe Street Night Market ini tetapi susah nak menceritakan semuanya. Jadi biarlah saja gambar yang berbicara tentang apa yang kami lihat...

Black Pork Sausage
Black Pork Susage ini juga dimasak dengan Sorghum Wine
Macam-macam jenis daging
Sesuatu yang kami perhatikan di Pasar Malam ini ialah cara mereka memasak sangat bersih
Gerai Tempura
Gerai Cold Cabbage Swallow
Cold Cabbage Swallow
Tekun membuat Cold Cabbage Swallow
Artistic
Dongshan Duck Head
Kepala Itik
Oyster Bun
Gerai buah-buahan
Menyusun buah-buahan
Menarik buah-buahan yang dijual
Gerai Pork Sausage
Pork Sausage
Gerai Crispy Doughnuts
Crispy Doughnuts
Ini pun Pork Sausage
Gerai Oden
Taiwanese Oden
 Gerai apa pulak kat depan sana?
Gerai Ayam
Macam-macam parts ayam ada...
Leluhur penduduk Taiwan ramai yang datang dari Tanah Besar China. Myself pernah terbaca yang pada satu ketika dulu, penduduk di Tanah Besar China sering mengalami kebuluran dan tidak cukup makanan. Kerana itulah Myself rasa mengapa makanan Cina terdiri dari semua bahagian haiwan yang boleh dikunyah ~ dari kepala sampailah ke kaki, baik pada ayam, itik ataupun babi. Semuanya menjadi delicacies dalam masakan Cina seperti yang kami lihat di Raohe Street Night Market ini. Bak kata Orang Putih, nothing goes to waste.

Gerai di sebelah kiri menjual daging beruang manakala gerai di sebelah kanan pula menjual Drumstick Roll
Drumstick Roll berinti ayam
Drumstick Roll
Di celah-celah kedai menjual makanan, ada juga beberapa gerai carnival games untuk permainan orang dewasa dan juga kanak-kanak.
 
Gerai permainan menembak untuk orang dewasa
Kalau nak menang hadiah, kena tembak semua belon yang dipasang dalam bulatan hanya dalam satu round tembakan machine-gun.
Permainan untuk kanak-kanak
Gerai permainan untuk kanak-kanak
Banyak juga permainan kanak-kanak yang ada di sini
Sebuah lagi gerai permainan carnival game untuk kanak-kanak
Ada gerai yang turut menyediakan meja tempat makan untuk pelanggan
Poster calon Pilihanraya Presiden Taiwan yang akan datang. Dia adalah pemilik syarikat pengeluar mikrochip yang terbesar di Taiwan.
Di tengah-tengah Raohe Street Night Market ini, ada sebuah pasar basah yang bernama Songshan Market. Kata Philips, disebabkan ramai penduduk Taipei tidak memasak sendiri, pasar basah seperti ini selalunya hanya dikunjungi oleh pemilik-pemilik kedai makan dan gerai-gerai pasar malam untuk mendapatkan bahan mentah. Myself dan Husband berpeluang melawat ke sebuah pasar basah di Taipei dan pengalaman ini akan Myself ceritakan kemudian.

Songshan Market
Songshan Market ini adalah sebuah pasar basah
Raohe Street Night Market ini terletak di sebatang jalan yang sepanjang 600 meter. Kami berjalan sehingga ke penghujung sebelum berpatah kembali ke tempat asal.

Gerai pakaian dan souvenir juga banyak dilihat di Raohe Street ini
Berpatah balik ke pangkal jalan...
Gerai di sebelah kiri menjual sayur-sayuran kering
Antara sayuran kering yang dijual
Bermacam-macam sayuran kering yang sering digunakan dalam masakan Cina
Gerai Watermelon Juice
Lain macam rupa tembikai dia orang kat sini
Kedai jus minuman
Buah Avocado
Sepanjang pengalaman kami di Taiwan, pemandangan orang yang obese begini adalah sangat rare
Sewaktu meronda di Raohe Street Night Market ini, kami juga bertemu ramai wanita Indonesia yang bekerja sebagai carer orang tua. Ramai yang menolak majikan mereka yang duduk di kerusi roda di Night Market ini, tetapi lupa pulak kita nak ambil gambar mereka.  Kata Philips memang ada ramai Orang Indonesia yang bekerja di Taiwan. Malah ada sebatang jalan berhampiran Taipei Main Station yang terkenal sebagai Indonesia Street disebabkan ada banyak restoran Indonesia di situ. Jalan ini bernama Beiping West Road tetapi kami juga tidak berkesempatan berkunjung ke sana.

Makan-makan di Raohe Street Night Market
Gerai menjual daging ikan
Tuna dan Salmon
Jalan-jalan lagi
Mat Salleh menikmati makanan di Raohe Street Night Market
Macam Gerai 'Ais Kacang'
Condiments
Souvenir
Tak mahu melepaskan Emak
Gerai minuman
Kedai facial treatment
Rawatan benang (threading) adalah antara kaedah rawatan muka yang popular di Taiwan
Ngeri juga kita tengok cara dia buat treatment
Banyak makanan yang pelik pada pandangan kami dijual di sini. Yang seronoknya, pekedai-pekedai di Taiwan sangat ramah. Mereka tak kisah pun kalau kita datang tengok barangan mereka dekat-dekat walau kita tak membeli. Ramai juga yang cuba explain kepada kami apa yang mereka jual tetapi biasalah ~ memang masalah sejagat sepanjang lawatan kami di Taiwan ~ mereka cuma tahu bercakap dalam Bahsa Mandarin. Kita pulak sepatah haram Bahasa Mandarin pun tak tahu selain Ni Hao (How are you), Xiexie (Thank you) dan Wo Ai Ni (I Love You).

Snacks berasaskan seafood
Sotong
Gerai Taro Cake
Taro Cake
Taco Joe
Lagi restoran makanan Cina tempatan
Gerai snacks
Antara yang dijual ialah boneless chicken feet dan deep sea snail
Deep Sea Snail
Gerai Pork Knuckle
Pork Knuckle yang sangat gemuk
Nama gerai ini Shanghai Wok Fried Buns
Sedang memasak Fried Buns
Gerai pakaian
Menunggu makanan disiapkan
Macam tengah masak Nasi Goreng
Lorong di Raohe Street Night Market
Peniaga baru tiba yang nak memulakan perniagaan
Dragon Fruit, Papaya, White Bitter Gourd dan Avocado
Cabbage Pork ~ daging babi yang dibalut dengan sayur kobis
Snack sayur-sayuran
Shrine kecil untuk beribadat
Gerai Beef Noodles
Gerai ini sangat popular kerana ramai artis dari Korea pernah datang mencuba makanan di sini. Gambar mereka dipampang di sepanjang gerai oleh pemiliknya.
Sebuah restoran klasik di Raohe Street Night Market
Menunggu makanan disediakan
Kedai menjual Banana Roti dari Thailand
Banana Roti
Taiwanese Ice Cream
Gerai menjual sotong kering
Gerai yang ini nampak menarik. Jom kita tengok dekat-dekat...
Menjual makanan Jepun, tapi tak tahu apa makanannya...
Daging apa itu agaknya?
Cantik dia punya display...
Souvenir dalam bentuk makanan
Makanan yang dijual
Walaupun cuma gerai kecil, gerai ini mempunyai pengiktirafan Michelin Star
Kedai game yang agak besar di Raohe Street Night Market
Jom kita jenguk sikit kat dalam...
Myself tak faham bagaimana permainan begini boleh menjadi sangat popular di Taiwan
Penghujung lawatan ke Raohe Street Night Market
Meninggalkan Raohe Street Night Market


Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: