Tuesday, 21 November 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 13 (Ciyou Temple)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 13: Taipei
CIYOU TEMPLE & YOUSSEF SHAWARMA HALAL

HARI KEDUA (9)

Part 31: Ciyou Temple

Dekat pintu masuk ke Raohe Street Night Market ada sebuah kuil Cina yang bernama Ciyou Temple. Sementara menunggu Mr. Liu nak datang menjemput kami balik ke hotel, kami singgah dulu melawat ke temple ini.
 
Berjalan meninggalkan Raohe Street Night Market
Ciyou Temple
Pintu masuk ke Ciyou Temple
Ciyou Temple dibina pada tahun 1753 untuk menghormati Dewi Mazu yang merupakan Goddess of the Sea. Sewaktu kami tiba, ada ramai juga pengunjung yang sedang beribadat di sana. Temple ini adalah sebuah Taoist Temple, jadi memang tak ada patung Buddha di sini.

Pemandangan di dalam Ciyou Temple
Disebabkan kita tak nak mengganggu orang yang sedang beribadat, kita tengok sajalah dari belakang temple.
Ada 3 patung utama ditempatkan pada altar di temple ini. Patung utama dah pasti Dewi Mazu. Di sebelah kanannya adalah Earth God manakala di sebelah kirinya pula adalah Zhusheng Niang-Niang yang merupakan Goddess of Birth.

Altar di Ciyou Temple
Siling yang penuh dengan ukiran di Taoist Temple
Ini bukanlah kali pertama kami masuk melawat ke Taoist Temple. Kami pernah melawat ke Taoist Temple yang lain sebelum ini. Satu ciri menarik kalau kita melawat ke Taoist Temple adalah melihat cara bagaimana mereka berdoa untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Kepingan kayu berbentuk kacang yang digunakan oleh penganut Taoist untuk berdoa
Di dalam Kuil Taoist termasuk di Ciyou Temple ini, sering disediakan kepingan-kepingan kayu berbentuk kacang yang terbelah. Orang yang ingin berdoa akan mengambil sepasang kepingan kayu ini dan berdoa di depan patung Dewi untuk meminta bantuan bagi memecahkan permasalahan yang dihadapi.

Kemudian pasangan kepingan kayu ini akan dibaling tinggi-tinggi sebelum jatuh ke lantai. Kalau kedua-dua kepingan jatuh dalam keadaan terbuka, itu bermakna Dewi memberikan jawapan "ya" kepada permasalahan yang dihadapi. Jika kedua-dua kepingan jatuh ke lantai dalam keadaan tertutup, itu bermakna jawapan yang diberi adalah "tidak". Kalau satu kepingan jatuh dalam keadaan terbuka dan satu lagi tertutup, itu bermaksud "mana-mana pun boleh".

Berdoa sambil memegang kepingan kayu sebelum dilambung untuk memecahkan permasalahan.
Kalau kepingan kayu jatuh ke lantai dalam keadaan begini, itu bermaksud boleh pilih mana-mana penyelesaian yang diingini
Suasana di temple agak bising ketika itu kerana ramai yang sedang berdoa sambil membaling kepingan kayu
Kedai yang menjual peralatan sembahan di satu sudut temple di sana
Berdoa kepada Dewi
Patung Dewi dekat pintu keluar
Kata Philips, selain dari Taoist Temple seperti ini, ada juga temple Buddhist dan Confucius di Taiwan. Ia boleh dikenali dengan melihat patung yang ada di dalamnya. Kalau di Buddhist Temple, ada patung Buddha di dalamnya manakala kalau di temple Confucius pula, ada patung Confucius di situ.

Part 32: Youssef Shawarma Halal

Program Hari Kedua Taipei City Tour kami berakhir bila Mr. Liu tiba untuk membawa kami pulang ke hotel.

Perjalanan pulang ke hotel
Lampu berwarna-warni berbentuk kipas di depan sana menandakan ada kedai menjual buah pinang di situ
Kesesakan malam di kota Taipei
Kami tiba di Hotel Papa Whale dekat-dekat pukul 7 malam. Philips meninggalkan kami di depan hotel selepas memberi penjelasan tentang program lawatan pada esok hari pula. Pada mulanya kami bercadang nak mencuba makan di Halal Yellow Beef Noodle di sebelah Chang's Halal Beef Noodle di mana kami dinner malam tadi tetapi kami diberitahu kedai makan di Taipei selalunya ditutup pada pukul 7.30 malam. Macam dah tak sempat pulak ke sana ni!

Balik ke bilik di Hotel Papa Whale
Sedang kami berkira-kira nak makan Mee Maggi saja di bilik, tiba-tiba dapat pulak satu Whatsapp dari Philips yang menunjukkan kepada kami sebuah gerai Shawarma Halal yang terletak tidak jauh dari hotel. Kata Philips gerai ini ditutup pukul 11 malam. Maka kami terus membuat keputusan untuk keluar membeli dinner di sana saja.

Whatsapp dari Philips yang menunjukkan lokasi kedai Shawarma Halal
Baik sungguh Philips mengambil gambar untuk menunjukkan dengan jelas cara untuk pergi ke kedai Shawarma dari hotel
Kedudukan gerai ini dekat dengan Lion Bar di sana
Dengan bantuan arah yang diberi oleh Philips, kami berjalan ke gerai Shawarma ini. Dalam Google Map, kedai ini ditandakan sebagai Youssef Shawarma Halal. Penjualnya adalah seorang lelaki Arab yang sangat fasih berbahasa Cina. Pembelinya pun ramai orang tempatan yang bukan Muslim.

Gerai Youssef Shawarma Halal
Orang tempatan yang turut menunggu nak membeli Shawarma bersama kami
Bergambar kenangan dengan pemilik Youssef Shawarma Halal
Shawarma yang dijual ada dua pilihan: biasa (NTD 70 @ RM 10) atau dengan cheese (NTD 100 @ RM 15). Kami membeli Shawarma dengan cheese pada malam ini.

Berjalan balik ke arah hotel
Menunjukkan Shawarma yang dibeli
Suasana malam kota Taipei berhampiran hotel kami
Menunggu nak melintas jalan
Sebelum balik ke bilik selepas membeli Shawarma, kami singgah di dulu di sebuah 7-Eleven berhampiran untuk membeli minuman. 7-Eleven dekat hotel kami ini dihias dengan tema Hello Kitty.

Singgah di 7-Eleven
7-Eleven dengan tema Hello Kitty dekat Hotel Papa Whale
Suasana di dalam 7-Eleven yang bertemakan Hello Kitty
Souvenir Hello Kitty untuk jualan
Posing dengan Hello Kitty dalam 7-Eleven
Silingnya pun ada gambar Hello Kitty
Selepas itu barulah kami pulang ke Hotel Papa Whale. Kaunter registration di lobi hotel agak sibuk malam ini kerana ada satu kumpulan pelancong baru tiba untuk menginap di hotel ini.

Kaunter registration di Hotel Papa Whale agak sibuk malam ini kerana ada sekumpulan pelancong baru tiba nak menginap di sini
Pada mulanya kami bercadang nak membuka Shawarma dan makan di meja communal dekat lobi sahaja. Tetapi disebabkan suasana yang agak sibuk dengan pelancong yang baru tiba, macam tak seronok pulak nak berbuat begitu. Jadi kita naik saja dan dinner dalam bilik.

Pada mulanya kami bercadang nak duduk makan di sini tetapi tak jadi.
Shawarma dengan air oren yang dibeli di 7-Eleven Hello Kitty tadi
Shawarma yang dibeli di Youssef Shawarma Halal memang sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah Ya Allah, kerana memberikan kami rezeki dinner Halal yang sedap dan mengenyangkan malam ini.
 
Shawarma yang dibeli di Youssef Shawarma Halal
Sedap dan mengenyangkan


Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: