Tuesday, 14 November 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 10 (Taipei 101 - 2)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 10: Taipei
TAIPEI 101 - 2

HARI KEDUA (6)

Part 25: 101st Floor @ Taipei 101

Lif untuk naik ke Aras 101 dari Aras 89 di Taipei 101 terletak di dalam Gift Shop. Maka dekat-dekat pukul 1 petang, kami masuk ke sana.
 
Taipei 101 Gift Shop
Satu lagi pemandangan Gift Shop dari angle yang lain pula
Lif ke Aras 101 terletak di dalam sana
Lukisan dan bunga-bunga palsu dekat Lif naik ke Aras 101
Pintu Lif
Lif berada di Aras 95 sekarang
Sampai ke Aras 101
Pemandangan di Aras 101
Suasana di Aras 101 ini tidaklah menarik sangat sebenarnya. Penuh dengan perhiasan bunga-bunga palsu. Pemandangan dari Aras 101 ini juga macam tak berbeza dengan pemandangan dari Aras 89. Jadi, kalau anda berkunjung ke Taipei 101, Myself tak recommend sangat anda naik ke sini. Setakat melawat ke Aras 89 tadi pun dah okey sangat.

Kita sedang berada pada kedudukan 508 meter dari aras bumi
Pemandangan di Aras 101
Pemandangan Taipei dari Aras 101 Taipei 101
Bangunan tinggi di sebelah kiri adalah Fubon Xinyi A25 Headquarters
Meninjau pemandangan dari Aras 101
Kita posing-posing saja sikit kat atas sini. Selepas itu, kita turun kembali ke Aras 89.

Tempat posing favourite dengan ramai pengunjung ke Taipei 101
Duduk posing di sini juga...
Pengunjung ke Aras 101
Meninjau lagi pemandangan dari Aras 101
Mengambil gamdar dari Aras 101
Posing lagi...
Bunga-bunga palsu
Tak tahu apa nama temple yang di bawah sana
Bangunan yang berpintal di bawah sana pula adalah Agora Tower yang merupakan sebuah bangunan kediaman mewah

Part 26: Turun Kembali Ke 89th Floor
 
Sewaktu membeli tiket tadi, kami juga diberi beberapa kupon diskaun yang boleh digunakan di Aras 89. Salah sebuah di antaranya ialah di sebuah kiosk makanan ringan yang bernama Kadokado.

Kiosk Kadokado
Kiosk Kadokado ini menjual Tofu dan kuih yang kelihatan macam bahulu (dipanggil egg cake). Disebabkan ia open-air, kita boleh melihat proses pembuatan makanan yang dijual. Selepas pasti makanan yang disediakan adalah Halal, kami pun cubalah order Tofu dan kuih bahulu ini.

Melihat proses pembuatan makanan di kiosk Kadokado
Sedang memasak bahulu
Kupon diskaun NTD 50 (RM 7) untuk membeli makanan di Kadokado
Tofu dan kacang yang dinamakan Bai Shuidouhua
Tak ada kerusi disediakan, kena makan berdiri
Set bahulu dengan bentuk bangunan-bangunan menarik di dunia
Set bahulu turut termasuk Mount Fuji, Merlion, Coliseum dan Sydney Opera House
Tofu dan Bahulu
Selepas makan Tofu dan Bahulu, tibalah masa untuk kami turun ke bawah. Kan Myself dah cerita dalam entry sebelum ini yang lif naik ke Taipei 101 terdiri dari 2 tingkat? Untuk kemudahan logistik, tingkat atas dikhaskan untuk pengunjung yang naik ke atas dan tingkat bawah pula dikhaskan untuk pengunjung yang nak turun ke bawah. Sambil pengunjung yang naik keluar di Aras 89, pengunjung yang nak turun pula akan masuk ke lif di Tingkat 88. Oleh yang demikian, kita terpaksa turun ke Aras 88 dari Aras 89 untuk turun ke bawah.

Sebelum masuk lif, kita singgah ke bilik yang menempatkan Tuned Mass Damper untuk melihat pemandangannya dari Aras 88 pulak...

Pemandangan Tuned Mass Damper dari Aras 88
Posing dengan Tuned Mass Damper
Sebagai engineer, Tuned Mass Damper ini sangat menarik perhatian Myself. Husband blurr saja tengok sebab dia dulu bekerja di bidang finance.
Mekanisma pada Tuned Mass Damper yang membolehkan ia membuai melawan arah getaran bangunan sewaktu kejadian taufan dan gempa bumi
Dah puas melihat Tuned Mass Damper, barulah kami bergerak turun ke bawah.

Beratur menunggu lif tiba
Bergerak masuk ke dalam lif

Part 27: Meninggalkan Taipei 101

Philips dah sedia menunggu sewaktu kami tiba ke bawah kembali. Bagus betul dia ni sebab sewaktu kami naik ke atas, dia dah survey lokasi Muslim Prayer Room untuk kami.

Taipei 101 Gift Shop di tingkat bawah (Aras 5)
Botol air minuman berbentuk bangunan Taipei 101 ini adalah antara souvenir popular di sini
Ia dijual pada harga NTD 100 (RM 15) sebotol
Bilik Solat Muslim di Taipei 101 ini terletak di belakang pejabat tiket. Ia adalah ruang solat yang selesa dan dilengkapkan dengan sejadah dan arah kiblat. Namun begitu, kemudahan berwuduk tidak disediakan. Kenalah kita berwuduk di toilet berhampiran.

Muslim Prayer Room di Taipei 101
Prayer Room ini disediakan dengan khidmat nasihat dari Chinese Muslim Association di Taiwan
Suasana di Prayer Room
Kerusi turut disediakan untuk kegunaan jemaah yang uzur
Arah Kiblat yang jelas ditandakan di dalam bilik ini
Sebelum benar-benar meninggalkan Taipei 101, Philips menunjukkan mascot Taipei 101 yang merupakan patung kartun seorang wanita.
 
Mascot Taipei 101
Bangunan serta Jari - Mulut Terbuka - Jari yang digayakan oleh mascot ini sebenarnya melambangkan '101'.
Percubaan meniru aksi mascot yang tidak begitu menjadi sebab kita tak secomel mascot. Hahaha!!
Pemandangan sewaktu turun ke bawah
Philips membawa kami turun ke bawah. Sewaktu tiba di basement, kami singgah di kedai Fu Wan Chocolate untuk mengambil souvenir percuma sekotak cokelat seorang yang diberi oleh Taipei 101 Observatory. Mujurlah ada Philips sebab kalau dia tidak bersama, memang kami tak tercari akan kedai cokelat ini dan tak dapatlah cokelat free yang diberi.

Kedai Fu Wan Chocolate di Basement Taipei 101
Semua pengunjung ke Observatory Taipei 101 boleh mengambil sekotak cokelat percuma dari kedai ini
Cokelat percuma hadiah dari Observatory Taipei 101. Rasanya sedap dan tidak terlalu manis.
Tangga keluar dari Taipei 101
Pintu masuk ke Taipei 101
Pemandangan dari luar Taipei 101
Philips membawa kami ke tepi jalan besar di depan bangunan Taipei 101 kerana Mr. Liu akan menjemput kami di situ.

Pemandangan jalan besar di depan Bangunan Taipei 101
Taipei Restaurant Bus
Sambil menunggu Mr. Liu tiba, sempat juga Myself dan Husband melihat sebuah tembok yang dipasang dengan bata kaca yang berwarna-warni di sini. Pada bata ini tertera nama-nama mereka yang memberi sumbangan sewaktu pembinaan Bangunan Taipei 101 ini dulu.

Tembok berwarna-warni di depan Bangunan Taipei 101
Nama-nama mereka yang berjasa merealisasikan pembinaan Taipei 101 diabadikan pada tembok ini.


Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: