Monday, 4 December 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 18 (Tamsui)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 18: Tamsui
FISHERMAN'S WHARF & FORT SAN DOMINGO

HARI KETIGA (5)

Part 40: Fisherman's Wharf

Destinasi kami yang seterusnya adalah Tamsui yang juga dikenali sebagai Danshui. Ia adalah sebuah bandar perikanan yang bersejarah kerana pernah menjadi kawasan penempatan Spanish di samping menjadi pelabuhan terbesar di Taiwan di satu ketika dulu. "Tamsui" bermaksud "Fresh Water" sempena pertemuan Sungai Tamsui dengan laut. Namun disebabkan pengumpulan keladak di muara sungai, sebuah pelabuhan baru terpaksa dibina di Keelung.

Tiba di Tamsui dalam hujan lebat
Tamsui turut membentuk sebahagian dari New Taipei City. Ada banyak bangunan moden yang cantik di sini yang sebahagian besarnya adalah apartment-apartment kediaman yang moden. Namun disebabkan hujan lebat, sukar kita nak mengambil gambar bangunan-bangunan ini dari dalam kereta. Asyik nampak bintik-bintik hujan saja yang muncul dalam gambar. Haihh!!
  
Tram di Tamsui
Pemandangan yang dapat diabadikan dalam hujan lebat di Tamsui
Sebaik tiba di Tamsui, kami terus dibawa melawat ke Fisherman's Wharf yang merupakan sebuah pelabuhan perikanan lama yang diberi nafas baru sebagai sebuah destinasi pelancongan. Walaupun hujan lebat disertai dengan angin yang bertiup kencang ketika itu, kami tetap keluar dari kereta untuk melawat kerana rasa-rasanya mungkin sekali ini sajalah seumur hidup kami sampai ke sini.

Fisherman's Wharf
Disebabkan Taiwan sangat terdedah dengan kejadian ribut taufan, agensi-agensi pelancongan di negara ini cukup bersedia dan perihatin dengan keperluan pelancong yang datang melawat dalam hujan lebat. Driver kami Mr. Liu menghulurkan baju hujan yang sangat berkualiti sewaktu kami turun dari kereta. Boleh bawa baju hujan ini balik ke Malaysia nanti, kata Mr. Liu. Thank you very much sebab baju hujan yang diberi memang cantik dan berkualiti.

Memakai baju hujan yang diberi oleh Mr. Liu
Bergaya dengan baju hujan dalam angin kencang
Philips membawa kami naik ke atas sebuah pedestrian bridge yang bernama Lover's Bridge untuk menikmati pemandangan Fisherman's Wharf. Jambatan yang dibuka pada Hari Valentine 14 Februari 2003 ini sangat popular bukan sahaja di kalangan pelancong, malah turut menjadi lokasi pilihan dalam banyak penggambaran drama TV Taiwan.

Lover's Bridge
Jambatan sepanjang 196 meter ini dibina merentang sebahagian Sungai Tamsui. Angin yang bertiup kencang membuatkan kita merasa macam nak melayang sewaktu berjalan di atas jambatan. Ada juga Myself bertanya kepada Philips sama ada angin kencang yang sedang bertiup ini adalah taufan? Kata Philips, angin yang bertiup ini bukan taufan sebab ia bertiup dari atas ke bawah. Kalau angin taufan, ia akan bertiup dari sisi.

Berjalan dalam hujan dan angin kencang di atas Lover's Bridge
Kata Philips, angin kencang yang bertiup bukan taufan kerana ia bertiup dari atas ke bawah. Angin taufan akan bertiup dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Walau telah menjadi sebuah tarikan pelancongan, Fisherman's Wharf masih berfungsi sebagai sebuah pelabuhan perikanan. Pemandangan Fisherman's Wharf dari atas Lover's Bridge juga sangat indah walau di dalam hujan lebat begitu. Pasti pemandangannya akan lebih indah kalau kita berkunjung dalam cuaca yang baik.

Pemandangan Fisherman's Wharf dari Lover's Bridge
Ada banyak bot nelayan di sini kerana Fisherman's Wharf masih berfungsi sebagai sebuah pelabuhan perikanan.
Kami berjalan sampai ke wakaf di seberang sana
Bot nelayan yang baru pulang dari menangkap ikan
Close-up bot nelayan
Lagi pemandangan dari Lover's Bridge
Tetap nak posing di dalam hujan lebat
Pemandangan di penghujung pelantar di seberang Lover's Bridge. Kawasan di seberang sana dinamakan sebagai Bali.
Kawasan yang kelihatan di seberang Fisherman's Wharf dinamakan sebagai Bali. Kata Philips, ada tiga "Bali" bagi penduduk Taiwan: (1) Nama kawasan di seberang Fisherman's Wharf ini; (2) Pulau Bali di Indonesia; dan (3) kota Paris di France yang juga dipanggil sebagai "Bali" kerana ramai Orang Cina tempatan sukar nak menyebut perkataan "Paris" dengan lidah mereka. Hahaha!!

Berlindung dari hujan di wakaf yang dibina di atas pelantar
Bot cruise
Bot-bot nelayan
Hujan lebat dengan angin kencang menyebabkan kami tak boleh berlama-lama di Fisherman's Wharf. Dengan hati yang terpaksa, kami kembali ke Lover's Bridge untuk menyeberang mendapatkan kembali kenderaan kami menuju ke destinasi yang seterusnya.

Berjalan kembali ke arah Lover's Bridge
Bangunan berbumbung biru di sana adalah World Chocolate Wonderland
Hujan dah sedikit reda walaupun masih lebat
Lover's Bridge
Tempat permainan kanak-kanak di penghujung Lover's Bridge
Kembali ke tempat kenderaan menunggu
Meninggalkan Fisherman's Wharf

Part 41: Fort San Domingo

Dari Fisherman's Wharf, perjalanan kami diteruskan lagi ke sebuah lokasi bersejarah di bandar Tamsui yang dinamakan Fort San Domingo. Perjalanan menuju ke sana adalah melalui sebuah kawasan berbukit yang mempunyai banyak bangunan kolonial Eropah.

Menuju ke Fort San Domingo
Perjalanan ke Fort San Domingo banyak melalui bangunan-bangunan kolonial
Fort San Domingo dibina di atas sebuah puncak bukit menghadap ke muara Sungai Tamsui oleh penjajah Spanish pada tahun 1628. Kota ini walau bagaimanapun telah diruntuhkan oleh orang Spanish bila mereka diusir oleh orang Belanda pada tahun 1642.

Fort San Domingo terletak di atas bukit yang curam di sebelah kiri
Penjajah Belanda kemudiannya membina sebuah kota baru yang dinamakan Fort Antonio. Antonio adalah nama seorang gabenor Belanda di Batavia (Jakarta) pada ketika itu. Inilah kota yang dilihat di tapak ini sekarang. Namun nama Fort San Domingo terus digunakan sehingga kini sebagai mengenang kota asal yang dibina oleh penjajah Spanish.
  
Berjalan menuju ke pintu masuk Fort San Domingo
Pintu masuk ke Fort San Domingo
Suasana di sebalik pintu masuk ke Fort San Domingo
Notis di pintu masuk
 Berjalan ke pejabat tiket
Membeli tiket masuk
Tiket masuk ke Fort San Domingo berharga NTD 80 (RM 14) bagi dewasa
Buggy yang disediakan untuk Orang Kurang Upaya
Peti Surat
Seperti yang diceritakan tadi, Fort San Domingo yang sebenar memang terletak di atas bukit dan bukit ini pula memang sangat tinggi. Ada tangga yang sangat tinggi dan curam perlu didaki untuk mendapatkannya.

Berjalan menuju ke arah tangga
Bangunan yang kini digunakan sebagai pejabat pentadbiran
Pemandangan menghala ke pejabat tiket
Telaga lama yang merupakan sumber air minum kepada Fort San Domingo sebelum pemasangan paip air moden
Bukit tinggi yang perlu didaki untuk mendapatkan Fort San Domingo yang sebenar
Tangga yang tinggi dan curam
Fuhh!! Lenguh juga kaki kita memanjat tangga yang tinggi dan curam ini
"Askar British" yang menunggu di puncak bukit
Askar British yang cute di Fort San Domingo
Kompleks Fort San Domingo yang sebenar terdiri dari dua buah bangunan: Fort Antonio dan sebuah kediaman konsular. Kota ini juga dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai "Hong Mao Chen" yang bermaksud "Red Hair Fort" kerana Orang Belanda yang mendiami kota ini ketika itu digelar sebagai "Si Rambut Merah".

Fort San Domingo yang sebenar adalah terdiri dari dua buah bangunan: Fort Antonio dan Consular Residence
Fort Antonio yang dibina oleh Belanda
Consular Residence yang dibina oleh British
Walaupun kedua-duanya boleh dilawat, kami tak masuk ke dalam Fort Antonio. Sebaliknya kami cuma melawat ke Consular Residence.

Lalu di depan Fort Antonio
Berjalan menuju ke Consular Residence
Selepas menewaskan Maharaja China dalam Perang Candu (Opium War), British telah menyewa Fort Domingo dari kerajaan Dinasti Qing untuk dijadikan pejabat konsulat mereka. Untuk menempatkan pegawai konsular yang dilantik beserta keluarga, sebuah bangunan bergaya Victoria telah dibina di sebelah Fort Antonio pada tahun 1891.

Former British Consular Residence
Pemandangan menghala ke Fort Antonio dari Consular Residence
Disebabkan Consular Residence dibina oleh Orang British di era dulu, rupanya seakan-akan Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak. Ahh, teringat pulak kat kampung halaman kita sewaktu berada di bumi Taiwan ini.

Senibina bangunan British Consular Residence ini seakan-akan sama dengan banyak bangunan British di Malaysia juga
Jom kita masuk ke dalam...
Keterangan tentang bata yang digunakan untuk pembinaan bangunan ini
Ada sekeping besi yang ditanam dekat dengan pintu masuk ke Consular Residence. Ia adalah sebenarnya pengesat kasut. Maklum sajalah sebab tidak seperti kebanyakan masyarakat Asia yang tidak memakai kasut di dalam rumah, Orang British tidak begitu. Jadi penting untuk memastikan kasut mereka tidak terlekat dengan lumpur yang boleh mengotorkan rumah mengikut standard dan amalan mereka.

Shoe Scraper yang digunakan untuk membersihkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
Husband membuat demo bagaimana nak menggunakan Shoe Scraper
Pelawat boleh masuk ke Consular Residence ini untuk melihat bagaimana kehidupan Orang Putih di Taiwan pada ketika itu. Seluruh rumah ini masih dilengkapi dengan perabot seperti yang digunakan pada era tersebut.

Pemandangan sebaik masuk ke dalam
Ruang Makan
Dinding rumah ini pernah dibaiki berulang-ulang kali. Bahagian dinding ini sengaja dibiarkan untuk menunjukkan lapisan-lapisan plaster dan cat yang pernah digunakan pada ketika itu.
Cangkuk dekat pintu masuk yang digunakan untuk menggantung kot dan tongkat
Ruang Tamu (Drawing Room). Kipas dan tempat pendiang api di bilik ini dibuat di England.
Pendiang Api
Meja kerja Konsular British
Jata Negara England
Pemandangan pejabat Konsular British dari sudut lain
Selepas melawat tingkat bawah, kita naik pula ke atas. Ruang di tingkat atas ini lebih merupakan ruang kediaman keluarga. Kita mulakan dengan melawat ke Guest Bedroom.

Tangga naik ke atas
Ruang di tingkat atas ini dinamakan Westerner's Life Exhibition Hall
Guest Bedroom
Pendiang api di tepi Guest Bedroom
Katil di Guest Bedroom
Leather Nesting Table yang merupakan perabot mewah pada masa itu

Selepas melawat Guest Bedroom, kita melawat pula ke Master Bedroom.

Master Bedroom
Pemandangan Master Bedroom dari depan
Pendiang api di Master Bedroom
Orang British yang kaya raya pada masa dahulu mengupah Nanny (Pengasuh) untuk anak mereka. Oleh itu, kita dapat melihat bilik untuk anak serta bilik pengasuh yang disediakan di Consular Residence ini.

Kid's Room
Pemandangan dari sudut sebelah sini
Pendiang Api dan Mesin Jahit lama
Rocking Horse untuk hiburan anak-anak konsulat
Bilik Mandi
Bilik Pengasuh (Nanny)
Seperti di Fisherman's Wharf, kami juga tidak berlama-lama di Fort San Domingo kerana ingin mengejar masa menuju ke Shifen yang merupakan destinasi lawatan kami yang seterusnya.

Turun kembali ke bawah
Meninggalkan Rumah Konsular
Menuju ke tangga yang curam itu semula
Pada masa dahulu, ada sebuah pintu pagar di sini yang menuju langsung ke kawasan penduduk Eropah. Pintu ini telah lama ditanggalkan dan yang tinggal kini cuma railingnya sahaja.

Railing pintu pagar lama menuju ke kawasan penduduk Eropah
Berjalan kembali menuju ke tangga yang curam itu
Melangkah dengan berhati-hati menuruni tangga sebab licin
Syukur selamat sampai ke bawah
Philips membawa kami ke seberang jalan untuk menunggu Mr. Liu di sana. Oleh kerana ini adalah kawasan penduduk berbangsa Eropah pada masa dahulu, ada banyak bangunan European-style dibina di sini.

Menyeberang jalan untuk menunggu kenderaan kami
Gerbang bekas sebuah bangunan Eropah lama
Di sanalah kenderaan akan datang menjemput kami untuk ke destinasi yang seterusnya


Bersambung ke Bahagian 19...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: