Thursday, 7 December 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 19 (Shifen Waterfall)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 19: Shifen
SHIFEN WATERFALL

HARI KETIGA (6)

Part 42: Shifen Waterfall

Destinasi terakhir kami pada Hari Ketiga di Taiwan adalah Shifen di mana kami mempunyai dua aktiviti di sana ~ melawat Shifen Waterfall dan Sky Lantern. Cuaca walau bagaimanapun masih tidak menyebelahi kerana hujan tetap turun dengan lebat sehingga lewat petang begini.
 
Meninggalkan Tamsui
Perjalanan dari Tamsui menuju ke Shifen adalah perjalanan kembali menuju ke arah Taipei. Lebuhraya yang digunakan adalah juga lebuhraya yang sama sewaktu menuju ke Yehliu pagi tadi.

Kembali ke lebuhraya
National Highway No. 1
Terowong
Starlight Bridge
Tiba di Shifen
Perjalanan dari Tamsui ke Shifen memakan masa kira-kira 1 jam 20 minit dengan jarak 57 km disebabkan hujan dan traffic jam. Hari dah pun mula gelap ketika kami tiba kerana matahari terbenam sekitar pukul 5.20 petang di Taiwan ketika itu.

Pintu masuk ke Shifen Waterfall terletak di belakang kedai ini
Menuju ke Shifen Waterfall
Setibanya di Shifen, Philips terus membawa kami ke Shifen Waterfall. Air terjun ini tidaklah terletak betul-betul di tepi jalan raya, kena hiking sedikit untuk mendapatkannya. Namun begitu, tidak perlu bimbang kerana hiking path yang perlu dilalui rata dan tidaklah begitu mencabar. Yang special sikit adalah kena naik 2 buah jambatan gantung yang kukuh dan tidak scary.

Kena naik jambatan gantung kat depan sana untuk pergi ke Shifen Waterfall
Laluan menuju ke jambatan gantung
Shifen Waterfall terletak di hulu Sungai Keelung dan ia adalah antara air terjun yang terkenal di Taiwan. Ia digelar sebagai Niagara Falls of Taiwan. Mari kita tengok mengapa ia digelar sedemikian nanti...

Sungai Keelung
Laluan masuk ke jambatan gantung pertama yang dibuka dari pukul 9 pagi - 4.30 petang setiap hari.
Jambatan gantung yang pertama ini agak panjang dan disebabkan ketika itu hujan lebat, laluannya agak licin.

Naik jambatan gantung pertama
Suasana di atas jambatan gantung pertama
Jambatan keretapi yang dibina di sebelah jambatan gantung pertama
Pemandangan di penghujung jambatan gantung pertama
Jambatan gantung kedua pula lebih pendek berbanding jambatan gantung yang pertama.

Masuk ke jambatan gantung kedua
Penghujung jambatan gantung kedua
Jambatan gantung kedua
Shifen bermaksud "10 portions" dan ia dinamakan sedemikian sempena 10 keluarga asal yang telah membina penempatan ini di zaman Qing Dynasty. Sewaktu pendudukan Jepun (1845-1945) pula, Shifen terkenal sebagai pusat perlombongan arang batu. Bagi mengenang sejarah ini, ada sebuah replika keretapi pengangkut arang batu ditinggalkan di penghujung jambatan kedua ini.  

Replika keretapi yang digunakan untuk mengangkut arang batu pada zaman dahulu. Macam pemandangan yang Myself lihat sewaktu membuat Bush Walking di Blue Mountains dekat Sydney, Australia dulu.
Menara ini boleh didaki kalau nak melihat pemandangan sekitar
Kawasan ini juga dihiasi dengan patung-patung kuda yang diikat dengan ribbon merah. Mengikut ceritanya, kawasan ini kerap mengalami banjir dan patung-patung kuda ini berserta dengan sebuah shrine telah dibina sebagai tangkal pendinding banjir.

Laluan menuju ke Shifen Waterfall
Patung-patung kuda yang diikat dengan ribbon merah
Shifen Waterfall terletak di belakang kedai souvenir di depan sana
Kedai souvenir
Ada beberapa platform pemandangan yang disediakan untuk menikmati keindahan Shifen Waterfall. Walau bagaimanapun disebabkan kami tiba agak lewat, hanya platform pemandangan di depan kedai souvenir ini sahaja yang masih dibuka.

Cuma platform ini sahaja yang masih dibuka ketika kami tiba
Pemandangan Shifen Waterfall
Shifen Waterfall tidaklah besar dan hebat seperti Niagara Falls di Amerika Utara sana. Ia hanya digelar sebagai Niagara Falls of Taiwan kerana bentuk horseshoe yang dimilikinya sama seperti bentuk Niagara Falls. Ketinggian air terjun ini cuma 20 meter dan kelebarannya pula 40 meter. Kalau kita datang pada hari yang cerah dengan matahari memancar terang, kita akan dapat melihat jaluran pelangi yang terbentuk. Tapi bila dah datang masa tengah hujan lebat begini, ini sajalah pemandangan yang dapat kita lihat...
 
Bentuk Horseshoe yang dimiliki membolehkan Shifen Waterfall mendapat gelaran The Niagara Falls of Taiwan
Shifen Waterfall ini bukanlah air terjun yang terbesar dan tertinggi di Taiwan
Kenangan dengan Shifen Waterfall dalam hujan lebat
Platform pemandangan di bawah ini pun dah ditutup ketika itu
Sebelum meninggalkan Shifen Waterfall kita tinjau-tinjau barangan yang dijual di Kedai Souvenir. Disebabkan Shifen juga terkenal dengan aktiviti Sky Lantern, banyak cenderamata berilhamkan Sky Lantern ini dijual.

Pemandangan di dalam Kedai Souvenir
Lampu hiasan yang berilhamkan Sky Lantern
Fridge Magnet Sky Lantern
Meninggalkan Kedai Souvenir
Shrine yang dibina untuk mengelak kejadian banjir
Meninggalkan Shifen Waterfall
Shifen Waterfall ditutup pada pukul 4.30 petang dan kami mungkin merupakan orang yang terakhir keluar dari sana pada ketika itu.

Kembali menuju ke jambatan gantung
Gerabak keretapi arang batu lama
Naik jambatan gantung semula
Dalam perjalanan pulang ini, kita nikmati pemandangan sebuah lagi air terjun berhampiran yang dapat dilihat dari atas jambatan gantung. Ia dinamakan sebagai Yanjingdong Waterfall. 

Yanjingdong Waterfall
Pemandangan Yanjingdong Waterfall dari Jambatan Gantung
Sungai Keelung yang mengalir deras
Kemuncak Yanjingdong Waterfall
Berjalan semula ke pintu masuk


 Bersambung ke Bahagian 20...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: