Thursday, 30 November 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 16 (Yehliu Geopark - 1)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 16: Yehliu
YEHLIU GEOPARK - 1

HARI KETIGA (3)

Part 37: Yehliu Geopark (1)

Disebabkan lokasinya yang tidak begitu jauh dari kota Taipei, Yehliu Geopark telah menjadi sebuah destinasi pelancongan yang sangat popular di Taiwan. Keistimewaan tarikan ini adalah ia terdiri dari formasi batuan unik di tepi laut yang dibentuk dari hakisan semulajadi.

Tempat parking kenderaan di Yehliu Geopark
Menyeberang jalan dari tempat paking kereta ke Visitor Center
Yehliu Geopark Visitor Center
Yehliu Geopark
Sambil menunggu Philips membeli tiket masuk, kita ambil kesempatan menggunakan tandas dan menikmati pemandangan di sekitar.

Cuaca di Yehliu Geopark sangat mendung pada pagi ini
Yehliu Geopark Visitor Center
Disebabkan ramalan cuaca menjangka hujan akan turun sepanjang hari, ramai penjaja yang mengambil kesempatan menjual payung dan baju hujan kepada pengunjung.
Kedai souvenir
Posing dulu sebelum masuk ke dalam
Tiket masuk ke Yehliu Geopark berharga NTD 120 (RM 20) seorang. Selepas mendapat tiket, kami terus masuk ke dalam.

Tiket masuk ke Yehliu Geopark
Jom jalan ke pintu masuk...
Pengunjung-pengunjung ke Yehliu Geopark
Ada Muslim Prayer Room disediakan di atas sana. Senang kita nak bersolat nanti...
Pintu masuk ke Yehliu Geopark
Beratur menunggu giliran nak masuk
Petugas pemeriksa tiket memakai topi sempena perayaan Halloween yang semakin menjelang.
Welcome To Taiwan Yehliu Geopark
Yehliu Geopark adalah sebenarnya sebuah tanjung yang mengunjur ke laut sepanjang 1700 meter. Jadi jauh jugalah kita kena berjalan nak mendapatkan tarikan-tarikan yang terkenal di taman ini. Tengok peta di bawah...

Peta Yehliu Geopark
Sewaktu berjalan masuk ke dalam inilah kami disapa oleh seorang Uncle Cina dari Malaysia yang berasal dari Sitiawan, Perak. Seronok betul dia bertemu kami kerana dia tidak menyangka ada Orang Melayu dari Malaysia yang nak datang melawat Taiwan. Uncle ini sedang bercuti di Taiwan bersama ahli keluarganya.

Philips membawa kami ke sebuah checkpoint untuk menikmati pemandangan indah menghala ke Tanah Besar Taiwan di sana.

Checkpoint
Pemandangan menghala ke Tanah Besar Taiwan dari checkpoint
Berjalan lagi masuk ke dalam...
Nuns
Stop kejap ambik gambar
Meneruskan perjalanan
Mengikut Philips berjalan masuk ke dalam
Damai dan indah
Patung-patung perhiasan
Patung-patung ini melambangkan formasi batuan yang akan kita temui nanti
Di kawasan ini ada replika beberapa formasi batuan terkenal yang terdapat di Yehliu Geopark. Ia sebenarnya dibina untuk kemudahan orang yang tak larat nak berjalan jauh ke dalam taman menangkap gambar bagi mengabadikan kenangan lawatan.

Formasi batuan yang paling terkenal di Yehliu Geoark yang bernama Queen's Head terletak 436 meter dari sini
Di bahagian depan ini, ada replika formasi batuan terkenal yang didirikan
Replika Queen's Head
Pemandangan replika Queen's Head dengan lebih dekat
Tempat rehat turut disediakan di sini
Cuaca memang tidak menyebelahi kami pada hari ini kerana ramalan cuaca menjangkakan hujan akan turun sepanjang hari. Namun kami tetap bersyukur kerana sepanjang masa kami berada di Yehliu Geopark, hujan belum turun walaupun cuaca sangat-sangat mendung.

Pemandangan dan suasana di Yehliu Geopark banyak mengingatkan kami kepada suasana di Twelve Apostles yang pernah kami lawati dekat Melbourne di Australia dulu. Ini adalah kerana tarikan pengunjung di kedua-dua tempat ini adalah sama ~ formasi batuan unik yang terbentuk dari hakisan semulajadi laut dan angin. Cuma yang berbeza ketika itu ialah cuaca memang dah hujan dan angin bertiup cukup kuat sewaktu kami melawat ke Twelve Apostles, sedangkan angin macam bertiup tenang di Yehliu Geopark di sebalik cuaca mendung dan ramalan hujan lebat yang akan turun.

Bentuk batuan di sepanjang pantai di Yehliu Geopark jelas menunjukkan kehebatan kuasa air. Walaupun bersifat lembut, air mampu merobek batuan yang keras sehingga berlubang-lubang sebegitu rupa selepas berusaha beratus-ratus tahun. Di sebalik pemandangan ini memang ada pengajaran yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia yang mahu berfikir ~ walau betapa keras hati manusia, kelembutan akan pasti dapat mengubahnya jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Batu yang bagai sebutir di sana dinamakan Pearl Rock
Ada juga satu teori lain di sebalik formasi batuan yang dilihat di Yehliu Geopark. Teori ini mengatakan Yehliu Geopark terbentuk sebagai sebahagian dari pecahan Datun Mountains, kesan dari tsunami dan gempa bumi yang berlaku di zaman Daliao Miaocene Formation.

Batu berbentuk cendawan yang bertaburan di seberang sana dinamakan sebagai Mushroom Rocks
Mushroom Rocks
Sewaktu berjalan di Yehliu Geopark, kita pasti tak akan terlepas dari memandang patung seorang lelaki yang berdiri merenung jauh ke laut lepas. Beliau adalah Lin Tianzhen yang terkenal dengan kemurnian hatinya berusaha untuk menyelamatkan seorang pelajar yang jatuh ke laut di sini pada tahun 1946. Namun demikian, nasib tidak menyebelahi kedua mereka apabila kedua-duanya mati lemas. Patung Lin Tianzhen telah didirikan untuk memperingati keberanian dan kemurnian hatinya yang turut terkorban bersama pelajar yang ingin diselamatkan.

Berjalan ke arah patung Lin Tianzhen
Patung Lin Tianzhen
Lin Tianzhen
Pemandangan patung Lin Tianzhen dari belakang
Posing dulu dekat bahagian depan patung Lin Tianzhen
Philips membawa kami menuju ke Queen's Head Rock yang menjadi lambang Yehliu Geopark.
    
Menuju ke arah Queen's Head Rock
Turun ke bawah
Laluan menuju ke Queen's Head Rock ditandakan dengan jelas
Pusing ke kiri untuk menuju Queen's Head Rock
Berjalan menyeberang padang rumput pulak
Nampak tak batu yang berbentuk Gorilla kat sebelah kiri sana?
Gorilla Rock
Dah nampak Queen's Head Rock dari kejauhan
Disebabkan Queen's Head Rock adalah tumpuan semua pengunjung ke Yehliu Geopark, ada laluan sehala disediakan menuju ke sana. Pengunjung juga perlu beratur mengikut giliran kalau nak bergambar dengan formasi batuan yang famous ini dari depan.

Laluan sehala menuju ke Queen's Head Rock
Queen's Head Rock
Kena beratur menunggu giliran kalau nak bergambar dengan Queen's Head Rock ini dari depan
Barisan panjang pengunjung yang menunggu giliran nak bergambar dengan Queen's Head Rock
Barisan pengunjung yang nak bergambar dengan Queen's Head Rock dari angle lain pulak
Disebabkan kami malas nak beratur, Philips membawa kami melihat Queen's Head Rock ini dari angle lain di mana kami tak perlu beratur untuk bergambar.

Formasi batuan lain berhampiran Queen's Head Rock
Mengikut Philips untuk melihat Queen's Head Rock dari angle lain
Seperti juga kawasan sebegini di tempat-tempat lain, di sebalik keindahan yang dinikmati ada bahaya yang menanti jika kita terleka dan terlalai. Oleh kerana Queen's Head Rock ini terletak di tebing laut yang agak tinggi, ada garisan merah ditanda di sepanjang tebing yang mengunjur ke laut. Pengunjung dilarang berdiri melepasi garisan merah ini kerana batuannya tidak stabil dan mempunyai risiko runtuh.

Pengunjung dilarang melintasi kawasan garis merah ini kerana ia adalah merbahaya
No Crossing
Pemandangan yang indah tetapi merbahaya
Ice Cream Rock
Kalau di Malaysia ada Laut China Selatan (South China Sea), di Taiwan pula ada Laut China Timur (East China Sea)
Bergambar dengan pemandangan di seberang di sana
Bergambar dengan pemandangan di sebelah sini pulak
Pelampung keselamatan yang disediakan untuk kegunaan kecemasan
Formasi batuan unik di Yehliu Geopark mengambil masa berjuta tahun untuk terbentuk. Oleh yang demikian, kita dilarang untuk menyentuh batu-batu ini sebagai usaha memeliharanya. Ada petugas yang akan membunyikan wisel amaran sekiranya terlihat pengunjung yang berbuat demikian.

Kita cuma dibenarkan melihat dan tak boleh menyentuh formasi batuan di kawasan ini.
Petugas yang akan memastikan pengunjung tidak menyentuh formasi batuan di sini
Selepas berpusing jauh, kami akhirnya tiba di belakang Queen's Head Rock. Pemandangan batu ini tidak kurang hebatnya juga dari sini. Queen's Head Rock tergolong dalam formasi yang dinamakan sebagai Mushroom Rock disebabkan bentuk asasnya yang seperti cendawan. Menurut kajian geologi, bentuk batuan yang unik ini terjadi disebabkan kadar hakisan berbeza yang dialami pada setiap kawasan permukaannya.
 
Adalah dianggarkan Queen's Head Rock telahpun berusia 4,000 tahun sekarang. Ia mendapat nama "Queen's Head Rock" kerana pemandangannya dari depan dikatakan seperti simbol kepala Queen Elizabeth II yang digunakan pada matawang British sewaktu zaman pemerintahan baginda. Hakisan masih berlaku pada batu ini sekarang sehingga tengkuk "Queen" kini hanya berukuran 138 cm. Ada teori yang mengatakan tengkuk Queen menunggu masa untuk patah dalam tempoh 20 tahun akan datang. Ngeri, kan?

Pemandangan Queen's Head Rock dari belakang
Berposing dengan Queen
Ramai yang juga posing dengan kepala Queen dari sini
Kita juga tak mahu ketinggalan posing dengan kepala Queen walaupun dari kejauhan
Queen's Head Rock yang dikatakan berbentuk seperti kepala Queen Elizabeth II yang diabadikan pada matawang British
Inilah bentuk sebenar Queen's Head Rock yang dikatakan seperti kepala Queen Elizabeth II pada matawang British bila diperhatikan dari depan [Gambar dari internet]
Duduk berehat selepas posing dengan Queen
Goodbye, Queen!

Sebelum meninggalkan tempat ini, kita lihat-lihat lagi suasana di sekitar...

Pemandangan berhampiran Queen's Head Rock
Satu lagi pemandangan di kawasan yang sama
Mengintai dari lubang di celah batu
Jom kita ke sana...
Formasi batuan yang tinggi di sana dinamakan sebagai Geisha Rock kerana berbentuk seperti kepala seorang Geisha.
Sang Geisha yang sedang merenung jauh ke laut
Pineapple Bun Rock
Kesan hakisan angin dan laut
Kami tidak berjalan sehingga ke penghujung tanjung Yehliu Geopark kerana laluan menuju ke situ kena mendaki agak tinggi. Kami memutuskan untuk naik hanya setakat ke Kedai Buku (Queen's Bookstore) yang juga mempunyai sebuah kafe di dalamnya sebelum berpatah balik ke pintu masuk. Lagipun cuaca dah semakin mendung sekarang, risau juga kalau terperangkap di dalam hujan di tengah-tengah kawasan lapang Yehliu Geopark ini yang tidak mempunyai tempat untuk berlindung.

Cuaca yang kini dah semakin mendung
Pengunjung yang semakin ramai tiba
Banyak lagi tarikan di Yehliu Geopark yang kami tak pergi melawat
Berjalan menuju ke Queen's Bookstore
Pemandangan dalam perjalanan
Jambatan
Berjalan lagi menuju ke Queen's Bookstore
Pemandangan menghala ke laut lepas
Laut di sekitar Yehliu Geopark amat tenang hari ini
Batu yang berlubang-lubang
Rekahan di celah batu
Queen's Bookstore yang terletak di atas sebuah bukit di Yehliu Geopark turut mempunyai sebuah kedai cenderamata, tetapi kami tak masuk ke dalam. Disebabkan dah terlalu banyak traveling, kami tak lagi berminat untuk mengumpul cenderamata kerana kesemuanya akhirnya hanya tersimpan mengumpul habuk di rumah. Lainlah sewaktu awal-awal memulakan hobi traveling ini dulu, mesti nak cari juga paling tidak fridge magnet dan keychain yang kononnya nak disimpan sebagai kenangan. Selain menjual buku dan cenderamata, Queen's Bookstore juga mempunyai sebuah kafe.

Tiba di Queen's Bookstore
Queen's Bookstore
Ruang untuk berehat sambil minum-minum dekat Queen's Bookstore
Okey, dah tiba masa untuk kami kembali ke pangkal jalan. Kita berjalan pelan-pelan menuju kembali ke arah pintu masuk sambil berdoa dan mengharap semoga hujan yang dah mula rintik-rintik tidak bertukar menjadi lebat.

Memulakan perjalanan pulang
Macam pemandangan The Razorback yang pernah kita lihat berhampiran kawasan Twelve Apostles di Melbourne, Australia dulu
Pemandangan yang sememangnya sukar untuk dilupakan
Laut China Timur (East China Sea)
Dalam perjalanan pulang ini, kita dapat melihat formasi batuan yang dinamakan sebagai Marine Bird Rock. Ada sebuah lagenda yang dikaitkan dengan batu ini. Konon ceritanya pada masa dahulu ada sebuah kapal Belanda telah karam di sini. Tak seorang pun anak kapalnya terselamat. Namun seekor burung yang menyaksikan kejadian ini berkicau kuat untuk menarik perhatian penduduk sekitar supaya datang membantu. Kerana itulah batu yang berbentuk seperti burung ini dinamakan Marine Bird Rock bagi mengenang jasa sang burung.

Batuan di sana dinamakan Marine Bird Rock
Tangga naik menuju ke Marine Bird Rock
Pemandangan lebih dekat Marine Bird Rock
Bergambar dengan berlatar belakang Marine Bird Rock
Kita pun nak bergambar juga dengan Marine Bird Rock
Ayuh, kita teruskan perjalanan kembali ke pintu masuk Yehliu Geopark... Sambil berjalan kita berhenti-henti posing ambil gambar. Hehehehhh!!



Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: