Friday, 1 December 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 17 (Yehliu Geopark - 2)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 17: Yehliu
YEHLIU GEOPARK - 2

HARI KETIGA (4)

Part 38: Yehliu Geopark (2)

Yehliu Geopark adalah sebuah tempat yang menarik untuk dilawati pada pandangan kami. Namun disebabkan cuaca yang kurang bersahabat pagi itu, suasananya agak muram. Kalau mentari bersinar terang, dah pasti keindahannya akan semakin terserlah.
 
Ombak yang menghempas pantai
Lagi pemandangan ombak yang menghempas pantai
Berjalan menuju ke pintu masuk
Cuaca kini dah semakin mendung
Setiap tempat yang menarik walau di mana jua lokasinya di muka bumi, pasti akan memiliki kisah lagendanya yang tersendiri. Yehliu Geopark tidak terkecuali. Disebabkan bentuk Tanjung Yehliu yang kelihatan seperti seekor penyu merangkak di tepi laut, ia turut dikenali sebagai "Yehliu Turtle".
 
Yehliu pada masa dahulu adalah sebuah laluan perkapalan penting di antara Tanah Besar China dengan Pelabuhan Keelung. Namun laut di sekitarnya sering bergelora dan merbahaya sehingga menyebabkan banyak kapal karam. Menurut ceritanya, laut yang bergelora dan merbahaya ini adalah hasil perbuatan seekor Penyu Sakti.
 
Disebabkan terlalu banyak kapal yang tenggelam, Jade Emperor menghantar seorang Dewi turun ke bumi untuk menghentikan perbuatan Sang Penyu. Sang Dewi turun dengan menaiki seekor gajah lalu memarahi Sang Penyu sambil memukul dengan pedang sakti. Sang Penyu dikatakan masih merasa kesakitan akibat dipukul pedang sakti Sang Dewi sehingga ke saat ini. Oleh yang demikian, setiap kali cuaca berubah, penduduk di sekitar Yehliu akan dapat melihat seakan asap yang naik ke udara dari laut. Asap ini mereka katakan berpunca dari Sang Penyu yang sedang bernafas menahan kesakitan.

Walau udara tenang tak berangin sewaktu kami berada di Yehliu Geopark, bukti kekuatan angin yang bertiup pada kebiasaannya sangat jelas kelihatan. Antaranya adalah pokok-pokok yang membarisi laluan masuk kelihatan condong ke satu arah.

Tiba kembali ke laluan masuk
Tempat berehat di tepi laluan
Pokok di laluan masuk ini kelihatan condong disebabkan kekuatan angin yang sering bertiup
Kecondongan pokok mengikut arah angin yang bertiup lebih ketara di sini
Gambar Queen's Head Rock yang menjadi kebanggaan Yehliu Geopark
Walau mendapat perhatian dari CNN, National Geographic dan Youtube, Yehliu Geopark masih belum menerima pengiktirafan dari UNESCO
Pintu keluar dari Yehliu Geopark
Ada sebuah Muslim Prayer Room disediakan di Yehliu Geopark. Disebabkan ketika itu telah masuk waktu Solat Zohor, kami membuat keputusan untuk bersolat saja di situ. Namun demikian, kita perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan Prayer Room tersebut.

Philips membantu kami mendaftar untuk menggunakan kemudahan Prayer Room
Prayer Room terletak di atas bukit sana
Kunci Prayer Room yang diberi kepada kami selepas mendaftar untuk menggunakannya
Papan tanda arah menuju ke Muslim Prayer Room di Yehliu Geopark
Itulah Prayer Room yang disediakan
Muslim Prayer Room
Ruang menunggu yang disediakan di tepi Muslim Prayer Room
Tempat berwuduk terbuka yang disediakan di tepi Prayer Room
Menggunakan kemudahan Tempat Wuduk
Pintu masuk ke Muslim Prayer Room
Walaupun kecil, Muslim Prayer Room yang disediakan selesa dan sempurna. Alhamdulillah, dapatlah kita menunaikan kemudahan ini untuk bersolat dengan sangat selesa.

Pemandangan ke dalam Muslim Prayer Room
Pemandangan ke luar menghala ke pintu
Arah kiblat
Menggunakan kemudahan di Muslim Prayer Room. Sejadah dan kemudahan jadual waktu solat turut disediakan di sini.
Selepas bersolat, kami meninggalkan Yehliu Geopark. Rintik-rintik hujan dah mula semakin besar sekarang tetapi masih dalam kategori yang boleh diredah.

Pemandangan dari kawasan Muslim Prayer Room
Pemandangan menghala ke sana pulak
Kalau hujan bertambah lebat, boleh tumpang berlindung kat bawah sana nanti
Turun kembali ke bawah
Happy Halloween
Ramp
Ada banyak bas pelancong sedang parking di sana
Ada sebuah pasar kecil dekat tempat parking kenderaan di seberang jalan. Sambil menunggu Mr. Liu datang menjemput, kita lihat-lihat apa yang ada di situ.

Pasar kecil dekat tempat parking kenderaan
Pelbagai buah-buahan ada di sini. Disebabkan iklimnya yang tidak jauh berbeza dengan di Malaysia, buah-buahan tempatan di Taiwan juga tidak jauh berbeza dengan buah-buahan yang dapat dilihat di negara kita.
Gerai jualan hasil laut
Hasil laut kering yang dijual
Meninggalkan Yehliu Geopark

Part 39: Restoran Masala-Zone

Destinasi lawatan kami yang seterusnya adalah Tamsui yang terletak kira-kira 53 km dari Yehliu. Perjalanan kami ke sana adalah menyusuri pantai utara Pulau Taiwan.

Meninggalkan bandar Yehliu
Pelabuhan perikanan
Goodbye, Yehliu!
Hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan kami dari Yehliu ke Tamsui. Syukurlah ia tak turun lebat sewaktu kami sedang berada di Yehliu Geopark tadi. Memang haru kalau terperangkap dalam hujan begini sewaktu berada di tengah-tengah Yehliu Geopark tadi. Alhamdulillah.

Hujan lebat dalam perjalanan ke Tamsui
Laut China Timur yang merupakan sebahagian dari Laut Pasifik
Pemandangan di sini pasti lebih cantik kalau matahari memancar terang
Angin yang kuat di Taiwan membolehkan pembinaan kincir-kincir angin sebagai sumber tenaga elektrik alternatif di negara ini.
Kincir angin
Mural Ikan Paus
Welcome to Jinshan
Jinshan
Kuil Cina
Bandar Jinshan
Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Tamsui. Dalam perjalanan ini, kami akan membuat persinggahan untuk makan tengahari.

Restoran persinggahan kami adalah sebuah restoran Halal yang menjual makanan Pakistan. Ia bernama Masala-Zone.
 
Restoran Masala-Zone
Restoran ini menjual makanan India Pakistan
Jom kita masuk...
Pemilik restoran ini berasal dari sebuah kawasan di Pakistan yang terkenal dengan penghasilan batu garam (rock salt). Kerana itulah dinding di bangunan restoran ini dipasang dengan bata-bata rock salt yang diimport dari Pakistan sebagai perhiasan.

Pemandangan di dalam Restoran Masala-Zone
Satu lagi suasana di dalam restoran
Husband memeriksa bata rock salt yang dipasang sebagai perhiasan
TV yang dipasang memaparkan keindahan 4 musim di Taiwan. Menurut Philips, ada juga salji turun di Taiwan tetapi sangat jarang sekali.
Restoran Masala-Zone ini sebenarnya terletak di tepi laut. Ada ruang makan terbuka yang disediakan juga dengan pemandangan menghadap ke laut, tetapi kami tidak memilih untuk duduk di situ kerana cuaca hujan di luar.

Pemandangan menghala ke arah pantai
Sambil menunggu makanan disiapkan, kita nikmati pemandangan laut dari Restoran Masala-Zone.

Jom masuk balik ke dalam...
Makanan yang disajikan di Restoran Masala-Zone ini adalah makanan yang biasa kita temui di restoran-restoran India-Pakistan. Kami memilih Prawn Briyani di sini. Disebabkan lunch dah termasuk dalam pakej percutian kami, order saja apa yang nak dimakan dan semuanya dibayar oleh Philips.

Kita pilih duduk di sini
Menu
Pelbagai pilihan makanan yang ada. Harga sepinggan makanan yang dihidangkan adalah di antara NTD 250 - 320 (RM 36 - 56).
Prawn Briyani
Masa makanan sampai, tak nampak udangnya. Rupanya tersembunyi kat bawah nasi.
Licin!!!
Makanan di Masala-Zone memang sedap dan menyelerakan, ditambah pula dengan layanan mesra Manager Restoran yang berasal dari Pakistan. Di depan restoran ada satu corner yang disediakan untuk menjual rock salt dan barang-barang lain yang datang dari Pakistan. Penerangan yang diberi oleh Manager ini menyebabkan kita bersemangat nak melawat ke Pakistan pulak selepas ini. Hehehehhh!!!

Manager Restoran Masala-Zone yang berasal dari Pakistan
Ada satu corner di depan sana yang menjual barangan berasal dari Pakistan
Rock salt dan rempah ratus dari Pakistan
Macam-macam ada...
Bergambar kenangan dengan Manager Restoran. Katanya pemilik restoran ini adalah Abangnya.
Berjalan dalam hujan nak mendapatkan kenderaan


Bersambung ke Bahagian 18...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: