Oktober 2023
NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen
Bahagian 5: Taipei
TAIPEI CITY TOUR
HARI KEDUA (1)
Part 16: Breakfast Di Hotel Papa Whale
Pagi perjalanan Hari Kedua di Taiwan dimulakan dengan sarapan pagi di Hotel Papa Whale. Hotel Papa Whale ini adalah sebenarnya terdiri dari beberapa lot kedai yang dicantum dan diubahsuai menjadi hotel. Maka restorannya terletak di lot kedai yang bersebelahan dengan lobi hotel.
|
Pemandangan lot kedai yang menempatkan lobi Hotel Papa Whale dari luar |
|
Berjalan ke lot kedai sebelah di mana letaknya restoran Hotel Papa Whale |
Kebetulan ketika itu, kami tiba di restoran bersama sebuah keluarga Muslim dari Thailand. Kami beratur di depan keluarga ini. Petugas restoran yang menyangka kami adalah sekumpulan dengan mereka terus membawa kami ke satu sudut restoran di mana breakfast Halal telah disediakan.
|
Pemandangan di restoran Hotel Papa Whale |
|
Satu lagi pemandangan dalam restoran Hotel Papa Whale |
Rupa-rupanya breakfast Halal itu disediakan atas request dari keluarga Muslim Thai itu. Travel agent kami di Malaysia pula tidak memesan sebarang Muslim Breakfast untuk kami. Mungkin mereka pun tak tahu yang sebenarnya Hotel Papa Whale boleh menyediakan Muslim Breakfast atas permintaan.
|
Muslim Breakfast yang disediakan untuk keluarga Thailand |
Beriya keluarga Muslim Thai tersebut mempelawa kami makan bersama breakfast yang disediakan. Tapi kami tak seronok nak join sebab mereka dah bersusah payah request Muslim Breakfast dan kami tidak berbuat begitu. Maka Myself dan Husband memutuskan untuk breakfast dengan roti sahaja pagi ini. Macam yang biasa-biasa kita buat bila travel ke Europe sana...
|
Terpaksa makan roti saja pagi ini sebab kami tak request Muslim Breakfast. Nasib baik roti yang disediakan lembut dan sedap. |
Keluarga Muslim Thai ini cuma tahu bercakap dalam Bahasa Thai. Hanya anak lelaki mereka sahaja yang boleh berbahasa Inggeris. Dia juga cukup fasih bercakap dalam Bahasa Mandarin. Mungkin dia sebenarnya belajar di Taiwan dan keluarganya datang melawat beliau dari Thailand. Anak lelaki keluarga Thai inilah yang mencadangkan kepada kami supaya request Muslim Breakfast dari hotel untuk hari-hari penginapan kami seterusnya.
Sebaik selepas selesai breakfast, kami terus ke kaunter Hotel untuk memesan Muslim Breakfast untuk penginapan 2 hari yang seterusnya. Alhamdulillah, permintaan kami diterima oleh pihak hotel.
Part 17: Morning Walk Di Taipei
(Fuxing Park & Kunming Street)
Program Hari Kedua kami adalah membuat Taipei City Tour yang dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi. Memandangkan ada masa yang agak panjang terluang sebelum memulakan Tour, kami membuat keputusan untuk membuat Morning Walk di kawasan sekitar hotel.
|
Bangunan apartment yang bertentangan dengan Hotel Papa Whale |
Hotel Papa Whale terletak di persimpangan 2 batang jalan di Wanhua District di Taipei: Kaifeng Street dan Kunming Street. Kaifeng Street merentang dari Timur ke Barat manakala Kunming Street pula merentang dari Utara ke Selatan. Pada pagi ini kami bercadang membuat Morning Walk di sebahagian Kunming Street menghala ke selatan.
|
Pemandangan di Kunming Street |
Wanhua District adalah sebuah kawasan perniagaan di Taipei. Oleh yang demikian, suasana di awal pagi di sekitar amat sunyi kerana kebanyakan kedai belum memulakan perniagaan.
|
Cuma Convenience Store seperti 7-Eleven sahaja yang dibuka di awal pagi begini |
|
Ada banyak kedai 7-Eleven di seluruh Taipei |
|
Jalan raya sedang mula sibuk dengan kenderaan warga Taipei yang keluar bekerja |
Seperti suasana yang pernah kami perhatikan di Hong Kong, ada banyak taman kecil yang disediakan oleh pihak berkuasa bagi kegunaan penduduk Taipei. Berdekatan dengan hotel kami juga ada sebuah taman kecil yang dinamakan Fuxing Park.
|
Fuxing Park |
Walau bagaimanapun, sesuatu yang agak berbeza di Taipei ialah taman-taman ini kelihatan sunyi. Kalau di Hong Kong, pada awal pagi begini pasti akan ada penduduk yang beriadah membuat senaman Tai Chi di taman seperti ini.
|
Taman yang sunyi di awal pagi |
|
Pokok-pokok rimbun yang ditanam di taman |
|
Dog Walking |
|
Pemandangan menghala ke Kunming Street dari Fuxing Park |
|
Kawasan kediaman di tepi taman |
|
Landskap yang dijaga rapi di Fuxing Park |
|
Suasana menghala ke Kaifeng Street |
|
Penduduk Taipei yang mula keluar bekerja |
|
Pelancong yang bersiar-siar di Fuxing Park |
|
Lagi pemandangan kawasan kediaman berhampiran Fuxing Park |
|
Beg plastik yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Taipei untuk kegunaan pemilik anjing mengutip najis yang dilepaskan oleh haiwan peliharaan mereka |
|
Tempat berehat di Fuxing Park |
|
Berehat di Fuxing Park |
Lepas dah puas berehat di Fuxing Park, kita teruskan explorasi kita di sepanjang Kunming Street.
|
Kunming Street |
|
Bangunan-bangunan di Taipei cantik dan teratur |
|
7-Eleven |
|
Sampah yang dikumpul di depan kedai untuk kemudahan serahan kepada lori sampah |
|
Butik One Boy |
|
Louisa Coffee |
|
Starbucks |
|
Sebahagian Ximen Walk yang kami kunjungi semalam |
|
Pemandangan Ximen Walk yang sunyi di awal pagi begini |
|
Grafitti ada di mana-mana |
|
McDonald's |
|
Menjenguk ke dalam McDonald's. Cawangan McD ini dibuka 24 jam setiap hari |
|
Taipei City Hospital Kunming Branch |
|
Lintasan pejalan kaki di tengah bandaraya |
|
Penduduk Taipei juga gemar memelihara anjing |
|
Penunggang motorsikal di Taipei sangat tertib dan berdisiplin |
|
Berjalan menghala kembali ke hotel |
|
Bangunan yang mirip seperti Hotel Burj Al Arab di Dubai ini adalah Oman TiT yang merupakan sebuah apartment kediaman di Taipei. |
|
Rekabentuk Oman TiT ini saling tak tumpah seperti Burj Al Arab |
|
Kunming Street |
|
Kedai permainan begini sangat banyak dilihat di sekitar Taipei |
|
Basikal untuk kegunaan perniagaan |
|
Mengintai masuk ke sebuah kedai permainan |
|
Kata Philips kepada kami semalam, kedai permainan begini sangat popular dengan pasangan muda yang sedang bercinta |
|
Pengguna jalanraya dan pejalan kaki di Taipei sangat patuh kepada arahan lampu merah |
|
Satu lagi pintu masuk ke Ximen Walk di Kunming Street |
|
Ximen Walk |
|
Parking motorsikal di tepi jalan |
|
Peti Surat |
Part 18: Taipei City Tour
Tepat pukul 9 pagi, Tour Guide kami yang bernama Philips bersama pemandu Mr. Liu datang menjemput kami di hotel untuk memulakan Taipei City Tour. Destinasi pertama kami adalah Chiang Kai Shek Memorial. Namun dalam perjalanan ke sana, Philips menunjukkan kepada kami beberapa mercu tanda bandar Taipei yang menarik.
|
Philips dan Mr. Liu datang menjemput |
|
Memulakan City Tour |
TAIPEI MAIN STATIONLandmark pertama yang ditunjuk kepada kami dalam Taipei City Tour ini ialah Taipei Main Station yang merupakan stesen keretapi utama bagi bandaraya Taipei. Kalau berpeluang datang lagi ke Taipei mungkin kita boleh mencuba perkhidmatan High Speed Rail dari sini ke bandar-bandar lain di Taiwan.
|
Taipei Main Station |
NORTH GATESewaktu Taiwan berada di bawah pemerintahan Dinasti Qing dari China, Taipei dikelilingi oleh sebuah tembok kota yang mempunyai 5 buah pintu masuk: East Gate (Jingfu Gate), West Gate (Baocheng Gate), South Gate (Lizheng Gate), Little South Gate (Chongxi Gate) dan North Gate (Cheng En Gate). Tembok ini kini telah musnah dan North Gate yang dibina pada tahun 1884 ini adalah antara kesan peninggalan yang masih dapat dilihat.
|
North Gate |
|
Pemandangan North Gate dari sisi |
|
North Gate ini adalah sebahagian dari peninggalan tembok kota Taipei yang telah runtuh |
Satu ketika dulu ada sebuah lebuhraya pernah dibina berdekatan tembok ini tetapi ia telah diruntuhkan pada tahun 2016 bagi mengembalikan kegemilangan sejarah pintu kota ini.
|
Lebuhraya yang pernah dibina berhampiran North Gate (Gambar dari internet) |
|
Presidential Office |
|
Pemandangan Presidential Palace dari depan |
Taiwan National Day yang juga dikenali sebagai Double Tenth Day disambut pada 10 Oktober pada setiap tahun. Ia meraikan kejayaan Xinhai Revolution menjatuhkan pemerintahan Maharaja China dan menubuhkan sebuah pemerintahan republik (Republic of China) di Tanah Besar China. Ia adalah perayaan yang besar hanya di Taiwan kerana tentera Kuomintang yang melaksanakan revolusi itu telah berpusat di negara ini. Bila Komunis mengambilalih pemerintahan di Tanah Besar dari Kuomintang, kejatuhan pemerintahan Maharaja China ini tidak diiktiraf sebagai Cuti Umum di sana.
|
Bangunan Presidential Palace ini dibina oleh Orang Jepun sewaktu mereka menjajah Taiwan |
Kalau boleh, elakkan melancong ke Taiwan pada perayaan Double Tenth Day kerana ia disambut selama hampir seminggu dan banyak pejabat dan tarikan pelancongan tidak dibuka sepanjang tempoh tersebut. Syukurlah kerana kami tiba di Taiwan seminggu selepas perayaan ini berakhir.
|
Polis di depan Presidential Office Building |
|
Pemandangan di Taipei City
|
TAIPEI EAST GATE
Kami juga ditunjukkan sebuah lagi bekas pintu kota Taipei yang dinamakan Taipei East Gate. Tidak seperti North Gate tadi, Taipei East Gate bukanlah struktur pintu yang asal. Ia telah dibina semula pada tahun 1950-an dulu.
|
Taipei East Gate |
|
Pemandangan lebih dekat Taipei East Gate |
NATIONAL CONCERT HALLSeterusnya, kita ditunjukkan pula sebuah bangunan moden dengan senibina klasik China yang dinamakan National Concert Hall. Bangunan ini adalah sebahagian dari kompleks Chiang Kai-Shek Memorial yang akan kami lawati sebentar lagi.
|
National Concert Hall |
|
Pemandangan National Concert Hall dari depan |
|
Bangunan National Concert Hall ini membentuk sebahagian dari Kompleks Chiang Kai Shek Memorial di Taiwan. |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):
No comments:
New comments are not allowed.