Tuesday, 7 November 2023

2023 NORTH TAIWAN BHG. 07 (Chiang Kai Shek Memorial - 2)

Oktober 2023

NORTHERN TAIWAN
Taipei, Yehliu, Tamsui & Shifen

Bahagian 7: Taipei
CHIANG KAI SHEK MEMORIAL - 2

HARI KEDUA (3)

Part 20: Chiang Kai Shek Memorial (2)

BRONZE STATUE HALL

Selepas melawat Permanent Exhibition di tingkat bawah bangunan Chiang Kai Shek Memorial, Philips membawa kami naik ke Bronze Statue Hall yang menempatkan patung Chiang Kai Shek. Ia terletak di Tingkat 4.

Menunggu lif naik ke atas
Terperanjat juga melihat ada Tingkat 4 ditulis pada lif bangunan ini kerana setahu kami nombor '4' sangat dielakkan penggunaannya di kalangan masyarakat Cina kerana ia membawa maksud 'malang'. Namun menurut Philips tidak mengapa sekiranya tingkat bangunan ditulis sebagai '4F' seperti yang tertera di sini. Kalau ditulis sebagai '4' semata-mata, barulah ia dikaitkan dengan maksud 'malang'. Oh, begitu!

Terkejut tengok ada Tingkat 4 ditulis di sini
Tangga juga disediakan untuk mereka yang tidak mahu menggunakan lif
Ada Muslim Prayer Room disediakan di Kompleks Memorial Chiang Kai Shek ini. Ia terletak di Tingkat 1 tetapi kami tidak menggunakannya.
Pintu masuk ke Bronze Statue Hall
Maklumat di pintu masuk ke Bronze Statue Hall
Mengintai ke dalam Bronze Statue Hall
Sebaik masuk ke dalam Bronze Statue Hall, kita akan dapat melihat patung raksasa Chiang Kai Shek yang diperbuat dari gangsa. Patung setinggi 9.8 meter yang direkabentuk oleh Chen Yi-Fan ini kelihatan seperti patung Abraham Lincoln di Lincoln Memorial yang terkenal di Washington DC, Amerika Syarikat sana.

Patung Chiang Kai Shek yang diperbuat dari gangsa
Siling di Bronze Statue Hall dibina dari kayu Chinese Cypress
Bergambar kenangan dengan Chiang Kai Shek
Pada kaki patung, tertera plak yang tertulis wasiat yang ditinggalkan oleh Chiang Kai Shek. Enam tulisan dalam Chinese character: Lun Li (ethics), Ming Chu (democracy) dan Ko Hsueh (science) pula diukir pada dinding marmar di belakang patung ini. Kata-kata mutiara dari Presiden Chiang Kai Shek yang berbunyi "To live is to seek a better life for all mankind; the meaning of life lies in the creation of a life beyond life" diukir pada dinding tepi di kedua-dua belah dewan.

Di belakang patung Chiang Kai Shek tertera perkataan : Lun Li (ethics), Ming Chu (democracy) dan Ko Hsueh (science). Plak di kaki patung pula tertera wasiat yang ditinggalkan oleh Chiang Kai Shek.
Pada dinding di sebelah tepi dewan pula tertulis kata-kata mutiara dari Chiang Kai Shek yang berbunyi: "To live is to seek a better life for all mankind; the meaning of life lies in the creation of a life beyond life"
Tentera yang berkawal di tepi patung Chiang Kai Shek
Ada staff yang bertugas membetulkan pakaian uniform tentera yang berkawal untuk memastikan ia sentiasa kelihatan rapi
Pada siling dewan tertera lambang seperti matahari. Ia adalah sebenarnya White Sun in the Blue Sky yang merupakan simbol parti Kuomintang yang dipimpin oleh Chiang Kai Shek pada masa dahulu. Lambang matahari ini turut membawa maksud “The Sun is Always Shining”.

Simbol Parti Kuomintang pada siling Bronze Statue Hall
Simbol yang digunakan oleh Parti Kuomintang membawa erti pengharapan "Matahari Akan Sentiasa Bersinar".
Ramai orang berada di Bronze Statue Hall ketika itu untuk melihat upacara Changing of the Guards. Namun disebabkan masih ada sedikit masa lagi sebelum upacara pertukaran pengawal ini berlangsung, kami mengambil kesempatan keluar dari dewan sebentar untuk melihat pemandangan di sekitar.

Pemandangan ke arah luar dari Bronze Statue Hall
Penuntut Bahasa Cina di Institution De La Salle bergambar di depan pintu masuk ke Bronze Statue Hall
Pemandangan bangunan National Theater dan National Concert Hall yang dibina pada tahun 1987 dan membentuk sebahagian dari Kompleks Chiang Kai Shek Memorial ini dapat dilihat dengan jelas dari sini.

Pemandangan bangunan National Theater (kiri) dan National Concert Hall (kanan) dari luar Bronze Statue Hall
National Concert Hall
National Theater
Pemandangan Liberty Square dari luar Bronze Statue Hall
Tangga turun ke bawah. Gerbang di depan sana adalah Liberty Square Arch
Ada 89 anak tangga turun ke bawah yang mewakili 89 tahun usia kehidupan Chiang Kai Shek
Dazhong Gate
Mari kita lihat pula pemandangan lain di sekitar Chiang Kai Shek Memorial ini...

Pemandangan dari luar Bronze Statue Hall
Bumbung di sebelah hadapan
Bumbung di sebelah belakang
Bersiar-siar di sekeliling Bronze Statue Hall
Tiang cantik yang menghiasi balkoni di sekeliling Bronze Statue Hall
Pemandangan menghala ke Dazhong Gate
Taman di sekeliling Chiang Kai Shek Memorial
Kembali ke depan Bronze Statue Hall

CHANGING OF THE GUARDS

Upacara Changing of the Guards berlangsung di Bronze Statue Hall di Chiang Kai Shek Memorial setiap jam pada setiap hari. Pengawal yang ditugaskan berkawal pula adalah anggota pasukan keselamatan Taiwan yang terdiri dari Army, Air Force, Navy dan Military Police mengikut giliran yang tertentu. Pada ketika kami di sana, giliran pengawal yang berkawal adalah terdiri dari Military Police.

Menunggu upacara Changing of the Guards bermula
Tali dipasang di sekeliling dewan sebelum upacara bermula
Kita duduk di lantai sebab tak larat nak berdiri

Kemudian bermulalah upacara yang ditunggu-tunggu...

Perbarisan masuk pengawal
Ketika melihat upacara ini berlangsung teringat kepada kisah pengawal di depan Istana Nurul Iman di Brunei yang pernah disampaikan kepada kami dulu. Kalau di sana, pegawai tentera yang berkawal perlu berdiri tegak sepanjang masa bertugas. Sekiranya pegawai tentera didapati bergerak walau sedikit pun, mereka akan didenda bertugas lebih lama. Mungkin juga peraturan yang sama terpakai kepada tentera yang bertugas di sini.

Tentera yang telah tamat bertugas meninggalkan pos pengawal
Proses pertukaran pengawal
Pengawal baru mengambil tempat
Sedia berkhidmat
Kawad keluar pengawal yang tamat bertugas
Segak
Meninggalkan Bonze Statue Hall
Staff yang bertugas merapikan uniform pegawai yang berkawal
Upacara Changing of the Guards ini berlangsung tak sampai pun setengah jam. Selepas upacara tamat, penonton beramai-ramai bergerak keluar meninggalkan Bronze Statue Hall.

Meninggalkan Bronze Statue Hall

GIFT SHOP

Disebabkan cuaca agak panas hari ini dengan suhu yang sama seperti di Malaysia, kami meminta Philips membawa kami nak membeli minuman. Philips membawa kami ke Gift Shop yang terletak di tingkat bawah.

Model cadangan pembangunan masa depan Chiang Kai Shek Memorial yang dipamerkan di tingkat bawah.
Pelbagai model yang dicadangkan
Selain minuman, ada pelbagai souvenir menarik yang dijual di Chiang Kai Shek Memorial Gift Shop. Harga sebotol air mineral 600 ml yang dijual adalah NTD 19 (RM 3).

Gift Shop di Chiang Kai Shek Memorial
Pelbagai souvenir menarik dijual di sini
I Love Taiwan
Philips turut menunjukkan kepada kami satu feature menarik di luar Gift Shop. Seperti di kebanyakan tempat tumpuan awam lain di Taiwan, ada Water Dispenser yang menyediakan air minum percuma di sini. Bukan mesin ini yang menarik, yang menarik sebaliknya adalah cara untuk minum air dari mesin ini...

Water Dispenser yang menyediakan air minum percuma untuk kegunaan awam
Paper Cup yang disediakan untuk minum dari water dispenser
Ada Paper Cup eco-friendly yang disediakan di tepi water dispenser ini. Ia disimpan dengan cara dilipat rapi pada bekas yang tergantung di tepi mesin. Sekali imbas, paper cup ini kelihatan seperti lipatan kertas tisu. Bila nak pakai, ambil saja dan kembangkan untuk mengisi air...

Kembangkan paper cup untuk isi air
Mencabar sangat nak minum air dari paper cup ini sebab ia sangat lembik. Saiznya pun kecik macam tak ikhlas sangat nak beri kita minum air free dari mesin. Hihihi!! Walau apa pun, ia adalah satu pengalaman menarik minum dari water dispenser menggunakan paper cup yang eco-friendly ini.

Minum air menggunakan paper cup yang eco-friendly
Jangan lupa buang paper cup di tempat yang sepatutnya selepas selesai digunakan
Lepas dah selesai minum dan membeli air mineral, barulah kami keluar dari Chiang Kai Shek Memorial. Philips tak membawa kami keluar dari Dazhong Gate seperti ketika kami tiba tadi. Kami sebaliknya keluar menerusi Liberty Square Arch kerana Mr. Liu akan menjemput kami di sana.

Replika pintu tradisional Cina di pintu keluar
Meninggalkan Chiang Kai Shek Memorial
Berjalan menuju ke Liberty Square Arch
Bendera Taiwan
Disebabkan Chiang Kai Shek Memorial adalah lambang kebangsaan Taiwan, ada banyak bendera Taiwan di sini. Tetapi tahukah anda Taiwan tidak boleh mengibarkan bendera negara mereka dalam mana-mana aktiviti antarabangsa disebabkan protes dari negara China? Nama Taiwan juga tidak boleh digunakan dalam sebarang aktiviti antarabangsa seperti di dalam Sukan Olimpik. Atas faktor inilah, atlit dari Taiwan akan bertanding dalam Sukan Olimpik di bawah nama Chinese Taipei. Ada juga Myself terfikir, adakah China akan menuntut pingat yang dimenangi oleh atlit dari Chinese Taipei sebagai pingat yang dimenangi oleh negara China juga?

Liberty Square Arch
Meninggalkan Chiang Kai Shek Memorial


Bersambung ke Bahagian 8...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN TAIWAN 2023):

No comments: