Disember 2022
SOUTHERN THAILAND
Phuket
Bahagian 11: Departure
PHUKET KE KUALA LUMPUR
HARI KETIGA (2)
Part 27: Lunch Di Light Of India
Kami check-out dari hotel pada pukul 12 tengah hari. Pick-up ke airport pula dijadualkan pada pukul 1 petang. Jadi, kita tinggalkan dulu beg di concierge hotel untuk pergi makan tengah hari. Restoran pilihan kami adalah Light of India yang terletak di tepi jalan besar tidak begitu jauh dari hotel.
|
Makan tengah hari di Restoran Light of India |
|
Kami memilih makan di sini kerana ada menu Thai Food walaupun restoran ini adalah restoran India |
|
Suasana di dalam restoran Light of India |
|
Pemandangan menghala ke pintu masuk |
|
Order makanan yang sama untuk menjimatkan masa |
|
Udang yang sangat fresh |
|
Bil makanan tengahari kami : THB 480 (RM 62) |
Part 28: Phuket International Airport
Tepat pukul 1 petang, ada sebuah teksi airport yang diatur oleh travel agent datang menjemput kami.
|
Teksi airport yang datang menjemput kami |
|
Bergerak menuju ke airport |
|
Goodbye, Patong! |
Perjalanan dari Patong menuju ke Phuket International Airport memakan masa 1 jam.
Setibanya di airport, kami terus menuju ke kaunter Malaysia Airlines. Alhamdulillah, kaunter check-in baru dibuka dan belum ramai orang beratur ketika itu.
|
Tiba di Phuket International Airport |
|
Entrance |
|
Suasana di tempat Drop-Off |
|
Suasana di dalam airport |
|
Memeriksa tempat check-in. |
|
Berjalan menuju ke kaunter Malaysia Airlines |
|
Alamak, ramai pulak orang beratur kat sana! |
|
Orang yang beratur ramai-ramai ini rupanya nak ke Moscow di Russia |
Sebaik sampai di kaunter Malaysia Airlines, kami dipanggil oleh staff yang bertugas di check-in Business Class. Kami cuma tumpang check-in kat sini saja sebab waktu itu tak ada orang, bukan sebab dapat free upgrade ke Business Class. Tergelak staff kat kaunter tu bila melihat kami mengeluarkan passport dari plastik ziplock. "Waterproof," katanya kepada kami. "Of course, because we were going to Phi Phi Island," kata Husband.
|
Tumpang check-in kat kaunter Business Class |
|
Mesti orang ingat kami travel Business Class Malaysia Airlines |
|
Melihat pemandangan pesawat kat luar |
|
Pesawat El Al dari Israel |
|
Gate 12 |
Pesawat kami Malaysia Airlines MH 795 delay pulak petang itu. Hujan lebat kat KL agaknya sebab Myself perhatikan semua pesawat yang datang dari KL delay petang itu. Air Asia pun delay.
Disebabkan masih ada masa lagi, kita terus berjalan-jalan melihat pelbagai barangan yang dijual di kedai-kedai.
|
Jalan-jalan lagi di Phuket Airport |
|
Tengok barang yang dijual kat sini pulak |
|
Berbagai souvenir yang dijual |
|
Patung Sami |
|
Rimau mengintai di belakang gajah |
|
Walaupun agama rasmi Thailand adalah agama Buddha, kami perhatikan banyak juga dewa Hindu yang disembah bersama. |
|
Pak Belang |
Sewaktu bercuti di Phuket, antara makanan yang ingin kami cuba ialah Pulut Mangga tetapi sampai ke sudah tak jumpa. Kerana itulah kami cukup happy bila terjumpa sebuah kafe di airport ini yang menjual Pulut Mangga Thai yang terkenal itu. Memandangkan flight dah delay, marilah kita mencuba makan Pulut Mangga dulu di sini.
|
Kafe yang menjual Pulut Mangga |
|
Seronok tengok ada Pulut Mangga yang dijual di sini |
|
Pulut Mangga |
|
Makanan-makanan Thai termasuklah Pulut Mangga ini tak pernah mengecewakan kami. |
|
Selamba saja staff kafe ini memakai baju lambang weed begini |
Part 29: Terbang Pulang
Akhirnya selepas delay selama 40 minit, penumpang-penumpang Malaysia Airlines menuju ke Kuala Lumpur dipanggil masuk menerusi Boarding Gate 15.
|
Panggilan masuk penumpang-penumpang Malaysia Airlines menuju ke Kuala Lumpur |
|
Beratur nak masuk ke Boarding Gate |
|
Boarding Pass ke Kuala Lumpur |
|
Tangga turun ke bawah untuk mendapatkan pesawat |
|
Malaysia Airlines dah bersedia nak membawa kami balik ke KL |
|
Tunggu sekejap kat sini sampai semua penumpang yang tiba dari KL dah keluar |
|
Berjalan masuk ke pesawat |
|
Walaupun pemakaian mask dalam Malaysia Airlines dah optional sekarang, masih ramai yang memilih untuk memakai face mask. |
|
Singapore Airlines yang parking di sebelah pesawat kami |
Pesawat Malaysia Airlines MH 795 bergerak meninggalkan Phuket International Airport pada pukul 5.40 petang. Secara rasminya percutian kami 3 Hari 2 Malam ke Phuket berakhir di sini. Walaupun hanya percutian singkat, ia sangat menyeronokkan. Memang dah sah Thailand akan terus menjadi destinasi percutian singkat kami pada masa-masa akan datang.
Myself paling seronok tengok Husband cukup enjoy dengan percutian singkat ini. Maklumlah destinasi Phuket ini Myself yang pilih. Husband pulak sebelum ini memang tak berkenan setiap kali dicadangkan percutian ke sini kerana pada pandangan dia, Phuket cuma sebuah tempat yang penuh maksiat. Maklumlah itu saja yang sering digambarkan kat media. Namun kata orang, tak kenal maka tak cinta. Lepas dia kenal Phuket, terus dia jatuh cinta. Samalah dengan first impression dia kepada Indonesia dulu. Walaupun pada mulanya dia tak pandang kalau dicadangkan nak bercuti ke Indonesia, selepas menjejak ke sana kali pertama, terus nak datang berkali-kali. Morale of the story: next time just follow wherever the wife suggest we go, okay?! Hahaha!!
|
Bergerak menuju ke runway |
|
Ada public beach kat tepi Phuket Airport ini rupanya |
|
Berlepas meninggalkan Phuket |
|
Pemandangan sewaktu pesawat berlepas meninggalkan Phuket. Kotor pulak tingkap kapalterbang ni! |
|
Menuju ke Laut Andaman |
|
Menghala ke Kuala Lumpur |
|
Terbang ke selatan |
|
Goodbye for now. Ada rezeki kita jumpa lagi. |
|
Cuaca baik pada petang ini |
|
Terbang di celah awan |
|
Dah hampir nak tiba di Kuala Lumpur |
Phuket dan Kuala Lumpur mempunyai perbezaan waktu selama sejam. Walaupun bertolak dari Phuket pada pukul 5.40 petang dan penerbangan mengambil masa 1 jam 20 minit, kami mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.
|
Lampu pesawat dimalapkan sebagai persediaan untuk pendaratan malam |
|
Berlegar di Port Dickson sewaktu menunggu kebenaran mendarat |
|
Pemandangan Port Dickson di waktu malam |
|
Dah dapat kebenaran untuk mendarat |
|
Selamat mendarat di KLIA |
|
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi pengembaraan |
CATATAN PERJALANAN PHUKET (2022):
CATATAN PERJALANAN THAILAND:
No comments:
New comments are not allowed.