Disember 2014
JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA
Subang, Malang & Bromo
Bahagian 1: TERBANG KE BANDUNG
HARI PERTAMA
Part 1: Jemputan Perkahwinan Di Indonesia
Pengembaraan terakhir bagi tahun 2014 adalah ke Jawa Barat dan Jawa Timur di Indonesia. Ia bermula bila kami dijemput untuk menyertai rombongan pengantin lelaki yang juga sepupu kepada Myself berkunjung ke rumah pengantin perempuan di kota Subang, Jawa Barat yang terletak kira-kira 51 km dari kota Bandung.
|
Kad Jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohd. Fajar dan Siti Nurlaela di Subang, Jawa Barat, Indonesia. |
Memandangkan peluang menghadiri majlis perkahwinan di Indonesia sangat jarang diperolehi, ramai ahli keluarga Pengantin Lelaki yang turut serta. Sejumlah 34 orang keluarga besar pengantin lelaki berkunjung ke Indonesia. Untuk memudahkan urusan logistik sewaktu berada di sana, kebanyakan dari ahli rombongan berlepas dari Kuala Lumpur ke Bandung dengan menaiki penerbangan yang sama. Keluarga pengantin lelaki dengan bantuan keluarga pengantin perempuan juga bermurah hati menguruskan pengangkutan bas dari Bandung ke Subang.
Part 2: KLIA2 Ke Bandara Husein Sastranegara, Bandung
Majlis perkahwinan diadakan pada hari Sabtu 27 Disember 2014. Rombongan keluarga kami berlepas ke Indonesia pada petang 26 Disember 2014. Kami membeli sendiri tiket penerbangan ke Bandung dengan pesawat Indonesia Air Asia.
Myself dan Husband turut menguruskan Adik Tiri dan seorang anak saudara (anak kakak) yang menyertai rombongan ini bersendirian tanpa ditemani orang tua mereka.
|
Selfie dalam van menuju ke KLIA2 |
Walaupun pesawat kami dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Bandung pada pukul 3.20 petang, seawal jam 10.00 pagi, kami telah bergerak menuju ke KLIA2.
Memang excited sewaktu tiba di KLIA2 kerana ini adalah kali pertama kami terbang dari sini. Bangunan KLIA2 ini dirasmikan pada pertengahan tahun 2014 bagi menggantikan Terminal LCCT yang memang cukup sesak dan tidak begitu selesa.
|
Pemandangan sewaktu menghampiri KLIA2. |
|
Semakin menghampiri bangunan terminal KLIA2. |
|
Tiba di Terminal KLIA2. |
Disebabkan ketika itu musim cuti Krismas, kaunter check-in di Terminal KLIA2 sangat sesak dengan pengunjung yang majoritinya menggunakan penerbangan Air Asia ke destinasi percutian masing-masing.
|
Kaunter Check-in di Terminal KLIA2 yang sesak dengan pengunjung. |
|
Boarding Pass kami yang telah siap-siap print dari rumah. Kalau menggunakan khidmat Air Asia ni, perlu check-in dan print Boarding Pass sendiri. Kalau buat urusan check-in di kaunter akan dikenakan caj RM10 setiap tiket. |
|
Satu lagi pemandangan kawasan kaunter check-in di KLIA2. |
Selepas selesai urusan Bag Drop, kami berjalan-jalan untuk meninjau kemudahan-kemudahan yang disediakan di sekitar KLIA2. Memang betul bagai yang diperkatakan KLIA2 ni lebih menyerupai sebuah Shopping Mall berbanding sebuah Airport.
|
Escalator dari Parking ke Bangunan Luar KLIA2 pun macam escalator dari tempat parking ke kedai-kedai di Shopping Mall. |
Mengikut pengamatan Myself, secara kasarnya, KLIA2 terbahagi kepada 3 bahagian: Bangunan Luar, Bangunan Dalam dan Boarding Area. Bangunan Luar KLIA2 dipenuhi dengan kedai-kedai yang sangat mirip dengan Shopping Mall.
|
Kedai-kedai di Bangunan Luar KLIA |
|
Pemandangan di Bangunan Luar ni betul-betul macam Shopping Mall. |
Bangunan Luar dan Bangunan Dalam dipisahkan oleh sebuah jambatan terbuka yang beratap.
|
Jambatan Open-Air beratap yang memisahkan Bangunan Luar dengan Bangunan Dalam |
|
Pintu masuk ke Bangunan Dalam KLIA |
|
Bergambar dengan perhiasan Krismas di jambatan yang memisahkan Bangunan Luar dengan Bangunan Dalam. |
Bangunan Dalam ini menempatkan perkhidmatan bagi penumpang seperti kaunter check-in dan pejabat-pejabat syarikat penerbangan.
|
Pemandangan di pintu masuk ke Bangunan Dalam KLIA2 |
|
Pemandangan dari tingkat atas Bangunan Dalam KLIA2. |
|
Pemandangan Kaunter Imigresen di KLIA2 - dipandang dari Tingkat Atas Bangunan Dalam KLIA2. |
Sambil menunggu waktu perlepasan, kami memilih untuk makan tengahari di sebuah restoran yang bernama Malaysian Recipe Cafe yang terletak di tingkat atas Bangunan Dalam. Makanannya memang mahal - biasalah harga mengikut standard Airport.
|
Pemandangan di Restoran Malaysian Recipe Cafe, KLIA2. |
|
Makan tengahari di Malaysian Recipe Cafe di KLIA2. |
Selepas makan barulah kami masuk ke Boarding Area. Kami sengaja masuk awal sebab bercadang nak Solat Jamak Zohor dengan Asar di surau bahagian dalam. Oleh kerana Boarding Area hanya boleh dimasuki oleh penumpang-penumpang bertiket, surau di area ni selalunya kurang sesak berbanding dengan surau di bahagian luar.
|
Pintu Perlepasan Antarabangsa di KLIA2. |
Selepas melalui Pemeriksaan Imigresen, semua penumpang terpaksa berjalan jauh sangat-sangat menuju ke Boarding Gate masing-masing. Semua penumpang perlu melintasi sebuah jambatan bertutup untuk ke kawasan Boarding Gate ini.
|
Walaupun ada travelator disediakan sepanjang laluan ke Boarding Gate, perjalanan ke sana sangatlah jauh. |
|
Pemandangan dari jambatan menuju ke Boarding Gate. |
|
Pintu perlepasan pesawat kami adalah Q13. |
Sebelum masuk ke kawasan Boarding Gate, masih ada lagi sebuah Shopping Area di sana.
|
Shopping Area sebelum masuk ke kawasan Boarding Gate. |
|
Oleh
kerana jarak berjalan kaki ke Boarding Gate sangat jauh, ada
perkhidmatan Buggy disediakan untuk dinaiki oleh mana-mana penumpang
yang tak larat nak berjalan. |
Akhirnya sampai juga ke pintu perlepasan kami Gate Q13. Mujurlah ada sebuah surau tidak jauh dari pintu ini.
|
Pintu-pintu perlepasan di KLIA2. |
|
Lorong menuju ke pintu perlepasan. |
|
Kami adalah antara penumpang yang paling awal tiba di Gate Q13. |
Sambil menunggu pesawat, sempat juga cuci mata melihat pesawat-pesawat Air Asia yang lalu. Air Asia ni memang syarikat penerbangan komersil, jadi badan-badan pesawat mereka penuh dengan pelbagai iklan.
|
Sebuah pesawat Air Asia Malaysia lalu di depan Boarding Gate kami. |
|
Pesawat Air Asia yang mempromosikan negeri Sabah |
|
Pesawat Thai Air Asia. |
|
Mulanya tak faham iklan pada pesawat ini. Setelah diGoogle, rupa-rupanya pesawat ini didedikasikan kepada Head of Operations Air Asia, Bo Lingam. |
|
Iklan konsert Taylor Swift pada pesawat Air Asia. |
Dekat-dekat pukul 3.00 petang, semua ahli rombongan tiba di KLIA2. Bukan semua ahli rombongan sering travel macam kami, jadi macam-macam cerita kami dengar. Tapi yang paling menarik adalah tentang kecekapan Imigresen Malaysia dalam urusan pembaharuan passport.
Umpamanya ada seorang sepupu yang tinggal di Ipoh menyedari passportnya telah tamat tempoh sehari sebelum berlepas. Jadi awal-awal pagi tadi, dia berkejar ke Pejabat Imigresen di Ipoh untuk urusan pembaharuan passport. Sebaik passport diperbaharui, bergegas dia datang ke KLIA2 dan masih sempat menyertai ahli rombongan lain dalam penerbangan ini.
Seorang lagi sepupu pula telah tidak dibenarkan Boarding oleh syarikat Air Asia kerana tempoh sahlaku passportnya kurang dari 6 bulan. Jadi dia dengan suaminya bergegas ke Pejabat Imigresen di Putrajaya dari KLIA2 untuk memperbaharui passportnya. Walaupun dia terlepas penerbangan bersama kami, dia dan suaminya masih sempat terbang ke Bandung dengan pesawat Air Asia lain yang berlepas dari KLIA2 ke Bandung pada pukul 8 malam itu dan menyertai majlis perkahwinan pada pagi esoknya.
|
Ahli-ahli rombongan keluarga kami sedang berkumpul di Gate Q13. |
Pesawat Indonesia Air Asia kami terlewat tiba 20 minit di KLIA2. Makanya Boarding Time juga terlewat 40 minit dari jadual asal.
|
Indonesia Air Asia QZ172 tiba di KLIA2 |
|
Beratur masuk ke dalam pesawat. |
|
Panggilan akhir untuk pesawat kami ke Bandung. |
|
Para penumpang sedang masuk ke dalam pesawat. |
|
Peramugari sedang bersiap-sedia untuk membuat demonstrasi peralatan keselamatan pesawat. |
|
Peramugara sedang membuat demonstrasi keselamatan. |
Oleh kerana pesawat ini adalah Indonesia Air Asia, maka semua pengumuman dan tulisan-tulisan keterangan dalam pesawat ditulis dalam Bahasa Indonesia. Ini juga adalah satu pengalaman baru bagi Myself dan Husband kerana ini adalah kali pertama kami naik Indonesia Air Asia.
|
Kad Keselamatan Dalam Pesawat |
|
Dalam Bahasa Indonesia, Talipinggang Keselamatan dipanggil Sabuk Pengaman. |
Walaupun cuaca mendung dan berawan, penerbangan kami ke Bandung sangat lancar. Kami hanya mengalami sedikit turbulence sewaktu pesawat sedang membuat penerbangan turun semasa tiba di Bandung.
|
Terbang meninggalkan Malaysia menuju ke Indonesia |
|
Menu sajian penerbangan yang dihidangkan dalam Indonesia Air Asia juga berbeza dengan menu dalam penerbangan Air Asia Malaysia. |
|
Nasi Minyak Palembang dalam penerbangan ke Bandung. Rasanya sedikit berbeza dengan Nasi Minyak Malaysia. |
Laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung banyak menyusuri pantai timur Pulau Sumatera. Disebabkan cuaca yang baik sepanjang penerbangan, pemandangan di luar sangat menarik.
|
Terbang menyusuri pantai Sumatera dalam perjalanan menuju ke Bandung. |
|
Bergambar kenangan dalam Indonesia Air Asia |
|
Ada banyak kerusi kosong dalam penerbangan ini. |
|
Majalah 3Sixty Air Asia versi Indonesia |
|
Kalau dalam pesawat Air Asia Malaysia, perkataan yang tertulis di sini ialah "Don't Steal Me!" |
|
Ini adalah kali pertama Makcik Ita dan keluarga naik kapalterbang. |
|
Menempuh awan dalam penerbangan turun ketika menghampiri Airport di Bandung. |
|
Terbang menghampiri Bandung. |
Part 3: Perjalanan Ke Subang
Penerbangan
dari Kuala Lumpur ke Bandung memakan masa kira-kira 2 jam. Pesawat kami
mendarat di Bandar Udara Husein Sastranegara, Bandung pada pukul 5.15
petang waktu tempatan di Bandung. Waktu di Bandung adalah sejam lewat
berbanding Kuala Lumpur.
Walaupun
kami pernah berkunjung ke Bandung pada tahun 2007 dahulu, ini adalah
kali pertama kami terbang terus ke sini. Dalam kunjungan dulu, kami
mendarat di Jakarta dan menaiki bas dari sana untuk berkunjung ke
Bandung.
|
Pemandangan kota Bandung dari udara. Kota ini terletak di kaki gunung. |
|
Satu lagi pemandangan kota Bandung dari udara. |
|
Selamat mendarat di Bandar Udara (Bandara) Husein Sastranegara di Bandung |
|
Runway di Bandara Husein Sastranegara. Hujan renyai sedang turun sewaktu kami mendarat di sini. |
|
Bangunan Terminal Bandara Husein Sastranegara, Bandung. |
Bandara
Husein Sastranegara kecil, saiznya cuma macam Lapangan Terbang Kuantan
di Pahang. Tiada airbridge disediakan di sini. Penumpang turun dari
pesawat menggunakan tangga. Oleh kerana ketika itu hujan renyai, semua
penumpang diberikan payung sewaktu turun dari pesawat.
|
Berjalan dalam hujan menuju ke bangunan terminal Airport Husein Sastranegara. |
|
Selfie dalam hujan sewaktu berjalan ke bangunan terminal. |
|
Pintu masuk ke bangunan terminal. |
Di
luar bangunan lapangan terbang, wakil travel agent yang bernama Dadang
telah sedia menanti dengan bas untuk membawa kami ke kota Subang.
|
Pemandangan di luar bangunan terminal Lapangan Terbang Husein Sastranegara |
|
Dadang sedang memberi penerangan kepada ahli-ahli rombongan di dalam bas. |
Kota
Subang terletak kira-kira 51 km dari Bandung, namun perjalanan ke sana
memakan masa kira-kira 4 jam disebabkan keadaan jalan raya yang sempit
mendaki dan menuruni kawasan pergunungan dan traffic jam (yang dalam
Bahasa Indonesia dipanggil macet).
Bandung
adalah sebuah kota pelancongan yang popular di Indonesia dan ditambah
dengan ramai rakyat Indonesia sendiri yang mengambil kesempatan bercuti
di akhir tahun, kesesakan memang tidak dapat dielakkan. Keadaan juga
semakin buruk dengan musim hujan yang sedang melanda ketika itu.
|
Pemandangan malam Kota Bandung yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Subang. |
|
Macet!! |
Perjalanan
yang panjang ke kota Subang tidak begitu terasa dengan kehadiran
seorang ibu saudara, Makcik Ita yang begitu menghiburkan di sepanjang
perjalanan.
|
Seronok melayan Makcik Ita yang duduk di belakang kami dalam bas. |
|
Kami juga dihiburkan dengan lagu-lagu Indonesia di sepanjang perjalanan dalam bas. |
Dalam
perjalanan ke Subang kami singgah di sebuah kawasan yang bernama Cikole
untuk makan malam di Rumah Makan Grafika Cikole. Makanan dihidangkan
secara buffet di sini.
|
Singgah makan di Rumah Makan Grafika Cikole |
|
Pemandangan di dalam Rumah Makan Grafika Cikole |
|
Semua ahli rombongan makan dengan begitu berselera disebabkan telah kelaparan sewaktu mengharungi traffic jam ke sini. |
|
Kami
juga pernah berkunjung ke kawasan restoran ini sewaktu kunjungan ke
Bandung pada tahun 2007. Pemandangan di sini sebenarnya sangat cantik
dengan hutan pkok pain di belakang sana. Namun keindahan itu tidak dapat
dilihat pada malam yang gelap gelita itu. |
Perjalanan
dari Rumah Makan Grafika Cikole menuju ke kota Subang seterusnya hanya
memakan masa kira-kira sejam. Kami tiba di hotel penginapan kami, Hotel
Dafam Betha di Subang kira-kira pukul 10.15 malam.
|
Perjalanan seterusnya menuju ke Subang agak lancar, mungkin disebabkan hari telah beransur lewat malam. |
|
Tiba di Hotel Dafam Betha, Subang |
|
Check-in ke bilik penginapan |
|
Bilik penginapan di Hotel Dafam Betha, Subang. |
Bersambung Ke Bhg. 2...
CATATAN PERJALANAN JAWA BARAT & JAWA TIMUR, INDONESIA (2014):