Friday 23 November 2007

2007 JAKARTA & BANDUNG BHG. 1

November 2007

JAWA BARAT, INDONESIA
Jakarta & Bandung

Bahagian 1: Jakarta
ANCOL, MONAS, TAMAN MINI INDONESIA INDAH & PUNCAK

Percutian keluarga kedua selepas ke Kuching, Sarawak pada tahun 2004 adalah ke Jakarta dan Bandung di Indonesia. Selain Myself dan Husband, percutian turut disertai Ayah, Abang & Keluarga serta Kakak & Keluarga.

Jawa Barat, Indonesia.

HARI 1: JAKARTA (1)

Part 1: Jakarta

Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Jakarta adalah menggunakan KLM Royal Dutch Airlines. Myself sengaja memilih naik KLM kerana ia kapalterbang Belanda, jadi pasti peramugari dan peramugaranya orang putih. Saja nak bagi thrill kepada anak-anak saudara yang ikut dalam rombongan ni dilayan oleh peramugari Mat Salleh. Lagipun tambangnya jauh lagi murah dari Malaysia Airlines.


KLM Royal Dutch Airline yang membawa kami ke Jakarta
Dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta
Hari dah gelap sewaktu kami tiba di Jakarta.
Makan malam di Restoran Sederhana

HARI 2: JAKARTA - PUNCAK

Part 2: Hotel Batavia

Di Jakarta, kami menginap di Hotel Batavia. Jika anda tidak biasa dengan sejarah, Batavia sebenarnya adalah nama yang diberi penjajah Belanda kepada Jakarta pada masa dulu.

Sesuai dengan namanya, arkitektur hotel ini bercirikan Belanda. Jalan raya di depan hotel sibuk sekali. Mujurlah ada polis yang membantu jika ingin melintas jalan.

Hotel Batavia
Pintu masuk ke Hotel Batavia.
Pemandangan di hadapan Hotel Batavia
Jalan di depan Hotel Batavia yang sentiasa sesak dengan kenderaan.
Polis trafik di depan Hotel Batavia.
Pancutan air di courtyard Hotel Batavia.
Pemandangan dari bilik hotel.
Satu lagi pemandangan dari bilik hotel.
Selepas bersarapan, kami check-out dari hotel untuk menuju ke Puncak. Dalam perjalanan, kami akan dibawa singgah ke beberapa tempat menarik di kota Jakarta.

Sarapan pagi di Restoran Batavia
Sibuk nak bawa beg sendiri macam orang dewasa.
Terusan peninggalan Belanda di kota Jakarta
Kesesakan di kota Jakarta

Part 3: Ancol

Ancol adalah sebuah pusat liburan di Jakarta. Ia terletak di tepi pantai dan mempunyai berbagai tarikan seperti pantai, padang golf dan taman hiburan (theme park).

Bot-bot mewah berhampiran Ancol.
Pantai Festival Ancol.
Disebabkan kami tiba agak awal pagi, taman hiburan belum dibuka. Jadi kami hanya bersiar-siar di tepi pantai.

Pemandangan di persisiran pantai Ancol
Jeti berhampiran Pantai Ancol
Pantai untuk bermandi-manda di Ancol.
Di pantai Ancol ini juga, ahli-ahli keluarga mengambil kesempatan bersiar-siar dengan menaiki sampan. Myself tak ikut naik masa tu sebab seram melihat ciri sampan ini yang tidak begitu mementingkan aspek keselamatan.

Menaiki sampan di Ancol.
Sampan yang dinaiki ahli keluarga berlayar di tengah laut.
Kembali ke daratan
Naik kembali ke daratan.
Di Pantai Ancol ni ada banyak obor-obor. Tak tahulah sama ada spesis obor-obor ni merbahaya atau sebaliknya.

Gambar obor-obor yang ditangkap dari jeti tepi pantai di Ancol.
Obor-obor dapat dilihat dengan jelas sewaktu kami berdiri di jeti ini.
Melihat pantai ini begitu dekat dengan jeti, Myself terfikir ketika itu, tidakkah mereka yang bermandi-manda di sini digigit obor-obor yang banyak di sini?
Pemandangan pantai permandian dari jeti.
Di Ancol juga terdapat pusat kraftangan yang mempamerkan pelbagai hasil kesenian.

Pusat kesenian di Ancol
Ukiran Kayu
Seni dari jerami.
Seniman Ukiran

Part 4: Monas

Dari Ancol, kami singgah sebentar di Monumen Nasional atau singkatannya, Monas.


Istana Presiden yang terletak berhampiran Tugu Monas
Tugu Monas dari sebalik pagar masuk.
Tugu Monas
Tidak seperti gambaran sebelum berkunjung ke sini, bandaraya Jakarta sebenarnya amat moden. Malah di kawasan-kawasan tertentu, ia kelihatan lebih hebat dari Kuala Lumpur.

Bangunan pencakar langit yang moden di Jakarta
Bandar Jakarta penuh dengan patung-patung monumen di mana-mana.

Part 5: Taman Mini Indonesia Indah

Bagi memperkenalkan negara Indonesia secara sepintas lalu, kami dibawa ke Taman Mini Indonesia Indah. Seperti konsep Taman Mini Malaysia di Melaka, di sini terdapat replika bangunan-bangunan tradisional dari seluruh Indonesia.

Rumah persinggahan pertama di sini adalah Rumah Minangkabau dari Sumatera Barat. Rumah Minangkabau ini dibina berdasarkan Istana Pagaruyung yang pernah dilawati di Padang pada tahun 1998 dulu. Memang sebiji sama ~ cuma bezanya rumah ini nampak moden dan baru sedangkan yang original nampak usang dan lama.


Maskot harimau dan arnab yang menyambut ketibaan kami di Rumah Minangkabau. Selepas bergambar, harimau dan arnab ini menghulurkan poket untuk meminta tip.
Replika Rumah Minangkabau.

Pemandangan di dalam Rumah Minangkabau.
Rumah-rumah tradisional selain dari rumah Minangkabau hanya dilawat secara sepintas lalu.

Replika Rumah Bali
Rumah tradisional yang tak tau dari daerah mana - dipandang dari Kereta Gantung (Cable Car) di Taman Mini Indonesia Indah
Rumah tradisional Lampung, juga dipandang dari Kereta Gantung.
Peta Indonesia dipandang dari Kereta Gantung.
Peta Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.
Pemandangan sewaktu kereta gantung menghampiri stesen.
Bergambar di depan stesen kereta gantung Skylift Indonesia.

Part 6: Puncak

Bergerak dari Taman Mini Indonesia Indah, bas membawa kami ke Puncak yang terletak di kawasan tanah tinggi di luar Jakarta. Semakin tinggi bas mendaki, cuaca semakin sejuk, lebih-lebih lagi kerana hari pun telah lewat petang.


Tiba di Puncak.
Pemandangan di Puncak
Untuk membolehkan kami menunaikan solat Jamak Zohor dan Asar, bas membuat persinggahan di Masjid di Puncak.

Masjid Atta'awun di Puncak.
Pemandangan di dalam masjid.
Perkarangan Masjid.
Signboard di depan Masjid.
Pemandangan ladang teh dari perkarangan masjid.
Keistimewaan masjid di Puncak ini ialah untuk masuk ke dalam masjid, kita perlu melalui sebatang anak sungai yang sengaja dialirkan di hadapan masjid. Oleh yang demikian, secara tak langsung, kebersihan masjid benar-benar terjamin sebab kaki pengunjung telah dibersihkan.

Anak sungai yang perlu dilalui untuk masuk ke dalam masjid. Airnya sejuk sekali.
Pemandangan pusat jualan cenderamata dan ladang teh dari Masjid Puncak.
Tujuan kami ke Puncak adalah untuk bermalam. Kami menginap di Hotel Surya Indah. Hotelnya tak mewah, tapi cukup selesa.

Pemandangan lobi Hotel Surya Indah di Puncak pada waktu malam.
Pemandangan di perkarangan hotel.
Tempat permainan kanak-kanak.
Bilik-biliknya disediakan dalam bentuk chalet


  Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN (JAKARTA & BANDUNG) 2007: