SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 1: Departure
PERJALANAN KE KOREA SELATAN
Part 1: Private Tour Ke South Korea
Sewaktu diberitahu yang Myself mempunyai banyak cuti yang perlu dihabiskan sebelum akhir tahun, destinasi yang terpancar di fikiran Myself memang South Korea. Ini adalah kerana Husband belum pernah sampai ke Korea dan dia sering menyatakan hasratnya nak melawat ke situ. Kita pun okey juga kerana Myself cuma baru sekali sampai ke Korea. Itu pun pada tahun 2010 dulu dan hanya melawat sekitar bandar Seoul. Lama sangat dah tu, sebab pada masa itu K-Pop dan K-Drama baru mula masuk ke Malaysia dan belum popular macam sekarang.
Pada mulanya kami merancang nak mengikut Group Tour ke Korea. Memang ada banyak agensi yang menawarkan Group Tour ke Korea, tetapi hanya melawat sekitar Seoul, mungkin disebabkan faktor kos yang sangat mahal kalau nak melawat ke tempat lain. Yang sangat tidak menarik bagi Myself dan Husband adalah itinerary mereka yang ada banyak shopping di dalamnya. Tak ada sangatlah essence of Korea yang kami harapkan dari itinerari trip yang sebegitu.
Disebabkan Myself dah pernah sampai ke Seoul, Husband mencadangkan supaya kami turut melawat ke tempat-tempat lain di Korea. Excited juga pada mulanya bila melihat ada satu agensi yang menawarkan itinerary Group Tour ke Busan dan Jeju. Kedua-duanya Myself dan Husband tak pernah sampai lagi. Tetapi bila ditanya, rupa-rupanya itinerary itu tidak lagi ditawarkan kerana Air Asia dah tak terbang lagi ke Busan. Kalau dah tak ditawarkan, kenapa masih diletak iklannya dalam internet? Aduss!!
Myself dan Husband akhirnya memutuskan untuk membuat Private Tour ke Korea. Jadi kami mula mencari agensi yang boleh mengatur trip ini. Memang kecewa kerana tidak banyak agensi yang bersedia nak mengatur private tour ke Korea. Semuanya memberi alasan private tour ke Korea untuk 2 orang terlalu mahal dan meminta kami mengikut saja Group Tour atau pakej standard Private Tour yang mereka sediakan. Ada juga agensi yang kata bersedia nak mengatur private tour untuk customer dan tanya macam-macam requirement kita tetapi kemudian buat senyap dan tak come back pun dengan apa-apa cadangan. Mungkin sebab kosnya mahal dan mereka tidak rasa kami nak proceed dengan kos sebegitu. Hello, janganlah begitu! Walaupun mahal, janganlah stereotype semua customer. Ada customer yang sanggup membayar jika sesuai dengan expectation mereka.
|
South Korea |
Ada juga sebuah agensi yang mengiklankan diri sebagai pakar lawatan ke Korea. Tetapi bila kita tanya sama ada mereka boleh mengatur lawatan ke DMZ di Seoul, wakil agensi tak pernah mendengar pun pasal DMZ. Aiseyy, kat iklan kata agensi itu expert pasal Korea. Kenapa DMZ pun tak pernah dengar? Alahai!!
Dalam banyak-banyak agensi yang ditanya, cuma Selamatbercuti (Wan Vacation) yang bersedia melayan kami. Maka terus saja kita berurusan dengan mereka. Pada mulanya Myself dan Husband bercadang nak mengambil trip ke Seoul dan Busan saja dengan mereka. Tetapi bila melihat mereka begitu profesional dan bersedia melayan kita, terus kita tambah satu lagi destinasi ~ Jeju ke dalam itinerary. Husband yang suggest sebenarnya. Kata Husband, kita travel sungguh-sungguh sebab mungkin sekali ini sajalah kami nak ke Korea begini. Maklum sajalah sebab usia dah meningkat dan kesihatan pun dah mula menjadi problem, mungkin hanya beberapa tahun saja lagi kami mampu nak travel jauh-jauh macam ini.
Walau apa pun, Myself memang nak puji customer service Selamatbercuti. Mereka memang bersedia mengatur private tour mengkut kehendak pelanggan. Ini telah kami uji dalam pelbagai private tour kami yang lain sebelum ini ke Manado (Sulawesi, Indonesia), Cebu (Philippines) dan Phuket (Thailand). Semua trip ini ada Myself ceritakan di dalam blog ini. Itinerary kami juga bukan itinerary yang tipikal bagi kesemua destinasi ini. Selain Private Tour ini, kami juga pernah mengikut program Group Tour mereka ke Eastern Europe.
Trip kami yang terkini ke Morocco, Spain dan Portugal juga sebenarnya diatur oleh Selamatbercuti. Sepatutnya perjalanan itu dibuat secara Group Tour. Tetapi disebabkan kurang sambutan pada tarikh yang dicadangkan, Group Tour tersebut telah dibatalkan. Namun begitu, Selamatbercuti tidak sekadar berlepas tangan dengan memulangkan pembayaran yang telah dibuat. Mereka sebaliknya berusaha mencari dan menguruskan Group Tour lain yang boleh kami ikuti. Begitulah service yang diharapkan oleh customer. Tahniah, Selamatbercuti! Memang sah kami akan terus menjadi customer Selamatbercuti selepas ini.
HARI PERTAMA
Part 2: Terbang ke Incheon, Seoul
Penerbangan kami ke South Korea pada hari ini bermula dari KLIA2 kerana kami menggunakan khidmat Air Asia X. Lama sungguh kita tidak membuat penerbangan antarabangsa dengan Air Asia X. Kali terakhir adalah sewaktu pergi ke New Zealand pada tahun 2019 dulu.
|
Tiba di KLIA2 |
|
Posing-posing dulu dengan bagasi sewaktu tiba di KLIA2 |
|
Jom kita masuk ke dalam... |
Walaupun penerbangan kami dijadual berlepas pada pukul 10.50 malam, Myself dan Husband memilih datang awal pada pukul 6 petang untuk keselesaan. Suasana di KLIA2 petang itu agak sibuk walaupun belum musim cuti sekolah.
|
Suasana di KLIA2 |
|
Salah sebuah restoran di KLIA2 |
Destinasi pertama kami di Korea adalah Busan. Mengikut perancangannya, sebaik selepas sampai di Seoul nanti, kami akan terus naik keretapi laju KTX ke Busan. Bimbang tak sempat nak breakfast sebaik sampai di Seoul kelak, kita belilah roti di KLIA2 sebagai bekalan untuk dimakan dalam KTX.
|
Membeli roti sebagai bekalan perjalanan ke Busan |
|
Semak dulu jadual flight, takut-takut ada pertukaran |
|
Flight kami ke Seoul-Incheon, Air Asia X D7 504 masih mengikut jadual |
Seperti biasa, kami juga menempah peralatan Wifi Roamingman untuk kegunaan sewaktu di South Korea. Terus saja kita pergi mencari kaunter Roamingman di KLIA2 ini untuk membuat pick-up. Melilau juga kami mencari kaunter Roamingman kerana ini adalah kali pertama kami membuat pick-up di KLIA2. Kalau kat KLIA1, memang kami dah hafal lokasi kaunter Roamingman ini.
|
Kaunter Roamingman di KLIA2 |
|
Berurusan di kaunter Roamingman |
|
Peralatan Wifi Roamingman. Kami pilih servis 4G untuk menjimatkan kos. Ada hadiah percuma sebuah stand yang diberi oleh Roamingman untuk pelanggan mereka hari ini. |
Urusan seterusnya adalah mencari dinner. Untuk kemudahan, kami memilih early dinner hari ini di Food Arcade KLIA2. Food Arcade KLIA2 ini memang lebih menarik berbanding Food Garden KLIA1 kerana ada lebih banyak pilihan makanan untuk rakyat marhaen macam kami.
|
Food Arcade KLIA2 |
|
Pelbagai pilihan makanan ada di sini |
|
Suasana di Food Arcade |
|
Pilih Mee Goreng dan Nasi Padprik untuk dinner hari ini |
|
Pemandangan suasana di KLIA2 dari Food Arcade |
Selepas dinner, perkara seterusnya yang perlu dibuat adalah check-in. Sesuatu yang agak merengsakan kami kalau naik Air Asia begini adalah self check-in. Walaupun dah beberapa kali melaluinya, proses self check-in ini tak pernah smooth dengan sekali jalan bagi kami. Maklumlah kita sekarang dah masuk kategori veteran, mesti punyalah kita tewas dan terkial-kial bila terpaksa berdepan dengan mesin-mesin automatik macam ini. Hehehehh!
|
Self Check-in Kiosk di KLIA2 |
|
Terkial-kial nak mengguna mesin ini... |
|
Baggage Drop pulak... |
|
Pakai scanner ini pun terkial-kial juga.... Hehehehhh! |
Alhamdulillah, selepas selesai proses check-in kita mulakan langkah pertama menuju ke South Korea dengan melangkah masuk ke Perlepasan Antarabangsa...
|
Perlepasan Antarabangsa |
|
Suasana di Perlepasan Antarabangsa |
|
Kedai-kedai Duty Free |
|
Lagi kedai-kedai Duty Free |
|
Mencari pintu perlepasan |
|
Walkalator |
|
Pemandangan malam di KLIA2 |
|
Buggy |
Perayaan Deepavali semakin menjelang ketika itu. Oleh yang demikian, KLIA2 turut dihiasi dengan perhiasan-perhiasan Deepavali.
|
Perhiasan Deepavali di KLIA2 |
|
Lagi perhiasan sempena perayaan Deepavali |
|
Terus berjalan menuju ke pintu perlepasan |
|
Kedai-kedai kosmetik |
|
Ahh-Yum |
Kami seterusnya singgah di Food Court Perlepasan Antarabangsa. Tujuan sebenarnya adalah nak bersolat di surau berdekatan. Sambil seorang bersolat di surau, seorang lagi duduklah menjaga barang di Food Court ini.