November 2018
MELAKA, MALAYSIA
Banda Hilir
Bahagian 12: Perjalanan Berakhir
MALAM TERAKHIR & PERJALANAN PULANG
HARI KEDUA (9)
Part 36: Sunset Di Melaka
Selepas melawat Kapal Flor de la Mar, kami pulang ke Hotel Hatten Place menggunakan khidmat Grab. Mudah sungguh menggunakan Grab di Melaka. Cepat je kereta Grab ni tiba.
|
Pemandangan matahari terbenam dari bilik penginapan kami di Hatten Place Hotel |
|
Warna kemerahan di ufuk langit |
|
Kapal berlayar di Selat Melaka |
|
Kuning Keemasan |
Part 37: Food Truck Dinner
Malam itu pada mulanya kami merancang nak dinner saja menggunakan Room Service. Tiba-tiba teringat pulak yang pada malam semalam kami melihat ada banyak Food Truck di depan hotel. Jadi, apa kata kalau kita cuba Food Truck Dinner malam ini?
|
Food Truck di depan hotel |
|
Berbagai pilihan makanan ada di sini |
|
Susah pulak nak memilih makanan yang nak dimakan. |
Ada beberapa Food Truck yang menyediakan makanan panas. Makanan yang dipesan dimasak di dalam Food Truck sendiri. Tapi konsepnya layan diri. Makanan tak dihantar ke meja dan kita kena ambil sendiri makanan yang dipesan.
|
Makanan dimasak dalam Food Truck sendiri |
Ada bilangan terhad kerusi dan meja yang disediakan berhampiran Food Truck. Makanan juga dihidangkan kepada kita menggunakan bekas pakai-buang. Jadi lepas makan, kita kena kemaskan sendiri meja dan membuang sisa makanan ke tempat buang sampah yang disediakan. Sesuatu yang kami perhatikan ialah ada pekerja yang akan datang dengan kerap mengutip sampah yang dibuang ke dalam bekas sampah ini. Jadi tidaklah sampah bersepah dan melimpah.
|
Ada kerusi dan meja makan disediakan berhampiran Food Truck |
|
Lepas makan kena kemas sendiri meja dan buang sisa makanan ke tempat yang disediakan. |
|
Bergambar dekat Food Truck |
|
Pemandangan malam di seberang Hotel Hatten Place |
|
Pemandangan Elements Mall dan Hatten Place Hotel di waktu malam |
|
Dinner |
Memang puas hati makan di Food Truck ini. Makanannya pun sedap dan murah. Bak kata Husband, harga sepinggan makanan di hotel boleh cover dua pinggan makanan dari Food Truck.
HARI KETIGA
Part 38: Pulang Ke Kuala Lumpur
Selepas 3 Hari 2 Malam di Melaka, tibalah masa untuk kami pulang ke Ibu Kota. Memang puas bercuti ke Melaka kali ini. Walaupun sebenarnya dah banyak kali kami datang ke Melaka, kali ini barulah kami betul-betul enjoy bercuti ke sini. Maklum sajalah, Melaka ini dekat dengan Kuala Lumpur dan banyak event ofis selalu dibuat di Melaka. Jadi selama ini kita cuma curi-curi saja berjalan-jalan di Melaka, bukan berjalan dalam erti kata bercuti ke Melaka.
Kami juga kononnya menikmati percutian kali ini mengikut cara Orang Putih travel. Banyak berjalan kaki berbekalkan peta pelancongan walaupun di tengah panas terik. Hampir semua tempat dalam perjalanan yang ditandakan dalam peta kami singgah. Memang seronok berbuat begitu sebenarnya sebab barulah terasa betapa kayanya sejarah yang ada di kota Melaka.
|
Pemandangan pagi dari Tingkat 32, Hatten Place Hotel |
|
Selat Melaka di awal pagi |
|
Kerja-kerja penambakan laut |
Sebelum pulang, kita bersarapan dulu di restoran hotel. Oleh kerana hari ini adalah sebenarnya hari bekerja, suasana di restoran tidaklah sesibuk semalam. Kumpulan pelancong dari Tanah Besar China pun tak ramai pagi ini.
|
Sarapan pagi di Hatten Place Hotel. Walaupun masih di awal November, perhiasan Krismas dah mula dipasang. |
|
Nasi Lemak yang sangat sedap |
|
Kesimpulannya, semua makanan di Hatten Place Hotel memang sedap. |
Sesuatu yang kami perhatikan di dua bekas Negeri Selat di Malaysia (Melaka dan Pulau Pinang), makanan di sini memang sedap. Mungkin ini disebabkan faktor sejarah di mana pada zaman British dulu, ramai warga asing dibawa British menetap di sini. Mereka membawa bersama mereka makanan dari negara asal dan setelah masa berlalu, resepi ini menjadi fusion bila disesuaikan dengan cara masakan tempatan. Maka terciptalah makanan-makanan yang enak di kedua-dua negeri ini.
|
Replika Bangunan Stadthuys di Hatten Place Hotel |
|
Yang ini pula replika pintu gerbang kota A Famosa |
|
Bergambar kenangan di lobi hotel |
Alhamdulillah, perjalanan pulang ke Kuala Lumpur juga lancar dan selesa. Dalam perjalanan pulang dah merancang-rancang destinasi Cuti Cuti Malaysia yang seterusnya.
|
Pulang ke Kuala Lumpur |
|
Jalan Semabok di Melaka ini berasal dari perkataan "Si Mabuk" kerana dikatakan tentera Portugis dan Belanda dulu selalu minum arak sampai mabuk di sini. |
|
Kawasan Ayer Keroh ini juga ada banyak tarikan pelancong di sini. Tapi kami tak singgah dalam perjalanan kali ini. |
|
Selamat Tinggal, Melaka. |
|
Lebuhraya PLUS ke Kuala Lumpur |
|
|
Tiba kembali ke Kuala Lumpur |
CATATAN PERJALANAN MELAKA (2018):