Tuesday, 4 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 26 (Mount Titlis 2)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 26 : Switzerland
MOUNT TITLIS (2)

HARI KETUJUH (3)

Part 63: Rotair @ Titlis

Khidmat cable car dari Titlis Valley Station berakhir di Stand. Semua penumpang cable car perlu turun di Stesen Stand untuk meneruskan perjalanan dengan cable car lain menuju ke Puncak Titlis.

Membuat pertukaran cable car untuk menuju ke Puncak Titlis
Berjalan ke Stesen Rotair
Leg perjalanan terakhir dari Stesen Stand menuju ke Puncak Titlis adalah menaiki cable car berpusing yang dinamakan Rotair.

Stesen Cable Car Rotair
Menunggu Rotair datang
Throwback #19: Menunggu ketibaan Rotair di stesen yang sama (Winter 2015)
Rotair dah muncul dalam pandangan
Dekat dah...
Rotair di Mount Titlis adalah rotating cable car yang pertama di dunia. Sebuah lagi rotating cable car seperti ini boleh dilihat di Table Mountain di Cape Town, South Africa. South Africa dah lama ada dalam bucket list kami tetapi tak sampai-sampai lagi. Mudah-mudahan adalah rezeki bagi kami untuk pergi ke South Africa yang akan Allah beri di suatu hari nanti. Rotair berputar perlahan sewaktu bergerak naik ke Puncak Titlis. Tak sedar pun ia berputar sebenarnya, lebih-lebih lagi sebab pemandangan di sekitar dalam leg laluan ini cuma salji semata-mata.

Rotair
Throwback #20: Pemandangan Rotair di Musim Winter 2015. Tak berbeza dengan sekarang kerana salji berhampiran kemuncak gunung ini sama tebal dengan masa dulu.
Rotair tiba di Stesen Stand
Untuk kemudahan dan kelancaran operasi, pintu masuk dan keluar dari Rotair disediakan berasingan. Selepas semua penumpang dah keluar, barulah kami dibenarkan masuk ke dalam.

Untuk kelancaran urusan, pintu masuk dan keluar dari Rotair dibuat berasingan
Penumpang-penumpang Rotair
Suasana di dalam Rotair
Pemandangan dari dalam Rotair
Secara geografi, kawasan di sekitar puncak Mount Titlis ini terletak di atas snow line. Kerana itulah ia mempunyai salji kekal sepanjang masa. Datanglah ke sini pada bila-bila musim pun. Pasti ada salji yang akan dilihat di sini.

Betapa indahnya bumi ciptaan Allah. Dalam Al Quran Surah An-Nur 24: Ayat 43, Allah berfirman: "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan". Inilah keistimewaan Al Quran. Dari awal lagi Allah dah beritahu yang salji cuma ada di kawasan 4 musim seperti Switzerland dan bukan di kawasan tropika macam Malaysia kerana itu adalah pilihan dari-Nya. 

Disebabkan kawasan ini sentiasa bersalji, memang sentiasa ada orang bermain ski di sini. Patutlah atlit Swiss selalu menang pertandingan ski dalam Winter Olympics. Atlit pemain skinya memang boleh berlatih sepanjang tahun di puncak gunung mereka.

Chairlift untuk pemain ski
Naik chairlift untuk bermain ski
Perjalanan dari Stand ke Puncak Titlis tidak lama. Cuma sekitar 5-10 minit. Tetapi pengalaman menaiki Rotair di sini memang sangat mengujakan.

Mount Titlis Station
Pengunjung-pengunjung ke Mount Titlis
Stesen Meteorologi di Puncak Titlis
Stesen Mount Titlis yang terletak 3,020 meter dari aras laut
Keluar dari Rotair
Senarai kemudahan dan tarikan yang terdapat di Mount Titlis

Part 64: Glacier Cave @ Mount Titlis

Glacier Cave menjadi tumpuan Myself dan Husband sewaktu kami tiba di Mount Titlis. Kami tidak berkesempatan melawat ke tarikan ini sewaktu berkunjung pada tahun 2015 dulu kerana ia sedang ditutup untuk penyelenggaraan.

Menuju ke Glacier Cave
Arah ke Titlis Glacier Cave
Lukisan pada dinding
Pelbagai maklumat tentang Mount Titlis
Pintu masuk ke Glacier Cave
Pintu masuk ke Glacier Cave terletak sama aras dengan Stesen Rotair. Ia adalah sebenarnya sebuah gua glacier semula jadi yang terletak 30 meter di bawah permukaan gunung. Walau bagaimanapun, gua ini dah dipakaikan dengan "make-up" bila dijadikan tarikan pelancongan.

Pemandangan di dalam Glacier Cave
Gua ini kini diterangi dengan lampu yang berwarna biru. Suhu di dalamnya sangat sejuk (-1.5'C). Ais yang membentuk gua ini juga dianggarkan telah berusia 5,000 tahun.
 
Suasana di dalam Glacier Cave
Amaran lantai licin
Syukurlah kita memakai proper winter wear termasuk winter boot sewaktu melawat ke sini.
Perhiasan yang disediakan di dalam Glacier Cave untuk hiburan kanak-kanak yang datang melawat

Kita tengok lagi suasana di dalam Glacier Cave ini...

Jom kita jalan lagi sampai ke hujung... Memang tak boleh nak berpatah balik pun sebab laluan yang disediakan adalah sehala. Suka tak suka, kenalah berjalan sampai ke hujung sana kalau dah masuk ke dalam gua ini...

Lega bila kita akhirnya sampai ke penghujung gua yang sepanjang 150 meter ini. Bukan apa, risau kalau terjatuh dan cedera disebabkan lantainya sangat licin. Tapi tak mengapa, sebab di Switzerland ini, mereka sentiasa safety first. Ada railing yang disediakan di sepanjang gua untuk membantu kita berjalan di gua yang licin ini. Tapi disebabkan kita tak memakai sarung tangan yang proper, sejuk wohh nak berpegang kepada railing ini sepanjang masa!

Berpegang kat railing untuk mengelak dari terjatuh
Railing memang disediakan di sepanjang gua
Berjalan dengan berhati-hati sebab lantai licin
Kalau tak pakai sarung tangan yang proper, sejuk tau nak berpegang pada railing ini.
Lega dah nampak pintu keluar kat depan sana
Kenangan di luar Glacier Cave
Tangga turun ke bawah
Pemandangan dari South Face Window di luar Glacier Cave

Part 65: Lunch @ Mount Titlis

Disebabkan dah waktu lunch, Myself dan Husband naik ke Tingkat 2 untuk makan di restoran di sana. 

Restoran di Mount Titlis terletak di tingkat 2
Ada 2 buah restoran di sini. Namun kedua-duanya dinamakan Panorama Restaurant. Sebuah restoran adalah self-service dan sebuah lagi adalah restoran table service. Mula-mula kami masuk ke restoran self-service untuk melihat apa yang ada di sana. Sesuatu yang pasti, memang ada ramai Orang Islam yang berkunjung ke Mount Titlis sebab pelayan yang bertugas dekat kaunter boleh terus mencadangkan makanan-makanan vegetarian kepada kami. Dia boleh mengagak yang kami beragama Islam sebab Myself memakai tudung kepala.

Restoran di sebelah kiri adalah self-service manakala restoran di sebelah kanan pula adalah table service.
Menu of the day di restoran self-service adalah pork stew.
Ruang makan untuk self-service restaurant. Pelanggannya ramai sebab makanannya lebih murah.
Bila tengok menu makanannya tak kena dengan selera, kami beralih ke restoran table service di sebelah. Kami memang tahu yang restoran table service ini ada makanan Halal kerana kami pernah makan di sini pada tahun 2015 dulu. Teringin nak makan veal sausage yang sedap dulu itu sekali lagi. Tapi bila dibelek-belek buku menu di pintu, veal sausage itu dah tak ada. Tak apalah, kita cuba menu Halal yang lain.

Halal Dishes yang disediakan di table service restaurant
Restoran ini walau bagaimanapun mengamalkan dasar wait to be seated. Walau nampak meja kosong, jangan masuk sesuka hati duduk di sana dan buat macam rumah sendiri. Ada beberapa pelancong India yang kami lihat berbuat begitu. Selamba saja waiter di restoran ini akan datang dan memberi tahu "We are closed" serta meminta mereka keluar. Padahal ramai saja orang yang tengah makan di dalam restoran!

Menunggu makanan dihidangkan
Suasana di dalam restoran
Suspen juga melihat drama pelancong-pelancong India yang dihalau keluar dengan sopan seorang waiter yang berbangsa Swiss di sini. Sekali imbas terasa macam mereka racist kepada orang Asia. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Kami berdua dilayan dengan begitu mesra oleh waiter Swiss ini sebab kita masuk mengikut peraturan. Ahli-ahli Group yang masuk kemudian dari kami pun dilayan dengan baik dan mesra. Bak kata pepatah Melayu: "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Pepatah Orang Putih pun ada berkata: "When in Rome, do as the Romans do".

Pemandangan di luar tingkap restoran
Satu lagi pemandangan di luar tingkap restoran
Kami memilih makan Set Spaghetti dan Set Nasi di sini. Inilah makanan yang paling mahal kami pernah makan di dunia. Jumlah bil makanan yang dikenakan ialah CHF 51 (RM 259). Itu pun kami cuma minta air paip (tap water) untuk minuman. Mujurlah ada tap water yang disaji juga di restoran ini, kalau tidak mungkin bil makanan kami boleh mencecah RM 300. Oh ya, kena bagitahu... kalau berkongsi makanan dan minta pinggan kosong extra, ada charge CHF 5 (RM 25) dikenakan. Upah cuci pinggan extra itulah, agaknya.

Nasib baiklah walaupun minta tap water (air paip) untuk minuman, tetap dihidangkan dalam botol kaca. Nampak class jugalah, kan? Hahaha!!! Kena bayar CHF 4 (RM 20) untuk sebotol tap water ini sebenarnya.
Condiments yang tersedia di atas meja untuk makanan. Serbuk cili pun ada! Yang dalam botol itu adalah olive oil.
Inilah set makanan kami yang berharga CHF 51 (RM 259) itu
Nasib tak tercekik makan nasi mahal begini. Hihihihhh!
Spaghetti yang berharga CHF 21.50 (RM 109)
Set nasi dengan ayam panggang yang berharga CHF 25.50 (RM 130). Lengkap dengan Thai Chili Sauce dan sambal tomato yang sedap.
Syukur Alhamdulillah makanan yang disaji sangat sedap. Jadi tidaklah terasa ralat sangat membayar semahal begitu untuk makan lunch. Myself boleh verify yang Set Nasi itu memang rasa macam makanan Asia, tidak modify untuk disesuaikan dengan citarasa Orang Putih.

Gambar kenangan yang diambil oleh waiter Swiss untuk kami. Muka nampak gelap sebab cuaca cerah sangat kat luar sana.
Sewaktu membayar bil, kami dihadiahkan pula satu seorang dengan cokelat Lindt yang sedap. Seriously sedap sampai kami membuat keputusan nak membeli cokelat Lindt ini untuk dibawa balik ke Malaysia.

Souvenir sewaktu membayar bil yang menyebabkan kami jatuh cinta kepada cokelat Lindt.


Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: