Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 24 : Switzerland
MOUNT TITLIS (1)
HARI KETUJUH (2)
Part 60: Titlis Valley Station @ Engelberg
Kami tiba di Titlis pada pukul 10 pagi. Dah ramai pengunjung berada di sini pada ketika itu. Berderet-deret bas dan kereta bersusun di tempat parking.
Tempat parking kenderaan di kaki Mount Titlis |
Pemandangan ke arah gunung |
Tak banyak kelihatan salji di pergunungan ini |
Bas kami parking di sini |
Posing kejap kat tempat parking... |
Throwback #09: Pemandangan di tempat parking Mount Titlis (Winter 2015) |
Lain betul rupa Gunung Titlis bila tak banyak salji |
Tiket masuk ke Titlis adalah CHF 96 (RM 487) seorang bagi dewasa yang termasuk semua cable car dan aktiviti yang boleh dibuat di sepanjang gunung. Sambil Tour Leader membelikan tiket untuk kami, kita enjoy melihat pemandangan dan suasana di kaki gunung ini.
Titlis Valley Station di Engelberg |
Public bus membuat perhentian di depan Titlis Valley Station |
Adik ini pun nak pergi main ski |
Di tepi Stesen Cable Car ini ada sebatang sungai yang cantik. Sungai ini juga adalah pemandangan baru bagi kami sebab masa datang musim winter dulu, ada salji tebal di seluruh kawasan sampai tak perasan kehadiran sungai ini.
Kami akan naik ke Mount Titlis dengan menggunakan cable car pada hari ini. Sewaktu kami datang masa Winter 2015 dulu, cable car ini tidak beroperasi. Jadi kami naik ke atas dengan menggunakan funicular yang macam Keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang.
Throwback #10: Funicular yang kami naiki ke Titlis sewaktu Winter 2015 |
Pemandangan landasan funicular dari depan Titlis Valley Station. Funicular ini tidak beroperasi pada hari ini. |
Lepas dah dapat tiket, jom kita masuk ke dalam Stesen Cable Car... Tiket ini kena disimpan erat kerana ia diperlukan dalam setiap stage perjalanan naik dan turun dari Gunung Titlis.
Pandangan hadapan tiket cable car |
Pandangan belakang tiket cable car. Design tiket ini masih sama dengan sewaktu di tahun 2015 dulu |
Jom kita masuk ke stesen cable car... |
Dalam Musim Spring begini, cable car beroperasi dari pukul 6.30 pagi - 5 petang. Tapi kena turun dari atas sana paling last pukul 4 petang. |
Tiba di tempat cable car. Tiket kena scan di sini... |
Cable car ini tak berhenti, cuma jalan slow-slow kat stesen. Kita kena masuk cepat-cepat ke dalam... Macam naik cable car kat Genting Highlands. |
Beratur nak naik cable car... |
Kalau nasib tak baik, kena kongsi cable car dengan anjing. |
Cable car yang membawa pemain ski ke Titlis |
Pintu cable car sedang ditutup... |
Memulakan perjalanan naik... |
Ini adalah kali kedua kami naik ke Mount Titlis. Tetapi sekali lagi Myself nak cakap, pengalamannya memang macam pengalaman baru dan bukan mengulang pengalaman yang dulu. Masih ingat betapa excited dan awesome melihat pemandangan Engelberg yang diliputi salji waktu naik ke Titlis dulu.
Throwback #11: Pemandangan Engelberg yang kami lihat dulu (Winter 2015) |
Pemandangan Engelberg dari atas sini kali ini memang tak sama...
Pemandangan Engelberg yang kami lihat sekarang |
Langsung tak sama dengan Engelberg yang dulu |
Merentas hutan pokok pain |
Kenangan di dalam cable car |
Engelberg yang semakin jauh ditinggalkan di bawah |
Husband pun nak posing dalam cable car... |
Selepas meninggalkan Engelberg, perjalanan cable car adalah melalui hutan pokok pain yang cantik.
Throwback #12: Pemandangan hutan pain sewaktu naik ke Titlis dengan funicular (Winter 2015) |
Throwback #13: Pemandangan hutan pain dengan cable car. Cable car ini tidak beroperasi ketika itu seperti hari ini sewaktu lawatan kami pada Winter 2015. |
Semakin tinggi kita mendaki, cuaca menjadi semakin sejuk. Pada satu ketinggian tertentu, pokok pain tidak lagi dapat tumbuh disebabkan iklim yang terlalu sejuk ini. Oleh yang demikian, pemandangan hutan pain kini mula diganti dengan padang rumput.
Padang rumput yang mula menggantikan hutan pokok pain |
Throwback #14: Pemandangan kawasan padang rumput sewaktu di Musim Winter 2015 |
Pergunungan di sekitar |
Salji semakin mencair di kawasan gunung di sekitar |
Selang beberapa ketika, kami tiba di stesen pertama yang dinamakan Gerschnialp, tetapi kami tidak turun di sini. Sewaktu di Titlis Valley Station di bawah tadi, kami telah diberitahu oleh Tour Leader untuk turun hanya di stesen kedua yang dinamakan Trübsee.
Hampir tiba di Stesen Gerschnialp. Ada sedikit salji di sini. |
Meneruskan perjalanan |
Sewaktu lawatan pada Musim Winter 2015 dulu, kami turun dari funicular di Stesen Gerschnialp. Dari sini kami menaiki cable car besar yang dinamakan Angel-Eyes untuk naik ke Trübsee. Ada kami ternampak cable car Angel-Eyes ini sedang berehat sewaktu lalu di Stesen Gerschnialp tadi.
Throwback #16: Cable Car Angel-Eyes yang kami naiki dari Stesen Gerschnialp ke Stesen Trübsee sewaktu di Musim Winter 2015. |
Myself ada terbaca yang perkhidmatan direct cable car dari Stesen Titlis Valley di Engelberg sehingga ke Stesen Trübsee telah diperkenalkan pada tahun 2016. Patutlah sekarang dah tak payah nak berhenti tukar cable car di Stesen Gerschnialp lagi macam lawatan kami yang dulu itu pada tahun 2015.
Meneruskan perjalanan ke Trübsee |
Kelihatan semakin cair salji kat gunung sana |
Rumah ladang |
Perkampungan Trübsee |
Sungai kecil yang mengalir dari atas gunung. Mungkin airnya baru mencair selepas membeku di musim dingin. |
Patches of snow... |
Part 61: Main Snow Tube Di Trübsee @ Titlis
Seperti yang diarahkan oleh Tour Leader Amar, kami semua turun di Trübsee. Ada aktiviti menarik yang menanti kami di sini, katanya.
Tiba di Trübsee |
Pemandangan ke arah keluar dari Stesen Trübsee |
Amar membawa kami keluar dari Stesen Trübsee. Ada bau kari yang sangat menggoda hidung sebaik kami keluar dari bangunan. Rupa-rupanya ada sebuah Restoran India di tingkat atas bangunan stesen ini. Kami walau bagaimanapun tidak melawat ke sana. Jadi tak tahu apakah sebenarnya makanan yang dihidangkan dan adakah makanan Halal juga dijual di situ?
Berjalan keluar dari Stesen Trübsee. Ada bau kari yang sangat menggoda hidung di sini. |
Suasana di luar Stesen Trübsee. Salji yang bertukar menjadi ais sangat licin di sini. |
Depot simpanan peralatan |
Snowmobile |
Pemandangan salji yang masih tebal di luar Stesen Trübsee sangat mengujakan. Kami tidak singgah di Stesen Trübsee sewaktu lawatan yang dulu. Tak tahu pun yang sebenarnya stesen ini juga ada tarikan istimewa kalau tak dibawa oleh Tour Leader kami ke sini hari ini. Memang Myself tak sangka yang kami akan dapat melihat pemandangan snow begini walaupun datang ke Switzerland sewaktu di Musim Bunga.
Pemandangan salji di luar Stesen Trübsee |
Kagum melihat keindahan ciptaan Tuhan yang tak dapat dilihat di negara kita sendiri. |
Salji sebenarnya dah mula mencair tetapi masih tebal lagi |
Seronok dapat melihat salji, tetapi sesuatu yang dapat kami rasa berbanding dengan kunjungan dulu ialah salji di musim spring sangat merbahaya berbanding salji di musim winter. Kalau di musim winter, saljinya tebal dan tenggelam kaki sewaktu nak berjalan di dalamnya. Di musim spring begini pula, saljinya banyak bertukar menjadi ais dan permukaan tanah akan menjadi sangat licin. Teringat bagaimana Myself pernah terjatuh di atas ais sewaktu di Korea sehingga terpaksa membuat operation lutut bila kembali ke Malaysia. Pengalaman itu membuatkan Myself cukup berhati-hati sewaktu berjalan di Trübsee. Tak rela nak kena membuat operation lagi kalau terjatuh sekali lagi!
Cuba lihat salji di permukaan tanah yang telah bertukar menjadi ais yang licin |
Amar membawa kami ke Snow Park untuk bermain Snow Tubing di sana. Snow Park ini terletak di sebelah sana bangunan.
Snow Park terletak di sebelah sana bangunan |
Laluan ke Snow Park |
Snow Park |
Pemandangan yang mengujakan |
Kami beramai-ramai bermain Snow Tubing di sini. Bagi Myself, ini adalah kali kedua mencubanya. Kali pertama dulu adalah sewaktu di Ski Dubai. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk bermain Snow Tubing ini kerana dah termasuk dalam tiket cable car tadi.
Tempat bermain Snow Tubing |
Tempat permulaan bermain Snow Tubing |
Snow Tubes |
Disebabkan excited terlebih, Myself adalah antara orang pertama dalam Group kami yang duduk dalam Tube. Hajat hati nak suruh Husband ambil gambar kita tengah duduk posing dalam Tube sebelum meluncur. Disebabkan kesilapan teknik, Myself tertolak Tube ini betul-betul ke lereng bukit. Maka terjadilah Myself orang yang pertama meluncur dengan Snow Tube ke bawah bukit. Tak sempat pun Husband nak snap gambar posing dalam Tube tu. Hahahaha!!
Terluncur secara tak sengaja turun bukit dengan Snow Tube. |
Mujurlah kita dah ada pengalaman main Snow Tube kat Ski Dubai dulu. Taklah panik sangat bila terluncur tak sengaja turun bukit begitu. Hahaha!! |
Jauh juga laluan Snow Tube ini meluncur ke bawah bukit |
Mesti Ahli Group yang lain ingat Myself tak sabar-sabar nak meluncur ke bawah tadi. Dia orang yang tau yang Myself tak sengaja terluncur turun, kikikihhh!! |
Terpusing-pusing juga kita kat dalam Snow Tube ni dalam perjalanan ke bawah |
Accidental Fun! Hahaha!! |
Selamat sampai kat bawah |
Bila tengok kita dah selamat sampai kat bawah barulah ahli-ahli Group yang lain mula tubing sama. Seorang demi seorang meluncur ke bawah. Yang nak capture gambar dan video hebat pulak turun-naik berkali-kali dengan Snow Tube. Maklumlah sebab boleh main free, tak payah bayar!
Pemandangan ke bawah dari tengah laluan. |
Husband pun tubing juga kat sini. Masa kat Ski Dubai dulu Myself main sorang-sorang sebab dia tak nak mencuba. |
Terpusing-pusing dalam Snow Tube |
Enjoy betul nampaknya! |
Part yang mencabar sikit bagi sesetengah orang macam Husband adalah bila nak bangun keluar dari Snow Tube |
Seperti juga di Ski Dubai dulu, selepas tubing ke bawah, kita kenalah mengheret Snow Tube naik balik ke atas untuk membolehkan ia digunakan oleh orang lain pulak. Ada conveyor disediakan di tepi untuk tujuan ini. Walaupun ada conveyor, mencabar juga nak mengheret Snow Tube yang berat ini naik ke atas!
Conveyor untuk mengheret Snow Tube naik ke atas |
Pemandangan conveyor dari luar |
Pemandangan dalam conveyor |
Berat juga nak mengheret Snow Tube ini walaupun dengan bantuan conveyor |
Husband berposing dalam conveyor |
Tatacara yang betul untuk membawa Snow Tube kembali ke atas |
Part 62: Cable Car Ke Stand @ Titlis
Dah puas main Snow Tube, kami berjalan kembali ke Stesen Cable Car di Trübsee untuk meneruskan perjalanan naik ke puncak Titlis.
Masuk kembali ke Stesen Cable Car |
Dari Trübsee, kami menaiki cable car yang sama tadi kembali untuk naik ke Stesen Stand pulak.
Naik kembali cable car untuk menuju ke Stand |
Gaya Husband bercerita dengan ahli Group dalam cable car |
Salji kelihatan semakin tebal di sini. Titlis adalah salah sebuah di antara beberapa kemuncak gunung yang sentiasa dilitupi salji tanpa mengira musim di Switzerland.
Salji kelihatan semakin tebal di sini |
Throwback #17: Salji biru yang gebu di Trübsee (Winter 2015) |
Posing dengan salji dalam cable car |
Chairlift untuk pemain ski |
Close-up pemandangan chairlift |
Bermain ski di cerun Titlis |
Pemandangan menghala ke bawah |
Hampir tiba di Stesen Stand |
Throwback #18: Stesen Stand (Winter 2015) |
Tiba di Stesen Stand yang terletak 2,428 meter dari aras laut |
Bersambung ke Bahagian 26...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
- Bhg. 01 [Hari 01] - Arrival : Kuala Lumpur - Doha - Milan
- Bhg. 02 [Hari 02] - Italy : Milan - Pisa
- Bhg. 03 [Hari 02] - Italy : Pisa (Leaning Tower)
- Bhg. 04 [Hari 02] - Italy : Pisa (Pisa Cathedral & Baptistery)
- Bhg. 05 [Hari 03] - Italy : Pisa - La Spezia
- Bhg. 06 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (La Spezia)
- Bhg. 07 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (Manarola)
- Bhg. 08 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (Manarola & La Spezia)
- Bhg. 09 [Hari 03] - Italy : La Spezia - Bologna
- Bhg. 10 [Hari 04] - Italy : Bologna - Venice
- Bhg. 11 [Hari 04] - Italy : Venice (Grand Canal)
- Bhg. 12 [Hari 04] - Italy : Venice (Piazza San Marco)
- Bhg. 13 [Hari 04] - Italy : Venice (Gondola)
- Bhg. 14 [Hari 04] - Italy : Venice (Rialto Bridge & San Giacomo di Rialto)
- Bhg. 15 [Hari 05] - Italy : Venice - Milan
- Bhg. 16 [Hari 05] - Italy : Milan (Centro Storico di Milano)
- Bhg. 17 [Hari 05] - Italy : Milan (Milan Cathedral)
- Bhg. 18 [Hari 05] - Italy : Milan (Galeria Vittorio Emanuele)
- Bhg. 19 [Hari 05] - Italy : Milan (Sforza Castle)
- Bhg. 20 [Hari 06] - Italy : Como (Lake Como)
- Bhg. 21 [Hari 06] - Switzerland : Lugano (Fox Town Premium Outlet)
- Bhg. 22 [Hari 06] - Switzerland : Lugano - Rumlang (1)
- Bhg. 23 [Hari 06] - Switzerland : Lugano - Rumlang (2)
- Bhg. 24 [Hari 07] - Switzerland : Rumlang - Engelberg
- Bhg. 25 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (1)
- Bhg. 26 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (2)
- Bhg. 27 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (3)
- Bhg. 28 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (4)
- Bhg. 29 [Hari 07] - Switzerland : Lucerne (Chapel Bridge)
- Bhg. 30 [Hari 07] - Switzerland : Lucerne (Old Town)
- Bhg. 31 [Hari 08] - Switzerland : Lauterbrunnen (Bernese Oberland)
- Bhg. 32 [Hari 08] - Switzerland : Lauterbrunnen
- Bhg. 33 [Hari 08] - Switzerland : Interlaken
- Bhg. 34 [Hari 08] - Switzerland : Blausee
- Bhg. 35 [Hari 09] - Switzerland : Rheinfall
- Bhg. 36 [Hari 09] - Going Home : Zurich - Doha - Kuala Lumpur