November 2021
Travel Review 42: Eropah Barat
GERMANY (Munich, Schwangau & Dachau)
Munich
Munich adalah ibukota wilayah Bavaria dan bandar yang ketiga terbesar di Germany selepas Berlin dan Hamburg. Ia juga terkenal sebagai bandar asal kereta BMW yang terkenal di seluruh dunia. Di sini jugalah letaknya BMW Welt yang merupakan showroom BMW yang terbesar di dunia.
|
BMW Headquarters di Munich |
|
Pemandangan dari luar BMW Welt yang merupakan showroom BMW yang terbesar di dunia |
|
Suasana di dalam BMW Welt |
Tarikan pelancongan utama di Munich adalah pusat bandar lamanya yang dikenali sebagai Marienplatz. Di sinilah letaknya sebuah menara jam loceng antik yang bernama Glockenspiel. Malangnya disebabkan masalah teknikal, kami hanya dapat berkunjung ke Marienplatz pada sebelah malam.
|
Max-Joseph-Platz |
|
Marienplatz |
|
Menara Jam Glockenspiel di Marienplatz |
|
Saiz sebenar patung yang dipasang pada Glockenspiel ini adalah setinggi manusia sebenar |
Schwangau
Schwangau pula terkenal dengan sebuah istana cantik yang bernama Neuschwanstein. Istana inilah yang menjadi ilham kepada Walt Disney untuk membina Sleeping Beauty Castle di Disneyland. Sekali lagi nasib kami agak malang kerana bahagian luar istana ini sedang ditutup untuk pembaikan. Tak nampaklah kecantikan istana ini yang sebenarnya.
|
Istana Neuschwanstein |
|
Pemandangan sebenar Istana Neuschwanstein sewaktu kami tiba di sana |
|
Model Istana Neuschwanstein |
Satu pengalaman menarik bagi kami sewaktu melawat ke Istana Neuschwanstein adalah menaiki kereta kuda naik ke atas bukit di kaki istana. Kagum mendengar bagaimana kebajikan kuda-kuda yang bertugas di istana ini dijaga. Kuda-kuda ini bertugas cuma 4 trip sehari dan diberi cuti rehat 2 bulan setahun di ladang. Memang kuda di Germany lebih bertuah dari ramai manusia yang bekerja di seluruh dunia termasuklah di Malaysia!
|
Kereta kuda yang boleh disewa untuk naik ke Istana Neuschwanstein |
|
Kuda-kuda di Istana Neuschwanstein sangat bertuah kerana cuma bekerja 4 trip sehari dan mendapat cuti 2 bulan dalam setahun. |
|
Pemandangan dari kereta kuda sewaktu naik ke Istana Neuschwanstein |
Hiasan dalaman Neuschwanstein Castle juga sangat mengkagumkan. Raja yang membina istana ini King Ludwig sangat meminati opera karya Richard Wagner. Kerana itulah dinding-dinding istana dipenuhi dengan lukisan-lukisan adegan opera Wagner.
|
Pemandangan di dalam Istana Neuschwanstein. Perasaan berjalan di dalam istana ini memang bagaikan berjalan di dalam lukisan yang cantik. |
|
Lukisan-lukisan dari adegan opera Richard Wagner menghiasi dinding Istana Neuschwanstein |
Dachau
Satu lawatan yang sangat meninggalkan kesan di hati sewaktu berkunjung ke Germany adalah ketika kami melawat ke Dachau Concentration Camp. Ia adalah kem tahanan penentang-penentang Nazi pimpinan Adolf Hitler yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Yahudi pada masa Perang Dunia Kedua.
|
Arah ke pintu masuk ke Dachau Concentration Camp |
|
Pintu masuk sebenar ke Dachau Concentration Camp |
|
Arbeit Macht Frei (Work Will Set You Free) yang tertera di pintu masuk kem memberikan harapan kepada tawanan seolah-olah mereka akan mendapat kebebasan selepas berkhidmat kepada Tentera Nazi untuk beberapa ketika. |
|
Padang di mana Roll Call dibuat setiap hari untuk memeriksa beribu-ribu tahanan. Mereka dipaksa berdiri sehingga berjam-jam sewaktu Roll Call dibuat sehingga ramai yang mati kesejukan atau tidak tahan kesakitan. |
Sebelum berkunjung ke sini Myself pernah terbaca berbagai artikel yang ditulis oleh orang Islam dari Malaysia tentang kem tahanan ini. Ramai yang menulis bahawa tempat ini lebih merupakan tempat propaganda orang Yahudi. Tetapi selepas melawat ke sini Myself berpandangan tempat ini ada sejarahnya yang tersendiri. Kekejaman dan tindakan luar batas kepada tahanan yang dipelajari di sini membuatkan Myself memahami kenapa agama Islam turut mengajar kita tentang layanan kepada tahanan perang. Namun terpulanglah kepada individu masing-masing untuk mentafsirkan apa yang dilihat dan dipelajari di sini.
|
Pagar elektrik yang dipasang di sekeliling kem tahanan ini tak ubah seperti pagar elektrik yang dipasang di sekitar ladang ternakan lembu di New Zealand. |
|
Berek Tahanan yang masih dikekalkan di Dachau Concentration Camp |
|
Pemandangan di dalam Berek Tahanan |
|
Tandas di Berek Tahanan |
Kekejaman Nazi kepada tahanan Yahudi sangat ketara dilihat di sini. Bagi Myself, kekejaman yang berlaku di sini tidak berbeza dengan kekejaman yang berlaku kepada tawanan-tawanan perang di tempat lain seperti di Killing Field di Cambodia, Rohingya dan mungkin juga di Palestin kini. Hanya bezanya kekejaman yang dilakukan oleh Nazi direkodkan dengan begitu baik berbanding di tempat-tempat lain sehingga membolehkan ia menjadi memorial Holocaust kepada orang Yahudi sehingga sekarang.
|
Barrack X yang menempatkan krematorium di mana mayat tahanan dibakar. |
|
Beginilah keadaan mayat-mayat tahanan dilonggok sebelum dibakar dalam krematorium. |
|
Oven pembakaran mayat dalam krematorium |
|
Sebelum dibakar, mayat-mayat akan digantung pada takal yang dipasang di depan oven untuk diluruskan supaya mudah dimasukkan ke dalam oven. |
|
Brausebad (Bilik Mandi) yang digunakan untuk membunuh tahanan dengan gas beracun. Tahanan yang hendak dibunuh diberitahu mereka dibawa ke sini untuk mandi. |
|
Memorial peringatan untuk tahanan yang pernah dipenjara dan dibunuh di kem ini. |
Kisah penuh sebahagian lagi perjalanan kedua kami ke Germany boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):