Thursday, 13 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 06 (Lusail)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman

Bahagian 6: Qatar
LUSAIL (Lusail Marina & Place Vendôme)

HARI KETIGA (1)

Part 17: Breakfast Di Doubletree By Hilton - Doha Old Town

Abang yang merupakan seorang pesara dalam industri Oil & Gas di Malaysia mempunyai ramai kenalan yang seperti Adik, telah berhijrah bekerja di Qatar. Ada di antara rakan-rakan Abang ini kini yang menjadi rakan sekerja Adik di Qatar. Bila berita Abang akan berkunjung ke Doha sampai kepada mereka, ramai yang nak berjumpa dengan Abang. Oleh yang demikian, agenda kami pada pagi ini adalah breakfast di Hotel Holiday Villa yang merupakan sebuah hotel milik Malaysia di Doha.

Pemandangan awal pagi Hari Sabtu di Doha dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Posing di tepi tingkap besar dekat lobi lif Hotel Doubletree - Old Doha Town
Close-up sikit
Breakfast di Hotel Holiday Villa diatur sedikit lewat pada pukul 8.30 pagi. Oleh yang demikian, kami turun dulu untuk light breakfast di Hotel Doubletree pada pukul 6.30 pagi. Tak kisahlah, sebab breakfast di Hotel Doubletree setiap hari ini telah termasuk dalam pakej penginapan kita.

Pemandangan di Restoran L2, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Sebahagian buffet yang disediakan
Breakfast ringan saja pagi ini di Hotel Doubletree
Pada pagi ini sewaktu sedang breakfast, kami dihampiri oleh seorang waiter lelaki muda dari Myanmar yang menanya sama ada kami inginkan Teh Tarik? Dah kami orang Malaysia, mestilah kita nak breakfast dengan Teh Tarik. Teh Tarik ini tidak disediakan dalam buffet breakfast, sebaliknya dibuat made to order. Yang lagi best, tak perlu membayar extra sebab ia dikira sebahagian dari breakfast buffet. Kata waiter itu, dia belajar membuat Teh Tarik sewaktu bekerja di Hotel Holiday Villa Doha yang akan kami kunjungi sebentar lagi.

Teh Tarik sewaktu breakfast di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Bergambar di Lobi Lif di luar restoran di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Gelap pulak muka kita dalam gambar ini sebab cuaca di luar sangat terang.
Husband berposing menikmati pemandangan bandaraya Doha dari Lobi Lif di Aras 2, di luar restoran.
Pemandangan dari Lobi Lif di Aras 2
 Main Lobby di Ground Floor, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Chandelier pada siling di Main Lobby

Part 18: Hotel Holiday Villa Doha

Tepat pukul 7.30 pagi, Adik datang menjemput kami di Hotel Doubletree untuk menuju ke Hotel Holiday Villa. Perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 40 minit. Kata Adik, Hotel Holiday Villa ini adalah port untuk gathering yang popular bagi warga Malaysia dan Indonesia yang bekerja di Doha, terutama pada hujung minggu seperti ini. Cuti hujung minggu di Qatar adalah pada Hari Jumaat dan Sabtu. Hari Ahad adalah hari bekerja di Qatar.

Menuju ke Hotel Holiday Villa
Hotel Holiday Villa Doha
Bangunan utama Hotel Holiday Villa
Perkarangan Hotel Holiday Villa Doha
Breakfast gathering pada pagi ini diadakan di sebuah bilik yang ditempah khas di Restoran Chopstix di Hotel Holiday Villa. Disebabkan ramai yang datang nak berjumpa dengan Abang sehingga bilik yang ditempah tak muat, Myself dan Husband memilih makan dan lepak-lepak sendiri saja di ruang makan restoran.

Restoran Chopstix di Hotel Holiday Villa Doha
Pelbagai makanan Malaysia disediakan di Restoran Chopstix, Hotel Holiday Villa Doha
D'Chopstix
Antara rakan-rakan yang menyambut Abang di Hotel Holiday Villa
Seperti kata Adik kepada kami, Restoran Chopstix di Hotel Holiday Villa ini memang penuh dengan warga Malaysia pada pagi itu. Mereka terdiri bukan sahaja warga Malaysia yang menginap di hotel ini sendiri, bahkan keluarga-keluarga Malaysia yang bermastautin di Doha dan datang semata-mata hendak menikmati sarapan pagi makanan Malaysia di sini.
 
Kaunter makanan di Restoran Chopstix
Berbeza dengan restoran sarapan pagi di kebanyakan hotel lain, kita boleh memilih dan membayar hanya makanan yang hendak dimakan dalam buffet breakfast yang disediakan. Memang feels like home bila melihat makanan yang disediakan ~ sebiji macam buffet breakfast restoran sarapan pagi yang tipikal di Malaysia.
 
Petugas di restoran ini juga ramai yang berasal dari Malaysia
Antara pilihan sarapan pagi yang disediakan. Kuih-kuih Malaysia pun banyak.
Walau dah light breakfast di Hotel Doubletree pagi tadi, Myself tetap membeli set Nasi Lemak dan Teh Tarik di sini untuk dicuba. Husband pula memilih Kuih Karipap bersama Teh O. Kalau tak silap kos semua hidangan ini sekitar QAR 60 (RM 72). Begitulah harga Malaysian breakfast di Qatar. Hahaha!! Tapi rasa breakfast di sini memang tidak mengecewakan. Benar-benar feels like home.

Set Nasi Lemak dan Kuih Karipap
Posing sebelum makan
Restoran Chopstix turut dihias dengan Tanglung sempena perayaan Chinese New Year yang semakin menjelang
Memang ramai rakyat Malaysia dan Indonesia yang datang ke sini untuk menikmati makanan Nusantara yang disediakan
Sambil Abang, Kakak Ipar dan Adik membuat breakfast gathering, Myself dan Husband berjalan-jalan di luar hotel. Di seberang jalan sana ada sebuah taman yang menarik. Pada mulanya kami bercadang nak berkunjung ke sana, tetapi bila melihat ada pagar yang sangat panjang dan sukar nak menyeberang jalan menuju ke sana, kami membatalkan hasrat tersebut.

Suasana di depan Hotel Holiday Villa Doha
Taman yang menarik di seberang jalan di Hotel Holiday Villa
Hasrat nak ke taman terbantut bila melihat pagar yang panjang di sepanjang jalan
Berjalan kembali masuk ke hotel...
Myself dan Husband kemudian membuat keputusan untuk menunggu saja di lobi hotel. Sewaktu menunggu di lobi inilah kami dapat melihat betapa ramainya rakyat Malaysia yang menginap di hotel ini di samping bangsa-bangsa yang lain. Hilang sekejap rindu kepada tanah air bila mendengar dialek Kelantan, Negeri Sembilan dan sebagainya dipertutur di kalangan penginap-penginap hotel. Walaupun hotel ini dimiliki oleh orang Malaysia, pekerjanya juga banyak terdiri dari berbagai bangsa seluruh dunia selain dari warga Malaysia sendiri.

Lobi Hotel Holiday Villa
Petugas-petugas di Hotel Holiday Villa yang terdiri dari berbagai bangsa
Siling kaca yang sangat tinggi di Hotel Holiday Villa
Restoran Legenda di Hotel Holiday Villa

Part 19: Lusail

Selepas breakfast gathering selesai, kami berkunjung ke Lusail yang merupakan bandar kedua tebesar di Qatar selepas Doha. Bandar ini dibangunkan oleh Kerajaan Qatar sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan bolasepak FIFA World Cup 2022.

Qatar State Mosque (Masjid Negara Qatar)
Terowong menuju Lusail
Printemps adalah sebuah shopping mall yang mewah di Doha
Pusat Bowling Al Bidda ini juga adalah sebuah lagi gathering port yang popular di kalangan warga Malaysia yang bermastautin di Doha
Lusail terletak 23 km dari pusat bandar Doha. Disebabkan ia adalah sebuah bandar baru, banyak bangunan yang moden dapat dilihat di sini. Projek-projek pembangunan yang pesat masih dilaksanakan oleh Kerajaan Qatar di sekitar kota Lusail sehingga ke hari ini.

Lusail
Bangunan-bangunan moden di kota Lusail
Lebuhraya menuju ke Lusail
Antara bangunan yang moden dan hebat yang diperhatikan di Lusail
Barisan kedai di Lusail
Memang kagum kita melihat rekabentuk bangunan-bangunan moden yang didirikan di Lusail. Walaupun kelihatan moden dan kosmopolitan, mereka tidaklah dibina supertall seperti bangunan-bangunan di Dubai.

Bangunan-bangunan moden di Lusail
Lagi pemandangan bangunan-bangunan moden di Lusail
Terowong di Lusail
Lusail
Perumahan moden di kota Lusail
Menuju ke Stadium Lusail
Bila Qatar dipilih menjadi host FIFA World Cup 2022, stadium utama pertandingan ini telah dibina di Lusail. Perlawanan akhir kejohanan tersebut di antara Argentina dan France yang dimenangi oleh Argentina telah diadakan di stadium ini. 

Lusail Iconic Stadium
Lusail Iconic Stadium ini adalah venue bagi perlawanan akhir kejohanan FIFA World Cup 2022
Kami walau bagaimanapun cuma dapat melihat Lusail Iconic Stadium ini dari kejauhan sahaja kerana ia tidak dibuka pada ketika itu.

Lusail Iconic Stadium yang hanya dapat dipandang dari luar

Part 20: Lusail Marina

Kami seterusnya bergerak menuju ke Lusail Marina untuk menikmati pemandangan Lusail dari sana.

Velero Hotel
Pandangan dari sisi Velero Hotel
Tiba di Lusail Marina
Pemandangan di Lusail Marina sangat cantik dan menarik. Air laut di sini juga jernih dan cantik. Angin kencang yang bertiup menambah keindahan suasana di sekitar.

Lusail Marina
Menikmati pemandangan Lusail dari Lusail Marina
Husband berposing di Lusail Marina
Bersiar-siar di Lusail Marina
Satu pemandangan menarik yang terlihat dari Lusail Marina adalah bangunan Katara Towers yang berbentuk seperti tanduk. Bangunan ini menempatkan 2 buah hotel mewah : Fairmont Doha Hotel di sebelah tanduk dan Raffles Doha Hotel di tanduk yang sebelah lagi.
 
Bergambar dengan Katara Towers di Lusail Marina
Posing gaya gini pulak
Satu pose by Husband  dengan Katara Towers di Lusail Marina
Katara Towers menempatkan 2 buah hotel mewah di Doha: Fairmont Doha Hotel dan Raffles Doha Hotel
 Air laut yang jernih di Lusail Marina
Banyak ikan juga diperhatikan di dalam laut di sini
Demonstrasi kekuatan angin yang bertiup, tetapi tidaklah sekuat angin yang bertiup di Jeju dulu
Posing lagi dengan Katara Towers
Sebelum meninggalkan Lusail Marina, kita lihat-lihat lagi apa yang ada di sini...

Food Truck
Walau banyak Food Truck di sini, tak banyak yang dah memulakan perniagaan di waktu pagi begini
Food Truck Mr. Twister dengan Katara Towers
Katara Towers ini memang sentiasa menarik perhatian
Perhiasan di tengah roundabout
Sebuah roundabout dengan patung ikan paus
Theme Park di Lusail Marina

Part 21: Place Vendôme

Kalau teringin nak menikmati keindahan dan kemewahan Eropah tetapi merasakan kos nak berkunjung ke Paris dan Venice terlalu mahal, kita sebenarnya boleh menikmati suasana ini di Qatar.

Lusail
Katara Towers
Salah sebuah kemewahan ini yang kami nikmati di Qatar adalah Place Vendôme yang sebenarnya adalah sebuah pusat membeli-belah mewah di Paris, seperti juga Galeries Lafayette yang kami lihat di Katara Cultural Village semalam.

Place Vendôme di Lusail
Pandangan lebih dekat Place Vendôme di Lusail
Walaupun Myself dan Husband pernah berkunjung ke Paris, kami tak pernah sampai ke Place Vendôme. Maklumlah, tempat-tempat mewah seperti Place Vendôme begini memang tak pernah masuk dalam list tempat yang ingin kami kunjungi di Paris.

 Tempat parking di Place Vendôme. Walaupun Place Vendôme adalah pusat membeli-belah yang mewah, parking di sini masih percuma.
Escalator naik dari tempat parking ke shopping mall
Directory
Kita nikmati suasana kemewahan di Place Vendôme ini...

Salah satu tarikan istimewa di Place Vendôme adalah pertunjukan Dancing Fountains seperti yang terdapat di Hotel Bellagio, Las Vegas di USA. Pertunjukan ini diadakan setiap jam setiap hari bermula dari pukul 3 petang. Tetapi disebabkan kami tiba di sini pada pukul 12 tengah hari tak dapatlah melihat pertunjukan ini. Kami juga tidak menunggu sehingga pukul 3 petang memandangkan banyak tempat lain lagi yang ingin kami kunjungi.

Balkoni di Place Vendôme
Inner Courtyard di Place Vendôme
Inner courtyard ini dibina menyerupai Hotel Bellagio di Las Vegas, Amerika Syarikat
Lagi pemandangan Inner Courtyard di Place Vendôme
Di kolam inilah pertunjukan Dancing Fountains diadakan
Bersiar-siar di tepi kolam
Pancutan air kecil di Inner Courtyard
Senibina yang sangat mengkagumkan
Bergambar di tepi kolam
Permainan kuda pusing untuk kanak-kanak
Kami tidaklah bershopping di Place Vendôme. Hanya setakat makan tengahari di Food Court nya yang mewah itu.

Pemandangan di dalam Place Vendôme
Siling di Place Vendôme
Close-up pemandangan siling di Place Vendôme
Kita lihat pula suasana di Food Court Place Vendôme.

Food Court Place Vendôme
Ruang makan di Place Vendôme
Satu lagi pemandangan di ruang makan Food Court
Berbagai pilihan gerai makanan ada di sini...

 Jollibee ada di sini
KFC pun ada
Japanese Food juga ada...
Walaupun Food Court ini kelihatan mewah, harga makanan yang dijual masih terjangkau mengikut standard di Qatar. Kalau nak betuk-betul makan makanan mewah, memang ada banyak restoran high-end yang boleh dicuba di Place Vendôme ini.

Pilihan lunch Myself dan Husband ~ Shrimp Burger & Fries
Selepas makan, kami terus bersiar-siar di Place Vendôme. Di sinilah kami dapat melihat keluarga Arab Qatar yang datang bersama keluarga mereka. Sesuatu yang menarik perhatian kami tentang keluarga Arab Qatar ialah mereka membawa bersama pembantu rumah dan pengasuh anak-anak bersama. Pembantu rumah dan pengasuh ini juga memakai uniform sewaktu bekerja. Myself yakin setiap keluarga Arab Qatar ini mesti mempunyai beberapa orang pembantu rumah dan pengasuh anak-anak yang bekerja bersama mereka.
 
Keluarga Arab Qatar yang datang membeli-belah di Place Vendôme
Pembantu rumah dan pengasuh anak-anak memakai uniform sewaktu bekerja
Kesempatan di Place Vendôme juga kami manfaatkan untuk bersolat jamak Zohor dan Asar. Walaupun bilik solat yang disediakan adalah tipikal, tempat wuduknya sangat mewah.

Ruang Wuduk di Place Vendôme
Ruang solat
Husband bergambar dengan Pak Ilyas dari Indonesia yang kami temui sewaktu lunch di Place Vendôme. Seperti Adik, Pak Ilyas juga bekerja dalam industri Oil & Gas di Qatar.
Information Counter di Place Vendôme


Bersambung ke Bahagian 7...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: