Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
Bahagian 1: Qatar
KUALA LUMPUR - DOHA
Part 1: Selamat Tinggal, Perkhidmatan Awam
Tahun 2025 adalah tahun yang istimewa bagi Myself kerana bermula dari tahun ini kita akan bergelar sebagai YB (Yang Bersara) dari perkhidmatan awam. Masih segar di ingatan hari pertama kita melapor diri sebagai seorang penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diarahkan bertugas sebagai pegawai kader di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 1995. Hari demi hari berlalu, selepas dinaikkan pangkat beberapa kali, kita diarahkan kembali bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2010. Di sanalah pula kita bertapa seterusnya untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sebagai seorang penjawat awam.
|
Kenangan bersama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) |
Berbagai cabaran dan pahit manis telah kita tempuh selama hampir 30 tahun bertugas dalam perkhidmatan awam. Akhirnya bermula 1 Januari 2025, Myself mengundur diri dengan bersara secara pilihan.
|
The Last Punch pada 29 November 2024 kerana kita menghabiskan cuti sebelum bersara sepanjang bulan Disember 2024. |
Bukan sesuatu yang mudah untuk meninggalkan ofis dan rakan-rakan yang telah menempuh pahit manis bersama selama hampir 30 tahun. Namun sesuatu yang pasti Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa berada dalam ingatan. Memang terharu bila ramai yang nak meraikan persaraan kita secara private. Teringat kata seorang bekas Boss dulu, kalau kita nak tahu sama ada orang sayang pada kita atau sebaliknya, lihatlah bagaimana mereka nak melepaskan kita sewaktu bersara.
|
Farewell dari Sektor Implementasi Projek (SIP) dengan tema Kerajaan Melayu Melaka |
|
Farewell dari Cawangan Perancangan (PCG) dengan tema #AzilaMendonia |
|
Farewell dari Admin BPKj yang menghadiahkan winter coat kepada kita |
|
Official Farewell dari Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia. |
Bila dah bersara begini, memanglah kita dah bebas dari rutin dan tanggungjawab kerja. Sesuatu yang menyeronokkan, memang panjanglah langkah kita nak pergi Mendonia. Hahaha!!
|
#AzilaMendonia |
Part 2: Family Trip Ke Doha, Qatar
Myself dan Husband dah 6 kali menjejak ke Hamad International Airport di Doha, Qatar sebagai penumpang transit dalam perjalanan ke London / Zurich (2016), Zagreb / Istanbul (2022) serta Milan / Zurich (2023). Setiap kali itu jugalah kami selalu tertanya-tanya sesama sendiri ~ bila agaknya kita betul-betul boleh menjejak melawat Qatar?
Kesempatan itu akhirnya tiba bila adik bongsu bekerja di Qatar. Selepas setahun dia di Qatar, kami sekeluarga datang melawat. Macam biasa, tugas meriki-riki dan mengatur perjalanan akan diserahkan kepada Myself. Walau bagaimanapun, cuma Abang dan Kakak Ipar sahaja yang dapat menyertai Myself dan Husband dalam perjalanan ini. Disebabkan komitmen yang tertentu, Kakak dan Abang Ipar tidak dapat nak turut serta.
Sewaktu Myself dan Husband melawat rakan Husband yang bertugas sebagai Diplomat di Kuwait dulu, rakan Husband pernah mencadangkan supaya kami turut mengambil kesempatan melawat ke sebuah negara lain di Timur Tengah untuk memaksimakan tiket penerbangan yang mahal. Kesempatan itu telah kami ambil untuk melawat ke Dubai dan Abu Dhabi di UAE. Jadi dalam perjalanan kali ini, kami memilih untuk turut melawat ke Oman selepas melawat Qatar.
|
Peta Timur Tengah yang menunjukkan kedudukan Qatar dan Oman |
Myself dan keluarga bukanlah pengembara backpackers. Kami lebih selesa mengembara menggunakan package tour. Sewaktu di Qatar, memanglah ada Adik yang bersedia mengatur dan membawa kami melawat ke sana-sini. Cabarannya adalah dengan cadangan untuk melawat Oman. Gembira sungguh hati bila mendapati agensi yang Myself dan Husband gunakan untuk melawat ke Taiwan dulu, Corporate Information Travel (CIT) turut mempunyai pakej lawatan ke Oman di bawah cawangan Islamic Travel mereka, Vislamic Travel. Maka terus saja Myself berurusan dengan Vislamic untuk mengatur perjalanan ini.
Kami memilih berkunjung ke Qatar pada bulan Januari 2025 untuk mengelakkan peak season. Cuaca di Qatar juga lebih dingin pada masa ini. Memang mudah nak memilih masa yang sesuai kerana kesemua ahli trip adalah pesara. Inilah satu kelebihan bila kita travel selepas bersara ~ senang-senang hati boleh decide bila nak travel kerana dah tak terikat dengan komitmen kerja. Disebabkan kami travel di luar waktu puncak juga, tiket flight sangat murah. Bayangkan kami dapat membeli tiket Qatar Airways bagi perjalanan KL - Doha - Muscat - Doha - KL dengan hanya RM 2,200 seorang sahaja.
HARI PERTAMA (1)
Part 3 : Kuala Lumpur - Doha
Perjalanan kami dari Kuala Lumpur ke Doha adalah menggunakan penerbangan Qatar Airways yang dijadualkan berlepas dari KLIA pada pukul 10.20 pagi. Untuk kemudahan perjalanan, Myself dan Husband menginap di Hotel Sama Sama KLIA sehari sebelum perjalanan bermula. Bila dah menginap di Hotel Sama Sama, memang mudahlah nak check-in di kaunter Qatar Airways seawal pukul 7.20 pagi ~ 3 jam sebelum perjalanan.
|
Kaunter Qatar Airways yang dibuka seawal pukul 7.00 pagi di KLIA |
|
Beratur menunggu giliran nak check-in |
Aerotrain di KLIA masih belum boleh boleh digunakan. Makanya selepas check-in, kita naik bas menuju ke Boarding Gate yang terletak di bangunan satellite KLIA.
|
Berlepas dari Kuala Lumpur |
|
Maklumat pada peta dalam Bahasa Arab |
Seperti yang dijadualkan, pesawat kami Qatar Airways QR 845 berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Doha pada pukul 10.20 pagi. Pesawat yang digunakan adalah Boeing 777-300ER dan perjalanan dijangka memakan masa 7 jam 45 minit. Penerbangan peringkat awal menuju ke Doha agak smooth dengan sedikit sahaja gegaran yang dialami.
|
Sajian penerbangan |
Sajian penerbangan pertama diberi kepada penumpang selepas kira-kira sejam berlepas dari Kuala Lumpur. Ketika itu kami sedang terbang melepasi Bandar Aceh di Pulau Sumatera, Indonesia.
|
Sajian penerbangan pilihan Husband : Fish and Potato |
|
Sajian penerbangan pilihan Myself : Chicken and Rice |
|
Suasana di dalam pesawat |
|
Family photo lagi di dalam flight |
|
Sedang terbang merentas India. |
Walaupun penerbangan di peringkat awal agak smooth, ada sedikit gegaran kuat dialami sewaktu kami terbang di Laut Arab meninggalkan benua India. Namun syukurlah kerana pilot pesawat ini sangat cekap dan gegaran yang dialami tidaklah sampai ke tahap yang mencemaskan jantung.
|
Di sinilah pesawat kami mengalami sedikit gegaran |
Sajian penerbangan kedua dihidangkan kepada penumpang sewaktu kami menghampiri Semenanjung Arab. Sajian kali ini hanya sajian ringan yang berbentuk sandwich.
|
Sajian penerbangan kedua diberi sewaktu kami menghampiri Semenanjung Arab |
|
Bersedia untuk membuat pendaratan |
|
Hampir tiba di Doha |
|
Perjalanan keseluruhan dari KL ke Doha |
Part 4: Hamad International Airport, Doha
Lapangan terbang di Doha bernama Hamad International Airport. Ia dinamakan sempena Emir Qatar, Hamad bin Khalifa Al Thani yang merupakan bapa kepada Emir Qatar sekarang, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.
|
Selamat mendarat di Hamad International Airport di Doha, Qatar |
|
Keluar dari airbridge |
|
Escalator menuju ke Transfer & Arrivals |
Myself dan Husband serta Abang dan Kakak Ipar telah berkali-kali tiba di Hamad International Airport sebelum ini tetapi sebagai penumpang transit. Ini adalah kali pertama kami tiba di Doha sebagai final destination.
|
Bagasi dari pesawat kami |
|
Alhamdulillah, bagasi dah selamat tiba |
Adik tidak menunggu kami di Hamad International Airport kerana dia masih bekerja sewaktu kami tiba. Jadi kami terus saja menuju ke perhentian teksi di Hamad International Airport untuk mengambil teksi ke hotel penginapan kami.
Tengah berjalan menuju ke perhentian teksi, terserempak pulak dengan model-model kambing gurun yang dinamakan Oryx. Terpaksalah kita berhenti untuk bergambar. Oryx adalah lambang negara Qatar yang turut digunakan sebagai lambang syarikat penerbangan negara Qatar yang kami naiki tadi, Qatar Airways.
|
Model-model Oryx di Hamad International Airport |
|
Bergambar dulu dengan Oryx... |
|
Pokok-pokok kurma di luar airport |
|
Suasana di perhentian teksi di Hamad International Airport |
Banyak teksi sedang menunggu di luar airport ketika itu. Orang-orang Arab memang gemar membawa keluarga yang besar serta bagasi yang banyak dan besar-besar kalau travel ke luar negara. Oleh itu tidak sukar bagi kami nak mencari teksi besar yang boleh kami naik bersama dan memuatkan semua bagasi besar kami di situ.
|
Teksi Karwa di luar Hamad International Airport |
|
Mengisi bagasi ke dalam teksi |
Teksi besar ini memang boleh memuatkan kami berempat dengan selesa. Abang duduk di depan bersama driver manakala kami bertiga (Husband, Myself dan Kakak Ipar) duduk di kerusi belakang.
|
Pemandangan dari dalam teksi |
|
Meninggalkan Hamad International Airport |
|
Tempat letak kereta di Hamad International Airport. Parking terbuka di negara-negara Arab selalu dipasang dengan khemah begini sebagai perlindungan dari terik matahari terutama di musim panas. |
Part 6: Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Hotel penginapan kami di Doha adalah Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town. Ada 3 buah Hotel Doubletree di Doha: Doubletree Doha Old Town, Doubletree Doha Downtown dan Doubletree Doha Al Sadd. Kami diberitahu hotel-hotel berjenama lain seperti Intercontinental dan Hyatt juga selalu ada 2 atau 3 buah cawangan di Doha. Jadi pastikan betul-betul nama hotel kita kalau menginap di Doha.
Walaupun Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang, kos sewaannya selama 4 malam adalah pada kadar mampu milik. Inilah kelebihan kalau kita membuat travel arrangement dengan menggunakan travel agent.
|
Dalam teksi menuju ke Doha |
|
Perjalanan menuju ke pusat bandar Doha |
|
Teluk Doha |
|
Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
Caj yang dikenakan bagi perjalanan teksi dari Hamad International Airport ke Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town adalah QAR 56 (RM 67). Pembayaran boleh dibuat kepada pemandu teksi menggunakan kad kredit. Pemberian tip bukanlah suatu amalan wajib di Qatar tetapi pemandu teksi kami yang berasal dari Bangladesh mencadangkan supaya kami memberikan tip kepadanya. Kita bagilah juga tip QAR 5 (RM 6) kepada beliau sebagai sedekah sesama saudara Muslim.
|
Welcome Drink yang berbentuk Detox Water disediakan dekat pintu masuk |
|
Lobi lif di Aras 11, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
|
Lorong menuju ke bilik penginapan. Corak pada carpet di corridoor ini memang nampak seperti cat tumpah. |
|
Bilik penginapan kami |
|
Twin bed yang sangat besar |
|
TV |
|
Bilik mandi |
|
Toilet terletak dalam bilik yang berasingan |
|
Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami |
|
Pemandangan lobi Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town dari lif berdinding kaca |
|
Lobi di Aras 2 |
|
Pintu masuk ke L2 Restaurant di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
|
Suasana di L2 Restaurant |
|
Pemandangan dari L2 Restaurant |
|
Menu di L2 Restaurant |
|
Thai Beef Satay pilihan Myself |
|
Pizza pilihan Husband, Abang dan Kakak Ipar |
|
Salad |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Port Doha)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Ash Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Mutrah)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.