Tuesday, 25 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 12 (Doha - Muscat)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 12: Oman
QATAR - OMAN (Doha - Muscat)

HARI KELIMA

Part 35: Meninggalkan Doha

Pagi ini adalah pagi terakhir kami bersarapan di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Selepas bersarapan nanti, kami akan memulakan langkah meninggalkan Qatar menuju ke Oman.
  
Restoran L2 di Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town
Pagi ini juga buat kali terakhir, kami memesan Teh Tarik untuk breakfast. Sebagai kenangan, Husband turut bergambar dengan Naing, waiter dari Myanmar yang pandai membuat Teh Tarik itu. Kata Naing, dia belajar membuat Teh Tarik sewaktu bekerja di Hotel Holiday Villa di Doha.
 
Bergambar kenangan dengan Naing
Sarapan pagi ini
Pada pukul 9 pagi, kami check-out dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Walaupun pesawat kami dijadualkan berlepas dari Doha menuju ke Muscat di Oman pada pukul 1.30 petang, kami sengaja memilih untuk sampai awal di airport untuk keselesaan.

Bersedia nak check-out dari hotel
Menikmati pemandangan kota Doha buat kali terakhir
 مع السلامة. Goodbye, Doha.
Seperti sewaktu ketibaan dulu, kami juga dilayan oleh Jane, receptionist berasal dari Kenya sewaktu nak check-out dari hotel. Thank you so much, Jane. Jane turut memberikan kepada kami cookie sedap yang sama diberikan sewaktu check-in ke hotel dulu. Bolehlah kita buat bekal untuk makan-makan kat airport nanti.

Check-out dari Hotel Doubletree by Hilton - Doha Old Town
Bergambar kenangan bersama Jane dan bungkusan cookie yang sedap itu.

Part 36: Hamad International Airport, Doha

Dengan bantuan dari concierge di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town, kami menempah sebuah kereta Uber XL untuk membawa kami ke Hamad International Airport. Mujur juga Abang dah memang ada install app Uber di dalam telefonnya. Concierge di hotel cuma menolong guide tentang lokasi pick-up dan drop-off yang sebenar. Tambang Uber yang dikenakan adalah QAR 26 (RM 32).

Membawa bagasi masuk ke dalam Uber
Memulakan perjalanan menuju ke airport
Arah ke Hamad International Airport
National Museum of Qatar
Perjalanan dari Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town menuju ke Hamad International Airport cuma memakan masa kira-kira 20 minit.

Tiba di kawasan airport
Emiri Terminal
Hamad International Airport
Sesuatu yang menarik perhatian sesiapa juga yang tiba di Hamad International Airport di Doha ialah kedatangan kita akan disambut ukiran sebuah Falcon emas. Tetapi selaras dengan ajaran Islam, ukiran Falcon ini tidaklah diukir lengkap dengan mata dan sebagainya. Ukiran yang tidak cukup sifat, begitu.
 
Tiba di Hamad International Aiport
Falcon emas yang menyambut ketibaan pengunjung ke Hamad International Airport
Drop-Off di Hamad International Airport
Masjid di Doha Airport
Bergambar dulu dengan Falcon Emas
Satu lagi pose dengan Falcon Emas
Jom kita masuk ke dalam...
Walaupun bangunan Hamad International Airport sangat besar, ia kelihatan sepi. Maklum sajalah sebab Doha lebih menjadi pusat transit penerbangan ke serata dunia dari menjadi destinasi pelancongan.

Pemandangan di Hamad International Airport
Suasana di Hamad International Airport yang kelihatan sangat sepi
Information Counter
Disebabkan kami menggunakan Qatar Airways untuk terbang ke Muscat dan Hamad International Airport adalah home base bagi Qatar Airways, memang tak ada masalah untuk check-in awal bagi penerbangan ke Muscat.

Kaunter check-in untuk Qatar Airways di Hamad International Airport
Berjalan menuju ke kaunter check-in
Walaupun cuma kaunter check-in untuk Kelas Ekonomi, terasa diri sangat dihargai kerana ada carpet dipasang menyambut kami di kaunter check-in ini. Hahaha!!
Bergambar bersama Abang di kaunter check-in
Husband dan Kakak Ipar beratur dalam barisan
Selepas check-in, perkara seterusnya yang kami lakukan ialah mencari money changer untuk membuat pertukaran wang dari Qatar Riyal (QAR) ke Omani Rial (OMR).

Berjalan mencari Money Changer
Money Changer di Hamad International Airport
Berurusan di kaunter Money Changer
Memang sedih membuat urusan pertukaran wang dari Qatar Riyal kepada Omani Rial. Ini adalah kerana matawang Oman adalah matawang yang kedua tertinggi di dunia selepas matawang Kuwait. Kadar pertukaran matawang ini ketika itu adalah 1 OMR = QAR 10 = MYR 11. Bayangkanlah, duit Myself sebanyak QAR 750 (RM 920) yang ditukar cuma mendapat OMR 72 saja. Nangis! 
 
Myself dan Husband walau bagaimanapun tidaklah terkejut sangat mendapat duit Oman yang seciput itu kerana kami dah ada pengalaman menukar wang Ringgit Malaysia kepada Kuwait Dinar dulu. Kadar pertukaran ke Kuwait Dinar yang merupakan matawang tertinggi di dunia dulu memang lebih terasa kerana KWD 1 = RM 14.

Matawang Omani Rial
Disebabkan nilai matawangnya yang sangat tinggi, duit syiling Oman yang dinamakan Baisa juga dicetak dalam bentuk wang kertas. 1 Rial Oman adalah bersamaan dengan 1000 Baisa. Jadi harga barangan di Oman memang ditulis dengan 3 titik perpuluhan (Contoh: OMR 3.000).

Wang kertas 100 Baisa yang paling di hadapan itu adalah sebenarnya macam duit syiling di Oman. Nilai 100 Baisa = RM 1.20.
Suspen juga kami sewaktu melalui pemeriksaan imigresen di Hamad Airport ini. Disebabkan kita memegang passport Malaysia, kita diminta untuk menggunakan Autogate. Myself, Abang dan Kakak Ipar dapat melalui pemeriksaan Autogate tanpa masalah tetapi Husband tak lepas-lepas pulak sehingga terpaksa dirujuk ke kaunter manual. Kata Husband mungkin masalah ini berlaku disebabkan dia tidak mencukur licin mukanya seperti gambar di dalam passport. Susah kamera kat Autogate tu nak cam muka dia. Adusss!!

Beruang Kuning yang sangat popular di Hamad International Airport
Memeriksa flight information
Flight kami ke Muscat QR 1122 masih berlepas mengikut jadual
Disebabkan kami mempunyai banyak masa sebelum penerbangan yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 petang, kami berjalan-jalan melawat pelbagai kedai yang ada di ruang perlepasan ini.

Kedai Duty Free
Hamad International Airport sedang meraikan ulang tahun ke-10 pada ketika ini
Kereta yang ditawarkan sebagai hadiah bagi satu pertandingan membeli-belah di Hamad International Airport
Perhiasan di Hamad Airport
Kedai Qatar Express yang menjual souvenir Qatar Airways
Souvenir Qatar Airways
Myself dan Husband juga turut melawat ke sebuah taman yang dibina di Departure Area ini. Taman ini sedikit sebanyak mengingatkan kami kepada taman di Jewel @ Singapore Airport yang dilawati baru-baru ini. Taman ini yang dinamakan sebagai Orchard memang ada iras-iras macam taman di Jewel @ Singapore Airport. Tak tahu siapa yang meniru siapa sebenarnya.

Arah ke Orchard
Pemandangan taman Orchard dari tingkat atas
Pancutan air di taman Orchard
Walaupun Qatar terletak di kawasan padang pasir, taman ini dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan tropika
Binaan seperti Supertree di Gardens By The Bay di Singapore
Supertree
Bergambar di taman Orchard
Chanel Winter Tale
Taman ini memang menyegarkan pandangan traveler di Hamad International Airport
Bunga-bunga cantik di taman Orchard
Husband bergambar di taman Orchard
Sebelum meninggalkan taman Orchard, kita lihat dulu pancutan airnya yang sedikit-sedikit memang kelihatan seperti pancutan air Jewel di Singapore.

Pancutan air di taman Orchard
Pandangan lebih dekat pancutan air
Sedikit-sedikit memang kelihatan seperti pancutan air di Jewel @ Singapore
#HIA turns 10

Part 37: Dari Doha Terbang Ke Muscat

Sejam sebelum waktu perlepasan pada pukul 12.30 tengah hari, semua penumpang Qatar Airways QR 1122 menuju ke Muscat dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Panggilan masuk ke dalam pesawat
Pesawat Qatar Airways yang akan membawa kami terbang ke Muscat
Menunggu di Boarding Gate
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Sebahagian besar penumpang pesawat yang naik bersama kami adalah pelajar-pelajar sebuah sekolah rendah di Doha yang kelihatan seperti mempunyai satu event di Muscat. Mereka disertai oleh 3 atau 4 orang guru yang Myself lihat terdiri dari berbagai bangsa. Murid-murid ini pun terdiri dari berbagai bangsa.

Pemandangan dari dalam pesawat
Demonstrasi keselamatan secara manual
Oman Air
Penerbangan dari Doha ke Muscat memakan masa 1 jam 5 minit. Pesawat yang digunakan adalah sebuah pesawat narrow body Airbus 320 tetapi model lama kerana tidak dilengkapi dengan personal monitor di tempat duduk. Ada seorang peramugara dari Malaysia yang berketurunan Cina bertugas di dalam pesawat ini.

Berlepas meninggalkan Doha
Control Tower
Terbang di udara
Kita lihat pemandangan sewaktu pesawat meninggalkan Doha.

Ada satu sajian penerbangan diberikan dalam penerbangan ini. Tetapi disebabkan penerbangan ini dikira singkat, sajian yang diberikan juga adalah sajian ringan yang berbentuk sandwich.

Sajian penerbangan sedang diberi kepada penumpang
Sajian penerbangan
Terbang merentas Abu Dhabi
Pemandangan Abu Dhabi dari udara
Padang pasir
Kita tahu yang kita telah sampai di bumi Oman bila gunung-gunung batu yang tinggi muncul dalam pandangan.

Pemandangan bumi Oman yang dipenuhi dengan gunung-gunung batu. Di sebalik gunung batu ini adalah padang pasir besar Rub’ al-Khali (Empty Quarter) yang sebahagian besarnya terletak di Arab Saudi.
Pemandangan tipikal di Oman
Di celah-celah pergunungan yang tinggi ini, sering kelihatan penempatan-penempatan yang dipenuhi dengan bangunan berkotak-kotak yang berwarna putih.

Penempatan-penempatan di celah pergunungan
Semua bangunan di celah pergunungan berwarna putih
Lagi penempatan di celah pergunungan
Semakin mendekati Muscat
Panjang leher kita menjenguk keluar tingkap bila pesawat tiba di Muscat. Memandangkan Oman adalah juga sebuah negara Arab, kita jangka dapatlah melihat bangunan-bangunan yang moden dan tinggi di sini. Tetapi tidak seperti sewaktu kita tiba di Doha mahupun Dubai, tiada pemandangan bangunan tinggi di luar sana. Semua bangunan hanya kelihatan seperti kotak-kotak yang berwarna putih.

Muscat
 Pesawat berpusing di Teluk Oman untuk mencari sudut pendaratan
Padang golf berhampiran Muscat International Airport
Pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat pada pukul 3.30 petang waktu tempatan. Waktu di Muscat adalah sejam awal berbanding waktu di Doha.

Selamat mendarat di Muscat International Airport
Muscat International Airport
Docking di Muscat International Airport
Keluar dari pesawat
Bendera Oman
Pemandangan airbridge di Muscat International Airport
Selamat Datang Ke Oman
Landskap di Muscat International Airport
Ini adalah kali pertama Myself dan Husband tiba di Muscat. Bagi Abang dan Kakak Ipar pula, mereka pernah transit di Muscat sewaktu mereka sekeluarga bercuti ke London dulu.
 
Kerusi-kerusi unik di Muscat International Airport
Airport di Muscat juga lengang seperti ketibaan kami di Doha
Duduk menunggu bagasi tiba
Toilet wanita di Muscat International Airport
Tour guide kami di Oman yang bernama Maher telah sedia menanti di Muscat International Airport.

Tour Guide kami di Oman yang bernama Maher
Mengikut Maher keluar dari airport
Suasana di Muscat International Airport
Seronok tiba di Muscat
Bas yang akan membawa kami ke hotel juga telah sedia menunggu. Ada sebuah karavan siap dipasang kepada bas. Maklumlah pihak di sebelah Oman bimbang kami juga travel macam orang Arab tipikal ~ membawa bagasi yang banyak dan besar-besar sampai tak muat bas. Hahaha!!

Bas yang disambung dengan karavan untuk mengisi bagasi kami

Part 38: Hotel Ramada Encore By Wyndham, Muscat

Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat terletak 15 km dari pusat bandar Muscat. Perjalanan dari airport ke pusat bandar hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

Pemandangan dalam bas dalam perjalanan ke hotel
Muscat (Arab: مَسْقَط dan disebut Masqat) yang merupakan ibu negara Oman adalah sebuah bandaraya yang moden tetapi sangat sederhana. Tidak seperti Qatar dan UAE yang berlumba-lumba membina bangunan tinggi, tiada bangunan pencakar langit dilihat di Muscat. Ini adalah kerana dasar pemerintah Oman sebelum ini Sultan Qaboos yang ingin mengekalkan ciri-ciri tradisional Oman. Sultan Qaboos adalah sultan yang memerintah Oman sejak tahun 1970. Baginda telah meninggal dunia pada tahun 2020 dan digantikan oleh sepupu baginda Sultan Haitham bin Thariq yang memerintah Oman sehingga sekarang.

Pemandangan bandaraya Muscat yang serba sederhana
Bangunan tinggi di Muscat hanya dibina sekitar 10 tingkat
Masjid Sultan Qaboos yang merupakan masjid yang terbesar di Oman
Hotel penginapan kami di Muscat adalah sebuah hotel 4 bintang yang bernama Hotel Ramada Encore By Wyndham. Hotel ini sebenarnya terletak di pusat bandar Muscat, tetapi tidak terasa begitu kerana tiada bangunan-bangunan pencakar langit di sini.

Hotel penginapan kami ~ Hotel Ramada Encore By Wyndham
Tidak seperti di Qatar dan UAE di mana para pekerja di negara tersebut ramai yang terdiri dari warga asing, 60% tenaga pekerja di Oman adalah terdiri dari warga Oman sendiri. Jadi di mana-mana jua, kita memang dapat melihat para pekerja yang terdiri dari orang Oman.

Petugas-petugas reception counter di Hotel Ramada Encore By Wyndham kesemuanya terdiri dari lelaki tempatan yang memakai pakaian tradisional Oman
Potret Sultan Haitham (kiri) dan Sultan Qaboos (kanan)
Orang Oman juga sangat berbangga dengan tradisi mereka. Ini dapat kami lihat sewaktu check-in di Hotel Ramada Encore By Wyndham. Semua petugas dan pengunjung tempatan di hotel ini sentiasa mengenakan pakaian tradisional Oman yang terdiri dari jubah putih dan kopiah yang bercorak. Kopiah ini dinamakan Kummah.

Kami turut merasakan Omani Hospitality yang pertama sewaktu menunggu Maher menguruskan check-in ke bilik penginapan. Kami dijamu dengan kopi tradisional Oman di lobi hotel. Kopi tradisional Oman ini sangat pahit sampai Husband pergi meminta gula dari kiosk minuman di lobi hotel. Dia walau bagaimanapun diberitahu, kopi Oman memang tidak diminum bersama gula. Tradisi Orang Oman adalah meminum kopi pahit ini sambil memakan buah kurma yang manis. Hahaha!!

Minum Kopi Oman yang sangat pahit di lobi Hotel Ramada Encore By Wyndham
Hotel Ramada Encore By Wyndham ini setinggi 9 tingkat. Myself dan Husband mendapat bilik di Aras 8 manakala Abang dan Kakak Ipar pula mendapat bilik di Aras 7.

Key card
Pemandangan Atrium Lobby dari lif berkaca ke bilik penginapan
Myself dan Husband mendapat bilik di Aras 8 manakala Abang dan Kakak Ipar pula mendapat bilik di Aras 7
Bilik penginapan kami. Malangnya view dari bilik ini cuma bangunan bersebelahan.
Bilik mandi

Part 39: Jalan-Jalan Malam Di Muscat

Disebabkan kami tidak berkesempatan membuat proper lunch pada siang tadi, kami merasa sangat lapar. Pakej yang diambil untuk kami melawat ke Oman ini pula adalah private tour yang tidak berkongsi dengan orang lain, maka kami ditawarkan berbagai pilihan restoran untuk dinner. Kami memilih untuk makan di Restoran Indonesia.

Indonesian Restaurant di Muscat
Maher membawa kami menaiki kereta menuju ke Restoran Indonesia. Restoran ini sebenarnya terletak cuma beberapa blok dari hotel penginapan kami. Tak sangka ada Restoran Indonesia dekat-dekat dengan hotel kita di Muscat!

Suasana di dalam Restoran Indonesia
Buku Menu di Restoran Indonesia
Walaupun kami tak perlu nak membayar apa-apa sewaktu makan di sini dan juga di sepanjang perjalanan tour kerana segalanya dah termasuk dalam pakej percutian, suspen juga bila kita membuka buku menu di Restoran Indonesia ini untuk melihat harganya. Maklumlah Rial Oman kan 11 kali ganda Ringgit Malaysia. Terbayang harga makanan di sini juga macam 11 kali ganda harga di Malaysia. Haihh! 

Surprisingly, harga makanan di Oman rata-rata berada pada sekitar OMR 2.000 (MYR 22) sepinggan. Tidaklah semahal yang kita fikirkan! Ini juga mengingatkan Myself dan Husband kepada pengalaman kami sewaktu di Kuwait. Walaupun matawang Kuwait 14 kali ganda matawang Malaysia, harga barangan di sana juga agak setara dengan harga barangan di Malaysia. Yang mahal cuma di UAE dulu. Walaupun matawang UAE cuma 1.2 kali ganda berbanding Ringgit Malaysia, harga barangan di sana memang rata-rata 3 kali ganda harga barangan yang sama di Malaysia.

Harga makanan di Restoran Indonesia. Not bad!!
Ini pula harga minuman. Harga barangan di Oman ditulis sampai 3 titik perpuluhan kerana 1 Rial Oman = 1000 Baisa (duit sen Oman)
Makanan di Restoran Indonesia ini memang sedap. Sebiji macam rasa makanan di Nusantara. Hilang rasa rindu kita kepada makanan di Malaysia.

Dinner yang sedap di Restoran Indonesia
Bergambar dengan petugas di Restoran Indonesia. Pemilik restoran ini adalah Kakak dengan Abang Iparnya.
Parking milik sebuah company teksi di depan Restoran Indonesia
Selepas makan malam, Maher menghantar kami kembali ke hotel. Tetapi disebabkan malam masih muda, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan menikmati suasana malam di Muscat. Kami menyusuri Sultan Qaboos Street yang terletak di depan bangunan hotel sehingga ke kawasan komersil yang berhampiran.

Ikea dan Oman Avenues Mall yang terletak di seberang jalan dari hotel kami
Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat
Sultan Qaboos Street di depan hotel kami
Bunga Marigold yang mekar berkembang di Muscat
Suasana malam di depan Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat
Pemandangan Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat dari Sultan Qaboos Street
Perhentian bas awam di Sultan Qaboos Street
Lagi bunga-bunga cantik di Sultan Qaboos Street. Kalau hari siang, pasti pemandangan bunga ini lebih cantik lagi.
Seperti yang Myself ceritakan tadi, hotel kami sebenarnya terletak di tengah-tengah kota Muscat. Tetapi disebabkan Muscat adalah sebuah kota yang tenang dan tidak menunjuk-nunjuk kemewahan seperti di Doha dan Dubai, memang tidak terasa yang kita tengah berada di pusat kota. Perasaan berjalan di waktu malam di sekitar hotel kami sama macam perasaan berjalan malam di sekitar kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur.

Suasana malam di pusat bandar Muscat
Di sekitar kawasan hotel ada beberapa buah hospital swasta yang kelihatan hebat.
Seperti di Malaysia, perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan di Oman adalah percuma tetapi ramai rakyatnya yang berkemampuan memilih rawatan di hospital swasta kerana waktu menunggu yang panjang di hospital kerajaan.
Trafik malam yang sederhana di Muscat
Bergambar kenangan di tengah kota Muscat


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: