Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
Bahagian 7: Qatar
PEARL ISLAND (Qanat Quartier & Porto Arabia)
HARI KETIGA (3)
Part 22: Pearl Island
Dari Lusail, Adik membawa kami melawat ke sebuah lagi tarikan mewah di Qatar yang bernama Pearl Island. Ia adalah sebuah pulau buatan manusia yang kini dipenuhi dengan perumahan mewah yang mahal harganya. Property di Pearl Island boleh dibeli warga asing dan mereka akan diberikan status Permanent Resident oleh Kerajaan Qatar sekiranya mereka membeli hartanah di sini.
![]() |
Perkhidmatan penghantaran makanan di Qatar yang dinamakan Talabat |
![]() |
Menuju ke Pearl Island |
![]() |
Masjid Hamad bin Jassim bin Jabor Al Thani di Pearl Island |
![]() |
The Pearl |
![]() |
Perumahan mewah bergaya Itali di Pearl Island |
![]() |
Lagi perumahan mewah di Pearl Island |
![]() |
Lagoon buatan di Pearl Island |
Part 23: Qanat Quartier
Kalau selama ini kita dah menikmati secebis France di bumi Qatar, apa kata kita nikmati secebis Italy di bumi Qatar pula? Kemewahan Italy di bumi Qatar ini boleh kita nikmati di Pearl Island.
![]() |
Parking percuma di Qanat Quartier, Pearl Island |
![]() |
Lot parking di Qatar memang besar kerana kereta yang dipandu juga besar-besar belaka. |
Secebis keindahan dan suasana Venice di Italy boleh kita nikmati di sebuah tempat yang bernama Qanat Quartier di Pearl Island.
![]() |
Pemandangan di Qanat Quartier, Pearl Island |
![]() |
Replika Realto Bridge yang dibina di Qanat Quartier di Pearl Island |
Walaupun suasana di Qanat Quartier hanya meniru suasana di Venice, Italy, ia ditiru dengan sepenuh hati. Kita benar-benar merasakan suasana Venice bila berjalan di sini. Myself tak tipu bila berkata begitu kerana kita benar-benar dah pernah sampai ke Venice.
![]() |
Suasana di Venice yang benar-benar terasa di Qanat Quartier |
![]() |
Stazione Nobili |
![]() |
Pemandangan di Stazione Nobili |
![]() |
Bergambar di tepi terusan |
Sesuatu yang ada di Venice tetapi tiada di sini hanyalah gondola. Namun begitu di sini ada Water Taxi yang sebiji macam Water Taxi yang digunakan di Venice.
![]() |
Water Taxi |
![]() |
Cuaca yang nyaman di Qatar ketika itu juga bagaikan cuaca yang sebenar di Venice |
Tarikan utama di sini adalah replika Realto Bridge. Seperti yang pernah kita buat di Venice yang sebenar, kita turut naik ke atas jambatan ini. Binaan Realto Bridge ini benar-benar meniru Realto Bridge yang sebenar, cuma pada skala yang lebih kecil. Suasana kedai-kedai di atasnya juga sama seperti suasana kedai-kedai di atas Realto Bridge yang sebenar.
![]() |
Realto Bridge |
![]() |
Suasana di atas Realto Bridge |
![]() |
Pemandangan dari Realto Bridge |
Qanat Quartier adalah sebenarnya kawasan perumahan mewah yang dibina di sekeliling terusan seperti di Venice. Namun begitu, ia turut dibuka untuk lawatan pelancong. Apartment kediaman dibina di tingkat atas, tingkat bawahnya dipenuhi berbagai kedai, kafe dan restoran.
![]() |
Suasana Venice di Qanat Quartier |
![]() |
Bergambar di tangga antik |
![]() |
Tengok dari luar saja pun kita dah dapat merasa betapa mahal harga apartment yang dijual di sini |
![]() |
Pemandangan yang damai dan indah |
![]() |
Abang, Kakak Ipar dan Adik yang belum pernah sampai ke Venice yang sebenar cukup enjoy dengan suasana di sini |
![]() |
Sesuatu yang kita tak jumpa di Venice yang sebenar ~ Bilik Solat di tepi terusan |
![]() |
Italian fountain |
![]() |
Posing lagi di tepi terusan |
Part 24: Porto Arabia
Selepas melawat suasana Venice di Qanat Quartier, kita melawat pula ke Porto Arabia. Porto Arabia adalah pelabuhan kapal-kapal layar mewah di Pearl Island.
![]() |
Kereta mewah seperti racing car yang dipandu di Pearl Island. Mengikut plat yang tertera, kereta ini berasal dari Morocco. |
Kami terkesima sewaktu memandu masuk ke ruang parking kerana ada banyak kereta mewah di dalamnya. Dah pasti pemiliknya adalah juga pemilik kapal-kapal layar mewah di Porto Arabia.
![]() |
Kereta-kereta yang ditutup dengan cover ini adalah kereta-kerta mewah yang sedang parking di Porto Arabia |
![]() |
Sebuah kereta Rolls Royce yang tidak ditutup dengan cover di parking Porto Arabia |
![]() |
Pintu masuk ke Porto Arabia |
Ada banyak kapal layar mewah yang sedang berlabuh di Porto Arabia ketika itu. Namun demikian, kita cuma boleh melihat dari kejauhan sahaja kerana ada pagar yang dipasang di sekeliling pelabuhan.
![]() |
Porto Arabia |
![]() |
Kafe-kafe terbuka di Porto Arabia |
![]() |
Kapal-kapal layar mewah |
![]() |
Bergambar dengan kapal-kapal layar |
Kita bersiar-siar di Porto Arabia untuk menikmati keindahan suasana di sini...
![]() |
Keindahan suasana di Porto Arabia |
![]() |
Marina Gate |
![]() |
Kapal layar tradisional yang boleh disewa untuk kegunaan function |
![]() |
Pemandangan lebih dekat ke dalam kapal layar mewah |
Kami menghabiskan waktu dengan minum petang di sebuah kafe di tepi Marina Porto Arabia.
![]() |
Minum petang di Porto Arabia |
![]() |
Kenangan di Porto Arabia |
Bangunan-bangunan di sekitar Porto Arabia juga adalah rumah-rumah kediaman mewah. Oleh itu kita tidak dibenarkan masuk ke bangunan-bangunan ini untuk mengambil gambar suasana di sekitar.
![]() |
Rumah-rumah kediaman mewah di Porto Arabia |
Walaupun tak boleh masuk ke bangunan-bangunan kediaman, kita dibenarkan masuk ke bangunan komersil berhampiran untuk mengambil gambar pemandangan Porto Arabia dari sana...
![]() |
Bangunan komersil di tepi Porto Arabia yang boleh dinaiki |
![]() |
Kita naik sampai ke menara ini... |
![]() |
Matahari yang sedang terbenam di Porto Arabia |
![]() |
Pemandangan dari menara |
![]() |
Jambatan di Porto Arabia |
![]() |
Laluan ke laut lepas |
![]() |
Satu lagi suasana di Porto Arabia |
![]() |
Bergambar di kaki menara |
Sebelum meninggalkan Porto Arabia, kami masuk melawat ke bangunan komersilnya yang dipenuhi dengan berbagai kedai mewah. Perhiasan dalamannya juga cantik, sesuai untuk menggambarkan kemewahan Porto Arabia.
![]() |
Kolam di lobi bangunan komersil Porto Arabia |
![]() |
Bergambar di tepi kolam |
![]() |
Pose di tepi kolam |
![]() |
Kembali ke tempat parking |
![]() |
Meninggalkan Porto Arabia |
Part 25: Kembali Ke Doha
Dengan berakhirnya lawatan ke Porto Arabia, maka berakhirlah program lawatan Hari Ketiga kami ke Lusail dan Pearl Island. Adik memandu membawa kami kembali ke Doha.
![]() |
Pulang ke Doha |
![]() |
Meninggalkan Pearl Island |
![]() |
Pancutan air yang cantik di Pearl Island |
![]() |
Tiba kembali ke Doha |
![]() |
Suasana di Doha Corniche |
![]() |
Bot cruise yang kami naiki semalam di Doha Corniche |
![]() |
Kembali menuju ke Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
Pada malam ini juga, kami memutuskan untuk dinner cuma di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town. Maklum sajalah, badan dah penat. Dah tak larat nak berjalan-jalan di sekitar hotel untuk mencari tempat makan lain.
![]() |
Dinner Nasi Biryani di Restoran L2, Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Ash Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)
No comments:
New comments are not allowed.