Sunday, 9 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 04 (Inland Sea)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman

Bahagian 4: Qatar
INLAND SEA (Desert Safari)

HARI KEDUA (2)

Part 12: Solat Jumaat Di City Centre Doha Mall

Dari Katara Cultural Village, kami kembali ke apartment kediaman adik di Hotel Intercontinental Doha The City yang terletak di West Bay. Adik sebenarnya tinggal dan bekerja bersendirian tanpa keluarganya di Doha. Ini adalah kerana ada anak-anak yang masih bersekolah di Malaysia. Selepas anak-anak dah tamat peperiksaan SPM kelak, barulah isterinya akan menyertai beliau di Doha.

Perjalanan pulang ke Doha
Bangunan Zig Zag Towers
Sebuah masjid di Doha
Myself dan Kakak Ipar tinggal di apartment adik di Hotel Intercontinental Doha The City sewaktu Adik, Abang dan Husband pergi menunaikan Solat Jumaat. Pengalaman mereka bersolat Jumaat dah pasti berbeza dengan pengalaman bersolat Jumaat di Malaysia. Jadi Myself ceritakan pengalaman mereka bersolat Jumaat berdasarkan cerita dari Husband.

Kawasan West Bay Doha, berhampiran tempat kediaman Adik
Balik ke apartment Adik di Hotel Intercontinental Doha The City
Kawasan West Bay yang menjadi tempat kediaman Adik adalah sebuah kawasan komersil dan pejabat. Di sinilah letaknya bangunan-bangunan syarikat konglomerat yang beroperasi di Doha. Kerana itulah kami tidak memilih untuk menginap di kawasan ini sewaktu melawat ke Doha kerana kawasan ini adalah pejabat semata-mata. Sebagai pelancong, memang boleh mati kutu kalau kita menginap di sini selama 4 malam.

Adik, Abang dan Husband bersolat Jumaat di sebuah shopping mall berhampiran tempat kediaman Adik yang bernama City Centre Doha Mall. Disebabkan Mall ini terletak berhampiran dengan tempat kediaman Adik, mereka cuma berjalan kaki ke sana.

Berjalan kaki menuju ke City Centre Doha Mall untuk menunaikan Solat Jumaat
West Bay Doha yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan syarikat konglomerat
King Kong merah di depan City Centre Doha Mall. Memang ada banyak ukiran patung-patung yang tak cukup sifat begini dilihat di sekitar Doha.
Supermarket Carrefour di City Centre Doha Mall
Solat Jumaat di City Centre Doha Mall diadakan di ruang basement yang telah diubahsuai menjadi masjid. Memandangkan West Bay adalah kawasan pejabat dan komersil, jemaah yang datang menunaikan solat Jumaat adalah terdiri dari pelbagai peringkat pekerjaan ~ dari manager, pekerja pejabat, pekerja retail dan juga buruh-buruh binaan serta pembersihan. Ini bukanlah suatu masalah kerana kita semua adalah serupa di sisi Allah SWT. Yang membezakan kita hanyalah iman dan taqwa yang tidak dapat diukur oleh manusia.

Berjalan menuju ke basement tempat Solat Jumaat diadakan
Proses Solat Jumaat di sini lebih singkat berbanding Solat Jumaat di Malaysia kerana khutbahnya lebih pendek. Khutbah Jumaat di sini juga dibaca dalam Bahasa Arab.

Suasana di basement City Centre Doha Mall di mana Solat Jumaat diadakan
Jemaah Solat Jumaat yang berasal dari seluruh dunia dan berbagai peringkat pekerjaan
Disebabkan ramai jemaah yang datang, ruang solat turut disediakan sehingga ke luar masjid
Berjalan pulang selepas selesai Solat Jumaat
City Centre Doha Mall
Bumbung shopping mall
Escalator
Bangunan-bangunan pejabat di depan City Centre Doha Mall
Patung rusa tak cukup sifat di depan City Centre Doha Mall
Pemandangan patung rusa dari hadapan
Untuk menjimatkan masa kerana kami akan membuat aktiviti Desert Safari pada petang itu, Adik memesan makanan bungkus dari sebuah Restoran Malaysia di Doha. Namun disebabkan banyak jalan masih ditutup sempena Doha Marathon pagi tadi, khidmat Talabat yang menghantar makanan ini terlambat sikit tiba. Rushing jugalah kami lunch pada tengahari itu memandangkan pemandu Safari Tour dijadualkan datang pada pukul 2 petang.

Lunch di apartment Adik
Mee Goreng dari Restoran Malaysia di Doha

Part 13: Qatar

Sebelum kita melawat Qatar dengan lebih lanjut, eloklah kita berkenalan dahulu dengan negara yang sebenarnya popular di kalangan rakyat Malaysia tetapi tidak begitu dikenali ini.

Qatar yang nama rasminya adalah State of Qatar adalah sebuah negara yang terletak di Timur Tengah. Ia adalah sebuah negara beraja yang terletak di Semenanjung Arab yang meliputi 7 buah negara: Arab Saudi, Kuwait, Yemen, Oman, United Arab Emirates dan Qatar. Tiga perempat Qatar dikelilingi Teluk Arab (yang juga dikenali sebagai Teluk Parsi). Qatar hanya mempunyai sempadan darat sepanjang 87 km dengan Arab Saudi di bahagian selatan. Tengok peta di bawah untuk lebih memahami fakta ini...

Peta Semenanjung Arab
Penduduk Qatar berjumlah 2.7 juta. 80% dari jumlah penduduk ini tinggal di ibu negara Qatar yang bernama Doha. Warga Qatar sebenar hanyalah 15% dari jumlah tersebut. Sebahagian besar penduduk Qatar (85%) adalah terdiri dari warga asing yang bekerja di negara ini.

Dengan pemilikan rezab gas asli yang ketiga terbesar di dunia selepas Russia dan Iran serta simpanan minyak yang besar, Qatar adalah negara yang ke-10 terkaya di dunia. Matawang Qatar yang dinamakan Qatar Riyal (QAR) adalah sedikit tinggi berbanding Ringgit Malaysia di mana kadar pertukaran pada tahun 2025 ketika itu adalah QAR 1 = RM 1.20. Duit syilingnya dinamakan Dirham di mana 100 Dirham = 1 Riyal.

Matawang Qatar Riyal (QAR)
Qatar adalah penganjur kejohanan bolasepak FIFA World Cup pada tahun 2022. Ia adalah negara Timur Tengah pertama yang berjaya menganjurkan kejohanan berprestij ini dan negara ketiga di benua Asia selepas Jepun dan South Korea pada tahun 2002.

Okay, selepas dah berkenalan lebih dekat dengan Qatar, kita teruskan dengan cerita lawatan kami di Qatar pada bulan Januari 2025 ini...

Part 14: Perjalanan Ke Inland Sea

Pemandu Desert Safari sepatutnya datang mengambil kami di lobi Hotel Intercontinental Doha The City pada pukul 2 petang. Namun seperti Talabat yang terlambat menghantar makanan kami tadi, dia juga terlewat sedikit tiba disebabkan jalan yang ditutup sempena pertandingan Doha Marathon.

Menunggu pick-up untuk Desert Safari di Hotel Intercontinental Doha The City
Lobi di Hotel Intercontinental Doha The City
Kenderaan Jeep Desert Safari tiba untuk membawa kami ke Inland Sea
Menuju ke Inland Sea
Aktiviti Desert Safari yang akan kami sertai petang ini diadakan di sebuah kawasan yang bernama Inland Sea di selatan negara Qatar. Perjalanan ke sana dari Doha memakan masa kira-kira 45 minit. Lihat kedudukan Inland Sea pada peta Qatar di bawah...

Peta Qatar yang menunjukkan kedudukan Doha dan Inland Sea
Inland Sea di Qatar adalah sebuah tempat yang istimewa kerana ia adalah salah sebuah dari beberapa buah tempat sahaja di dunia di mana padang pasir bertemu dengan laut.
 
Pertemuan padang pasir dan laut di Inland Sea, Qatar. [Gambar dari internet]
Disebabkan cuti hujung minggu dan Inland Sea adalah tempat rekreasi yang popular di kalangan penduduk Qatar, banyak kenderaan diperhatikan di jalan raya menuju ke sana petang itu.

Banyak kenderaan yang juga menuju ke arah Inland Sea
Hotel Grand Regency Doha
Le Park Hotel di sebelah Hotel Grand Regency Doha
Perjalanan menuju ke selatan Qatar
Mural di tepi jalan raya
Rumah penduduk tempatan yang tipikal di Qatar
Bunga-bunga di pinggir jalan
Dalam perjalanan menuju ke Inland Sea, kami dapat melihat Stadium Al Janoub yang merupakan salah sebuah stadium yang digunakan dalam pertandingan FIFA World Cup 2022. Pertandingan Piala Dunia yang diadakan di Qatar tersebut sangat bersejarah kerana ia adalah kali pertama diadakan di sebuah negara Arab dan Qatar adalah juga negara terkecil yang pernah menganjurkan temasya sukan tersebut. Pertandingan yang biasanya diadakan pada musim panas itu juga telah diadakan pada musim sejuk buat pertama kali untuk mengelakkan cuaca panas yang extreme di Qatar. Ia telah disertai 48 buah negara dan dimenangi oleh Argentina buat kali ketiga.

Al Janoub Stadium
Ada banyak pantai di Qatar tetapi ada bayaran dikenakan untuk menggunakan kesemua pantai tersebut
Dalam perjalanan menuju ke Inland Sea juga, kami dapat melihat loji-loji pemprosesan minyak dan gas di tepi jalan.

Loji memproses minyak dan gas
Arah ke Sealine Season
Ooredoo adalah syarikat telekomunikasi di Qatar
Seperti aktiviti Desert Safari yang pernah Myself dan Husband ikuti di Dubai dulu, kami dibawa ke sebuah kem permulaan aktiviti ini. Pelanggan yang berminat boleh menyertai aktiviti menaiki unta dan menunggang quad bike sementara pemandu menyiapkan kenderaan untuk aktiviti Desert Safari yang sebenar ~ mengurangkan tekanan tayar pada kenderaan.
 
Kem persinggahan untuk aktiviti permulaan Desert Safari
Restoran
Kerusi di bawah shade
Kat sini senang-senang saja boleh letak kerusi begini sebab jarang hujan
Aktiviti menunggang unta
Jalan-jalan naik unta
Boleh juga bergambar dengan Falcon dengan bayaran QAR 20 (RM 24)
Falcon
Tumpang Kakak Ipar bergambar dengan Falcon
Kereta-kereta yang digunakan untuk membuat Desert Safari. Rata-ratanya kereta ini mempunyai kuasa 5000 cc.
Tekanan angin di dalam tayar kereta perlu dikurangkan sebelum membuat Desert Safari untuk mendapatkan lebih cengkaman.
Bila kereta dah sedia, kita masuk kembali ke dalamnya untuk memulakan adventure Desert Safari kita. Seperti juga di Dubai dulu, kereta Desert Safari di sini juga berkonvoi beramai-ramai atas faktor keselamatan.

Memulakan Desert Safari
Kalau naik unta, sampai ke sini dia orang jalan...
Pemandangan sewaktu memulakan Desert Safari
Ada orang main layang-layang di sana...
Laut di sana adalah Inland Sea
Layang-layang terbang melayang...
Pengalaman membuat Desert Safari di Qatar agak sebanding dengan pengalaman kami membuat Desert Safari di Dubai dulu. Cuma rasanya pasir di padang pasir Dubai lebih dalam dan lebih mencabar berbanding pasir di padang pasir Qatar. Mungkin juga kami merasa membuat Desert Safari di Dubai lebih adventurous kerana pemandangannya cuma padang pasir semata-mata sedangkan di Qatar, kita dapat melihat laut di tepi padang pasir.

Ada pagar dipasang di tepi laluan Desert Safari ini
Pemandangan laut sewaktu membuat Desert Safari
Ada juga pemandu-pemandu Quad Bike yang membuat Desert Safari bersama kami
Pemandangan Jeep dan Quad Bike yang beriringan membuat Desert Safari
Tidak seperti di Dubai, kereta-kereta jeep yang membuat Desert Safari tidak dipasang dengan kerangka besi di dalam kenderaan. Sand dunes di Qatar juga tidak setinggi sand dunes di Dubai. Disebabkan Myself dan Husband dah pernah punya pengalaman membuat Desert Safari di Dubai, terasa aksi lagak ngeri di Qatar ini tidak sehebat sewaktu di Dubai. Kita lihat pemandangan yang sempat kami capture sewaktu membuat Desert Safari ini...
 
Orang-orang yang kurang adventurous macam kami memang membuat Desert Safari naik jeep. Bagi yang adventurous, mereka akan memandu Quad Bike sendiri untuk membuat Desert Safari.

Di sana-sini, ada kelihatan khemah-khemah dan karavan yang dipasang di tengah-tengah padang pasir. Khemah-khemah ini boleh disewa oleh pelancong yang ingin merasai pengalaman bermalam di padang pasir.

Khemah-khemah dan karavan yang boleh disewa untuk merasai pengalaman bermalam di padang pasir.
Pandangan lebih dekat khemah dan karavan
Pemandangan Inland Sea sewaktu membuat Desert Safari
Inland Sea
Inland Sea
Kami berhenti di atas sebuah bukit pasir dekat laut. Di sini kita dapat melihat pemandu-pemandu Quad Bike mempamerkan kehebatan mereka memandu di atas lereng bukit pasir ini dengan begitu merbahaya. Bagi kita yang tidak adventurous ini, memanglah perbuatan mereka merbahaya. Tetapi bagi mereka yang memang berjiwa adventure, perbuatan itu hanyalah skill testing. Hihihii!

Berhenti di atas bukit di tepi laut
Mentari sedang terbenam di bumi Qatar ketika ini
Jeep dan Quad Bike
Barisan Jeep yang membuat Desert Safari
Memang kagum kita melihat pemandu-pemandu Quad Bike mempamerkan kemahiran masing-masing memandu di lereng bukit pasir. Ada kalanya mereka akan 'mengusik' penonton dengan memandu terlalu hampir dengan kita.

Bersedia nak mengambil gambar Quad Bike yang lalu
Posing di bukit pasir
Sambil melihat Quad Bike yang lalu, kita cuba-cuba posing dengan mereka. Hihihi!!

Husband bergambar dengan pemandu Jeep kami yang bernama Abdulla.
Selepas dah puas melihat aksi Quad Bike di lereng bukit pasir, driver Jeep kami yang bernama Abdulla membawa kami ke pinggir laut Inland Sea untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di sana.

Jeep yang bergerak beramai-ramai menuju ke tepi pantai
Menuju ke tepi pantai
Pengunjung-pengunjung di tepi pantai
Menikmati keindahan pantai
Jeep yang berkumpul di tepi pantai
Posing dulu di sini...
Berdua lebih baik...
Pantai Inland Sea
Selain menikmati keindahan pantai, banyak juga aktiviti lain yang berlangsung di sini. Ada yang memancing dan juga berpiknik. Di sini juga kami bertemu dengan beberapa keluarga asal Sudan yang membakar barbecue dan beriya-iya menjemput kami makan bersama mereka.
 
Memancing di Inland Sea
Berpiknik dan berbarbecue
Quad Bike
Bermain Quad Bike
Berposing dengan matahari yang sedang terbenam di padang pasir
Menunggang Quad Bike menuju matahari terbenam
Keluarga dari Sudan yang beriya menjemput kami menyertai barbecue mereka
Bila Maghrib menjelang, kami menamatkan aktiviti Desert Safari dengan meninggalkan padang pasir.

Meninggalkan padang pasir
Memandu menuju ke pinggiran Inland Sea
Menuju ke arah Inland Sea
Berkonvoi keluar dari padang pasir
Sebelum betul-betul keluar dari padang pasir, kami membuat perhentian singkat di mana semua Jeep Desert Safari mengisi semula angin ke dalam tayar mereka.

Perhentian di pinggir padang pasir tempat Jeep mengisi angin tayar kembali
Mengisi angin ke dalam tayar
Suasana di tempat perhentian
Qatar


 Bersambung ke Bahagian 5...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: