Wednesday, 5 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 02 (Souq Waqif)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman

Bahagian 2: Qatar
DOHA (Souq Waqif)

HARI PERTAMA (2)

Part 7: Doha

Adik datang menemui kami di Hotel Doubletree selepas tamat waktu bekerja. Untuk kemudahan membawa kami bersiar-siar sepanjang hujung minggu di Doha, dia menyewa sebuah kereta Hyundai Creta yang menurut katanya dipasang di Indonesia. Adik tidak mempunyai kereta di Doha kerana tempat kediamannya terletak dekat dengan ofis. Dia cuma berjalan kaki ke ofis setiap hari.

Hyundai Creta yang disewa oleh Adik untuk membawa kami bersiar-siar di Doha
Husband, Adik dan Abang bergambar dengan Hyundai Creta
Destinasi pertama yang nak dibawa oleh Adik sewaktu kami berada di Doha adalah sebuah pasar tradisional yang bernama Souq Waqif. Dalam perjalanan ke sana, kami dapat melihat sepintas lalu kota Doha.

Walaupun Doha (disebut dalam Bahasa Arab sebagai الدوحة) adalah sebuah kota yang ultra moden seperti Dubai, bangunan-bangunan di sini tidaklah extravagant seperti di Dubai. Memang terasa yang Doha adalah lebih friendly kepada orang marhaen seperti kita berbanding Dubai.

Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town yang menjadi penginapan kami semasa di Qatar.
Masjid Imam Mohammad bin Abdul Wahaab di sebelah Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Qatar banyak menjadi tuan rumah kepada pertandingan-pertandingan sukan antarabangsa. Antara kejohanan sukan besar yang pernah dianjurkan oleh Qatar adalah tuan rumah kepada pertandingan bolasepak FIFA World Cup 2022 dan Piala Asia 2023. Memorablia pertandingan-pertandingan sukan ini masih dilihat di sana-sini di seluruh Doha.
 
Struktur yang dibina sempena 15th Asian Games 2006 di Doha
Pemandangan kedai-kedai tipikal di Doha
Bangunan Qatar National Bank (QNB)
Ministry of Finance, Qatar
Souq Waqif North Parking

Part 8: Souq Waqif

Seperti di kebanyakan tempat di Doha, parking adalah percuma di Souq Waqif. Berjalan keluar dari tempat parking menuju ke Souq Waqif juga memberikan satu pengalaman yang tersendiri.
 
Tempat parking kereta di Souq Waqif
Berjalan dari tempat parking ke pintu masuk Souq Waqif
Arah ke Souq Waqif
Qatar adalah sebuah negara yang kaya. Aktiviti memungut derma persendirian dan meminta sedekah tidak dibenarkan di negara ini. Oleh itu sepanjang perjalanan dari tempat parking menuju ke Souq Waqif ada banyak kotak-kotak sumbangan yang didirikan untuk sesiapa yang ingin berderma bagi pelbagai tujuan kebajikan. 

Sesuatu yang menarik ialah kotak-kotak sumbangan ini dibuat berdinding kaca. Memang jelas kelihatan duit-duit sumbangan yang dimasukkan ke dalamnya. Tetapi disebabkan Qatar mempunyai kadar jenayah yang sangat-sangat rendah, tak siapa pun memecahkan kotak-kotak ini untuk mencuri duit yang diletakkan di dalamnya.

Kotak-kotak derma yang disediakan di sepanjang laluan dari parking ke Souq Waqif
Banyak duit kat dalam kotak itu, tetapi tak siapa pun nak mencurinya.
Lorong keluar ke Souq Waqif
Family Photo
Pintu keluar ke Souq Waqif
Keluar dari tempat parking, kami terus tiba di dataran utama di hadapan Souq Waqif. Bertentangan dengan dataran ini ada sebuah masjid yang dinamakan Al Fanar. 

Dataran utama di depan Souq Waqif
Masjid Al Fanar di depan Souq Waqif
Dataran utama Souq Waqif
Pada musim winter begini, waktu Maghrib di Doha masuk sekitar jam 5.20 petang. Kami tiba di Souq Waqif sewaktu azan Maghrib sedang berkumandang. Memandangkan Adik yang menetap di Doha tidak memiliki status musafir seperti kami, dia terpaksa pergi menunaikan Solat Maghrib di masjid berhampiran.
 
Masjid di Souq Waqif
Pemandangan Masjid Souq Waqif dari dataran
Sementara menunggu adik menunaikan Solat Maghrib, kami melihat dan menikmati suasana di sekitar Dataran Souq Waqif.

Menikmati suasana di Souq Waqif
Family photo di Souq Waqif
Pemandangan malam Masjid Al Fanar. Masjid ini adalah salah sebuah masjid yang membaca Khutbah Jumaat dalam Bahasa Inggeris di Qatar.
Senibina menara Masjid Al Fanar mengambil ilham dari senibina masjid bersejarah di Samarra, Iraq.
Unta
Kereta kuda Cinderella
Salah sebuah lorong jualan di Souq Waqif
Gerai buah-buahan
Selepas Adik selesai menunaikan solat Maghrib, dia membawa kami ke sebuah kafe terbuka kegemarannya di bawah pokok di Souq Waqif. Di sinilah dia memperkenalkan kepada kami Karak Tea yang rasanya seperti Teh Tarik di Malaysia yang ditambah dengan rempah buah pelaga (cardamom). Bermula dari sinilah Karak Tea menjadi minuman favourite kami sepanjang masa berada di Qatar dan Oman selepas itu.

Kafe favourite Adik di Souq Waqif
Pada bulan Januari seperti ini, Qatar sedang mengalami musim dingin. Tetapi kemuncak musim dingin telah berakhir ketika itu. Cuaca di Qatar sangat nyaman dengan suhu sekitar 21'C pada waktu tengahari. Walau bagaimanapun, suhu ini akan jatuh sehingga 14'C di sebelah malam yang memerlukan kita memakai light jacket jika berada di luar bangunan. Bahang panas padang pasir memang langsung tidak dapat dirasakan ketika ini.

Outdoor seating di kafe
Posing dulu sementara menunggu waiter datang mengambil order
Waiter mengambil order
Karak Tea
Makan French Fries dan Chicken Wing bersama Karak Tea
Ada juga indoor seating di kafe ini tetapi dalam musim dingin begini tidak sesiapa pun nak duduk di dalam
Menjenguk ruangan indoor seating
Selepas minum Karak Tea, Adik membawa kami bersiar-siar di sekitar Souq Waqif yang penuh dengan pelbagai tarikan ini.
 
Kedai Sarung Kusyen dan Permaidani
Senibina bangunan yang menarik di Souq Waqif
Ada banyak lorong kecil di dalam bangunan yang penuh dengan kedai-kedai jualan
Kita lihat lagi suasana yang menarik di sekitar Souq Waqif...

Pelancong dari seluruh dunia dapat dilihat di Souq Waqif
Suasana malam di Souq Waqif
Kedai cenderamata
Kedai Tikka dan Kebab
Berposing di tengah Souq Waqif
Bendera Qatar
Sewaktu melintas sebuah restoran Parsi yang bernama Parisa, Adik mengajak menjenguk ke dalam sekejap. Katanya restoran ini sedang viral kat Instagram sekarang. Jomlah kita masuk menjenguk ke dalam...

Parisa ~ Persian Cuisine Restaurant
Outdoor seating di Restoran Parisa
Inilah hiasan dalaman Restoran Parisa yang kebaboom viral di Instagram itu...
Menghisap shisha adalah budaya masyarakat Arab
Kita singgah sebentar di sebuah kedai souvenir yang ada hiasan kapal di depannya sebab Abang dan Kakak Ipar nak membeli cenderamata...

Kedai souvenir dengan hiasan kapal di depannya
Bendera Palestine yang dipasang sebagai sokongan kepada rakyat Palestine
Banyak cenderamata yang dijual di sini
Meninjau souvenir dengan lebih dekat
Bendera negara Qatar
Lorong menuju ke masjid
Seperti yang Myself ceritakan tadi, Souq Waqif penuh dengan lorong-lorong jualan. Oleh yang demikian, kita masuk ke dalam salah sebuah lorong ini untuk meninjau suasana di dalamnya.

Salah sebuah lorong jualan di Souq Waqif
Suasana di dalam lorong
Close-up kedai-kedai jualan
Pemandangan yang exotic
Pokok yang menjulang tinggi ke langit
Risalah percuma mengenai Agama Islam dalam pelbagai bahasa dunia
Posing dulu di tengah lorong
Handicraft Center
Di celah lorong ini ada sebuah restoran seafood yang popular. Ramai orang sedang duduk menunggu giliran untuk makan di dalamnya. Restoran yang bernama Danat Al Bahar ini juga kata Adik, sangat popular sebagai tempat gathering di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di Doha.

Danat Al Bahar BBQ Fish
Pintu masuk ke restoran
Seafood segar yang boleh dipilih sendiri oleh pelanggan
Ikannya memang besar dan segar
Menunggu giliran masuk ke dalam restoran
Ada juga ruang makan yang disediakan di tingkat atas
Pokok yang dihias cantik dengan lampu di restoran
Lagi pelanggan yang menunggu untuk masuk ke dalam restoran
Kita terus berjalan lagi di sepanjang lorong ini...

Berjalan lagi di sepanjang lorong
Suasana di dalam lorong
Masjid Souq Waqif tempat di mana Adik bersolat tadi juga boleh dilihat dan dimasuki dari lorong ini...

Pemandangan Masjid Souq Waqif dari tepi lorong
Suasana di dalam masjid
Souq Waqif masih mengekalkan ciri tradisional di mana barang-barang di dalamnya dijual mengikut blok. Ada blok jualan makanan, blok menjual minyak wangi, blok menjual cenderamata dan sebagainya. Blok jualan berhampiran masjid ini dikhaskan untuk jualan tasbih. Di kedai-kedai ini, kita dapat melihat penjual-penjual tasbih memasang manik dijadikan tasbih untuk jualan.

Blok jualan perhiasan wanita
Kedai-kedai tasbih
Memasang tasbih untuk jualan
Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun dan teliti
Kedai Roti Paratha
Budaya Orang Arab tipikal sangat gemar bershopping sakan. Kalau mereka keluar bershopping, pasti sebanyak-banyak barangan akan dibeli. Oleh yang demikian di sekitar Souq Waqif ada disediakan khidmat kereta sorong untuk mengangkut barang-barang yang dibeli.
 
Perkhidmatan Kereta Sorong di Souq Waqif untuk mengangkut barangan
Satu landmark popular di Souq Waqif adalah ukiran ibu jari yang dinamakan Golden Thumb. Golden Thumb ini telah didirikan di tengah-tengah Souq Waqif sebagai lambang kejayaan Qatar menganjurkan kejohanan bolasepak FIFA World Cup 2022.

Golden Thumb di tengah-tengah Souq Waqif
Golden Thumb ini menjadi tempat yang popular untuk berposing di Souq Waqif
Posing dengan Golden Thumb
 Husband pun nak posing dengan Golden Thumb
Pada malam itu juga ada sebuah festival kuda yang dinamakan Souq Waqif Equestrian Festival 2025 sedang berlangsung. Kita jenguk sebentar festival kuda ini...

Arah ke Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Lampu-lampu laser dari Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Berjalan menuju ke Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Pintu masuk ke Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Souq Waqif Equestrian Festival 2025
Selepas melihat seketika Equestrian Festival yang berlangsung, kami meneruskan perjalanan kerana Adik nak menunjukkan sebuah tempat yang istimewa di Souq Waqif. Dalam perjalanan ke sana kami bertemu dengan sekumpulan pekerja wanita Indonesia yang sedang berniaga makanan di satu sudut Souq Waqif. Pekerja-pekerja wanita Indonesia ini sebenarnya ramai yang bertugas sebagai pembantu rumah kepada keluarga-keluarga Qatar. Namun atas ihsan dari Kerajaan Qatar, mereka turut diberi kebenaran berniaga di Souq Waqif pada waktu tertentu di hujung minggu untuk mencari pendapatan sampingan.

Pasar jualan makanan di Souq Waqif yang dikendalikan oleh pekerja-pekerja wanita dari Indonesia
Walaupun pekerja-pekerja wanita dari Indonesia ini bertugas sebagai pembantu rumah, mereka turut diberi kebenaran untuk berniaga di Souq Waqif pada waktu yang tertentu untuk mencari pendapatan sampingan.
Sebuah lagi masjid berhampiran Souq Waqif
Adik menunggu nak membawa kami melawat ke tempat istimewa di Souq Waqif
Orang Arab gemar memelihara spesies burung helang yang dinamakan Falcon. Oleh yang demikian, Adik membawa kami ke Falcon Souq di Souq Waqif.

Falcon Souq
Pusat jualan Falcon di Souq Waqif
Kaget kita melihat burung Falcon yang dijual di sini. Falcon pada asalnya dipelihara oleh Orang Arab sebagai teman untuk berburu binatang. Ciri seperti kecergasan, kepantasan dan keupayaan untuk menangkap mangsa dengan tepat yang dimiliki oleh burung ini menjadikan ia dianggap sebagai simbol kekuasaan oleh masyarakat Arab. 

Burung-burung Falcon untuk jualan
Kebanyakan burung Falcon yang dijual ditutup matanya dengan penutup khas kerana mereka sebenarnya masih liar dan boleh menyerang jika merasa terancam. Beberapa burung yang telah agak jinak tidak dipakaikan dengan penutup mata.

Walaupun burung-burung ini dipakai dengan penutup mata, kita tetap merasa seram melihat burung ini kerana kita tahu Falcon yang sekeluarga dengan Burung Helang adalah burung yang garang. Terasa mereka sedang mengintai kita di sebalik penutup mata yang dipakai. Haihhh!!

Terasa Sang Falcon sedang memerhatikan kita di sebalik penutup mata yang dipakai.
Pandangan dekat Falcon yang dipakaikan dengan penutup mata
Burung seperti Falcon boleh memusing kepala mereka sehingga 360'. Itulah yang menjadikan kita seram melihat mereka kerana terasa kita sedang diperhatikan dari setiap sudut.
Falcon yang telah jinak dan biasa dengan manusia tidak lagi dipakaikan dengan penutup mata.
Sewaktu di kedai ini juga, kami ditunjukkan gambar Falcon yang paling mahal pernah dijual di kedai ini. Ia telah dibeli oleh seorang pelanggan pada harga QAR 1 juta (RM 1.2 juta). 

Gambar Falcon termahal yang pernah dijual di kedai ini pada harga QAR 1 juta (RM 1.2 juta).
Falcon kedua termahal yang dijual di kedai ini pula berharga QAR 250,000 (RM 300,700).

Gambar Falcon kedua termahal yang dijual pada harga QAR 250,000 (RM 300,700).
Husband bergambar dengan potret Falcon QAR 1 juta
Aksesori pemeliharaan Falcon yang turut dijual di dalam kedai
Penutup mata Falcon yang dijual pada harga QAR 100 (RM 120) setiap satu
Sarung tangan tempat Falcon bertenggek
Petugas di Kedai Falcon
Selepas keluar dari Kedai Falcon, kami duduk berehat sebentar di kerusi di luar kedai. Sewaktu menjenguk ke dalam tingkap, terpandang seorang lelaki Arab sedang membeli seekor Falcon untuk anak lelakinya. Berapa ribulah agaknya harga Falcon yang dibeli itu?

Bergambar di luar Falcon Souq
Lepak-lepak di luar Kedai Falcon
Mengintai seorang Adik Arab membeli seekor Falcon
Pemeliharaan Falcon adalah serious business di Qatar. Jadi tidak hairanlah jika terdapat sebuah Falcon Hospital di Souq Waqif ini untuk merawat Falcon yang sakit.

Souq Waqif Falcon Hospital
Pintu masuk ke Souq Waqif Falcon Hospital
Falcon yang sakit akan dirawat di hospital ini
Sebelum meninggalkan Falcon Souq, kami singgah di sebuah lagi Kedai Falcon berhampiran. Suasana di dalam kedai ini agak serabut berbanding dengan kedai pertama yang kami kunjungi tadi.

Sebuah lagi Kedai Falcon yang kami kunjungi
Falcon untuk dijual
Menjahit penutup mata Falcon
Menjahit sarung tangan untuk tempat Burung Falcon bertenggek
Selepas melawat Falcon Souq, Adik nak membawa kami melawat ke sebuah lagi tempat istimewa di Souq Waqif. Kami berjalan mengikut Adik ke sana.

Berjalan lagi di Souq Waqif
Abdulaziz Al-Buhashim Al-Sayed Heritage Library
Adik membawa kami melawat ke kandang unta diraja milik Emir Qatar di Souq Waqif. Banyak sungguh unta yang dibela di sini.

Kandang Unta Diraja di Souq Waqif
Bertuah sungguh unta-unta yang dibela di Souq Waqif ini. Disebabkan sekarang adalah musim dingin dan cuaca di sebelah malam agak sejuk, unta-unta ini dipakaikan dengan baju.

Bukan sekadar dipakaikan baju untuk menahan cuaca yang dingin, kandang-kandang unta ini juga dilengkapi dengan kipas yang pasti akan digunakan untuk menyejukkan suasana di musim panas.
 
Kipas yang dipasang pada siling kandang unta
Seekor unta yang sedang tidur
Posing dengan unta
Kita pun nak posing dengan unta juga
Selain unta-unta yang sedang tidur dan duduk berehat, ada juga beberapa unta yang masih aktif.

Kandang unta ini terletak tidak jauh dari tempat parking. Jadi kami berjalan mengelilingi kandang unta untuk kembali ke tempat parking.

Bergambar dengan bendera Qatar di tepi kandang unta
Mengelilingi kandang unta untuk menuju ke tempat parking
Tetap singgah-singgah nak mengambil gambar unta. Hihihii!!
Arah ke tempat parking kami
Suasana malam di Souq Waqif
Telaga tradisional di Souq Waqif
Close-up perigi tradisional

Part 9: Kembali Ke Hotel

Selepas melawat Souq Waqif, Adik menghantar kami kembali ke hotel. Dalam perjalanan, kami ditunjukkan beberapa landmark menarik yang terdapat di Doha. Salah sebuah landmark ini adalah Pearl Monument. Ia mengimbau sejarah Doha yang bermula sebagai sebuah pusat jualan mutiara.

Pearl Monument
Membakar kemenyan adalah juga satu budaya masyarakat Arab. Kemenyan ini disebut Bukhor dalam Bahasa Arab. Budaya ini turut diraikan pada sebuah monumen Bukhor di Doha.

Monumen Bukhor di Doha
Kami juga ditunjukkan bangunan Parlimen Qatar yang dinamakan sebagai Majlis As-Shura.

Bangunan Majlis As-Shura
Satu lagi pemandangan bangunan Majlis As-Shura
Alhamdulillah, berakhir kisah perjalanan hari pertama kami di Qatar. Dah sampai masa untuk kita berehat malam ini untuk terus meneroka Qatar pada hari-hari yang berikutnya...

Tiba kembali di Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town
Berposing dulu di depan hotel


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
  • Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
  • Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
  • Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
  • Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
  • Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
  • Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
  • Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
  • Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
  • Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
  • Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
  • Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
  • Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
  • Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
  • Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
  • Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Misfat Al A'briyeen)
  • Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
  • Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Ash Shab)
  • Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
  • Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
  • Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
  • Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Mutrah)
  • Bhg. 22 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)

No comments: