Thursday, 27 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 13 (Nizwa Souq)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]

Bahagian 13: Oman
NIZWA (Nizwa Souq)

HARI KEENAM (1)

Part 40: Sarapan Pagi Di Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat

Tema lawatan Hari Kedua kami di Oman adalah Mountains of Oman. Pada hari ini kami akan menuju ke kawasan pergunungan Oman untuk melawat ke Nizwa yang merupakan sebuah ibu kota lama Oman.

Selamat Pagi, Muscat!
Pergunungan di belakang di kota Muscat
Pemandangan dari lif kaca sewaktu turun ke restoran hotel untuk breakfast
Pemandangan ke arah bumbung Atrium
Lokasi breakfast di Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat adalah di Restoran Olive yang terletak di Aras 1. Breakfast bermula dari jam 6 pagi setiap hari.

Suasana di Restoran Olive
Breakfast Buffet di Restoran Olive
Masih breakfast buffet di Restoran Olive
Breakfast di Restoran Olive
Pemandangan pergunungan di belakang Muscat dari Restoran Olive
Perjalanan kami menuju ke Nizwa bermula pada pukul 8 pagi. Disebabkan masih ada waktu terluang, kita berjalan-jalan dulu di depan hotel. Tujuan utamanya adalah nak melihat bunga-bunga cantik yang kami lihat di tepi Sultan Qaboos Street pada malam tadi di sebelah siang pulak.

Parking di depan hotel
Peraturan parking awam di Muscat
Bunga Marigold yang mekar berkembang di depan Hotel Ramada Encore by Wyndham Muscat
Bergambar dengan bunga-bunga cantik
Pemandangan pagi di Sultan Qaboos Street
Pemandangan Hotel Ramada Encore By Wyndham Muscat dari Sultan Qaboos Street

Part 41: Perjalanan Ke Nizwa

Perjalanan dari Muscat ke Nizwa dengan kereta yang dipandu oleh Tour Guide kami yang bernama Maher memakan masa 2 jam. Pemandangan di sepanjang jalan adalah gunung-gunung batu yang gersang. Menurut penerangan Maher, pemandangan gunung batu begini hanya dapat dilihat di Oman dan Arab Saudi sahaja di seluruh Semenanjung Arab.

Memulakan perjalanan ke Nizwa
Peta yang menunjukkan kedudukan Nizwa dan Muscat di Oman
Oman juga mempunyai sistem lebuhraya yang baik di seluruh negara. Had laju yang dibenarkan di lebuhraya-lebuhraya Oman adalah 120 km/jam.

Lebuhraya menuju ke Nizwa
Gunung-gunung batu yang tinggi dalam perjalanan menuju ke Nizwa
Seperti juga di negara-negara Arab yang lain, pemanduan di Oman adalah di sebelah kanan.
Tiang yang dipasang di tengah lebuhraya begini adalah kamera pemantauan had laju
Semua bangunan Oman dicat dengan warna putih atau warna yang terang
Kami melalui beberapa buah bandar dalam perjalanan menuju ke Nizwa. Namun begitu sukar nak membezakan bandar-bandar yang dilalui kerana semua bangunan di Oman diwajibkan dibina berbentuk kotak dan dicat dengan warna putih. Penggunaan warna-warna terang yang lain juga dibolehkan dengan kebenaran, tetapi mestilah tidak lari jauh dari warna putih. "Senang kerja Engineer dengan Arkitek dia orang," komen seorang rakan bila Myself menceritakan fakta ini. Hahaha!!

Pemandangan bandar-bandar tipikal di Oman
Nama-nama bandar dan penempatan sering ditulis di puncak bukit batu seperti ini
Simpang menuju ke bandar Fanja
Jujur Myself katakan, pemandangan gunung-gunung batu di Oman banyak mengingatkan Myself dan Husband kepada gunung-gunung batu yang pernah kami lihat di Semenanjung Sinai di Mesir dahulu. Seperti Mesir, Oman adalah juga bumi Anbia'. Ada makam Nabi Ayub AS yang terdapat di Oman. Namun kami tidak sampai ke sana kerana ia terletak di bandar Salalah yang berhampiran dengan negara Yemen.

Ada banyak kamera trafik di sepanjang lebuhraya di Oman
Gunung-gunung batu begini mengingatkan Myself dan Husband kepada pemandangan di Semenanjung Sinai di Mesir
Masjid di Oman
Maher banyak bercerita kepada kami tentang kehidupan rakyat Oman. Umpamanya semua rakyat Oman yang berusia 18 tahun ke atas akan diberi tanah seluas 600 meter persegi oleh Kerajaan. Tanah tersebut boleh digunakan untuk membina rumah atau dijual. Kebenaran juga diberi sekiranya pemilik tanah hendak menjual hanya sebahagian tanah yang diberi.

Tanah yang diberi oleh Kerajaan ini walau bagaimanapun tidak boleh dipilih lokasi. Ia akan diberi berdasarkan lokaliti alamat penduduk. Kalau nak membina rumah di Oman juga, perlu dipastikan bangunannya berbentuk kotak dan berbumbung rata. Warna-warna yang hendak digunakan juga perlu mendapat kebenaran.

Masih menuju ke Nizwa
Pemandangan rumah-rumah tipikal di Oman
Rumah-rumah di Oman wajib dibina berbentuk kotak dan dicat dengan warna putih atau seakan-akan putih
Maher adalah seorang pesara Tentera Oman. Selepas bersara dari tentera, dia pernah merancang nak menyambung pelajaran di Malaysia. Namun begitu, impian ini tidak menjadi realiti dan dia sebaliknya memilih menjadi Tour Guide. Maher pernah berkunjung ke Malaysia dan sangat sukakan negara kita. Menurut katanya, dia memang sedang merancang nak datang melawat ke Malaysia sekali lagi.

Dalam perjalanan juga, Maher menunjukkan kepada kami sebuah bangunan kompleks Mahkamah. Suka betul dia bila mendengar kami juga menggunakan perkataan Mahkamah. Kita pun baru tahu masa itu yang Mahkamah adalah sebenarnya perkataan Bahasa Arab. Hahaha!!!

Bangunan Mahkamah
Pemandangan bangunan Mahkamah dengan lebih dekat
Tiba di kota Nizwa
Watchtower
Nizwa terkenal dengan sejarahnya sebagai ibu kota lama Oman. Selain dikelilingi pergunungan dan kebun-kebun tamar, kota dan souq lamanya turut menjadi tarikan kepada pelancong.

Pintu gerbang Kota Nizwa
Kota lama Nizwa
Kata Maher, penduduk Nizwa suka memakai motorsikal begini
Lori membawa lembu untuk jualan
Struktur hiasan di kota Nizwa

Part 42: Nizwa Souq

Kami parking di depan tembok kota lama Nizwa. Kata Maher, dia nak membawa kami ke Nizwa Souq. Tertanya-tanya juga kami, di mana souq ini? Rupa-rupanya seluruh kota lama Nizwa kini dah bertukar menjadi Nizwa Souq.
 
Parking di luar kota lama Nizwa
Pintu masuk ke kota lama Nizwa
Bergambar dulu di depan pintu kota
Seperti souq-souq lama Arab yang lain, barang-barang di Nizwa Souq juga dijual mengikut blok. Blok di hadapan pintu masuk ini menjual pelbagai barangan kebudayaan masyarakat Oman. Di sini, Maher mengambil kesempatan untuk memberi penerangan kepada kami tentang tradisi harian orang Oman tradisional.

Souq barangan tembikar
Labu air minuman tradisional
Labu-labu moden turut dipasang dengan paip untuk kemudahan penggunaan
Pembakaran kemenyan adalah tradisi utama Oman kerana negara ini adalah pengeluar kemenyan yang terbesar di dunia.
Tabung duit yang diperbuat dari tembikar
Selepas menunjukkan kami barangan tembikar yang digunakan dalam kehidupan seharian, Maher menunjukkan pula kepada kami perhiasan-perhiasan pakaian tradisional warga Oman. Agak memeranjatkan kerana senjata turut termasuk dalam kategori pakaian tradisional.

Lorong ini menjual pelbagai perhiasan pakaian tradisional warga Oman
Suasana di dalam kedai
Pelbagai perhiasan pakaian tradisional Oman. Pada masa sekarang, perhiasan begini sering dipakai pada majlis-majlis seperti perkahwinan.
Kalau orang Melayu berbangga dengan Keris, orang Oman pula berbangga dengan pedang pendek berbentuk seperti huruf 'J' yang dinamakan Khanjar.
 
Khanjar
Khanjar yang dijual bersama pedang dan perhiasan-perhiasan lain
Khanjar
Kipas tradisional Oman
Selain Khanjar, tongkat berjalan juga adalah pakaian tradisi orang Oman. Mereka akan membawa tongkat ke majlis-majlis rasmi. Bukan sahaja ia digunakan oleh orang-orang tua dan orang-orang dewasa, kanak-kanak juga akan memakai tongkat ke majlis-majlis rasmi.

Tongkat berjalan yang merupakan sebahagian pakaian rasmi masyarakat Oman.
Senapang dan pedang juga biasa dipakai oleh orang Oman tradisional. Namun demikian, selaras dengan undang-undang moden sekarang, pemilikan senapang seperti ini perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Senapang
Abang bergaya dengan pedang dan perisai tradisional Oman
Bergambar dengan pemilik kedai selepas membeli poskad
Kita jalan-jalan lagi di Nizwa Souq. Barangan yang paling banyak dijual di sini ternyata adalah barangan tembikar.
 

OMANI SWEET SOUQ
 
Maher seterusnya membawa kami ke Omani Sweet Souq yang menjual manisan-manisan tradisional. 

Omani Sweet Souq
Fruits & Vegetable Souq di sebelah Omani Sweet Souq
Pemandangan di dalam Omani Sweet Souq
Pelbagai Omani Sweet yang dijual
Kalau di Malaysia, Halwa Maskat merupakan sejenis hidangan manisan tradisional yang dihidangkan pada hari perayaan terutama di utara Semenanjung Malaysia. Di sini, kita boleh merasa Halwa Maskat yang original.

Halwa Maskat yang original
Mencuba sample Halwa Maskat
Halwa Maskat memang manis. Kalau di Malaysia, memanglah kita makan Halwa Maskat ini begitu sahaja. Tetapi di tempat asalnya di Oman, ia dimakan bersama Kopi Oman yang pahit.

Kopi Oman yang diberi percuma kepada kami sewaktu mencuba Halwa Maskat
Husband berposing dengan Halwa Maskat yang kami beli
Penjual di Nizwa Souq adalah rata-ratanya terdiri dari warga Oman sendiri. Di sinilah kita lebih mengenali tentang masyarakat Oman. Dari pengamatan kami, orang Arab Oman memang lebih tradisional berbanding warga Arab lain yang pernah kami temui. Kulit mereka juga rata-rata lebih gelap berbanding orang Arab yang lain tetapi dah pasti lebih cerah dari kulit orang Melayu di Malaysia. 

Orang Arab Oman juga sangat baik dan ramah. Mereka sentiasa bersikap baik kepada kita walaupun kita tidak membeli apa-apa dari mereka di pasar ini. Ada sebuah hadis di mana Nabi Muhammad SAW menyebut tentang keperibadian orang Oman (عُمان) yang berbunyi: “Abu Barza meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengutus seseorang kepada satu kabilah di antara kabilah Arab. Mereka mencaci dan memukulnya. Dia datang kepada Rasulullah SAW dan menceritakan kepadanya (kisah kekejaman yang dilakukan ke atasnya oleh orang-orang dari suku itu). Kemudian baginda (Nabi SAW) bersabda: Seandainya kamu mendatangi kaum 'Uman (Oman), niscaya mereka tidak mencercamu dan tidak pula memukulmu.” (HR Muslim 2544)

Bergambar dengan bendera Oman
Coffee Shop
Orang Oman juga sentiasa mengenakan pakaian tradisional mereka
Madu
Pelbagai manisan
Madu
Ada juga Souq Sayur dan Buah-buahan yang berkongsi bangunan dengan Omani Sweet Souq ini. Berbagai buah-buahan tempatan dan import dilihat di sini.

Pisang dan buah-buahan kering
Buah Fig
Pelancong-pelancong Mat Salleh
Suasana di Souq
Kedai barangan antik dan permaidani di tingkat atas
Di penghujung souq ini ada sebuah model kuali tempat memasak Halwa Maskat.

Model kuali untuk memasak Halwa Maskat
Cara tradisional memasak Halwa Maskat adalah menggunakan kayu api
Pandangan dari angle lain pulak
Kemudian kami melawat pula ke Brandah Dates Market. Pasar Kurma ini tidak banyak berbeza dengan Pasar Kurma di tempat lain seperti Madinah.

Brandah Dates Market
Suasana di dalam Brandah Dates Market
Berbagai hasil kurma tempatan yang dijual
Coklat dan kacang turut dijual di sini
Perhiasan siling di Brandah Dates Market
Potret Sultan terdahulu Sultan Qaboos (kiri) dan Sultan sekarang Sultan Haitham (kanan).
Souq Nizwa memang sebuah pasar yang lengkap. Selain kraftangan dan hasil tanaman, haiwan hidup turut dijual di sini. Di souq ini ada sebuah Goat Market yang menjual kambing hidup setiap Hari Jumaat. Disebabkan kedatangan kami tidak bertepatan dengan Hari Jumaat, tiada aktiviti jualan berlangsung ketika itu.

Goat Market
Pintu masuk ke Goat Market
Goat Market ini hanya berfungsi pada setiap hari Jumaat
Maher turut membawa kami melawat ke Pasar Ikan dan Daging. Pemandangan di dalamnya biasa-biasa sahaja, tidaklah wow seperti pemandangan di dalam Pasar Ikan di Doha.

Pasar Ikan yang turut menjual daging di dalamnya
Pintu masuk ke pasar
Pemandangan di dalam pasar
Pemotong Daging
Ikan untuk jualan
Ikan-ikan yang dijual ditangkap di perairan Oman
Sebelum meninggalkan Souq Nizwa, kita tinjau dulu suasana di tempat penjualan daging di pasar ini.

Kafe di tengah tempat jualan daging
Gerai jualan
Kedai jualan daging dan ayam
Pemandangan ke dalam kedai daging
Suasana di dalam kedai daging
Pekerja kedai daging
Berjalan keluar dari pasar daging
Tempat menyembelih ayam


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: