Tuesday, 11 February 2025

2025 QATAR & OMAN BHG. 05 (Doha Corniche)

Januari 2025

MIDDLE EAST
Qatar & Oman

Bahagian 5: Qatar
DOHA (Doha Corniche)

HARI KEDUA (3)

Part 15: Kembali Ke Doha

Selepas membuat Desert Safari, kami kembali ke tempat kediaman Adik di Hotel Intercontinental Doha The City.

Pulang ke Doha
Perjalanan menuju ke Doha
Lebuhraya menuju ke Doha
Tiba di Hotel Intercontinental Doha The City
Fountain di hadapan Hotel Intercontinental Doha The City
Setibanya di Hotel Intercontinental Doha The City, Adik membawa kami makan malam di sebuah kedai makan biasa yang berhampiran. Kami cuma berjalan kaki ke sana.

Berjalan keluar untuk makan malam
Suasana berhampiran Hotel Intercontinental Doha The City
Suasana malam di West Bay, Doha
Kedai makan malam terletak berhampiran sebuah kawasan lapang berhampiran.

Kawasan lapang di West Bay
Ada banyak kedai-kedai kecil yang membarisi kawasan lapang ini
Kedai-kedai di tepi kawasan lapang
Berbagai-bagai kedai ada di sini
Barber Shop
Kami memilih untuk makan di sebuah kedai yang bernama Shawarma Al Khobaz. Sambil makan Shawarma dari Shawarma Al Kobaz, kami turut memesan Teh Karak dari kedai bersebelahan yang bernama Five A.M.

Order dinner Shawarma dari Shawarma Al Khobaz (kedai di sebelah kanan) dan Teh Karak dari Five A.M. (kedai di sebelah kiri)
Pilih duduk di outdoor seating
Pandangan lebih dekat Five A.M. (kiri) dan Shawarma Al Khobaz (kanan)
Dinner
Selepas makan, kami berjalan pelan-pelan kembali ke tempat kediaman Adik sebab Adik akan menghantar kami pulang ke Hotel Doubletree By Hilton - Doha Old Town.

Bangunan tinggi di sebelah kanan adalah bangunan pejabat Adik, Qatar Energy LNG.
Berjalan pulang ke tempat kediaman Adik
Kolam yang cantik di kawasan lapang
Duduk posing sekejap
Hotel Intercontinental - Doha The City

Part 16: Bersiar-siar Di Doha Corniche

Sebelum pulang ke Hotel Doubletree, Adik membawa kami singgah terlebih dahulu di Doha Corniche. Corniche seperti ini sering ada di negara-negara Arab.

Adik menghantar kami pulang ke hotel
Pemandangan di Doha Corniche
Bangunan-bangunan cantik di sepanjang Corniche
Bangunan Burj Al Mana yang merupakan apartment mewah di West Bay, Doha
Burj Al Mana yang sentiasa bertukar warna di malam hari
Corniche Park Towers
Pemandangan dari tempat parking di Doha Corniche
Keindahan malam di Doha Corniche
Di Doha Corniche ini juga terdapat kapal-kapal yang menawarkan cruise di sekitar Doha Bay dengan bayaran QAR 20 (RM 24).

Kapal cruise di Doha Corniche
Berposing di Doha Corniche
Husband juga nak berposing di Doha Corniche
Naik ke kapal cruise
Kita juga tidak melepaskan peluang bersiar-siar dengan kapal cruise di Doha Bay ini. Satu pusingan cruise mengambil masa kira-kira 20 minit.

Pemandangan di atas kapal cruise
Memulakan Doha Bay Cruise
Pemandu bot kami yang berasal dari Bangladesh
Pemandu bot kami hanya mengendalikan bot kami bersendirian. Hebat dia mengendalikan kapal ini dengan tangan dan kakinya.

Pemandu bot kami yang mengendalikan bot dengan tangan dan kakinya
 Bersiar-siar di Doha Cruise
Pemandangan malam kota Doha dari Doha Bay
Tengah-tengah kami cruise di Doha Bay, tiba-tiba lampu bot kami terpadam. Risau juga kalau bot kami berlanggar dengan bot-bot lain lalu kami meminta pemandu bot pulang saja ke jeti. Pemandu bot walau bagaimanapun insist kami meneruskan cruise tetapi akhirnya menurut permintaan kami. Katanya cuma minyak generator telah habis, sebab itu lampu kapal kami terpadam.

Lampu bot cruise terpadam dengan tiba-tiba
Cruising di dalam gelap
Posing di dalam gelap
Sambil memandu bot kembali ke jeti, pemandu bot mengisi tangki minyak generator. Sebelum tiba kembali ke jeti, lampu kapal kami kembali menyala. Pemandu bot meneruskan cruise seolah mengganti kembali perjalanan yang kami lalui dalam gelap sebentar tadi. Kesimpulannya, dapat juga kami membuat cruise seperti mana yang sepatutnya.

Alhamdulillah, lampu bot kami dah terang kembali
Meneruskan cruise
Kota Doha yang bergemerlapan
Pemandangan ke arah Souq Waqif yang kami lawati semalam
Family photo


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):

No comments: