Oktober 2024
SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul
Bahagian 15: Jeju Tour
NORTH JEJU (Jejumok Gwana, Dongmun Market & Sanjimul Restaurant)
HARI KEEMPAT (4)
Part 40: Jejumok Gwana
Itinerari seterusnya adalah melawat ke sebuah lagi tarikan popular di Jeju ~ Dongmun Market yang terletak di tengah-tengah Jeju City.
Kembali ke Jeju City |
Disebabkan Myself dan Husband cukup berminat dengan sejarah Jeju sewaktu melihat runtuhan tembok pertahanan lama yang dibina di tepi pantai tadi, Lucas membawa kami terlebih dahulu melawat runtuhan Jejumok Gwana.
Tembok Jejumok Gwana |
Jejumok Gwana adalah pusat pemerintahan Jeju di zaman Joseon Dynasty |
Keseluruhan kompleks Jejumok Gwana musnah sewaktu pendudukan tentera Jepun di Korea |
Tembok Jejumok Gwana yang masih tinggal |
Korea diperintah oleh Joseon Dynasty bermula tahun 1392-1897. Wilayah pemerintahan Joseon terbahagi kepada 8 wilayah yang setiap satunya ditadbir oleh seorang gabenor yang digelar Gwanchalsa. Pada ketika itu, Jeju dikenali sebagai Jejumok dan merupakan sebahagian dari Wilayah Jeolla yang membentuk sebahagian besar bahagian barat daya Korea. Tembok yang kami lihat ini adalah sebahagian dari kompleks pemerintahan yang dinamakan sebagai Jejumok Gwana (Gwana bermaksud Village). Keseluruhan kompleks ini musnah sewaktu pendudukan Jepun 1910-1945. Namun sebahagiannya telah dibina semula oleh Kerajaan Korea pada tahun 2002. Kompleks Jejumok Gwana ini boleh dilawati tetapi kami hanya melihatnya dari luar.
Sebahagian bangunan Jejumok Gwana Government Office yang telah dibina semula pada tahun 2002 |
Pandangan lebih dekat tembok Jejumok Gwana |
Tembok ini dibina dari batuan gunung berapi yang banyak terdapat di Jeju |
Part 41: Dongmun Market
Dongmun Market adalah pasar yang terbesar di Jeju yang juga popular di kalangan pelancong. Ia terletak tidak jauh dari runtuhan Jejumok Gwana tadi.
Dongmun Market di Jeju City |
Dongmun Market sangat besar dan ia mempunyai beberapa buah pintu masuk yang boleh diakses dari berbagai kawasan di Jeju City. Sedikit sebanyak, ia mengingatkan kami kepada Grand Bazaar di Istanbul.
Tempat parking berdekatan Pintu 11 Dongmun Market |
Suasana di tempat parking |
Mengikut Lucas ke salah sebuah pintu masuk ke Dongmun Market |
Antara kemudahan awam yang terdapat di Dongmun Market |
Seluruh Dongmun Market adalah pasar tertutup, jadi ia mudah untuk dilawati dalam sebarang keadaan cuaca. Ia juga menjual pelbagai barangan di dalamnya, bukan hanya disasarkan kepada pelancong, tetapi juga untuk kegunaan penduduk tempatan.
Masuk ke Dongmun Market menerusi Pintu 11 |
Jeju terkenal dengan penghasilan buah tangerine. Oleh yang demikian, antara panghasilan yang banyak dilihat untuk jualan adalah limau tangerine. Kata Lucas, limau tangerine dari Jeju hanya dijual di dalam Korea dan tidak dieksport ke luar negara kerana buahnya cepat busuk dan tidak tahan lama.
Limau tangerine untuk jualan |
Lorong jualan buah tangerine |
Penghasilan tangerine yang paling terkenal di Jeju adalah dari jenis Hallabong |
Jus tangerine turut dijual bersama buah tangerine |
Bahan makanan tempatan dan cenderamata turut dijual di Dongmun Market.
Kraftangan tempatan yang dijual sebagai cenderamata |
Suasana di Dongmun Market |
Banyak juga gerai makanan panas yang dilihat di Dongmun Market. Tetapi bagi orang Islam seperti kita, segalanya hanya boleh dilihat kerana kebanyakannya tidak halal.
Makanan-makanan ringan |
Daging Lembu |
Kuih Kacang yang sangat popular di Jeju |
Sayur-sayuran |
Sebagai sebuah pulau, Jeju juga terkenal dengan hasil laut. Selain Abalone yang merupakan hasil laut tradisional Korea, Jeju turut terkenal dengan sejenis ikan yang dinamakan Hairtail Fish. Ia dipanggil Galchi dalam Bahasa Korea.
Section jualan seafood di Dongmun Market |
Pelbagai jenis Abalone |
Jualan ikan segar |
Ikan untuk jualan |
Ikan kering |
Ikan segar |
Pemandangan di seksyen jualan makanan laut |
Ikan kering yang siap dibungkus |
Lagi jualan ikan kering |
Hairtail Fish yang dipanggil Galchi dalam Bahasa Korea |
Hairtail Fish yang panjang dan pipih ini memang sangat menarik perhatian |
Penghujung seksyen jualan seafood |
Ada juga sebuah lorong yang kami lalui khusus untuk jualan makanan panas. Kita tengok apa yang dijual di sini...
Macam semua boleh dimakan, tetapi kami tak cuba sebab sekejap lagi dah nak dinner |
Selain seafood, makanan istimewa di Jeju adalah Black Pork. Kita akan belajar lebih banyak mengenai sejarah Black Pork ini di Pulau Jeju bila melawat ke Songeup Folk Village pada pagi esok.
Gerai Black Pork |
Daging Black Pork mentah |
Gerai Black Pork, tetapi ditulis sebagai Black Fork |
Tak tahu apa ini sebenarnya |
Bulgogi |
Jeju Black Pig Teppanyaki |
Grilled Black Pork & King Oyster Mushroom |
Gerai Swine & Crab |
Lucas kemudian mengajak kami keluar dari Dongmun Market untuk menikmati pemandangan di luar.
Kimchi |
Gerai jualan Kimchi |
Gerai jualan tangerine |
Pelbagai limau tangerine yang dijual |
Berjalan keluar dari Dongmun Market |
Part 42: Sanjicheon Stream
Kami keluar dari Dongmun Market menerusi Pintu 4.
Pintu 4 Dongmun Market |
Suasana di luar Pintu 4 Dongmun Market |
Lagi suasana di luar Pintu 4 Dongmun Market |
Pemandangan Jeju City dari depan Pintu 4 Dongmun Market |
Lucas seterusnya membawa kami menyeberang jalan menuju ke sebuah dataran di tepi sungai.
Menyeberang jalan menuju ke tepi sungai |
Kawasan larangan merokok dan meminum minuman keras |
Sungai kecil di depan Dongmun Market ini dinamakan Sanjicheon Stream. Alirannya berpunca dari kaki Gunung Hallasan dan mengalir sehingga ke pelabuhan Jejuhang. Kawasan di sepanjang sungai ini berhampiran Dongmun Market adalah tapak Sanjicheon Art Festival yang diadakan pada setiap musim panas dan musim dingin di Jeju.
Sanjicheon Stream |
Persiaran pejalan kaki berhampiran Sanjicheon Stream |
Pertunjukan Musical Fountain diadakan setiap malam di sini pada jam 20:00 - 20:30. |
Laluan pelangi di tepi Sanjicheon Stream |
Laluan pelangi ini tidak mempunyai perkaitan dengan LGBT seperti Rainbow Six Crossing di Taipei dulu. |
Jambatan menyeberang Sanjicheon Stream |
Berat sama dipikul ~ ukiran manusia yang bergotong royong memikul pemegang pada jambatan |
Dataran di depan Sanjicheon Stream |
Selepas melawat ke dataran ini, kami masuk kembali ke Dongmun Market untuk menuju ke tempat parking kereta.
Menuju kembali ke Dongmun Market |
Ukiran wanita mengangkut air secara tradisional di Dongmun Market |
Merentas kembali Dongmun Market untuk menuju ke tempat parking |
Cenderamata dari Jeju |
Banyak juga cenderamata yang berasaskan buah tangerine di sini |
Singgah membeli kuih kacang tradisional Jeju |
Bergambar di Gerai Kacang |
Tiba kembali ke tempat parking |
Part 43: Sanjimul Restaurant
Disebabkan Jeju terkenal dengan seafood, Lucas membawa kami makan malam di sebuah restoran makanan laut tradisional Korea untuk dinner.
Pemandangan malam di Jeju City |
Walau hari telah malam, kedai-kedai di Korea tidak ditutup awal seperti di Eropah |
Satu lagi pemandangan malam di Jeju City |
Pintu masuk ke Jejumok Gwana |
Menuju ke restoran untuk makan malam |
GPS pada kereta Lucas memang canggih |
Restoran makan malam kami yang bernama Sanjimul Restaurant terletak berhampiran sebuah taman awam di pinggir bandar Jeju City.
Sanjimul Restaurant |
Taman awam berhampiran Sanjimul Restaurant |
Jam yang canggih di taman awam |
Jom masuk ke dalam restoran |
Seperti yang diberitahu kepada kami, Sanjimul Restaurant adalah sebuah restoran Korea. Hidangan yang disediakan cuma Kimchi dan Seafood. Disebabkan menunya cuma ditulis dalam Bahasa Korea, Lucas membantu kami membuat pesanan makanan.
Suasana di dalam Sanjimul Restaurant |
Selain seafood, banyak sayuran termasuk Kimchi yang dihidangkan. Tidak seperti Husband yang memang sukakan makanan Korea, susah sikit tekak Myself nak menerima makanan Korea begini. Tapi kita telanlah juga, sekadar nak menghidupkan roh, kata orang. Hahaha!!
Our Korean Dinner |
Ikan Ongdop Bakar untuk dinner malam ini. |
Part 44: Benikea Hotel Jeju
Program hari pertama kami di Jeju tamat selepas makan malam. Lucas terus memandu ke hotel penginapan kami yang bernama Benikea Hotel Jeju yang terletak agak jauh dari Jeju City.
Memandu menuju ke hotel penginapan |
Hotel Benikea Jeju adalah sebuah hotel 3 bintang di Jeju. Bilik hotelnya besar tetapi tidak begitu selesa bagi kami kerana terletak di sebuah kawasan terpencil dan staff di hotel ini tidak pandai bercakap English. Towel mandi yang disediakan pun cuma towel kecil mengikut cara orang Korea.
Aircond di bilik juga adalah central aircond yang hanya berfungsi sebagai heater pada masa ini sedangkan kami memerlukan aircond pada malam itu. Nak minta staff hotel untuk adjust aircond juga susah kerana mereka tidak faham Bahasa Inggeris. Mujurlah angin kencang bertiup 24/7 di Jeju. Jadi kita buka saja tingkap untuk membolehkan angin yang bertiup masuk ke dalam bilik. Memang nyaman dan selesa bila angin yang kencang ini bertiup masuk ke bilik. Namun demikian di awal-awal pagi, terpaksa pulak kita bangun menutup tingkap kerana angin yang bertiup ini menjadi sangat sejuk.
Benikea Hotel Jeju |
Pemandangan di perkarangan Hotel Benikea Jeju |
Reception counter di Hotel Benikea Jeju |
Mendaftar masuk ke bilik. Mujurlah Lucas ada bersama sebagai translator. |
Lobi di Hotel Benikea Jeju |
Bilik penginapan kami |
Tandas |
Shower |
TV dan meja tulis |
Sesuatu yang kami perhatikan di hotel-hotel penginapan kami adalah kehadiran Descending Life Line ini...
Descending Life Line yang disediakan di setiap bilik penginapan hotel di Korea |
Descending Life Line ini juga ada di bilik hotel penginapan kami di Busan, tetapi kami tidak begitu memperdulikannya ketika itu kerana menyangka ia cuma disediakan di Arban City Hotel sahaja. Bila melihat Descending Life Line ini ada juga disediakan di Hotel Benikea Jeju ini, barulah kami sedar yang ia adalah peralatan wajib di semua bilik hotel di Korea. Ia adalah sebenarnya tali yang boleh digunakan untuk keluar dari tingkap bangunan di waktu kecemasan.
Pandangan lebih dekat Descending Life Line untuk kegunaan di waktu kecemasan |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024:
- Bahagian 01 [Hari 1] - Departure: Perjalanan Ke Korea Selatan
- Bahagian 02 [Hari 2] - Arrival : Kuala Lumpur - Incheon - Seoul Station
- Bahagian 03 [Hari 2] - Busan : KTX Seoul - Busan & Songdo Skywalk
- Bahagian 04 [Hari 2] - Busan : Gamcheon Culture Village
- Bahagian 05 [Hari 2] - Busan : Bombay Brau Restaurant & Arban City Hotel
- Bahagian 06 [Hari 3] - Busan : Gwangalli Beach & Moontan Road Lookout
- Bahagian 07 [Hari 3] - Busan : Haeundae Beach Train & Cheongsapo Daritdol Sky Walk
- Bahagian 08 [Hari 3] - Busan : Haedong Yonggul Temple
- Bahagian 09 [Hari 3] - Busan : Busan Cinema Center, Masjid Al Fatah & Capadoccia Restaurant
- Bahagian 10 [Hari 3] - Busan : Gukje Market & Daegaksa Temple
- Bahagian 11 [Hari 3] - Busan : BIFF Square & Jagalchi Fish Market
- Bahagian 12 [Hari 4] - Busan - Jeju : Gimhae International Airport & Air Busan
- Bahagian 13 [Hari 4] - North Jeju : Iho Tewoo Beach
- Bahagian 14 [Hari 4] - North Jeju : Rainbow Wall, Yongyeon Pond & Yongduam Rock
- Bahagian 15 [Hari 4] - North Jeju : Jejumok Gwana, Dongmun Market & Sanjimul Restaurant
- Bahagian 16 [Hari 5] - North Jeju : Gueom Stone Salt Flats
- Bahagian 17 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (1)
- Bahagian 18 [Hari 5] - East Jeju : Songeup Folk Village (2)
- Bahagian 19 [Hari 5] - East Jeju : Gwangchigi Beach & Seongsan Ilchulbong
- Bahagian 20 [Hari 5] - South Jeju : Seongsan-Ojo Geo Trail & Jeongbang Waterfall
- Bahagian 21 [Hari 5] - South Jeju : Cheonjiyeon Waterfall, Soegwipo Formations & Saeyongyo Bridge
- Bahagian 22 [Hari 5] - South Jeju : Cheonyeyeon Waterfall & India Kitchen Restaurant
- Bahagian 23 [Hari 6] - Seoul : Jeju - Seoul & Seoul City
- Bahagian 24 [Hari 6] - Seoul : N Seoul Tower
- Bahagian 25 [Hari 6] - Seoul : Myeongdong
- Bahagian 26 [Hari 6] - Seoul : Traditional Korean Restaurant & Cheonggyecheon Stream
- Bahagian 27 [Hari 7] - Seoul : Gyeongbokgung Palace
- Bahagian 28 [Hari 7] - Seoul : National Folk Museum
- Bahagian 29 [Hari 7] - Seoul : Kkochnuli Deulbap Restaurant & Songhyeon Green Plaza
- Bahagian 30 [Hari 7] - Seoul : Bukchon Hanok Village, Nanta Show & Kampungku Restaurant
- Bahagian 31 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak
- Bahagian 32 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjingak Peace Park
- Bahagian 33 [Hari 8] - DMZ Tour : Imjin Bridge & Bridge of No Return
- Bahagian 34 [Hari 8] - DMZ Tour : Third Tunnel, Dora Observatory & Unification Village
- Bahagian 35 [Hari 8] - Seoul : Itaewon
- Bahagian 36 [Hari 9] - Going Home : Incheon - Kuala Lumpur