Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 21: Abu Dhabi (3)
ABU DHABI CITY TOUR
HARI KETUJUH (3)
Part 54: Abu Dhabi City Tour
Nama "Abu Dhabi" bermaksud "Bapa Rusa" (Father of Deer). Walaupun Abu Dhabi adalah ibu negara bagi United Arab Emirates, ia bukanlah bandar yang terbesar di UAE. Bandar terbesar di UAE sebaliknya adalah Dubai.
Abu Dhabi dibina di atas sebuah pulau yang berbentuk seperti huruf "T". Walaupun ia lebih kaya berbanding Dubai, tidak banyak terdapat bangunan-bangunan pencakar langit di sini. Malah di sini juga tidak ada projek-projek pembangunan yang extravagant seperti di Dubai.
Disebabkan Abu Dhabi tidak banyak tarikan pelancongan seperti di Dubai, ia boleh dilawati dalam masa hanya sehari. Kebanyakan tempat tarikan pelancongan juga adalah kawasan untuk bersantai dan tempat-tempat yang berbentuk photo-stop.
|
Jalan raya utama di Abu Dhabi |
|
Kereta mewah di Abu Dhabi |
Abu Dhabi juga lebih hijau jika dibandingkan dengan Dubai. Menurut Tourist Guide kami yang bernama Chetan, ada 41 juta pokok kurma yang ditanam di Abu Dhabi untuk menghijaukan bandaraya ini.
|
Pokok-pokok kurma yang ditanam di Abu Dhabi untuk menghijaukan bandaraya ini. |
|
Pemandangan dekat pokok kurma |
ETIHAD TOWERS
Mercu tanda utama di Abu Dhabi ialah sebuah kompleks bangunan yang dinamakan Etihad Towers. Kompleks ini terdiri dari 5 buah bangunan pencakar langit yang di dalamnya terdapat pejabat, pusat membeli-belah, rumah kediaman dan juga hotel mewah. Dalam Bahasa Arab, "Etihad" bermaksud "Kesatuan" (Union).
Etihad Towers juga terkenal kerana menjadi lokasi dalam filem Fast and Furious 7. Dalam filem tersebut, ada adegan di mana kereta-kereta yang dipandu laju melanggar dinding kaca bangunan ini.
|
Etihad Towers |
|
Etihad Towers mengandungi kompleks membeli belah, pejabat, rumah kediaman dan juga hotel mewah. |
|
Big Bus Abu Dhabi |
|
Pintu masuk utama ke Etihad Towers |
|
Hotel Bab Al Qasr yang terletak di sebelah Etihad Towers |
|
Seperti juga di Kuwait dulu, pembahagi jalan di Abu Dhabi juga ditandakan dengan Cat's Eyes begini. |
EMIRATES PALACE
Jika Dubai berbangga dengan hotel mewahnya yang dinamakan Burj Al Arab, Abu Dhabi pula berbangga dengan hotel mewahnya yang dinamakan Emirates Palace.
|
Emirates Palace |
Hotel ini mempunyai 394 buah suite mewah di dalamnya. Selain itu, ia juga mempunyai sebuah private beach dan taman seluas 85 hektar. Seperti juga Burj Al Arab, hotel ini tidak bebas dilawati. Pengunjung yang sekadar ingin masuk melihat ke dalam akan dikenakan bayaran. Satu cara lain untuk masuk melihat suasana di dalamnya adalah dengan menempah hidangan minum petang yang harganya dah pasti sangat mahal.
|
Emirates Palace adalah sebuah hotel mewah di Abu Dhabi |
|
Kos pembinaan hotel ini (USD 3 billion) adalah yang kedua termahal di dunia. Hotel yang mempunyai kos pembinaan termahal di dunia (USD 5.6 bilion) adalah Marina Bay Sands di Singapura. |
|
Pemandangan dekat pintu masuk ke Emirates Palace |
PRESIDENTIAL PALACE
Pemerintah Abu Dhabi adalah juga Ketua Negara UAE yang digelar sebagai Presiden. Kerana itulah kediaman rasmi pemerintah Abu Dhabi dinamakan Presidential Palace. Istana ini walau bagaimanapun, hanya boleh dilawati dari luar pagar sahaja.
|
Pintu masuk utama ke Presidential Palace di Abu Dhabi |
|
Kompleks istana ini sangat besar. Dari luar sini, kita hanya dapat melihat tembok istana sahaja. |
|
Sebuah lagi pintu masuk ke istana. |
|
Kubah bangunan utama istana yang kelihatan dari luar tembok |
|
Pintu masuk VIP |
Di hadapan kompleks istana ini, ada sebuah roundabout yang cantik. Ia dihiasi dengan pancutan air, taman yang kecil serta lambang kebesaran Keluarga Diraja Abu Dhabi.
|
Roundabout di hadapan Presidential Palace di Abu Dhabi. |
|
Bangunan-bangunan moden berdekatan istana. |
|
Pancutan air di roundabout |
|
Pemandangan Emirates Palace dari roundabout. |
|
Lambang kebesaran Keluarga Diraja Abu Dhabi |
Kami juga dibawa ke sebuah kawasan yang bernama Al Bateen yang terletak tidak jauh dari Presidential Palace. Ramai Kerabat Diraja Abu Dhabi tinggal di sini. Rumah-rumah kediaman mereka juga cukup besar dan kelihatan seperti istana dari luar.
|
Al Bateen |
|
Di sebalik tembok ini adalah rumah kediaman Kerabat Diraja Abu Dhabi. |
|
Sebuah lagi kediaman Kerabat Diraja Abu Dhabi |
|
Pemandangan ke arah bandaraya Abu Dhabi dari kawasan Al Bateen. |
AL MARINA LOOKOUT POINT
Chetan membawa kami ke sebuah Lookout Point yang terletak di kawasan Al Marina. Pemandangan Presidential Palace yang mewah itu dapat dilihat dengan jelas dari sini.
|
Lookout Point di Al Marina yang menghadap Presidential Palace di seberang sana. |
|
Pemandangan Teluk Arab |
|
Pemandangan Presidential Palace dari Al Marina |
|
Pemandangan bandaraya Abu Dhabi dari Al Marina |
Pemerintah Abu Dhabi berasal dari keluarga Al Nahyan. Pemerintahan mereka di Abu Dhabi bermula semenjak di kurun ke-16 lagi. Secara tradisi, lelaki tertua di dalam keluarga akan dilantik sebagai pemerintah Abu Dhabi. Pada hari ini, semua anak lelaki raja yang memerintah memegang jawatan sebagai menteri di dalam kerajaan.
Raja Abu Dhabi yang paling terkenal adalah Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan yang menaiki takhta pada tahun 1966. Dia adalah raja yang membentuk United Arab Emirates pada tahun 1971 yang pada hari ini terdiri dari 7 buah Emirates: Abu Dhabi, Ajman, Sharjah, Dubai, Fujairah, Ras Al Khaimah dan Umm Al Quwain. Pada mulanya, Qatar dan Bahrain juga turut dijemput untuk menganggotai UAE. Namun disebabkan jarak geografi dan beberapa faktor lain, kedua-dua Qatar dan Bahrain telah menolak penyertaan dalam UAE.
Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan meninggal dunia pada tahun 2004 dan takhta Abu Dhabi diambil alih oleh Putera Mahkota ketika itu, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan yang merupakan pemerintah Abu Dhabi pada masa sekarang.
|
Pemandangan dekat Presidential Palace |
|
Bot-bot persiaran mewah milik Keluarga Diraja |
|
Kota lama di atas sebuah pulau tidak jauh dari istana. |
|
Kami diberitahu ada private beach dalam kompleks istana ini yang mana pada hari-hari tertentu ia hanya dibuka kepada kerabat wanita sahaja. |
|
Tempat letak kereta di Lookout Point di Al Marina |
|
Chetan |
|
Pelancong dari China yang nak bergambar dengan kereta mewah. |
CORNICHE LOOKOUT POINT
Selepas melihat pemandangan istana di Lookout Point yang terletak di Al Marina, Chetan membawa kami pula ke sebuah Lookout Point lain yang terletak di Corniche. Dari sini, kita dapat melihat pemandangan indah bandaraya Abu Dhabi pulak.
|
Lookout Point di Corniche |
Chetan tak mematikan pun enjin kereta sewaktu parking di sini dan juga di Al Marina tadi. Bila kami bertanya kenapa dia berbuat begitu, Chetan memberitahu peraturan kerajaan di UAE tidak membenarkan kereta yang membawa pelancong mematikan enjin jika parking di tengah panas seperti ini bagi memastikan keselesaan mereka. Amboi, begitu sekali UAE menjaga pelancong yang datang ke negara mereka!
Kami juga perhatikan memang pemandu-pemandu kereta di UAE tidak kisah meninggalkan kereta tanpa pemandu atau penumpang di dalamnya sambil membiarkan enjin terpasang. Malah kereta-kereta mewah juga sering ditinggalkan di tempat parking tanpa berkunci kerana UAE sangat selamat dan kadar jenayahnya sangat rendah. Kes kehilangan kereta hampir tak pernah berlaku di sini. Harga minyak yang murah juga menyebabkan mereka tak kisah meninggalkan kereta dengan enjin yang sentiasa terpasang.
|
Pemandangan bandaraya Abu Dhabi dari Lookout Point di Corniche |
|
Pemandangan Emirates Palace dari Lookout Point. |
|
Lookout Point di Al Marina yang kami kunjungi tadi terletak di seberang sana. |
Kami diberitahu pantai-pantai yang terdapat di Abu Dhabi adalah pantai-pantai buatan manusia. Pasir untuk membina pantai di sini diimport dari Algeria.
|
Bergambar di Corniche Lookout Point |
|
Bergambar dengan berlatar belakangkan Presidential Palace. |
|
Pantai buatan manusia di Abu Dhabi |
|
Pasir di pantai buatan ini diimport dari Algeria. |
Kami juga dapat melihat pemandangan kawasan Al Marina dari sini. Al Marina adalah sebuah kawasan yang sedang dibangunkan untuk tarikan pelancong di Abu Dhabi. Selain dari pulau yang menempatkan pusat bandar Abu Dhabi, ada banyak pulau kecil lain di kawasan ini. Al Marina misalnya dibina di atas salah sebuah pulau tersebut. Kami juga diberitahu, pulau-pulau kecil yang terdapat di sekitar Abu Dhabi adalah pulau-pulau semulajadi dan bukan pulau buatan manusia seperti yang banyak terdapat di Dubai.
|
Pemandangan Al Marina dari Lookout Point di Corniche. |
|
Bangunan Fairmont Marina Residence yang sedang dalam pembinaan di Al Marina, Abu Dhabi ini sekali imbas kelihatan seperti Hotel Palm Atlantis di Dubai. |
|
Al Marina Tower |
CORNICHE
Kami kemudian dibawa ke destinasi kami yang seterusnya di Abu Dhabi ~ Yas Island. Sebelum tiba di sana, kami dibawa menyusuri persisiran pantai Abu Dhabi yang dinamakan Corniche. Corniche yang sepanjang 8 km ini adalah tempat bersiar-siar dan beriadah yang popular di Abu Dhabi. Tapi mungkin disebabkan bilangan penduduk dan pelancong di Abu Dhabi ini tak seramai di Dubai, Corniche kelihatan agak sepi.
|
Corniche di persisiran pantai Abu Dhabi |
|
Pusat komersil Abu Dhabi yang bertentangan dengan Corniche |
|
Satu lagi pemandangan di Corniche |
|
Carpet Market |
|
Pelabuhan Abu Dhabi |
|
Salah sebuah terminal di Pelabuhan Abu Dhabi |
Bersambung ke Bahagian 22...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):