Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 3: Kuwait (2)
TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY, TAREQ RAJAB MUSEUM & AL-OTHMAN MOSQUE
HARI KEDUA (1)
Part 8: Tareq Rajab Museum Of Islamic Calligraphy
Pada Hari Kedua di Kuwait, kami telah dibawa oleh rakan Husband melawat ke Tareq Rajab Museum. Kami diberitahu terdapat dua buah muzium Tareq Rajab di sini. Sebuah daripadanya mengkhususkan pameran seni kaligrafi Islam dan sebuah lagi mengkhususkan pameran mengenai kebudayaan Islam.
Kedua-dua Tareq Rajab Museum dan Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy adalah muzium persendirian. Ia diasaskan oleh Tareq Rajab yang merupakan rakyat Kuwait pertama yang dihantar ke luar negara untuk mempelajari seni dan arkeologi. Sewaktu menuntut di United Kingdom, Tareq telah bertemu dengan bakal isterinya, Jehan Wellborne yang juga sangat berminat dengan kesenian rakyat khususnya yang berkait dengan masyarakat exotic dan minoriti.
Tareq Rajab dan Jehan Wellborne berkahwin pada tahun 1955 dan setelah kembali ke Kuwait, Tareq dilantik sebagai Pengarah pertama Jabatan Antikuiti dan Muzium Kuwait sehingga dia meletakkan jawatan pada tahun 1969. Disebabkan minat yang mendalam, pasangan suami isteri ini mengembara ke seluruh Dunia Islam untuk mengumpul pelbagai artifak yang dirasakan sesuai untuk dijadikan bahan pameran muzium. Hasil kerja keras dan penyelidikan yang dijalankan, Tareq Rajab dan isterinya berjaya menubuhkan muzium ini pada tahun 1980.
|
Oleh kerana hari ini adalah Hari Jumaat yang merupakan hari kelepasan hujung minggu di Kuwait, jalan menuju ke pusat bandaraya Kuwait City kelihatan sangat lengang. |
|
Satu lagi pemandangan di pusat bandaraya Kuwait pada cuti hujung minggu. |
Agak sukar juga kami nak mencari lokasi tepat muzium ini kerana ia terletak di tengah kawasan perumahan. Sewaktu mencari muzium ini, dapat jugalah kami melihat rumah kediaman tipikal rakyat Kuwait yang rata-ratanya sangat besar dan dibina bertingkat-tingkat serta dikelilingi tembok pagar yang tinggi.
|
Pemandangan di kawasan perumahan tipikal rakyat Kuwait. |
|
Walaupun rumah mereka besar-besar, kereta sering diletakkan di luar pagar. Tiada kerisauan langsung bagi mereka untuk meletakkan kereta mewah di luar begini kerana kadar jenayah sangat rendah di sini. |
Setelah terpusing-pusing di sekitar kawasan perumahan, kami akhirnya bertemu dengan Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy. Dari luar, muzium ini memanglah saling tak tumpah seperti rumah-rumah mewah lain di sekitarnya.
|
Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy. |
|
Pintu masuk ke dalam muzium |
|
Bayaran KD2 (RM 28) dikenakan untuk masuk ke dalam muzium. |
|
Pemandangan sebaik melangkah masuk ke dalam muzium. |
Muzium ini terdiri dari dua tingkat dan kita akan diarahkan ke tingkat atas terlebih dahulu. Dari sini, kita akan terpegun melihat koleksi Penutup Pintu Kaabah (Kiswah) yang dipamerkan di tengah muzium. Pasti banyak duit yang dikeluarkan oleh Tareq Rajab untuk membeli dan membawa penutup-penutup pintu Kaabah ini ke sini.
|
Melihat koleksi Penutup Pintu Kaabah yang dipamerkan di tengah muzium. |
|
Koleksi Penutup Pintu Kaabah Tareq Rajab. |
|
Naskhah Al Quran di ruang pameran di tingkat bawah. |
Terus-terang Myself katakan, muzium ini sangat menarik. Pelbagai manuskrip dan bahan kaligrafi dipamerkan di sini. Ada di antaranya yang biasa kami lihat dan banyak juga koleksi yang pertama kali kami lihat di sini.
|
Kaligrafi seperti ini mungkin biasa kita lihat di mana-mana. |
|
Lukisan lama gambaran kota Makkah (kanan) dan Madinah (kiri). |
|
Pameran koleksi kaligrafi dari benua India. |
|
Talipinggang Kaabah. |
|
Kepingan kayu yang dipamerkan di bilik ini adalah dari sebahagian hiasan sebuah masjid atau mausoleum di zaman pemerintahan Sultan Mamluk di Mesir. Ukiran yang tertera adalah sebahagian ukiran ayat-ayat dari Surah Al-Insan di dalam kitab suci Al Quran. Ia dibuat pada kurun ke-14 atau awal kurun ke-15 dulu. |
|
Koleksi Al Quran dari Parsi (Iran). |
|
Pemandangan dekat koleksi Penutup Pintu Kaabah di Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy. |
Antara pameran yang sangat menarik perhatian kami ialah koleksi Al Quran yang ditulis di atas daun-daun pelepah pokok palma yang dibawa ke sini dari Indonesia. Ia memberikan gambaran kepada kita bagaimana usaha mengumpul Al Quran dilaksanakan pada masa dahulu.
Para Sahabat Nabi di zaman dulu merasa gusar kerana semakin hari semakin ramai orang-orang yang hafaz Al Quran meninggal dunia kerana tua, sakit ataupun terkorban di medan perang. Oleh yang demikian, pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq RA, usaha mengumpulkan Al Quran dimulakan.
Zaid bin Tsabit RA yang pernah menjadi penulis wahyu Rasullullah SAW diperintahkan oleh Khalifah Abu Bakar untuk mengumpulkan Al Quran dari pelepah kurma, permukaan batu dan hafalan orang-orang. Mushaf tersebut dipegang oleh Abu Bakar sehingga beliau wafat dan kemudian dipegang oleh Khalifah Umar Al-Khattab RA sehingga beliau juga wafat sebelum akhirnya dipegang oleh Hafsah Binti Umar RA yang merupakan anak Khalifah Umar dan juga salah seorang isteri Rasullullah SAW.
Walaupun manuskrip Al Quran yang ditulis di atas pelepah daun palma ini bukan manuskrip asal yang dikumpul di zaman pemerintahan Abu Bakar As-Siddiq (lebih-lebih lagi kerana ia berasal dari Indonesia), ia tetap memberi gambaran kepada kita bagaimana usaha ini dilaksanakan pada masa itu.
|
Koleksi Al Quran dari pelepah pokok palma ini berasal dari Indonesia. Ini pertama kali kami melihat Al Quran yang ditulis atas daun-daun pelepah seperti ini. |
|
Gambaran lebih dekat manuskrip Al Quran yang ditulis atas daun pelepah. |
|
Mengikut keterangan yang diberi, tulisan di atas daun pelepah ini dibuat menggunakan paku besi yang dipanaskan. |
Selain dari itu, kesenian kaligrafi yang dibuat menggunakan kulit binatang juga turut menarik perhatian kami.
|
Kesenian kaligrafi dari kulit binatang |
Selain dari kertas, kayu, pelepah daun dan kulit binatang, terdapat juga koleksi tulisan kaligrafi yang ditulis di atas pelbagai medium lain seperti daun, kulit siput dan sebagainya.
|
Seni kaligrafi di atas daun dan kulit siput. |
|
Baju yang dihiasi dengan ayat-ayat Al Quran ini berasal dari Kashmir di India. |
|
Pandangan dekat ayat-ayat suci pada baju. |
|
"Lukisan" kuda bersayap dari Iran ini sebenarnya terdiri dari ayat-ayat Al Quran. |
|
Pemandangan dekat ayat-ayat Al Quran yang membentuk "lukisan" kuda dari Iran. |
Koleksi kaligrafi dari kulit kayu juga sangat menarik perhatian kami.
|
Koleksi kaligrafi dari kulit kayu. |
|
Halus dan cantik hasil kerjanya. |
Lawatan kami berakhir di Bilik Pameran Kaligrafi Islam dari Negara China.
|
Pameran kaligrafi Islam dari Negara China. |
|
Koleksi kaligrafi unik dari Negara China. |
|
Satu lagi ruang pameran yang menarik. |
Walaupun muzium ini tidak besar, koleksi pameran di dalamnya memang cukup hebat. Tak sangka sungguh yang Kuwait mempunyai muzium yang hebat dan bertaraf World Class begini. Namun sayang sekali kerana dunia seakan tidak mengetahui kewujudan muzium ini kerana negara Kuwait tidak mempromosikan pelancongan. Ini bukanlah menghairankan kerana seperti Arab Saudi, Kuwait sangat kaya dengan hasil minyak dan tidak mengharapkan pendapatan dari sektor pelancongan seperti di kebanyakan negara lain.
Part 9: Tareq Rajab Museum
Selepas melawat Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy, kami melawat pula ke muzium induknya yang dinamakan Tareq Rajab Museum. Walaupun kedua-dua muzium ini berkembar, mereka terletak selang beberapa blok di antara satu dengan yang lain menyebabkan kami perlu berkereta untuk mengelakkan dari terpaksa berjalan jauh.
|
Berkereta ke Tareq Rajab Museum. |
|
Muzium Tareq Rajab. Muzium yang ini pun nampak sebiji macam rumah-rumah kediaman lain di sekitarnya. |
|
Tiket masuk ke Muzium (KD2 = RM28) |
Ada sebuah kisah menarik mengenai muzium ini. Sewaktu Perang Teluk pada bulan Ogos 1990, pemilik muzium ini berusaha untuk menyelamatkan koleksinya dari dijarah oleh Tentera Iraq yang menawan Kuwait. Semua koleksi muzium dikumpulkan dan dimasukkan secara tergesa-gesa ke dalam kotak dan sebarang bekas yang ada untuk disembunyikan. Namun disebabkan kekangan bekas simpanan dan ruang penyimpanan, koleksi tekstil, peralatan muzik, pakaian dan barang-barang kemas tidak dapat disembunyikan. Oleh yang demikian, sebuah dinding bata terpaksa didirikan dengan cepat di sekeliling ruang ini untuk memastikan koleksi yang tidak tersimpan ini tidak terlihat dan diambil oleh tentera Iraq.
|
Pintu masuk ke muzium ini adalah sebuah pintu kayu dengan ukiran Arab yang menarik. |
|
Pintu ini dinamakan Door Of Sultan Barquq dan dibawa ke sini dari Mesir. |
|
Sejarah mengenai Pintu Sultan Barquq |
Dari pintu masuk, ada sebuah tangga batu menurun ke bawah. Dari sanalah bermula pelbagai pameran koleksi muzium yang sangat menarik dan berharga.
|
Pintu masuk inilah yang telah ditutup dengan dinding bata sewaktu Perang Teluk untuk menyelamatkan koleksi muzium ini dari dijarah oleh Tentera Iraq yang datang menakluk Kuwait. Menurut ceritanya, sampah turut dilonggokkan di depannya untuk memberikan gambaran yang tiada barang berharga tersimpan di sini. |
Muzium Tareq Rajab menyimpan pelbagai koleksi sejarah dan kesenian Islam yang menarik dan sangat berharga. Koleksinya meliputi barang logam, barang kaca, seramik, manuskrip, peralatan muzik, senjata-senjata lama, barang-barang kemas, duit siling dan pakaian tradisional yang dipakai golongan Sheikh sehinggalah kepada Penggembala Ternakan. Memang tak menyesal datang ke sini. Ia membuka mata dan minda kita betapa kayanya sejarah dan kebudayaan Orang Islam dari seluruh dunia.
Sayangnya, tidak seperti di Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy tadi, fotografi tidak dibenarkan di Muzium ini. Maka terpaksalah kita curi-curi tangkap gambar untuk mengabadikan kenangan lawatan kita ke sini.
|
Pakaian tradisi wanita Arab. |
|
Pameran barang kemas dan perhiasan. |
|
Perhiasan tangan wanita yang kalau tak salah, berasal dari benua India. |
|
Lagi koleksi barang kemas |
|
Perhiasan perak. |
|
Sarat sungguh rupanya!! |
|
Pameran senjata zaman dulu. |
|
Pameran senjata zaman sekarang. |
Banyak sungguh yang dapat dilihat dan dipelajari di muzium ini. Tak pernah Myself rasa seronok macam ni sewaktu melawat muzium selain dari di sini. Kalau anda berpeluang datang ke Kuwait, memang Myself recommend anda datang melawat ke kedua-dua Tareq Rajab Museum dan Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy ini.
|
Sebelum keluar dari Muzium, kita sign dulu Buku Pelawat kat sini. |
|
Berjalan keluar dari muzium. |
Part 10: Masjid Al-Othman
Husband dan rakannya terpaksa ke masjid untuk menunaikan kewajipan Solat Jumaat selepas kami melawat Tareq Rajab Museum. Oleh kerana Myself tak mahu tinggal bersendirian di rumah ketika mereka bersolat Jumaat, maka kita pun ikutlah bersekali ke sana, lebih-lebih lagi bila diberitahu yang masjid yang akan dikunjungi ini ada ruang solat untuk perempuan. Sebelum ke Masjid, kami kembali sekejap ke rumah untuk menjemput Abang kepada rakan Husband yang tinggal bersama dengannya di Kuwait City ini.
|
Masjid Al-Kabir ini adalah masjid yang terbesar di Kuwait, tetapi kami tak menunaikan Solat Jumaat di sini. |
|
Liberation Tower |
|
Tangki air Mushroom Towers |
|
Perjalanan pulang ke rumah untuk menjemput Abang Rakan Husband. |
|
Walaupun terletak di kawasan gurun, Kuwait City adalah sebuah bandar yang hijau dan penuh dengan pokok-pokok. |
|
Pemandangan di sebuah kawasan kediaman. |
|
Bandaraya Kuwait City dibina dalam beberapa blok, macam seksyen-seksyen perumahan di Petaling Jaya dan Shah Alam di Malaysia. |
|
Masjid Al-Othman |
|
Pemandangan dekat Masjid Al-Othman |
|
Menara Masjid Al-Othman |
|
Khutbah Jumaat di masjid ini dibacakan dalam Bahasa Inggeris. |
|
Pintu masuk ke Ruang Solat Utama |
|
Pemandangan di dalam masjid. |
|
Ruang Solat Perempuan terletak di belakang tabir sana. |
|
Pintu masuk ke Ruang Solat Perempuan. Kita seorang je yang pakai baju warna biru kat sini. Ladies yang lain semua pakai jubah berwarna hitam. |
Ruang Solat untuk perempuan di masjid ini kecil sahaja, maka susahlah sikit kita nak curi ambil gambar suasana di dalam ruang ini untuk ditunjukkan di blog ini. Oleh kerana Khutbah Jumaat di sini disampaikan dalam Bahasa Inggeris, maka dah pasti pengunjungnya ramai yang terdiri dari warga asing yang bermastautin di Kuwait.
Myself perhatikan sebahagian besar pengunjungnya adalah warga India. Kata rakan Husband, terdapat hampir 1 juta warga India yang menetap dan bekerja di Kuwait. Kerana itulah Kedutaan India yang terletak tak jauh dari Kedutaan Malaysia tu sentiasa sesak dengan kenderaan yang parking di tepi jalan.
Sesuatu yang tak dapat Myself lupakan sewaktu di sini ialah bila kita seorang je yang datang ke masjid dengan memakai baju berwarna biru. Perempuan-perempuan yang lain semua datang dengan memakai jubah hitam yang merupakan pakaian tradisi Arab di sini. Walaupun tak siapa menegur, kita tetap rasa out of place. Itupun mujurlah kita ni jenis yang biasa bersolat tanpa memakai telekung. Kalau pakai telekung yang berwarna putih tu lagilah kita nampak pelik, kan?
Part 11: Seif Square
Lepas Solat Jumaat, kami bergerak ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Dalam perjalanan, kami melintas Seif Square. Istana Raja Kuwait yang dipanggil Seif Palace juga terletak di sini.
|
Seif Square |
|
Pancutan air yang cantik di Seif Square |
|
Kat tengah pancutan air ini adalah simbol kebesaran Raja Kuwait. |
|
Seif Palace |
|
Pemandangan dari Seif Square |
Bersambung ke Bahagian 4 ...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):