Tuesday, 29 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 25 (Ski Dubai)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 25: Dubai (8)
SKI DUBAI

HARI KETUJUH (7)

Part 62: Bermain Salji Di Padang Pasir

Bermain ski di Dubai sebenarnya tak ada di dalam itinerari perjalanan kami. Alhamdulillah, kesempatan ini juga datang kepada kami dengan tidak terduga.

Segalanya bermula apabila Tour Guide kami yang bernama Chetan menawarkan Pass Masuk ke Ski Dubai dengan harga yang murah. Pass Masuk ini sebenarnya disediakan oleh Chetan untuk sepasang tetamunya yang sepatutnya datang ke Dubai dalam minggu ini. Namun atas sesuatu sebab, tetamu Chetan telah menunda perjalanan mereka sehingga dua minggu lagi dan Pass Masuk ke Ski Dubai tersebut akan expire sebelum mereka tiba. Jadi Chetan menawarkan Pass yang berharga AED 260 (RM 286) ini kepada kami dengan harga AED 200 (RM 220) seorang.

Walaupun harga tiket murah yang dicadangkan oleh Chetan sebenarnya masih mahal, kami membuat keputusan untuk menerima tawaran tersebut memandangkan Ski Dubai adalah satu tarikan yang unik di Dubai dan ia terletak berhampiran dengan hotel kami. Lagipun kami sebenarnya memang teruja nak masuk ke Ski Dubai setiap kali kami melintasinya di Mall Of The Emirates.

Ski Dubai adalah sebuah indoor ski yang terletak di dalam pusat membeli-belah Mall Of The Emirates. Ia mempunyai sebuah ski slope setinggi 85 meter (setinggi bangunan 25 tingkat). Antara tarikan yang terdapat di sini ialah sebuah ski run sepanjang 400 meter dan chairlift yang membawa pengunjung ke puncak ski slope. Seperti juga ski resort sebenar di tempat lain ada tarikan seperti sled & tobaggan run, icy body slide, climbing tower, giant snowball dan gua air batu di dalamnya. Bukan sekadar itu, Ski Dubai juga membela 10 ekor penguin di dalamnya. Bayangkanlah kos yang terlibat sewaktu membawa penguin-penguin ini ke Dubai dari Kutub Selatan.

Part 63: Ski Dubai

Selepas meninggalkan Jumeirah Beach, kami dibawa oleh Chetan kembali ke Mall Of The Emirates. Selepas meletak kereta, dia menemani kami sehingga ke pintu masuk Ski Dubai.

Ski Dubai
Pintu masuk ke Mall Of The Emirates
Chetan membawa kami menuju ke Ski Dubai
Pintu biasa untuk masuk ke Ski Dubai dari tempat letak kereta ditutup pada hari itu kerana kawasan lapang di situ sedang dipersiapkan untuk persembahan konsert seorang penyanyi Arab pada malam itu. Jadi terpaksalah kami berpusing jauh sikit untuk mendapatkan Ski Dubai.

Pintu masuk ini ditutup kerana ada sebuah konsert akan berlangsung di sini pada malam ini.
Kami melintasi Magic Planet yang merupakan sebuah kawasan permainan kanak-kanak di Mall Of The Emirates. Canggih sungguh permainan-permainan yang disediakan di sini.

Magic Planet
Permainan yang disediakan di Magic Planet
Pintu masuk ke Ski Dubai di dalam Mall Of The Emirates.
Ada banyak jenis tiket yang ditawarkan kepada pengunjung ke Ski Dubai. Semua tiket yang ditawarkan termasuk sewa pakaian dan kasut winter. Walau bagaimanapun, sarung tangan tidak disediakan atas sebab-sebab kebersihan dan perlu dibeli atau dibawa sendiri.

Tiket paling murah di Ski Dubai ini berharga AED 220 (RM 242). Ia hanya membolehkan pengunjung masuk ke Snow Park. Ada juga pilihan Pass untuk masuk ke Ski Slope semata-mata ataupun sekadar nak bermain dengan Penguin. Pass Masuk yang ditawarkan oleh Chetan kepada kami adalah Super Pass yang termasuk di dalamnya sarung tangan percuma, akses ke Snow Park dan permainan-permainan di dalamnya serta Free Chairlift Ride.

Menunggu Chetan menguruskan pass masuk di Kaunter Ski Dubai
Selepas pengesahan tiket di sini, kita akan diberikan sepasang pakaian winter untuk dipakai di dalam Ski Dubai.
Kaunter kasut dan pakaian di Ski Dubai.
Nyatakan saja kepada petugas di sini saiz kasut yang kita pakai dan mereka akan memberikan kasut dan pakaian winter yang sepadan. Untuk kemudahan, ada conversion table yang disediakan bagi saiz kasut mengikut standard Asia, UK dan Amerika.
Super Pass ke Ski Dubai
Di sebelah kaunter tiket ini, ada kedai menjual sarung tangan dan peralatan serta pakaian winter extra yang lain. Disebabkan kami memegang Super Pass, sarung tangan adalah termasuk di dalam harga tiket. Tunjukkan saja Super Pass kepada petugas di kedai ini, dan kita akan diminta memilih sarung tangan yang berkenan di hati.

Turut termasuk di dalam Tiket Masuk ke Ski Dubai adalah sewa loker. Walau bagaimanapun, kita perlu membayar deposit AED 40 (RM 44) secara berasingan dari tiket untuk menggunakannya. Sewa loker ini perlu untuk kita menyimpan kasut dan barang-barang lain yang akan mengganggu Snow Fun kita di dalam sana.

Belajar menggunakan kad untuk membuka dan mengunci loker.
Selepas membayar deposit loker, kita akan diberi sebuah kad loker. Pilih saja mana-mana loker yang kita suka dan tutup pintunya selepas menyimpan barang-barang di dalamnya. Kemudian swipe saja kad kita kepada tempatnya dan loker akan terkunci sendiri. Untuk membukanya, swipe kembali kad pada tempat yang sama. Sebagai ciri keselamatan, loker hanya boleh dikunci dan dibuka menggunakan kad yang sama.

Kad Loker
Selepas memastikan segala-galanya dah sempurna barulah Chetan meninggalkan kami. Terima kasih atas khidmat yang diberikan ~ membawa kami melawat ke Abu Dhabi, Palm Jumeirah dan juga ke Ski Dubai ini. Memang Chetan seorang Tour Guide yang bagus. Kami memang enjoy dengan program lawatan yang diatur oleh Chetan pada hari ini.

Husband bergambar kenangan dengan Chetan.
Ayuh kita bersiap-sedia untuk masuk ke Ski Dubai. Tak ada bilik persalinan disediakan di sini. Sarung sajalah baju winter yang diberi di bangku-bangku di sini.

Baju winter yang diberi
Tak ada bilik persalinan disediakan. Sarung saja baju winter yang diberi di sini.
Ready For Snow Fun!
Kita masuk ke Ski Dubai menerusi Snow Park. Kalau sekadar nak tengok penguin, ada pintu lain yang disediakan. Di pintu masuk ke Snow Park ini juga ada kaunter menjual tiket Penguin Encounter, kot-kot ada pengunjung yang tiba-tiba bertukar fikiran teringin nak tengok penguin. Tiket nak tengok penguin ni tak murah tau... AED 235 (RM 259) seorang.

Pintu masuk ke Snow Park
Terujanya tengok salji kat dalam sana...
Sebaik masuk ke dalam, kita akan berjumpa dengan sebuah gua air batu yang ada banyak ice sculptures di dalamnya. Di sini juga ada staf-staf Ski Dubai yang menyuruh kita berposing untuk diambil gambar. Kita posing-posing je depan mereka, tapi tak beli pun gambar yang diambil sebab harganya sangat mahal (AED 125 = RM 138 satu set).

Ice Cave
Glacier
Naga ais di dalam Ice Cave.
Pemandangan Naga Ais dari tepi.
Ice Sculptures yang bertukar-tukar warna.
Biru
Merah
Tarikan-tarikan di Ski Dubai
Kenangan di Ski Dubai
Memang seronok masuk ke Ski Dubai ni. Walaupun ia buatan manusia, salji di sini adalah salji sebenar. Tua dan muda jelas nampak enjoy sewaktu berada di sini.

Jom keluar ke Snow Park sana.
Pengunjung-pengunjung ke Ski Dubai
Tempat permainan yang di bahagian depan ni kebanyakannya dikhususkan untuk kanak-kanak. Atas sebab-sebab keselamatan juga, semua kanak-kanak di bawah 13 tahun dikehendaki memakai helmet di Ski Dubai. Maklum sajalah, kanak-kanak kan suka berlari terutama bila mereka teruja berjumpa salji begini. Ada tempat-tempatnya pula di sini, ais dan saljinya sangat licin. Makanya, pemakaian helmet diwajibkan untuk mengelakkan kecederaan pada kepala.

Sleigh
Gelongsor permainan kanak-kanak
Bukan kanak-kanak saja, orang tua macam kita pun seronok datang ke sini.
Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun diwajibkan memakai helmet untuk mengelakkan kecederaan pada kepala kalau terjatuh.
Kita pun nak bergambar kat tepi gelongsor ni.
Suhu kat dalam sini -4'C.
Permainan-permainan untuk orang dewasa terletak jauh sikit ke dalam sana. Banyak perhiasan-perhiasan yang dilihat sewaktu berjalan lebih jauh ke dalam. Setanding tau pemandangan kat Ski Dubai ni dengan Switzerland!

Macam pemandangan kat Switzerland dulu.
Tangga yang menuju ke keseronokan yang berganda.
Graffiti di dalam salji
Pesanan Keselamatan dari Polar Bear.
Tiket Super Pass kami membolehkan kami untuk menikmati permainan Giant Snowball dan Snow Tubing yang disediakan di sini. Namun Myself hanya mencuba Snow Tubing. Tak laratlah nak berguling-guling pening dalam Giant Snowball tu.

Ikut sini untuk ke kawasan permainan orang dewasa.
Tak cuba Giant Snowball ni sebab tak larat rasanya nak berguling-guling pening kat dalam tu.
Mula-mula, kita cuma menengok orang bermain Snow Tubing. Permainan ini boleh dicuba solo atau naik berdua. Lepas dah lama-lama tu, naik syok pulak rasa nak mencuba. Tapi, kita main Snow Tubing ni seorang-seorang sebab Husband tak mahu try.

Snow Tubing
Seronok pulak tengok orang main Snow Tubing ni.
Nak main Snow Tubing berdua pun boleh.
Snow Tube untuk permainan ini dikumpul di sebelah bawah. Kalau nak cuba Snow Tubing ni kenalah seret Snow Tube naik ke atas. Tapi tak perlu risau, ada conveyor belt yang boleh digunakan untuk menyeret Snow Tube yang berat ni naik ke atas.

Menyeret Snow Tube naik ke atas.
Pemandangan di tempat permulaan Snow Tubing.
Pemandangan ke bawah dari tempat permulaan Snow Tubing
Ada beberapa staf yang menjaga tempat permulaan Snow Tubing ni. Salah seorang dari mereka yang attend kepada Myself adalah seorang lelaki dari Afrika. Surprisingly, dia pandai bercakap Melayu.

Bila dia tahu yang Myself datang dari Malaysia, terus dia bertanya dalam Bahasa Melayu: "Lurus atau pusing-pusing?"

Kita yang tak adventurous sangat ni pun menjawab: "Lurus!"

Mamat dari Afrika ni menyuruh kita duduk dalam Snow Tube. Bila kita dah duduk, terus dia berkata: "Pusing sikit!"

Lepas tu ditolaknya Snow Tube kita berpusing turun ke bawah. Apa lagi, menjeritlah kita masa Snow Tube tu meluncur laju ke bawah.

Di sinilah kita berjumpa dengan Mamat dari Afrika yang pandai cakap Melayu tu.
Wheeeee!!!!
Berpusing-pusing kita turun ke bawah.
Melantun balik ke bawah bila sampai kat atas sini.
Happy bukan main masa terlantun balik ke sini.
Nak cuba sekali lagi!!!
Gembira tarik Tube ke luar.
Lepas main Snow Tubing, kita nak naik Chairlift ke puncak slope pulak. Dalam perjalanan dari tempat Snow Tubing ke Stesen Chairlift, kita akan melintas penghujung bawah Ski Slope. Kawasan penghujung bawah slope ini dikhususkan untuk orang-orang yang baru belajar main ski. Mereka ni selalunya belum pandai membrek. Jadi jaring-jaring disediakan untuk mengelakkan mereka dari terbabas keluar dari kawasan ski.

Pemandangan di penghujung bawah Ski Slope.
Kawasan ini dikhaskan untuk orang-orang yang baru nak belajar main ski.
Pemain-pemain ski amatur.
Ski School untuk mereka yang nak belajar main ski.
Pemain-pemain ski yang dah habis bermain.
Chairlift di Ski Dubai sebenarnya adalah untuk kegunaan pemain-pemain ski dan snowboarding untuk naik ke puncak slope. Hanya pemilik-pemilik Ski Pass dan Super Pass saja yang boleh menggunakan chairlift ini.

Stesen Chairlift di bahagian bawah slope.
Chairlift ini besar, boleh naik sampai 4 orang serentak.
Pemain ski di atas slope
Husband berposing dengan pemain ski.
Terror betul pemain ski ni...
Ski Slope ini terbahagi kepada 2 bahagian. Sebelah kanan dikhaskan untuk pemain-pemain ski tahap biasa manakala yang sebelah kiri pula dikhaskan untuk pemain-pemain ski tahap expert.

Slope sebelah kanan untuk pemain ski amatur manakala slope di sebelah kiri adalah untuk pemain-pemain expert.
Ski slope ini dibina berkelok. Sebab itu kita tak boleh nampak puncaknya dari bahagian bawah sana.
Terror adik-adik ni main ski tanpa pakai tongkat.
Ramai rupanya orang main ski kat atas slope ni.
Pemandangan dari Chairlift
Peringatan supaya pemain-pemain ski yang terjatuh cepat-cepat keluar dari track untuk mengelakkan kemalangan dengan pemain ski lain.
Ada sebuah stesen Chairlift di tengah-tengah slope ini. Bagi yang nak bermain ski di sini, boleh turun dari Chairlift di sini. Di stesen tengah ini juga ada sebuah kafe kalau kesejukan dan rasa nak minum minuman panas.

Stesen chairlift di tengah slope.
Boleh turun di sini juga untuk main ski. Slope di sini kurang curam berbanding slope dekat puncak sana.
Pemandangan dari chairlift sewaktu naik ke puncak.
Bagi skier yang tak mahu menggunakan Chairlift, boleh menggunakan tali mekanikal ini untuk ditarik naik ke atas.
Skiers yang menggunakan tali untuk naik ke atas.
Pemandangan di puncak slope
Terror Adik ni berski. Mesti dah selalu datang ke sini.
Belajar main ski di puncak gunung.
Skier yang terjatuh.
Kemuncak slope.
Chairlift berpusing di sini.
Disebabkan kami tak main ski, kami tak turun dari Chairlift dan hanya berpusing saja turun ke bawah.

Berpusing balik turun ke bawah.
Dua orang pemain ski.
Ada ramai pemain ski yang expert di puncak slope ini. Suasana di sini betul-betul macam bermain ski di puncak gunung di Eropah. Yang tak ada di sini hanyalah angin yang bertiup kencang.

Belajar main ski di puncak gunung. Ini dah kira advanced class la agaknya.
Track untuk slalom pun ada kat atas ni.
Cerun curam beginilah kot yang dikatakan Black Run.
Kagum sungguh tengok mereka ni main ski.
Laju betul pemain ski yang seorang ni. Dah jauh dia tinggalkan kita yang terhegeh-hegeh turun dengan Chairlift ni.
Pemain ski  membuat slalom (Slalom: Ski bengkang-bengkok pusing tiang turun ke bawah)
Teringat yang kita pun ada tangkap gambar macam ni masa naik chairlift kat Yao Mountain di Guilin hari tu...
Tiba balik di Stesen Tengah.
Boleh turun kat sini kalau teringin nak minum minuman panas.
Sayup je nampak kat bawah tu.
Tak gayat naik Chairlift ni sebab tak ada angin.
Kelas belajar Snowboarding
Skier lagi!
Cantik pemandangan kat sini. Macam Switzerland.
Dah nak tiba ke stesen bawah.
Pintu keluar dari stesen Chairlift
Selepas naik Chairlift, kita explore pulak kawasan Menara Tinjau. Pemandangan dari menara ini juga menarik. Kita dapat melihat orang membuat Bobsledding kat sini. Bobsledding juga sebenarnya termasuk dalam Super Pass kami, tapi kami tak mencubanya sebab seram. Laju sangat Bobsledding ni meluncur. Cukuplah tengok orang lain saja buat Bobsledding ni.

Naik atas Menara Tinjau.
Jambatan gantung.
Tempat Snow Tubing di sebelah sana.
Tempat Bobsledding
Permainan Snow Tubing untuk kanak-kanak.
Melihat orang membuat Bobsledding dari Menara Tinjau.
Laju wooohhh!!
Close Up.
Pemandangan cantik dari Menara Tinjau.
Salah sebuah tangga turun dari Menara Tinjau
Menunggu giliran menggunakan tali untuk naik ke atas slope.
Bergambar atas jambatan gantung.
Menara Tinjau
Kami tak stay lama dalam Ski Dubai sebenarnya. Selepas sejam, kami dah mula kesejukan. Maklumlah, Ski Dubai ni sebenarnya agenda ad hoc saja. Jadi kami tak buat persediaan sewajarnya seperti memakai baju tambahan. Esok kami akan pulang ke Malaysia, kena jaga kesihatan supaya tak demam. Siksa badan nanti kalau demam dalam kapalterbang selama perjalanan 7 jam balik ke Malaysia tu.

Baju winter yang diberi oleh Ski Dubai sebenarnya tak cukup untuk menahan kesejukan kalau nak duduk lama-lama dalam "freezer" gergasi ni. Jadi Myself nasihatkan kalau anda ada planning nak masuk ke Ski Dubai, pakailah baju yang tebal-tebal sikit.

Kenangan sebelum meninggalkan Ski Dubai. Muka dah letih masa ni.
Labu Ais.
Bye-bye, Ski Dubai.
Berapalah agaknya elektrik yang digunakan untuk maintain suhu -4'C sepanjang masa di sini berbanding suhu 30'C di luar sana sekarang? Kalau di musim panas pulak, -4'C vs 50'C di luar sana.
Sebelum betul-betul keluar dari Ski Dubai, kami menjenguk sebuah kafe di pintu masuk. Bukan nak minum pun, sekadar berbual-bual dengan staf perempuan dari Afrika yang bertugas di sini tentang pengalaman beliau bekerja 8 jam setiap hari dalam freezer sejuk ni.

Petugas wanita berbangsa Afrika di kafe ini ramah orangnya.
Pemandangan di dalam kafe.
Keluar balik menerusi Ice Cave yang sama masa masuk ke sini tadi.
Peta Ski Dubai
Tamat sudah adventure kami di Ski Dubai.
Pakaian dan kasut winter yang ditanggal selepas keluar dari Ski Dubai perlu diletakkan dalam bakul-bakul yang disediakan. Deposit loker juga boleh diambil kembali dengan cara memasukkan kad loker ke dalam mesin yang disediakan. Duit AED 40 akan dikeluarkan dari mesin ini selepas kad dimasukkan ke dalamnya.

Part 64: Dinner di Mall Of The Emirates

Selepas bermain salji di Ski Dubai, kami dinner dulu di Food Court di Mall Of The Emirates sebelum pulang ke hotel.

 Berjalan menuju ke Food Court
Food Court di Mall Of The Emirates
Ada banyak pilihan makanan di Food Court ini. Tidak seperti di Dubai Mall semalam, gerai-gerai di Food Court di sini berlumba-lumba memberikan sampel makanan masing-masing secara percuma untuk dicuba oleh pelanggan. Kami memilih untuk makan di gerai Panda Chinese. Gerai ini disarankan oleh Chetan kepada kami sebelum masuk ke Ski Dubai tadi.

Antara pilihan gerai makanan di Food Court Mall Of The Emirates.
Kami memilih makan di gerai Panda Chinese ini.
Cashier di Panda Chinese.
Bil makan malam kami. (AED 68 = RM 75)
Buzzer ini diberi kepada kita selepas membuat order. Ia akan berbunyi bila makanan kita dah siap dan kita perlu mengambil sendiri makanan tersebut dari kaunter.
Makan malam kami.
Satu lagi pemandangan di Food Court.


  Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):