Friday, 4 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 04 (Fish Market)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 4: Kuwait (3)
FISH MARKET, SOUQ SHARQ & GREEN ISLAND

HARI KEDUA (2)

Part 12: Shatea Alwatyia Restaurant

Rakan Husband dan Abangnya membawa kami makan tengahari di Shatea Alwatyia Restaurant yang juga menyajikan Kuwaiti Cuisine. Di sini kami diperkenalkan dengan lebih banyak masakan Kuwaiti.

Pemandangan dari tempat letak kereta Shatea Alwatyia Restaurant.
Pemandangan di luar restoran.
Shatea Alwatyia Restaurant
Hiasan di Shatea Alwatyia Restaurant
Lukisan pemandangan di padang pasir.
Hidangan makanan tengahari.
Kenangan di Shatea Alwatyia Restaurant
Disebabkan restoran ini mempunyai dekorasi dalaman yang menarik, Myself dan Husband meninjau-ninjau sampailah ke bahagian dapur restoran.

Ada satu pengalaman menarik tentang budaya orang Arab yang kami lihat di sini. Sewaktu kami sedang menikmati makan tengahari di sini, datang sebuah keluarga Arab yang juga hendak makan di sini. Disebabkan dalam keluarga ini ada anggota wanita, meja makan mereka dilindung dengan skrin penghadang oleh pekerja restoran atas permintaan mereka.

Bila dah terlindung begitu bebaslah wanita dalam keluarga tu nak berbuat apa saja, termasuklah kalau dia nak membuka auratnya... Tapi yang ini spekulasi Myself sajalah, sebab Myself pernah melihat mereka berbuat begitu dalam sebuah restoran di Langkawi yang juga memberi perkhidmatan begini kepada pelancong-pelancong Arab yang datang.

Pemandangan dari dapur restoran. Nampak tak skrin penghadang kat depan tu? Di situlah keluarga Arab tadi makan tengahari.
Ruang makan di Restoran Shatea Alwatyia.
Potret raja-raja Kuwait.
Pembuat roti yang friendly di Restoran Shatea Alwatyia.
Dapur membakar roti. Sama seperti yang kami lihat di Restoran Beit Dickson semalam.
Roti yang dah siap dibakar dibawa keluar dengan menggunakan pemegang besi yang panjang.
Roti istimewa dari Restoran Shatea Alwatyia.
Selepas selesai makan tengahari, kami berkereta ke arah pantai untuk melawat Fish Market di sana.

Satu lagi pemandangan di luar Restoran Shatea Alwatyia. Liberation Tower terlindung pulak di sebalik bangunan dari sini.
Laluan keluar dari tempat letak kereta Restoran Shatea Alwatyia agak sesak kerana terdapat sebuah Gereja Kristian Anglican di sini. Ketika itu pengunjung-pengunjung gereja baru selesai beribadat. Di sini mereka beribadat pada hari Jumaat dan bukan pada hari Ahad seperti di tempat lain kerana hari Ahad adalah hari bekerja. Cuti hujung minggu di Kuwait adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Gereja Kristian Anglican berhampiran Shatea Alwatyia Restaurant.

Part 13: Fish Market

Lawatan seterusnya adalah ke sebuah pasar ikan yang hanya dipanggil sebagai Fish Market. Dalam perjalanan ke sana, kita melalui dua buah mercu tanda Kuwait City: National Assembly dan Masjid Al-Kabir.

KUWAIT NATIONAL ASSEMBLY

Walaupun diperintah oleh seorang Amir, Kuwait adalah negara yang pertama memiliki parlimen yang dilantik di kalangan Negara Teluk (Gulf Countries). Parlimen Kuwait yang dikenali sebagai Majlis Al-Ummah (National Assembly) terdiri dari 50 orang ahli yang dilantik melalui pilihanraya yang diadakan setiap 4 tahun.

Bangunan National Assembly yang merupakan Parlimen bagi negara Kuwait.

MASJID AL-KABIR

Di samping berfungsi sebagai Masjid Rasmi Kuwait, Masjid Al-Kabir adalah juga masjid terbesar di negara ini. Pembinaan masjid ini dimulakan pada tahun 1979 dan siap dibina sepenuhnya pada tahun 1986 dengan kos KD14 juta.

Masjid Al-Kabir yang merupakan masjid terbesar di Kuwait.
Pintu masuk ke Masjid Al-Kabir

FISH MARKET

Kuwait bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan dan tidak hairanlah jika makanan laut sangat digemari di negara ini. Terdapat 3 buah pasar ikan yang besar di Kuwait City yang terletak di Shuwaikh, Al-Sharq dan Al-Fahaleel. Kami dibawa oleh rakan Husband berkunjung ke pasar ikan yang terletak di Al-Sharq.

Souq Al-Samak (Pasar Ikan) di Al-Sharq
Pemandangan Fish Market dari tempat letak kereta.
Berjalan menuju ke Fish Market
Walaupun ia sebuah pasar ikan, bukan ikan semata-mata yang dijual di sini. Terdapat juga daging, sayur-sayuran dan ayam yang dijual di sini.

Sayur-sayuran dan buah-buahan
Kedai menjual ayam. Ayam dijual hidup-hidup dan disembelih on-the-spot di sini.
Jualan ayam hidup di Fish Market
Fish Market ini sangat bersih dan selesa kerana dilengkapi dengan penghawa dingin. Walaupun kami tiba di sini pada sebelah petang, pasar ini masih sibuk dengan penjual dan pembeli. Ini sangat berbeza dengan pasar ikan di negara kita. Kalau di Malaysia, pasar ikan hanya sibuk di sebelah pagi dan lengang sekali bila tiba waktu petang.

Suasana di Fish Market
Pasar ini masih sibuk walaupun di petang hari begini.
Bergambar di tengah pasar.
Ikan-ikan besar ini datang dari Iran dan Turki.
Lelongan hasil laut juga sedang berjalan sewaktu kami tiba di sini. Tapi lelongan ini dijalankan secara silent auction, macam proses lelongan bunga tulip di Belanda. Myself tak pasti sebenarnya bagaimana silent auction ini berfungsi. Tapi yang pasti, memang tak adalah lelaki yang terjerit-jerit mencari pembida harga tertinggi di tengah-tengah pasar.

Silent Auction di Fish Market
Udang untuk lelongan
Giant betul saiz udang dia!
Pasar Ikan ini terdiri dari dua tingkat. Untuk melihat dengan lebih menyeluruh aktiviti yang sedang berlangsung, kami naik ke tingkat atas.

Meninjau pasar ikan dari tingkat atas.
Senang nak ambil gambar suasana pasar dari atas sini.
Husband dan Abang Kawan Husband
Pemandangan keseluruhan pasar ikan dari tingkat atas.
Ikan untuk lelongan.
Hasil tangkapan laut.
Dari tingkat atas pun boleh nampak saiz udang ni giant begini.
Ada sebuah pelabuhan nelayan yang cantik di belakang Fish Market ini. Di sini ada banyak bot-bot nelayan yang sedang berlabuh dengan berlatar belakangkan bandaraya Kuwait.

Pelabuhan nelayan di belakang Fish Market
Bergambar di Pelabuhan Nelayan
Bot nelayan tradisional.
Tiga jejaka di Kuwait.
Ketika ini, Kuwait sedang menghampiri musim dingin. Suhu siang hari di Kuwait pada penghujung bulan Oktober begini adalah di sekitar 36 Celcius, lebih kurang macam di Malaysia juga. Jadi agak selesa berjalan-jalan di sekitar Kuwait pada masa ini. Namun kami diberitahu, pada kemuncak musim panas sekitar bulan Julai, suhu di sini boleh mencapai 50 Celcius (i.e. suhu separuh menggelegak tu!). Suhu musim dinginnya pula boleh jatuh lebih rendah dari 10 Celcius dalam bulan Januari.

Part 14: Souq Sharq

Kami singgah di Souq Sharq yang terletak bersebelahan dengan Fish Market untuk menunaikan Solat Asar. Tidak seperti Fish Market, Souq Sharq adalah sebuah pusat membeli-belah yang moden. Banyak kedai berjenama ada di dalamnya.

Pemandangan Souq Sharq dari hadapan.
Tempat letak kereta terletak di belakang Souq Sharq.

Tempat letak kereta di belakang Souq Sharq. Tempat parking kereta awam di Kuwait selalunya disediakan dengan atap kanvas seperti ini.
Kereta mewah parking di Souq Sharq
Laut di belakang Souq Sharq
Supermarket Sultan Center di Souq Sharq. (Markaz Sultan ~ pandai dah kita membaca tulisan Arab ni :) !)
Pintu masuk ke Souq Sharq dari arah belakang.
Orang Kuwait memang sukakan laut. Pemandangan kereta menarik bot seperti ini memang selalu dilihat di Kuwait. Depan rumah mereka pun selalu kelihatan bot tengah parking, walaupun rumah mereka jauh dari laut.
Pemandangan di dalam Souq Sharq tidak banyak berbeza dengan shopping centre di mana-mana juga. Namun mungkin disebabkan bilangan penduduk Kuwait ini tak begitu ramai, shopping-shopping mall di negara ini sentiasa kelihatan agak lengang.

Pemandangan di dalam Souq Sharq.
Jam Air di dalam Souq Sharq. Myself tak reti nak membaca waktu yang ditunjukkan pada jam ini.
Boat Marina di hadapan Souq Sharq
Bergambar bersama bot-bot mewah dengan berlatarbelakangkan Kuwait City.
Pemandangan Souq Sharq dari depan Boat Marina.
Bot-bot mewah.

Part 15: Green Island

Selepas itu, rakan Husband membawa kami ke Green Island kerana Husband nak menyertai sebuah Photography Tour di sana. Green Island adalah sebuah taman awam yang terletak tidak jauh dari rumah rakan Husband. Rakan Husband dan Abangnya walau bagaimanapun, tidak menyertai kami di sini, hanya sekadar drop-off saja di sini.

Pintu masuk ke Green Island.
Jambatan masuk ke dalam taman.
Bayaran KD1 (RM14) dikenakan untuk masuk ke Green Island.
Basikal untuk disewa di Green Island
Photography Tour yang disertai oleh Husband dianjurkan oleh seorang Dubai-based Photographer yang bernama Subodh Shetty. Ia diadakan secara percuma dan disertai oleh kira-kira 20 orang peserta. Ada jugalah beberapa orang yang tak menyertai Tour ini, tapi turut menyibuk meneman dan mengikut peserta macam Myself.


Husband berbual mesra dengan Urusetia Photography Tour.
Yang berbaju biru di tengah tu adalah Mr. Subodh Shetty.
Mempelajari teknik mengambil gambar dengan bayang.
Satu lagi teknik fotografi yang dipelajari
Kami mengikuti Photography Tour ini selama sejam. Kemudian, bila Husband rasa dia dah pandai, dia terus mengajak Myself berpecah dari Group Photography dan berjalan-jalan sendiri saja di sini.

Berpecah dari Group dan berjalan sendiri.
Ketika ini, matahari dah mula nak terbenam.
Peraturan untuk pengunjung ke Green Island
Menara Pemerhatian di Green Island.
Bukit buatan di Green Island
Tasik (depan) dan Laut (belakang) di Green Island.
Sukan air di Green Island
Tasik dan Pulau buatan di Green Island.
Beriadah di hujung minggu.
Kami bersiar-siar di Green Island sampai matahari terbenam. Semakin malam menjelang, kami melihat semakin ramai rakyat Kuwait yang datang berBBQ di sini. Kami kemudiannya mendapat tahu yang penduduk Kuwait hanya boleh membuat BBQ di beberapa lokasi tertentu sahaja di negara ini dan Green Island ialah salah sebuah lokasi tersebut.

Sang Mentari yang semakin terbenam.
Berehat-rehat di tepi pantai
Beriadah berbasikal di Green Island
Group Photography Tour belajar menangkap gambar matahari terbenam.
Paip air minuman untuk kegunaan pengunjung taman
Petang-petang begini, seluruh taman di Green Island dipenuhi dengan asap dari BBQ, sampai lekat bau BBQ tu kat baju kita.
Batu penahan hakisan di tepi pantai.
Kucing Kuwait bersantai di tepi pantai.
Menangkap potret gambar kucing.
Bermain buaian dan berBBQ.
Musolla di Green Island.
Pulau buatan di tengah tasik.
Jambatan ke pulau buatan.
Sebuah lagi pemandangan jambatan.
Pemandangan Kuwait City di malam hari, dilihat dari Green Island.
Pemandangan malam Kuwait Towers dari Green Island.
Meninggalkan Green Island untuk kembali ke rumah rakan Husband.


Bersambung ke Bahagian 5 ... 


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):