Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 16: Dubai (4)
BASTAKIYA, DUBAI MUSEUM & DEIRA WHARFAGE
HARI KEENAM (2)
Part 42: Bastakiya
Daerah Bastakiya di Bur Dubai dibuka oleh pedagang Parsi yang datang ke Dubai pada kurun ke-19 Masehi. Ia dinamakan "Bastakiya" sempena sebuah bandar yang bernama Bastak di Iran.
|
Bastakiya |
|
Souk Lama di Bastakiya yang telah dimodenkan |
|
Sebuah lagi pemandangan di Bastakiya |
AL FAHIDI FORT
Al Fahidi Fort adalah sebuah kota lama di Bastakiya yang dibina pada tahun 1799 untuk mempertahankan Dubai dari serangan. Ia merupakan bangunan yang tertua di Dubai kini. Kota ini telah diperbaiki pada tahun 1993. Dubai Museum telah dibina di dalam kota ini.
|
Al Fahidi Fort yang menempatkan Dubai Museum di dalamnya. |
Ramai penumpang bas Hop-On Hop-Off yang singgah di sini, termasuklah kami berdua. Semua penumpang bas yang turun di sini diberikan tiket masuk percuma ke dalam Dubai Museum oleh pemandu bas.
|
Perhentian bas Hop-On Hop-Off di depan Al Fahidi Fort. |
|
Tiket masuk ke Dubai Museum yang diberikan percuma kepada penumpang bas Hop-On Hop-Off. |
|
Berjalan ke arah muzium |
Disebabkan pintu masuk ke Dubai Museum sesak dengan ramai pelajar sekolah yang membuat lawatan ke situ, kami membuat keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Bastakiya dulu sebelum masuk ke muzium.
|
Pintu masuk ke Dubai Museum yang sesak dengan rombongan pelajar sekolah rendah. |
Kami berjalan ke arah sebuah masjid yang terletak di seberang jalan dari Dubai Museum. Masjid ini bernama Grand Mosque dan menaranya yang setinggi 70 meter adalah menara masjid tertinggi di Dubai.
|
Grand Mosque di Bastakiya |
Di belakang Grand Mosque, ada kedai-kedai yang penjualnya terdiri dari orang India. Pelbagai barangan yang biasa kita temui di kedai-kedai milik peniaga India di Malaysia dapat kita lihat di sini. Bau yang semerbak di sini juga sama dengan bau yang ada di kedai-kedai India di Malaysia.
|
Di belakang Grand Mosque, ada kedai-kedai yang penjualnya terdiri dari orang India. |
|
Kedai-kedai orang India di Bastakiya. |
|
Satu lagi pemandangan Grand Mosque sewaktu kami berjalan balik ke Dubai Museum |
Part 43: Dubai Museum
Suasana yang sesak tadi telahpun reda bila kami kembali ke Dubai Museum.
|
Menyusuri kota lama Al Fahidi untuk kembali ke Dubai Museum |
|
Pintu masuk ke Dubai Museum |
|
Meriam lama di depan pintu masuk ke muzium |
|
Beratur nak masuk ke dalam muzium |
Pameran di Dubai Museum terdiri dari beberapa bahagian. Sebaik masuk ke dalam, kita akan tiba di sebuah courtyard terbuka di mana terdapat beberapa model sampan lama yang dipamerkan di situ.
|
Peta pelan lantai Dubai Museum |
|
Courtyard terbuka di tengah Dubai Museum |
|
Beberapa model sampan lama yang dipamerkan di Courtyard Dubai Museum |
Untuk mengelakkan kesesakan di dalam, pengunjung hanya boleh mengunjungi pameran di dalam muzium ini mengikut satu laluan sehala yang ditetapkan. Namun disebabkan ada serombongan besar kanak-kanak sekolah yang melawat ke sini hari ini, ia sangat sesak dan bising ketika itu.
Demi ketenangan, kami membiarkan saja budak-budak sekolah ini berlalu terlebih dulu. Bila budak-budak ni dah jauh pergi, barulah kita lebih mudah menikmati bahan-bahan pameran yang ada di dalam muzium ini.
|
Pintu masuk ke dalam muzium ini adalah sebuah pintu antik tradisional yang dipasang dengan besi-besi tajam sebagai perlindungan dari pencerobohan. |
|
Kanak-kanak sekolah yang sibuk melihat dan mencatat segala-gala yang dilihat di dalam muzium. |
OLD DUBAI
Ruang pameran pertama di dalam Dubai Museum adalah bertemakan Old Dubai. Di sini kita dipertunjukkan cara hidup penduduk Dubai pada masa dahulu, sekitar tahun 1940-an sebelum minyak ditemui di negara ini.
|
Tukang Besi dan pembantunya sedang membuat pedang. |
|
Ramp turun ke tingkat bawah untuk ke pameran yang seterusnya. |
|
Pemandangan sewaktu menuruni ramp |
|
Pemandangan senibina di rumah tradisional Dubai |
DUBAI CREEK
Di bahagian bawah muzium, kita ditunjukkan pula suasana di sekitar pelabuhan di Dubai Creek pada tahun 1950-an dulu.
|
Penerangan tentang Dubai Creek. |
|
Suasana pelabuhan di Dubai Creek pada tahun 1950-an. |
|
Pekerja-pekerja dan haiwan bebanan yang digunakan untuk mengangkut barang di pelabuhan. |
|
Lagi suasana di Pelabuhan |
Kita juga ditunjukkan suasana kedai-kedai di souk tradisional yang berada di sekitar Pelabuhan Dubai ketika itu.
|
Kedai rempah |
|
Herb & Spice Shop |
|
Kedai Besi |
|
Kedai Tembikar |
|
Tukang Emas |
|
Kedai Kain |
|
Urusan Berjual Beli Mutiara |
|
Pakaian tradisional |
|
Kanak-kanak memberi makan ternakan |
|
Pemandangan dalam rumah tradisional yang tipikal |
|
Kedai Kayu Api dan Arang |
|
Membawa unta lalu di tengah pasar |
DESERT AND OASIS
Di Seksyen Desert And Oasis, kita dibawa melihat kehidupan tradisional penduduk di padang pasir.
|
Saluran air di Ladang Kurma |
|
Orang Arab sangat gemar memelihara Burung Helang |
|
Telaga |
|
Pemandangan di Ladang Kurma |
|
Pasangan suami isteri Arab Dubai. |
|
Menyalakan unggun api |
THE SEA
Jika Kuwait dulu bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan, Dubai pula bermula sebagai sebuah pusat mutiara. Laut tak dapat dipisahkan dari sejarah kedua-dua negara.
|
Penerangan tentang Pameran The Sea. |
|
Perusahaan membuat kapal tradisional. |
|
Penyelam mutiara |
|
Shipwreck |
|
Menyiang Ikan |
|
Membaiki pukat |
Dubai Museum ini tidaklah besar sangat, tapi pamerannya sangat menarik. Di hujung muzium, kita keluar melalui sebuah kedai yang menjual cenderamata.
|
Kedai cenderamata di Dubai Museum |
|
Pemandangan di Dubai Museum |
Part 44: Dubai Creek
Selepas melawat Dubai Museum, kami menaiki semula Bas Hop-On Hop-Off menuju ke Deira yang terletak di seberang Dubai Creek dari Bur Dubai.
|
Menunggu bas di depan Dubai Museum. |
|
Pemandangan Dubai Creek dari sebelah Bur Dubai. |
|
Pemandangan di Dubai Creek |
|
Juga pemandangan Dubai Creek dari sebelah Bur Dubai. |
GOLD SOUK
Sebelum menyeberang Dubai Creek, bas melalui sebuah kawasan yang dinamakan Gold Souk. Seperti namanya, Gold Souk dipenuhi dengan kedai-kedai emas.
|
Gold Souk |
|
Kedai-kedai di Gold Souk |
DEIRA WHARFAGE
Tiba di Deira, kami turun dari bas di Deira Wharfage. Penumpang-penumpang bas Hop-On Hop-Off yang turun di sini juga diberi tiket percuma Dhow Cruise yang berlepas dari pelabuhan ini.
|
Deira Wharfage |
|
Pemandangan di Deira Wharfage. Bot-bot penumpang yang kelihatan di dalam gambar ini dipanggil Abra. |
|
Pemandangan dekat Abra |
|
Dhow yang berlabuh di Deira Wharfage |
|
Abra Cruise di Dubai Creek. |
|
Bergambar di Deira Wharfage. Dhow Cruise percuma bagi penumpang-penumpang bas Hop-On Hop-Off bermula dari sini. |
|
Spice Souk yang terletak di seberang Deira Wharfage |
|
Kedai menjual pakaian di Deira Wharfage |
Bersambung ke Bahagian 17...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):