Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 18 : Dubai (6)
DUBAI MALL & BURJ KHALIFA
HARI KEENAM (4)
Part 48: Dubai Mall
Kami tiba di Dubai Mall hampir pukul 3.00 petang. Tanpa mengetahui hala tujuan sebenar, kami terus masuk ke dalam.
|
Tiba kembali ke Dubai Mall |
Sedang kami berjalan mencari tempat makan tengahari, kedengaran Azan Asar berkumandang di seluruh Dubai Mall. Ini suatu yang sering kami perhatikan di Dubai... setiap kali masuk waktu solat, azan penuh akan berkumandang melalui speaker di seluruh Shopping Mall.
|
Pemandangan di dalam Dubai Mall |
|
Melilau mencari tempat makan tengahari masa ni... |
Disebabkan dah terlalu lapar, kami memutuskan untuk makan di food outlet pertama yang kami temui di Dubai Mall ini yang bernama Segafredo Zanetti Espresso Dubai. Itali habis nama restoran ni, dan ia memang menjual makanan Itali. Tapi disebabkan Dubai dan seluruh UAE adalah negara Islam yang sebenarnya masih konservatif, semua makanan yang dijual Halal belaka.
|
Segafredo Zanetti Espresso Dubai |
|
Pemandangan dari dalam restoran |
Kami memilih makan sandwich saja di sini. Sandwich yang dihidangkan bersaiz besar dan sangat filling, jadi memang mengenyangkan.
|
Makan Sandwich di Segafredo Zanetti Espresso |
Walaupun cuma makan sandwich dan minum Light Coke dan Apple Juice, harga makanan yang dikenakan ialah AED 86 (RM 95). Kalau ikut standard Malaysia, memang harga ini sangat mahal. Tapi berdasarkan pengalaman kami, memang inilah harga yang perlu dibayar setiap kali kalau makan di Food Court di shopping-shopping mall Dubai.
THE WATERFALL
Kalau mengikut perancangan asal, kami nak menyambung City Tour kami dengan bas Hop-On Hop-Off selepas makan tengahari. Namun disebabkan ketika itu jam telahpun menunjukkan pukul 3.30 petang, kami membatalkan saja hasrat tersebut
Ini adalah kerana kami dah membeli tiket untuk naik ke atas Burj Khalifa pada pukul 5 petang. Walaupun tiket masuk kami pukul 5 petang, kami sebenarnya kena beratur untuk naik selewat-lewatnya pada pukul 4.30 petang. Kalau kami meneruskan hasrat mengelilingi Dubai dengan bas Hop-On Hop-Off, bimbang pulak tak sempat tiba kembali ke sini pada waktu yang ditetapkan.
Untuk menghabiskan masa sewaktu menunggu giliran naik ke bangunan Burj Khalifa, kami melawat saja ke beberapa tarikan yang ada di Dubai Mall ini sendiri. Tempat lawatan yang pertama adalah ke The Waterfall.
|
Menuju ke The Waterfall |
|
Teringat kepada lawatan ke France pada tahun lepas sewaktu melintas bakeri ini. |
|
Pemandangan Dubai Mall berhampiran The Waterfall |
The Waterfall adalah sebuah air terjun buatan yang besar setinggi bangunan 4 tingkat di Dubai Mall. Apa yang menarik pada pancutan air ini ialah patung-patung lelaki yang sedang terjun ke bawah. Ia menggambarkan penyelam-penyelam mutiara di Dubai pada masa dahulu.
|
The Waterfall |
|
Air Terjun ini dibina setinggi 4 tingkat. |
|
Bergambar dengan The Waterfall |
|
Kedai-kedai berhampiran The Waterfall |
|
Walaupun nama kedai ini Baldi, ia menjual barang-barang mewah. |
DUBAI AQUARIUM & UNDERWATER ZOO
Tarikan kedua di Dubai Mall yang kami kunjungi adalah Dubai Aquarium & Underwater Zoo. Tarikan ini mempunyai 2 komponen: Akuarium dan Underwater Zoo. Namun disebabkan kesuntukan masa dan juga nak menjimatkan duit kerana segala-galanya sangat mahal di Dubai, kami hanya melawat ke Akuarium.
|
Dubai Aquarium |
Dubai Aquarium adalah antara akuarium yang terbesar di dunia. Kalau Waterfall tadi dibina setinggi bangunan 4 tingkat, Dubai Aquarium ini pula dibina setinggi bangunan 3 tingkat. Ada 140 spesis haiwan laut yang dibela di dalamnya.
|
Pemandangan ke dalam akuarium |
Hanya pengunjung yang membeli tiket masuk ke Underwater Zoo sahaja yang boleh pergi dekat-dekat ke akuarium ni. Bagi pengunjung seperti kami yang tak membeli tiket ke sana, kita hanya boleh memerhatikan akuarium ini dari jarak yang tertentu. Myself rasa tak perlu pun pergi dekat sangat dengan Akuarium ni sebab ia sangat besar. Dari jauh pun kita dah terkagum dibuatnya.
|
Hanya pengunjung yang mempunyai tiket masuk ke Underwater Zoo sahaja yang boleh pergi dekat-dekat dengan akuarium. |
|
Meninjau hidupan di dalam akuarium |
DUBAI FOUNTAIN
Dekat-dekat pukul 4 petang, kami beredar ke arah pintu masuk ke Burj Khalifa. Tapi disebabkan kita masih belum dibenarkan naik ke atas, kami keluar dulu dari pintu berdekatan untuk melawat Dubai Fountain.
|
Tasik Dubai Fountain |
Dubai Fountain adalah Dancing Fountain yang terbesar di dunia. Sewaktu kami datang ke sini, tiada persembahan Dancing Fountain yang berlangsung ketika itu. Jadi kita bersiar-siar saja di tepi tasik sambil menikmati pemandangan bangunan Burj Khalifa yang dapat dilihat dengan jelas dari sini.
|
Burj Khalifa |
Burj Khalifa setinggi 892.8 meter ini adalah bangunan yang tertinggi di dunia. Sewaktu pembinaannya pada tahun 2004, ia dikenali sebagai Burj Dubai. Nama ini telah ditukar kepada Burj Khalifa selepas bangunan disiapkan dalam tahun 2010 sebagai penghormatan kepada pemerintah Abu Dhabi yang juga merupakan Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan.
Bangunan ini direka oleh firma arkitek dan kejuruteraan dari Chicago, Amerika Syarikat yang bernama Skidmore, Owings and Merill manakala kontraktor utama pembinaan bangunan ini ialah sebuah firma dari Korea Selatan, Samsung C&T yang juga bertanggungjawab dalam pembinaan Bangunan Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan Taipei 101 di Taiwan.
Cabaran utama yang dihadapi dalam pembinaan Burj Khalifa adalah cuaca panas melampau yang memberi kesan terhadap ketahanan konkrit. Untuk mengatasi masalah tersebut, kerja-kerja konkrit terpaksa dilakukan di sebelah malam. Sewaktu musim panas di mana suhu boleh mencecah sehingga 50'C, ais turut ditambah ke dalam campuran konkrit tersebut.
|
Mengambil gambar Burj Khalifa |
|
Bergambar dengan Burj Khalifa |
Burj Khalifa mempunyai lebih 24,000 buah tingkap dan kerja mencucinya bukanlah mudah. Pencucian tingkap bangunan ini dilakukan secara mekanikal sehingga ke tingkat 109. Pencucian perlu dilakukan secara manual bagi tingkat yang melebihi ketinggian 109 tingkat. Secara umumnya, satu pusingan pencucian tingkap memakan masa sehingga 4 bulan.
|
Masih banyak pembinaan yang sedang berlangsung di sekitar Burj Khalifa. |
|
Bangunan-bangunan pencakar langit yang masih dalam pembinaan. |
|
Pintu masuk ke Dubai Mall dari Dubai Fountain |
Part 49: Burj Khalifa
Bangunan Burj Khalifa adalah setinggi 164 tingkat. Sewaktu di Dubai, kami berpeluang naik ke Platform Pemerhatian Burj Khalifa yang terletak di Tingkat 125. Tiket naik ini telah kami beli secara online sebelum kami berlepas ke Kuwait lagi. Terdapat dua kategori tiket yang dijual: Tiket Biasa dan Tiket Sunset. Kami membeli Tiket Sunset yang bernilai AED 200 (RM 220) seorang. Tiket Biasa dijual dengan harga yang lebih murah iaitu sekitar AED 125 (RM 138) seorang.
|
Masuk ke Burj Khalifa |
|
Tiket naik ke Burj Khalifa yang dinamakan At The Top. |
Pengurusan Burj Khalifa akan memberi E-mail pengesahan pembelian bagi setiap tiket yang dibeli secara online. E-mail ini perlu ditunjukkan kepada kaunter masuk di Burj Khalifa untuk ditukarkan dengan tiket yang sebenar.
NAIK KE BURJ KHALIFA
Pengunjung hanya boleh beratur untuk masuk ke Burj Khalifa paling awal 30 minit sebelum waktu masuk yang tertera pada tiket. Namun, bila kita dah berada di atas sana, tiada had masa yang ditetapkan untuk turun kembali ke bawah.
|
Peta kedudukan Burj Khalifa dalam Dubai Mall |
|
Pintu masuk ke Burj Khalifa dari dalam Dubai Mall. |
|
Deck Pemerhatian Burj Khalifa yang terletak di Tingkat 125 dinamakan At The Top. |
Pengunjung perlu beratur sebanyak 2 kali untuk masuk ke dalam Burj Khalifa. Kali pertama adalah untuk melalui pemeriksaan sekuriti dan kali kedua adalah untuk menaiki lif ke Tingkat 125.
|
Barisan untuk melalui pemeriksaan sekuriti. |
|
Kata-kata dari Emir Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum sewaktu pembinaan Bangunan Burj Khalifa. |
|
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. |
Sewaktu menunggu giliran masuk ke pemeriksaan sekuriti, kita berbual-bual dengan seorang wanita Thai yang menetap di Britain. Suaminya adalah seorang rakyat Britain. Wanita ini dan dua orang anaknya singgah di Dubai dalam perjalanan pulang ke London selepas melawat ibunya di Bangkok. Dia sangat friendly, tapi lupa pulak kita nak tanya namanya.
|
Kawan baru yang kita temui sewaktu beratur nak naik ke Burj Khalifa. |
Selepas melalui pemeriksaan sekuriti, kita akan melalui sebuah lorong yang panjang untuk mendapatkan lif.
|
Lorong menuju ke lif Burj Khalifa |
|
Mengintai Burj Khalifa dari lorong menuju ke Lif |
|
Naik escalator pulak... |
Sewaktu menunggu giliran nak masuk ke lif, kita ditayangkan dengan sedutan-sedutan berita sejak dari perancangan pembinaan Burj Khalifa sehinggalah sekarang.
|
Sedutan berita mengenai Burj Khalifa ditayangkan kepada pengunjung sewaktu menunggu giliran menggunakan lif. |
|
Sedutan filem Mission Impossible : Ghost Protocol lakonan Tom Cruise yang berlatarbelakangkan Burj Khalifa. |
Ada beberapa lif yang boleh dinaiki pengunjung untuk ke Deck Pemerhatian yang terletak di Tingkat 125. Lif ini cukup laju, bergerak dari tingkat bawah sehingga ke Tingkat 125 dalam masa kurang dari 60 saat. Tekanan dalam lif juga dikawal dengan cukup baik sehingga kita tak rasa sakit telinga langsung bila bergerak pada kelajuan begitu naik ke atas.
|
Kedudukan tingkat di mana lif berada sewaktu bergerak naik dan turun ditunjukkan dengan jelas pada pintu lif. Ketika ini lif berada di Tingkat 124. |
|
Sedang berada di Tingkat 95 sekarang. |
Sewaktu kita dalam lif naik ke atas, kita ditunjukkan aras ketinggian yang sedang didaki berbanding dengan struktur-struktur terkenal dunia seperti Piramid di Egypt, Eiffel Tower di Paris dan juga Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
|
Melepasi ketinggian 213 meter sekarang... |
|
Bangga bila melihat ketinggian Burj Khalifa ini sedang dibandingkan dengan Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur. |
|
Dah hampir mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas pada masa ini... |
AT THE TOP
Akhirnya kita tiba di Deck Pemerhatian di Tingkat 125 Burj Khalifa yang dinamakan At The Top. Ketika itu jam menunjukkan pukul 5 petang dan matahari sedang mula terbenam.
|
Permandangan di At The Top, Burj Khalifa. |
Pemandangan bandaraya Dubai dari sini memang mengkagumkan. Pencakar-pencakar langit yang supertall di bawah sana sehingga hampir terkehel tengkuk kita nak memandang puncak mereka tu semuanya nampak macam tak tinggi pun dari sini...
|
Pemandangan arah ke sana... |
|
Pemandangan arah ke sini pulak... |
|
Bukti kaki kita dah menjejak Tingkat 125, Burj Khalifa |
Pemandangan matahari terbenam dari Burj Khalifa pada hari ini sedikit mengecewakan kerana cuaca di luar sana sedikit berjerebu.
Antara perkara yang sering diwar-warkan kepada pengunjung ke At The Top Burj Khalifa ialah melihat persembahan Fountain Show yang berlangsung di bawah sana dari ketinggian ini. Fountain Show ini bermula pukul 7 malam setiap hari, jadi sebaik kita menemui port yang bagus untuk melihatnya, kita terus duduk di situ tak bergerak-gerak dah...
|
Pemandangan Tasik Dubai Fountain dari Tingkat 125, Burj Khalifa. |
|
Inilah port yang bagus, sebab kita boleh nampak keseluruhan Fountain dari sini. |
|
Sampai semut-semut kaki kita duduk di lantai yang sejuk ni sebab takut tempat ini diambil orang kalau kita bangun... |
Seperti juga di Dubai Mall di bawah sana, Azan berkumandang melalui speaker di Deck Pemerhatian ini bila masuk Waktu Solat Maghrib (kira-kira pukul 5.30 petang).
Tepat pada pukul 7 malam pula, Fountain Show dimulakan di bawah sana. Kalau tengok dari bawah, mungkin persembahan Fountain Show ini sangat impressive sebab Dubai Fountain adalah Dancing Fountain yang terbesar di dunia. Tapi bila dipandang dari atas sini... mak aiiihh, cinonet je rupanya!
Selepas Fountain Show tamat, kami bergerak turun ke bawah. Biasalah, macam kat Menara KL juga, kita kena melalui kedai cenderamata untuk mendapatkan lif turun ke bawah.
|
Kedai cenderamata |
|
Masa nak bergerak ke lif, barulah ternampak Deck Pemerhatian Terbuka yang terletak di Tingkat 124 ini. |
|
Tangga turun ke Deck Pemerhatian Terbuka di Tingkat 124. |
|
Satu lagi pemandangan malam bandaraya Dubai yang cantik dari Tingkat 125. |
|
Seperti juga Kuwait City, bandaraya Dubai terang bercahaya di waktu malam kerana elektrik murah di sini. |
|
Lif turun ke bawah. |
|
Sewaktu dalam lif turun ke bawah, kita ditunjukkan video sejarah pembangunan Dubai yang bermula sebagai sebuah padang pasir. |
|
Sejarah pembangunan Dubai pada masa sekarang yang ditunjukkan di dalam lif sewaktu dalam perjalanan turun ke bawah. |
DINNER DI DUBAI MALL
Selepas turun ke bawah, kami terus ke Food Court di Dubai Mall yang terletak tidak jauh dari pintu masuk ke Burj Khalifa.
|
Food Court di Dubai Mall |
Kami memilih makanan dari sebuah gerai yang bernama Assia In Wok. Pelbagai makanan Asia dijual di sini dan rasanya juga agak sedap.
|
Gerai Assia In Wok di Food Court, Dubai Mall |
|
Buzzer yang diberi selepas kita memesan makanan. Bila makanan telah siap, buzzer ini akan berbunyi dan kita perlu mengambil sendiri makanan dari gerai. |
|
Dinner kami pada malam ini ~ Mee Goreng. |
Part 50: Kembali Ke Hotel
Pada mulanya, kami bercadang nak mengikut bas Hop-On Hop-Off membuat Night Tour selepas makan malam. Tapi memikirkan kami telah kepenatan dan sukar pulak nak balik ke hotel bila lewat malam selepas Night Tour ini berakhir nanti, kami membatalkan saja hasrat tersebut.
Night Tour yang ditawarkan oleh bas Hop-On Hop-Off terdiri dari 2 route: Creek Route yang melalui kawasan Historic Dubai dan Contemporary Route yang melalui kawasan Modern Dubai. Memandangkan salah sebuah laluan Contemporary Route dalam Night Tour ini ialah Mall Of The Emirates, kami menaiki bas Hop-On Hop-Off ini hanya sampai ke sana sahaja.
|
Bus Night Tour Hop-On Hop-Off. |
|
Pemandangan di luar Dubai Mall pada waktu malam. |
Memandangkan kami hanya nak menaiki bas Hop-On Hop-Off ini sampai ke Mall Of The Emirates yang sebenarnya adalah persinggahan selepas Dubai Mall, kami hanya duduk di tingkat bawah sahaja.
Lupa pulak nak cerita... bas Hop-On Hop-Off ini bukan saja mempunyai Wifi percuma di atas bas, botol air minuman percuma juga disediakan. Botol air ini disimpan di dalam sebuah kotak yang berisi ais di tingkat bawah bas dan boleh diambil pada bila-bila masa tanpa had.
|
Kotak air minuman percuma dalam bas Hop-On Hop-Off |
|
Botol air minuman percuma ini boleh diambil pada bila-bila masa tanpa had. |
Dapat jugalah kita melihat sedikit pemandangan malam Dubai dalam perjalanan pulang ke Mall Of The Emirates bila menaiki bas ni...
|
Burj Khalifa yang berwarna-warni di malam hari. |
|
Bangunan-bangunan pencakar langit. |
|
Pemandangan di Sheikh Zayed Road |
|
Juga pemandangan di Sheikh Zayed Road. |
Kami tiba di Mall Of The Emirates pada pukul 8 malam. Pemandangan di sini berbeza dengan pemandangan pada awal pagi tadi kerana semua kedai perniagaan dibuka ketika ini. Ski Dubai juga nampak meriah dengan pengunjung-pengunjung yang bermain salji di dalamnya.
|
Hotel Kempinski ini menjadi petanda yang kami dah tiba kembali ke Mall Of The Emirates. |
|
Pemandangan malam di Mall Of The Emirates |
|
Ski Dubai |
|
Seronok je nampaknya pengunjung-pengunjung ke Ski Dubai ni naik Chairlift. |
Dari Mall Of The Emirates, kami berjalan kaki balik ke hotel. Sesuatu yang kami perhatikan ialah memang selamat berjalan di Dubai walaupun di waktu malam. Walaupun pembangunan di sini sangat pesat, tidak ada pengemis di tepi jalan dan kadar jenayah di sini sangat rendah berbanding bandaraya-bandaraya lain di dunia yang seumpamanya.
|
Berjalan balik menuju ke hotel. |
|
Tiba kembali ke hotel. |
Bersambung ke Bahagian 19...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):