Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 19: Abu Dhabi (1)
PERJALANAN KE ABU DHABI
HARI KETUJUH (1)
Part 51: Perjalanan Ke Abu Dhabi
Perancangan pengembaraan kami pada Hari Ketujuh di Padang Pasir ini adalah membuat Day Trip ke Abu Dhabi. Perjalanan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi. Jadi seawal pukul 7.30 pagi, kami turun bersarapan di restoran hotel.
|
Buffet Sarapan Pagi di Hotel Ibis Mall Of The Emirates |
|
Sarapan pagi hari ini. |
Sedang kami masih bersarapan lagi, kami disapa oleh seorang lelaki muda yang memperkenalkan dirinya sebagai Chetan. Dia adalah Tour Guide yang akan membawa kami melawat Abu Dhabi hari ini. Hmm, hairan macam mana dia boleh kenal kami dalam ramai-ramai orang yang sedang bersarapan di restoran pagi ini sedangkan kami belum pernah berjumpa?
|
Memulakan perjalanan ke Abu Dhabi |
Chetan
adalah seorang rakyat India yang beragama Islam. Walaupun dia memegang
passport India, dia sebenarnya tak pernah menetap di India. Chetan
dilahirkan di Bahrain sewaktu kedua-dua ibu dan bapanya bekerja di sana.
Dia datang ke Dubai sewaktu berusia belasan tahun untuk tinggal bersama
pakciknya yang berniaga di Gold Souk dan terus menetap di sini sehingga
sekarang.
Sebelum meninggalkan Dubai, Chetan menunjukkan kepada kami sebuah masjid yang mempunyai senibina yang menarik. Masjid ini bernama Masjid Al-Salam. Menurut Chetan, memang menjadi amalan beliau untuk menunjukkan masjid kepada tetamunya setiap kali sebelum memulakan perjalanan ke mana-mana. Dengan cara demikian, dia berharap untuk mendapat keberkatan dalam setiap perjalanan yang dibuatnya.
|
Masjid Al-Salam di Dubai |
|
Masjid ini mempunyai senibina yang menarik |
Walaupun hari itu (Rabu) adalah hari bekerja, perjalanan kami sangat lancar, mungkin sebab perjalanan kami menghala keluar dari Dubai.
|
Menuju ke Abu Dhabi |
Kami menggunakan Sheikh Zayed Road menuju ke Abu Dhabi. Sheikh Zayed Road adalah sebenarnya sebahagian Lebuhraya yang menghubungkan Abu Dhabi, Dubai dan Ras Al-Khaimah.
|
Sheikh Zayed Road |
|
Bangunan-bangunan tinggi di sepanjang Sheikh Zayed Road |
|
Rumah-rumah kediaman yang dikatakan berharga AED 8 juta (RM 9 juta) seunit. |
|
Kagum melihat pangsapuri-pangsapuri di sini |
JEBEL ALI
Dalam perjalanan ke Abu Dhabi, kami melalui sebuah kawasan yang dinamakan Jebel Ali. Pelabuhan Dubai terletak di sini. Lapangan terbang yang terbesar di dunia, Al Maktoum Airport juga terletak di sini. Lapangan Terbang Al Maktoum walau bagaimanapun hanya digunakan oleh pesawat-pesawat kargo. Namun, ia turut berfungsi sebagai lapangan terbang alternatif bagi Dubai International Airport sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
|
Lebuhraya menuju ke Abu Dhabi |
|
Kawasan Jebel Ali ini macam dipenuhi dengan kilang-kilang perindustrian |
|
Kawasan ini dinamakan Jebel Ali Free Zone |
|
Nombor-nombor yang ditunjukkan pada signboard ini adalah nombor-nombor pintu pelabuhan. |
|
Satu lagi pemandangan di Jebel Ali Free Zone |
|
Laluan keluar ke Al Maktoum Airport, lapangan terbang terbesar di dunia yang digunakan oleh pesawat-pesawat kargo. |
|
Pesawat kargo nak mendarat di Al Maktoum Airport |
Banyak tarikan pelancongan baru sedang dibina di kawasan Jebel
Ali. Antara yang menarik perhatian kami ialah sebuah Taman Tema
Bollywood. Kita dah tahu konsep Taman Tema seperti Fox Studios dan
Universal Studios, tapi masih tak boleh membayangkan bagaimana konsep
Taman Tema Bollywood ini.
Taman Tema Bollywood di sini sebenarnya baru dibuka. Kami tak tahu kewujudan taman ini sehingga lalu di sini. Kalau tahu dulu, mungkin taman ini akan menjadi satu agenda dalam program lawatan kami ke Dubai..
|
Pemandangan di Lebuhraya |
|
Al Wajeha Al Bahriah District |
|
Dubai Golf and Country Club adalah resort yang pertama dibina di Dubai. |
|
Kalau tak salah, ini adalah pembinaan Legoland Dubai |
|
Ini pun pembinaan sebuah tarikan pelancongan baru di Dubai |
|
Pintu masuk ke Bollywood Theme Park yang baru dibuka. |
|
Replika Taj Mahal di Bollywood Theme Park dapat dilihat dari Lebuhraya. |
|
Kami
diberitahu bas-bas yang membawa pekerja pembinaan seperti ini memang
tidak dipasang dengan air-cond untuk membolehkan pekerja pembinaan
menyesuaikan diri dengan cuaca sebenar di luar sana. |
Had laju kenderaan di Lebuhraya Dubai-Abu Dhabi adalah 140 km/jam. Tapi kami perhatikan tak siapa pun memandu melebihi had laju yang ditetapkan sebab kamera trafik dipasang di sepanjang lebuh raya.
|
Pengguna-pengguna jalan raya di Dubai sangat berdisiplin. |
|
Pertengahan jalan di antara Dubai dan Abu Dhabi |
|
Had laju maksima di Lebuhraya Dubai-Abu Dhabi adalah 140 km/jam. |
|
Kamera trafik dipasang dengan begitu banyak di sepanjang lebuh raya. |
Jarak di antara Dubai dan Abu Dhabi adalah 146 km dan perjalanan dengan kereta lazimnya memakan masa 1 jam 15 minit. Dalam perjalanan ke Abu Dhabi, kami membuat persinggahan di sebuah stesen minyak yang dinamakan ADNOC Oasis.
|
Keluar sebentar dari Lebuhraya |
|
ADNOC adalah singkatan kepada Abu Dhabi National Oil Company |
|
ADNOC Oasis |
|
Ada pekerja yang mengisi minyak ke dalam kereta di sini, tak seperti di Malaysia yang mengamalkan konsep layan diri di stesen minyak. |
|
Kembali ke Lebuhraya |
Sempadan antara Dubai dan Abu Dhabi ditanda dengan jelas di atas jalan raya. Bila kita masuk ke Emiriah Abu Dhabi, warna jalan rayanya bertukar menjadi lebih gelap.
|
Warna jalan di Abu Dhabi lebih gelap berbanding jalan di Dubai |
|
Lebuhraya di bahagian Abu Dhabi juga dibarisi dengan pokok-pokok di kiri kanan jalan. |
|
Litar Lumba Kereta F1 Abu Dhabi terletak di Yas Island |
|
Kalau seksyen lebuhraya ini di Dubai dinamakan Sheikh Zayed Road, di Abu Dhabi pula ia dikenali sebagai Sheikh Maktoum Bin Rashid Road. |
|
Lebuhraya ini juga sebenarnya menuju ke Arab Saudi. |
|
Semakin menghampiri Abu Dhabi |
|
Dah tiba di Abu Dhabi |
Part 52: Abu Dhabi
Abu Dhabi adalah ibu negara United Arab Emirates. Ia terletak di Emiriah Abu Dhabi yang juga merupakan Emiriah yang terbesar dan terkaya di UAE. Jika selama ini kita kagum dengan kekayaan Dubai, bayangkanlah pula kekayaan Abu Dhabi yang dikatakan lebih berganda-ganda berbanding Dubai. Malah, pembinaan Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi di dunia yang terletak di Dubai itu juga sebenarnya dibina oleh Dubai dengan pinjaman kewangan dari Abu Dhabi.
Jika Dubai mempunyai syarikat penerbangan kebangsaannya yang dinamakan Emirates, Abu Dhabi juga mempunyai syarikat penerbangan kebangsaannya sendiri yang dinamakan Etihad. Sebaik masuk ke bandaraya Abu Dhabi, kami ditunjukkan dengan satu kawasan perumahan yang besar yang dikhususkan untuk kediaman kakitangan syarikat penerbangan Etihad.
|
Perumahan kakitangan Etihad |
|
Pemandangan lebih dekat perumahan kakitangan Etihad |
Walaupun Abu Dhabi lebih kaya berbanding Dubai, ia tidak menunjuk-nunjukkan sangat kekayaannya seperti Dubai. Di Abu Dhabi tak banyak bangunan pencakar langit seperti di Dubai. Namun ada beberapa bangunan yang mempunyai senibina yang moden dan unik seperti di Bangunan Aldar Headquarters. Seperti Syarikat Emaar di Dubai, Aldar adalah syarikat pembangunan hartanah utama di Abu Dhabi.
|
Aldar HQ Building |
|
Lebuhraya berhampiran Aldar HQ Building |
|
Bangunan Aldar HQ ini mempunyai senibina yang unik dan menarik perhatian. |
|
Al Raha Mall adalah antara shopping mall yang terbesar di Abu Dhabi |
|
Al Raha Beach Hotel yang terletak di sebelah Al Raha Mall |
Bandaraya Abu Dhabi yang sebenarnya adalah terletak di atas sebuah pulau di Teluk Arab. Ia dihubungkan dengan tanah besar Semenanjung Arab oleh Sheikh Zayed Bridge.
|
Pemandangan sewaktu masuk ke Sheikh Zayed Bridge |
|
Sheikh Zayed Bridge yang menghubungkan pulau Abu Dhabi dengan Semenanjung Arab. |
|
Jambatan ini dinamakan sempena Emir Abu Dhabi yang juga merupakan Presiden Pertama UAE yang bernama Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan. |
|
Pemandangan sewaktu melalui jambatan |
Selepas melalui Sheikh Zayed Bridge, Chetan membawa kami ke destinasi lawatan kami di Abu Dhabi yang pertama, Sheikh Zayed Grand Mosque.
|
Sheikh Zayed Grand Mosque |
Bersambung ke Bahagian 20...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):