Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 24: Dubai (7)
PALM JUMEIRAH & JUMEIRAH BEACH
HARI KETUJUH (6)
Part 59: Palm Jumeirah, Dubai
Selepas melawat Ferrari World, kami kembali semula ke Dubai. Perjalanan pulang juga melalui jalan sama sewaktu datang ke Abu Dhabi pagi tadi.
|
Pulang ke Dubai |
|
Papan-papan iklan yang menggunakan bintang-bintang Bollywood memang banyak terdapat di UAE. |
Setibanya di Dubai, destinasi kami adalah Palm Jumeirah. Palm Jumeirah adalah sebuah pulau buatan manusia yang berbentuk seperti pokok palma.
|
Pemandangan Palm Jumeirah dari udara. Ihsan dari Google. |
Laluan utama di Palm Jumeirah adalah mengikut batang pokok palma ini. Di kiri-kanan laluan ini, terdapat pangsapuri-pangsapuri kediaman yang cantik dan mewah.
|
Menuju ke Palm Jumeirah. |
|
Laluan utama di Palm Jumeirah yang merupakan batang pokok palma di pulau ini. |
|
Pangsapuri-pangsapuri mewah di batang pokok palma. |
Di pelepah-pelepah pokok palma ini pula (yang dipanggil Frond) terdapat villa-villa kediaman mewah.
|
Pemandangan villa-villa mewah di pelepah (frond) pokok palma. Juga ihsan dari Google. |
|
Pemandangan laluan masuk ke salah sebuah laluan pelepah pokok palma yang menempatkan villa-villa mewah. |
Kami diberitahu yang ada beberapa villa di pelepah pokok palma ini yang diberi secara percuma oleh Kerajaan Dubai kepada beberapa selebriti ternama dunia seperti penyanyi Jay Z, pemain bola David Beckham, pelakon Bollywood Shilpa Shetty, pereka fesyen Giorgio Armani dan lain-lain lagi sebagai promosi kepada selebriti-selebriti lain untuk turut membeli harta di sini. Tapi tak perlulah kita merasa iri hati kepada mereka kerana mendapat villa-villa ini secara percuma, kerana kos maintenance villa-villa ini sebenarnya jauh lebih mahal dari kos untuk membelinya.
|
Terowong bawah laut di Palm Jumeirah. |
|
Pemandangan di dalam terowong |
HOTEL ATLANTIS, THE PALM
Destinasi lawatan kami ke Palm Jumeirah ini sebenarnya adalah Hotel Atlantis, The Palm. Hotel ini adalah satu-satunya hotel mewah yang terdapat di pulau Palm Jumeirah ini.
|
Pemandangan Hotel Atlantis, The Palm dari batang pokok palma. |
Hotel ini sebenarnya terletak di bahagian pulau Palm Jumeirah yang dinamakan The Crescent. Ia adalah sebuah hotel mewah yang hanya mampu diduduki oleh orang-orang yang teramat kaya di dunia saja. Bagi orang-orang marhaen macam kita, memadailah dengan melihat hotel ini dari luar untuk merasai kemewahannya.
|
Pemandangan dari depan Hotel Atlantis, The Palm. |
|
Pemandangan ke arah sana |
|
Pemandangan ke arah sini pulak. |
|
Orang macam kami ni cuma mampu bergambar di depan hotel saja. |
|
Rakyat-rakyat biasa yang lain yang juga hanya mampu nak bergambar di depan hotel. |
Hotel Atlantis, The Palm ini dibina menghadap ke Teluk Arab. Di hadapan hotel ini ada sebuah persiaran jalan kaki yang cantik. Bayangkanlah betapa seronoknya kita berjogging dan bersiar-siar di sini setiap hari kalau kita memiliki rumah di Palm Jumeirah ini.
|
Persiaran jalan kaki di depan Hotel Atlantis, The Palm. |
|
Laluan di depan Hotel Atlantis ini dinamakan The Crescent kerana ia berbentuk bulan sabit. Bayangkanlah betapa seronoknya berjogging dan bersiar-siar di sini setiap hari kalau kita menghuni Palm Jumeirah. |
|
Batu-batu pemecah ombak ini diimport dari Iran sewaktu pembinaannya. |
|
Pemandangan matahari terbenam di The Crescent, Palm Jumeirah. |
Lepas dah puas menjamu mata di sini, Chetan membawa kami meninggalkan Palm Jumeirah menuju ke sebuah lagi hotel mewah di Dubai, Burj Al Arab.
|
Meninggalkan Hotel Atlantis, The Palm |
|
Jambatan di sebelah kiri ini adalah laluan monorail yang dinamakan Metro Dubai. |
|
Shopping Mall yang sedang dalam pembinaan. |
|
Loji penghawa dingin berpusat. |
|
Pemandangan salah sebuah villa mewah yang terletak di pelepah pokok palma yang dilihat dari laluan batang pokok palma. |
|
Masjid di Palm Jumeirah |
|
Laluan kembali ke tanah besar. |
Part 60: Burj Al Arab
Dalam perjalanan ke Burj Al Arab, kami melalui Istana Raja Dubai. Tapi disebabkan istana ini sangat besar, kita hanya dapat melihat tembok pagar istana saja dari luar.
|
Perjalanan menuju ke Burj Al Arab. |
|
Pintu masuk ke istana Raja Dubai. |
Burj Al Arab adalah antara hotel mewah yang terawal dibina di Dubai. Ia telah ada di sini sewaktu kami melawat ke Dubai pada tahun 2002 dulu. Dibuka pada tahun 1999, hotel ini masih mengekalkan status hotel mewahnya sehingga kini.
|
Hotel Burj Al Arab. |
Seperti juga Hotel Emirates Palace di Abu Dhabi, kita tak dibenarkan untuk masuk melawat ke Burj Al Arab jika kita tidak menginap di situ. Satu-satunya cara untuk masuk melawat ke dalam sana ialah dengan menempah buffet makan tengahari (RM 870 seorang) atau makan malam (RM 920 seorang).
|
Taman Tema Air, Wild Wadi yang terletak di sebelah Hotel Burj Al Arab. |
|
Satu lagi pemandangan dari luar Wild Wadi |
Part 61: Jumeirah Beach
Walaupun Burj Al Arab adalah tarikan pelancong yang popular di Dubai, kenderaan tak boleh berhenti di depan hotel ini. Jadi Chetan membawa kami ke Jumeirah Beach di mana katanya, Burj Al Arab boleh dilihat dengan jelas di sana.
Dalam perjalanan menuju ke Jumeirah Beach, kami melintasi sebuah lagi hotel mewah di Dubai yang dinamakan Jumeirah Beach Hotel. Senibina hotel ini unik kerana ia dibina mengikut bentuk sebuah kapal.
|
Jumeirah Beach Hotel |
|
Senibina Jumeirah Beach Hotel unik kerana ia dibina seperti bentuk sebuah kapal. |
|
Masjid berhampiran Jumeirah Beach Hotel. |
|
Klinik pembedahan plastik dan rawatan kecantikan berhampiran Jumeirah Beach. |
Jumeirah Beach yang sebenarnya adalah sebuah pantai awam. Tak seperti pantai-pantai di Malaysia, pantai ini hanya ada pasir dan tidak ada pokok-pokok di sekitarnya.
|
Jumeirah Beach |
Seperti kata Chetan, bangunan Burj Al Arab dapat dilihat dengan jelas dari pantai ini. Secara kebetulan juga, kami tiba di sini sewaktu matahari sedang hampir nak tenggelam. Pemandangan Burj Al Arab dengan berlatar belakangkan matahari yang sedang terbenam ini memang mengasyikkan.
|
Burj Al Arab dengan berlatar belakangkan matahari yang hampir terbenam. |
Chetan memberi masa untuk kami bersiar-siar di pantai. Ada ramai pengunjung ke sini pada petang itu. Namun kami perhatikan, sebahagian besar pengunjungnya adalah golongan expatriate dan pelancong.
|
Pondok Lifeguard |
|
Cara mewah untuk bersiar-siar di Dubai ~ menyewa helikopter dan bot laju. |
|
Berkelah di tepi pantai. |
|
Tempat rehat awam yang disediakan di tepi pantai. |
|
Amaran arus deras |
|
Terkejut juga melihat ada perempuan Mat Salleh yang berbikini di pantai ini. |
|
Lagi suasana pengunjung ke Pantai Jumeirah. |
|
Bergambar dengan berlatar belakangkan Burj Al Arab dan matahari yang sedang terbenam. |
Bersambung ke Bahagian 25...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):