Saturday, 26 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 20 (Sheikh Zayed Mosque)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 20: Abu Dhabi (2)
SHEIKH ZAYED GRAND MOSQUE

HARI KETUJUH (2)

Part 53: Sheikh Zayed Grand Mosque

Sheikh Zayed Grand Mosque yang terletak di Abu Dhabi adalah masjid yang ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ia dibina oleh Presiden UAE yang pertama, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan yang juga dikebumikan di masjid ini selepas baginda meninggal dunia pada tahun 2004.

Atas permintaan Sheikh Zayed sendiri, masjid ini dibina 11 meter dari aras laut dan 9.5 meter di atas jalan raya bagi membolehkan ia dilihat oleh sesiapa sahaja yang datang ke masjid ini dari sebarang arah. Pembinaannya bermula pada tahun 1996 dengan kos USD 545 juta dan siap dibina pada tahun 2007. Keseluruhan pembinaannya memakan masa 12 tahun dengan melibatkan 38 syarikat dan 3,500 orang pekerja dari seluruh dunia.

Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi.
Masjid ini juga adalah salah sebuah persinggahan Big Bus Abu Dhabi.
Ada pintu masuk berasingan yang disediakan untuk pengunjung lelaki dan wanita di sini. Semua pengunjung perlu melalui pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke dalam masjid dan pengunjung-pengunjung yang tidak berpakaian menutup aurat akan diminta untuk memakai jubah-jubah yang disediakan oleh pengurusan masjid.

Pintu masuk pelawat ke Masjid Sheikh Zayed
Pintu masuk berasingan disediakan untuk lelaki dan perempuan.
Rekabentuk Masjid Sheikh Zayed diilhamkan dari senibina Arab, Parsi, Mughal dan Moorish. Rujukan utama dalam pembinaannya adalah Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco. Ia mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 107 meter.

Berjalan menuju ke bangunan masjid.
Masjid ini mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 107 meter.
Senibina masjid ini adalah diilhamkan dari senibina Arab, Parsi, Mughal dan Moorish.
Masjid yang menjadi rujukan utama dalam pembinaannya adalah Masjid Badshahi di Lahore, Pakistan dan Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco.
Taman di Masjid Sheikh Zayed.
Masjid Sheikh Zayed mempunyai 82 buah kubah yang berbagai saiz. Kubah terbesar terletak di tengah Dewan Solat Utama. Kubah terbesar di masjid ini adalah juga kubah masjid yang terbesar di dunia. Ia mempunyai ketinggian 85 meter dengan diameter 32.8 meter dan dibina di tapak masjid ini sendiri oleh pereka yang dibawa khas dari Morocco. Marmar yang digunakan untuk menghiasi bahagian luar masjid ini pula dibawa ke sini dari Greece.

Masjid Sheikh Zayed dihiasi dengan 82 buah kubah pelbagai saiz.
Kubah terbesar di Masjid Sheikh Zayed mempunyai ketinggian 85m dan berdiameter 32.8m.
Kubah terbesar di Masjid Sheikh Zayed adalah juga kubah masjid yang terbesar di dunia.
Masjid ini dibuka untuk tujuan ibadat sepanjang masa. Namun begitu, pelawat yang tidak beragama Islam hanya boleh melawat ke masjid ini setiap hari bermula dari jam 9 pagi sehingga ke 10 malam, kecuali di sebelah pagi pada hari Jumaat. Waktu lawatan ini lebih singkat sewaktu di bulan Ramadan.

Senibina masjid yang sangat mengkagumkan.
Barisan tiang di bahagian luar masjid
Pemandangan ke arah Courtyard Masjid dari luar.
Tiang masjid yang dihiasi dengan motif bunga-bungaan
Kolam air yang cetek di luar masjid.
Perhiasan di tiang masjid juga turut dibina dengan berilhamkan pokok kurma
Sebaik masuk ke dalam masjid, kita diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara "live" dengan tidak berhenti-henti. Menurut Tour Guide kami yang bernama Chetan, ada 6 orang imam yang bertugas membaca Al-Quran setiap hari tanpa henti di masjid ini yang mana pahala dari bacaan ini dihadiahkan kepada Almarhum Sheikh Zayed yang dikebumikan di sini. Bacaan ayat suci Al-Quran tanpa henti ini dibuat atas arahan pemerintah Abu Dhabi sekarang, Sheikh Khalifa yang juga merupakan anak kepada Almarhum Sheikh Zayed.

Bagi yang datang bersendirian ke masjid ini, ada Guided Tours percuma yang disediakan oleh pihak masjid pada waktu-waktu yang tertentu.
Pelancong-pelancong di Masjid Sheikh Zayed
Bacaan ayat suci Al Quran untuk dihadiahkan kepada Almarhum Sheikh Zayed dibuat tanpa henti di masjid ini oleh 6 orang imam setiap hari.
Motif bunga-bungaan yang menghiasi seluruh masjid ini sangat unik dan cantik.
Ada sejumlah 1,048 buah tiang yang dibina di bahagian luar masjid. Ia dihias dengan beribu-ribu batu perhiasan seperti mother of pearl, agate, jasper dan amethyst.
Ada pengawal yang mengawal pengunjung supaya tidak masuk ke bahagian Courtyard masjid ini.
Jika kita mendongak ke atas di laluan luar masjid, kita dapat melihat bahagian dalam beberapa buah kubah masjid. Bahagian dalam kubah ini dihias dengan gaya Morocco dan dibina dari sejenis reinforced plaster yang dinamakan GRG. Sekeliling kubah ini dihiasi dengan ayat-ayat Al Quran.

Pemandangan bahagian dalam kubah yang dilihat dari laluan di luar masjid
Courtyard di masjid ini boleh memuatkan 41,000 jemaah.
Sesuatu yang unik di Abu Dhabi ialah panggilan azannya hanya dibuat di Masjid Sheikh Zayed. Semua masjid lain di Abu Dhabi dipasang dengan sistem satelit yang menyiarkan panggilan azan dari masjid ini. Makanya, bila kita mendengar panggilan azan dari mana-mana masjid di Abu Dhabi, ia adalah sebenarnya panggilan azan dari Masjid Sheikh Zayed.

Berjalan ke Dewan Solat Utama
Tempat meletak kasut di luar Dewan Solat Utama
Masjid Sheikh Zayed dibina dengan marmar berwarna putih kerana putih adalah warna kegemaran Sheikh Zayed. Sheikh Zayed dikatakan sangat suka kepada warna putih kerana ia melambangkan kesucian dan keimanan. Motif bunga-bungaan yang menghiasi dinding masjid juga digunakan kerana Sheikh Zayed sangat cinta kepada alam sekitar.

Motif bunga-bungaan menghiasi dinding di bahagian dalam masjid.
Motif bunga-bungaan digunakan sebagai perhiasan dinding kerana pembina masjid ini, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan sangat gemarkan alam sekitar.
Motif bunga-bungaan ini membuatkan Masjid Sheikh Zayed kelihatan unik.
Salah sebuah chandelier yang digunakan untuk menghias masjid.
Motif bunga-bungaan juga digunakan pada lantai masjid.
Binaan tingkap kaca yang besar dan tinggi di sekitar masjid membolehkan cahaya matahari masuk ke dalam.

Tingkap yang besar dan tinggi di Masjid Sheikh Zayed
Dah puas meninjau di bahagian luar, kita masuk ke dalam Dewan Solat Utama pula. Dewan ini berhawa dingin dan boleh memuatkan 5,000 jemaah.

Pintu masuk ke Dewan Solat Utama
Sliding Door masuk ke Dewan Solat Utama
Pemandangan sebaik masuk ke Dewan Solat Utama
Pengunjung hanya boleh melawat bahagian dalam masjid mengikut laluan yang ditetapkan.
Centrepiece di Dewan Solat Utama ini adalah permaidaninya. Permaidani buatan tangan yang menghiasi masjid ini dibuat oleh 1,200 orang wanita di Khorasan yang terletak di timur Iran. Ia adalah permaidani buatan tangan yang terbesar di dunia.

Pembuatan keseluruhan permaidani ini memakan masa 2 tahun dengan kos lebih dari USD 8.5 juta. Untuk kemudahan pengangkutan, permaidani seberat 45 ton ini didatangkan dalam beberapa kepingan yang disambung semula di dalam masjid ini. Hasil akhirnya adalah sekeping permaidani sebesar 5,700 meter persegi dengan 70% bulu kambing dan 30% kapas. Bulu kambing yang digunakan dalam pembuatan permaidani ini berasal dari Iran dan New Zealand.

Dinding di sekitar Mihrab Masjid dihiasi dengan 99 Nama Allah SWT.
Pemandangan Mihrab Masjid
Permaidani di dalam masjid ini diberi warna hijau kerana ia adalah juga warna kegemaran Sheikh Zayed.
Pelawat-pelawat di dalam masjid.
Rak simpanan Al Quran
Ada 7 buah chandelier buatan Faustig dari Munich, Germany yang digunakan untuk menghias dewan-dewan dan foyer masjid. Chandelier yang terbesar dipasang di Dewan Solat Utama. Chandelier ini juga adalah chandelier terbesar yang dipasang di dalam masjid di dunia dan beratnya adalah sekitar 12 ton.

Chandelier terbesar di Masjid Sheikh Zayed ini mempunyai ketinggian 10 meter, lebar 10 meter dan beratnya adalah 9 ton.
Chandelier ini disadur dengan emas 24 Karat.
Beribu-ribu kristal Swarovski juga digunakan untuk menghias chandelier ini.
Chandelier ini berharga lebih USD 8 juta.
Pemandangan chandelier dari jauh.
Pengunjung dibenarkan bergambar di dalam Masjid Sheikh Zayed. Namun begitu, ada peraturan bergambar yang perlu diikuti. Aksi-aksi mesra, gembira yang dianggap melampau dan tidak sopan tidak dibenarkan. Pengawal-pengawal masjid sentiasa memantau gelagat pengunjung bergambar di sini. Mereka akan segera menegur kalau ada yang posing keterlaluan sehingga mencemarkan kesucian masjid.

Bergambar di Dewan Solat Utama. Perlu mematuhi etika yang ditetapkan jika nak bergambar di dalam masjid ini.
Aksi-aksi bergambar yang tidak dibenarkan di perkarangan Masjid Sheikh Zayed.
Pengawal-pengawal di sekitar masjid akan sentiasa memantau aksi pengunjung bergambar di sini.
Kalau berkunjung ke Dewan Solat Utama ini, anda pasti perasan ada tiang-tiang yang didirikan di dalam dewan. Kami diberitahu tiang-tiang ini telah didirikan kemudian selepas pembinaan masjid siap.

Setelah masjid dibuka kepada orang awam, pengurusan masjid mendapati pengudaraan masjid tidak selesa bila masjid dikunjung oleh terlalu ramai jemaah. Oleh yang demikian, sistem ventilasi mekanikal terpaksa dipasang untuk keselesaan jemaah beribadah. 

Tiang-tiang tambahan perlu didirikan di sekitar Dewan Solat Utama untuk menempatkan sistem ventilasi ini. Kedudukan tiang dan sistem ventilasi diatur sedemikian rupa untuk menempatkan 99 buah tiang. Bilangan 99 buah tiang ini juga sejajar dengan konsep 99 Nama Allah SWT.

Tiang-tiang yang didirikan di tengah Dewan Solat Utama untuk menempatkan sistem ventilasi mekanikal.
Kedudukan sistem ventilasi diatur supaya 99 buah tiang keseluruhan dibina untuk menempatkannya, sejajar dengan konsep 99 Nama Allah SWT.
Pemandangan sistem ventilasi mekanikal dari tepi.
Setiap sistem ventilasi disokong oleh 4 batang tiang.
Perhiasan lantai di celah tiang.
Tiang-tiang tambahan ini juga menambah keunikan pada Masjid Sheikh Zayed.
Pemandangan sistem ventilasi mekanikal dari bawah.
Pemandangan 3 buah chendelier yang diletakkan sebaris di Dewan Solat Utama
Kerusi turut disediakan untuk jemaah yang uzur.
Waktu Solat
Bergambar dengan motif bunga-bungaan di luar Dewan Solat Utama
Kembali ke laluan di luar masjid
Mengambil kasut kembali dari rak yang disediakan.
Courtyard Masjid Sheikh Zayed tidak bebas untuk dimasuki pelawat. Hanya satu seksyen sahaja yang dibuka kepada pelawat dan kami terus berkunjung ke sana.

Courtyard masjid hanya boleh dimasuki dari seberang sana.
Drinking Fountain yang disediakan di Masjid Sheikh Zayed. Lelaki yang berbaju biru adalah Tour Guide kami, Chetan.
Kolam air di luar masjid ini menambahkan kedamaian suasana masjid.
Pemandangan menghala ke taman dari laluan luar masjid.
Satu lagi pemandangan taman yang indah.
Kami terus menuju ke Courtyard di Sheikh Zayed Mosque. Walaupun Courtyard ini boleh menampung sehingga 41,000 jemaah, ia jarang digunakan kecuali pada bulan Ramadan dan ketika Solat Hari Raya Aidil Fitri serta Aidil Adha di mana ketika itu menjadi kelaziman kepada penduduk dan permastautin di seluruh Abu Dhabi datang berkumpul di sini.

Pengunjung hanya dibenarkan masuk ke Courtyard Masjid hanya di sini.
Pemandangan bangunan masjid dari tengah Courtyard
Ada dua jenis marmar yang digunakan di Courtyard masjid ini: yang berwarna putih dan yang berwarna-warni. Memang sejuk kalau kita memijak marmar putih di Courtyard ini dan Myself pernah terbaca yang marmar yang berwarna pula menyerap haba dan boleh melecur kaki kalau kita memijaknya di tengah panas. Namun mungkin juga disebabkan faktor cuaca ketika itu, marmar berwarna ini tidaklah sepanas yang diceritakan itu bila kami memijaknya.

Mengambil gambar bangunan masjid dari tengah Courtyard.
Pengunjung-pengunjung di Courtyard Masjid.
Bila melihat gelagat pengunjung bergambar di sini, teringat cerita di mana penyanyi popular dari Amerika Syarikat, Rihanna ditegur dan diusir keluar dari Masjid Sheikh Zayed pada satu ketika dulu kerana tidak mematuhi etika yang ditetapkan ketika bergambar.
Ukiran marmar timbul yang menarik pada dinding masjid.
Sebelum meninggalkan Masjid, kami sempat meninjau kawasan tandas dan tempat berwuduk di basement masjid. Senibina di sini juga sangat mengkagumkan kita.

Laluan masuk ke tandas dan tempat wuduk.
Tempat Berwuduk di Masjid Sheikh Zayed
Masjid Sheikh Zayed memang cantik dan menarik untuk dilawati. Sewaktu kita di sini juga, kita dapat mengenali peribadi sebenar Sheikh Zayed, pemerintah Abu Dhabi yang membina masjid ini. Dari sejarah pembinaan masjid ini kita dapat merasakan bahawa walaupun dia seorang raja yang kaya dan hebat, Sheikh Zayed juga adalah seorang manusia yang merendah diri dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Berjalan keluar dari perkarangan masjid.
Pemandangan masjid sewaktu berjalan keluar.
Taman Masjid
Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi
Tempat letak kereta di Sheikh Zayed Grand Mosque
Pemandangan dari kereta sewaktu menuju ke bandaraya Abu Dhabi.


 Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):