Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 11: Kuwait (10)
BAIT AL-OTHMAN MUSEUM (3)
HARI KEEMPAT (4)
Part 29(3): Bait Al-Othman Museum (3)
Masih lagi menyambung lawatan kita ke Bait Al-Othman Museum di Kuwait City dalam entry ini kerana ada banyak yang hendak diceritakan dan dikongsi bersama...
DRAMA MUSEUM & THE KUWAITI SOUQ
Satu ketika dulu, Kuwait pernah menjadi pusat filem dan drama TV di Dunia Arab. Tapi status "Bollywood" bagi Dunia Arab ini kini telah berpindah ke Egypt di mana 3/4 drama dan filem berbahasa Arab dihasilkan di negara itu. Seksyen Drama Museum & The Kuwaiti Souq diabadikan untuk memperingati zaman kegemilangan tersebut.
|
Seksyen Drama Museum ini ditaja oleh Kuwait National Cinema Co. |
|
Projektor filem yang pertama digunakan di Kuwait. |
|
Pemandangan dalam replika panggung wayang. |
|
Wajah tokoh-tokoh seni Kuwait diabadikan pada dinding panggung wayang ini. |
Di seksyen ini juga terdapat replika-replika kedai dan pasar lama (souq) yang banyak digunakan dalam drama-drama Arab pada masa dulu. Kalau kita mengikuti perkembangan drama dan filem Arab, mungkin kita boleh relate dengan drama yang menggunakan set penggambaran seperti yang ditunjukkan di sini. Bagi kita yang tak tahu langsung pasal drama dan filem Arab ni, set-set yang ditunjukkan menunjukkan kita tentang cara orang-orang Arab zaman dulu berniaga.
|
Drama Museum & The Kuwaiti Souq |
|
Katanya dulu ada sebuah drama Arab yang sangat popular di Kuwait mengenai Flying Carpet ini. |
|
Replika kedai barang-barang kimia. |
|
Kedai hardware ni kot. |
|
Beginilah gambaran souq lama di Kuwait pada tahun 1940-an dulu. |
|
Menarik. |
|
Kedai runcit. Perhatikan botol Coca-Cola klasik pada iklan di kedai ini. |
|
Kedai kulit |
|
Satu lagi pemandangan di Kuwait Old Souq |
|
Yang ini juga kelihatan menarik. Tapi tak tahu apa fungsi sebenar tempat ini di souq pada masa dulu. |
|
Kain guni yang digunakan sebagai lapik. |
|
Kerusi tempat duduk pengantin yang dinamakan "Koosha". |
|
Baju Pagoda dengan Kain Pelikat ini pun ada juga di Kuwait. |
|
Kedai Permaidani, Mutiara dan Barang Antik |
|
Pemandangan dalam Kedai Barang Antik. |
|
Lorong menuju ke Kafetaria Muzium |
|
Sudut rehat di Kafetaria Muzium |
Ada lagi replika kedai-kedai yang menarik di sini...
|
Pemandangan dari luar Kedai Shisha |
|
Pemandangan di dalam Kedai Shisha |
|
Memandangkan rakyat dulu ramai yang tak tahu membaca dan menulis, khidmat Writer seperti ini banyak diperlukan untuk menyediakan dokumen rasmi. |
|
Pameran Alat Muzik tradisional |
|
Farmasi |
|
Kedai Al Sayeg (kiri) dan Kedai Al Hadad (kanan) |
|
Al Hadad (Tukang Besi) |
|
Al Sayeg (Tukang Barang Kemas) |
|
Al Halwachi (Pembuat Roti) |
|
Pemandangan di luar Kedai Al Halwachi |
DESERT LIFE MUSEUM
Sekarang kita melawat ke seksyen paling menarik di muzium ini yang Myself namakan Desert Life Museum. Myself tak tahu nama sebenar Seksyen ini kerana namanya hanya ditulis dalam Bahasa Arab.
|
Pintu ini adalah laluan masuk ke Desert Life Museum. |
Desert Life Museum memaparkan cara hidup masyarakat Arab Badwi di padang pasir. Kita dapat melihat khemah dan mendalami bagaimana orang-orang Arab Badwi ini menjalani kehidupan seharian mereka di tengah-tengah gurun yang tandus.
|
Desert Life Museum |
|
Memang kelihatan hidup replika padang pasir ini di sini. |
|
Binatang-binatang ternakan |
Myself memang kagum dengan pameran di Desert Life Museum ini. Selama ini kita hanya membaca dan menonton di TV sahaja tentang kehidupan Orang Badwi di padang pasir. Bila tiba di sini, barulah jelas tentang kehidupan mereka.
Yang paling terkesan di hati Myself ialah bila melawat ke sini, barulah kita dapat membayangkan bagaimana keadaan sebenar kisah Nabi-Nabi yang selama ini hanya dibaca dalam buku-buku agama. Dalam kisah Nabi-Nabi yang terdahulu dari Nabi Muhammad SAW, selalu diceritakan yang para Nabi dan keluarga mereka tinggal di dalam khemah di padang pasir. Di sini barulah kita tahu tentang keadaan sebenar khemah yang diceritakan.
|
Khemah Badwi di padang pasir. |
|
Orang-orang Badwi selalunya mengembara bersama-sama kabilah mereka. Jadi bila mereka decide nak menetap di sesuatu kawasan, banyaklah khemah-khemah yang didirikan untuk menempatkan keluarga-keluarga mereka |
|
Orang Badwi tradisional bergerak ke sana-sini dengan menaiki unta. Tapi Orang-orang Badwi moden pada masa sekarang bergerak menggunakan kenderaan-kenderaan yang moden juga. |
|
Patung adik perempuan sedang belajar di dalam khemah. |
Dah puas melihat keadaan sekeliling di padang pasir, kita pergi pula dekat dengan khemah utama untuk meninjau apa yang ada di sana.
|
Khemah utama. |
|
Ruang Tamu di khemah utama. |
|
Patung wanita-wanita Badwi di dalam khemah. Memang seram tengok rupa patung-patung yang berpakaian serba hitam ni... |
|
Patung wanita Badwi berehat di dalam khemah. |
|
Kambing ternakan dan teko-teko untuk jualan. |
|
Pemandangan dekat Ruang Tempat Tidur di dalam khemah. |
|
Dapur untuk memasak. |
|
Oleh kerana hujan jarang sekali turun di padang pasir, memang senang nak memasak di luar begini. |
Kita lihat dengan lebih dekat aktiviti yang berlangsung di dalam khemah utama sekarang...
|
Wanita Badwi sedang menenun kain. |
|
Orang Badwi selalunya mempunyai lebih dari seorang isteri. Jadi bilik-bilik berasingan untuk isteri-isteri mereka juga disediakan dalam khemah. |
|
Jiran dari bilik sebelah datang menegur. |
|
Jiran yang datang menegur |
Selain pameran khemah Badwi, kita juga dapat melihat haiwan-haiwan tipikal yang biasa dilihat di padang pasir di sini.
|
Helang adalah haiwan peliharaan kegemaran orang-orang Arab Badwi. |
|
Mata air di kawasan perkhemahan. |
|
Helang-helang yang diletakkan di sini adalah bangkai haiwan yang telah diawet. |
|
Pemandangan dekat adik yang sedang duduk di dalam khemah. |
|
Ayam-ayam hidup yang berterbangan ke sana sini juga ada di sini untuk menjadikan replika padang pasir ini lebih "live". |
|
Susu kambing yang sedang ditapai untuk dijadikan keju. |
|
Dhab hidup yang diletakkan dalam bekas kaca. |
|
Mujurlah Dhab ini dikurung dalam bekas kaca. Bayangkan kalau ia dibenarkan merayap kat padang pasir ni. Gelinya!!! |
SPORTS MUSEUM
Di luar Desert Life Museum ada seksyen yang didedikasikan untuk perkembangan sukan. Special emphasis diberikan kepada kejayaan pasukan bolasepak Kuwait yang berjaya melayakkan diri ke Kejohanan FIFA World Cup di Spain pada tahun 1982.
|
Padang bola sepak mini di Sports Museum. |
|
Piala-piala yang pernah dimenangi oleh pasukan bolasepak Kuwait dalam pelbagai kejohanan. |
|
Jersi pasukan bolasepak Kuwait |
|
Lagi pemandangan di Sports Museum |
KUWAIT IN MINIATURE
Ada satu seksyen di muzium ini di mana terdapat replika kampung mini Kuwait dan aktiviti yang berlangsung di dalamnya. Disebabkan kita juga tak tahu nama sebenar seksyen ini, kita namakan sajalah ia sebagai "Kuwait In Miniature".
|
Model mini perkampungan Kuwait. |
|
Pemandangan model kampung mini dari tepi. |
|
Pemandangan di dalam kampung. |
|
Model rumah tradisional Kuwait yang dibina dari lumpur dan batu laut. |
|
Layout dalaman rumah tradisional Kuwait |
|
Gembala binatang. |
|
Kelong menangkap ikan |
|
Cara tradisi mengangkat pintu-pintu tradisional untuk dipasang pada rumah dan bangunan. |
|
Mengisar bijirin untuk dijadikan tepung |
|
Mengangkut air minuman dari perigi |
|
Menumbuk tepung untuk memasak. |
Tapi tak semua pameran di sini berbentuk miniature. Ada juga sedikit pameran life-sized di sini.
|
Peralatan-peralatan dapur untuk memasak. |
|
Dapur tradisional untuk membakar roti. |
|
Makanan-makanan tipikal di dapur Orang Kuwait. |
|
Sekali lagi kita terkejut bila terserempak dengan patung perempuan berpakaian hitam sedang menjenguk ke luar tingkap... Haishh!! |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):