Tuesday, 1 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 01 (KL - Dubai)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 1: PERJALANAN KE DUBAI


Part 1: Bercuti Ke Padang Pasir

Pernah tak anda terfikir nak bercuti ke padang pasir? Jujur Myself katakan, Myself tak pernah terfikir nak berbuat begitu. Namun kadang-kala Allah SWT memberikan kita rezeki dari arah yang tidak tersangka, seperti perjalanan kami ke Kuwait, Dubai dan Abu Dhabi ini.

Segalanya bermula bila Husband mendapat jemputan dari rakan baiknya yang bertugas sebagai Duta Malaysia ke Kuwait untuk melawat beliau di sana. Pada mulanya, Myself hanya menyuruh Husband saja pergi bersendirian kerana memikirkan kos yang mahal dan kita perlu mengambil cuti yang panjang untuk membuat perjalanan ini. Tapi disebabkan kami selalu travel bersama dan dia tak seronok berjalan sendiri, Husband terus memujuk kita pergi bersama. Selepas berfikir panjang, Myself akhirnya bersetuju kerana memikirkan Kuwait bukanlah negara yang mudah dikunjungi kalau saja-saja nak bercuti ke sana. Maka terpaksalah kita berjimat-jimat cuti sebagai persediaan untuk melawat Kuwait.

Disebabkan tiket penerbangan ke Kuwait tidak murah, rakan Husband juga mencadangkan supaya kami turut mengambil kesempatan untuk melawat ke sebuah negara Timur Tengah lain dalam perjalanan ini. Setelah diriki-riki, kami mendapati tiket penerbangan termurah untuk berkunjung ke Kuwait adalah menggunakan penerbangan Emirates yang memerlukan kami membuat persinggahan transit di Dubai. Maka kami memutuskan untuk berkunjung ke Dubai pula dalam perjalanan balik ke Malaysia kelak selepas melawat Kuwait. Sementelah dah tiba ke Dubai tu, kami turut membuat keputusan untuk turut berkunjung ke Abu Dhabi yang terletak berdekatan dengan Dubai.

Akhirnya pada penghujung bulan Oktober 2016, terjadilah percutian kami ke dua buah negara di Timur Tengah: Kuwait dan United Arab Emirates di mana letaknya Dubai dan Abu Dhabi.

Peta kedudukan Kuwait dan United Arab Emirates (UAE) di Timur Tengah. Kedua-dua bandaraya Dubai dan Abu Dhabi terletak di negara UAE.

Part 2: Persiapan Berkunjung Ke Kuwait

Rakyat Malaysia perlu mendapatkan visa untuk masuk ke Kuwait. Bagi rakyat Malaysia, kita sebenarnya boleh mendapat Visa On Arrival sewaktu tiba di Lapangan Terbang Kuwait. Namun bermula dari bulan Julai 2016, Kerajaan Kuwait telah memperkenalkan permohonan e-Visa bagi rakyat beberapa negara (termasuk Malaysia) untuk lebih memudahkan urusan Visa On Arrival ini.

Dari maklumat yang dibaca, visa yang diberi kepada rakyat Malaysia membolehkan kita tinggal selama 3 bulan di Kuwait. Jadi dua bulan sebelum kami berlepas ke Kuwait, kami membuat permohonan e-Visa. Permohonan e-Visa ini boleh dibuat menggunakan website. Isi saja semua maklumat yang diminta dan kita akan diberi satu nombor rujukan melalui e-mail setelah semua maklumat lengkap diisi.

Website permohonan e-Visa ke Kuwait
Terperanjat sungguh kami bila 2 jam kemudian, kami mendapat e-mail dari Ministry of Interior Kuwait yang e-Visa kami telah lulus. Efisien sungguh! Tapi kami lebih terperanjat bila mendapati e-Visa yang diberi hanya sahlaku dalam tempoh sebulan sahaja dan e-Visa ini akan luput sebelum kami tiba di Kuwait. Rupa-rupanya pemilik e-Visa perlu masuk ke Kuwait dalam tempoh sebulan dari tarikh kelulusan e-Visa. Selepas masuk ke Kuwait, barulah kita akan diberi visa sebenar. Makanya, sebaik tamat tempoh e-Visa kami itu, terpaksalah kami membuat semula permohonan e-Visa yang baru.

Notifikasi kelulusan e-Visa dari Ministry of Interior Kuwait melalui e-mail.
Walaupun bayaran tidak dikenakan untuk mendapatkan e-Visa Kuwait, kita perlu membayar KD3 (RM40) untuk mendapatkan visa sebenar setelah tiba di Kuwait nanti. Memandangkan kami tak pasti sama ada terdapat Money Changer sebelum melepasi pemeriksaan imigresen di Airport Kuwait nanti, kami berusaha mencari matawang Kuwait sejak di Malaysia lagi. Tapi matawang Kuwait ni cukup sukar dicari di Malaysia. Satu-satunya tempat di mana kita boleh mendapatkan matawang ini adalah di bank Kuwait Finance House.

Kuwait Finance House di KL Sentral
Matawang Kuwait yang dinamakan Kuwait Dinar adalah matawang tertinggi di dunia di mana ketika itu KD1 = USD3.50 = RM14. Selain dari di Kuwait Finance House, kami juga menemui beberapa Money Changer di KL Sentral yang juga menjual matawang ini. Tapi kadar tukarannya sangat mengecewakan berbanding di Kuwait Finance House. Jadi kalau ada sesiapa yang ingin berkunjung ke Kuwait dan mencari matawang Kuwait Dinar, memang kami sarankan supaya berurusan di Kuwait Finance House sahaja. Kami juga dinasihatkan oleh staf di Kuwait Finance House untuk menukar baki wang Kuwait Dinar ini kepada matawang US Dollar sebelum pulang ke Malaysia kerana kadar tukaran matawang ini di sini tidak begitu memberangsangkan disebabkan kurang permintaan.

Matawang Kuwait Dinar yang merupakan matawang tertinggi di dunia.
Selepas mendapat kelulusan e-Visa dan membuat pertukaran wang Kuwait Dinar, timbul pulak satu masalah lain. Sehari sebelum tarikh kami berlepas ke Kuwait, kami mendapati terdapat kesilapan pada nombor rujukan tiket penerbangan kami yang diuruskan melalui travel agent di Malaysia sehingga menyebabkan kami tak dapat membuat online check-in melalui website Emirates. Terpaksalah berhubung pulak dengan mereka untuk membetulkan kesilapan tersebut. Syukurlah kami sedar kesilapan ini sehari sebelum berlepas. Kalau tidak, mahu kami tersangkut kat KLIA pagi-pagi masa nak berlepas ke Kuwait tu nanti. 

HARI PERTAMA (1)

Part 3: Dari KL Terbang Ke Kuwait

Akhirnya pada 20 Oktober 2016, kami berlepas ke Kuwait City. Penerbangan kami Emirates EK 345 dijadualkan berlepas dari KLIA menuju ke Dubai pada pukul 10.30 pagi. Tak seperti kebanyakan perjalanan kami yang lain, kami dapat menunaikan Solat Subuh dengan selesa di rumah sebelum berlepas ke KLIA. Macam biasa, kami menempah khidmat Airport Limo untuk membawa kami ke KLIA.

Tiba di KLIA
Suasana pagi di KLIA
Ini adalah sebenarnya kali kedua kami terbang menggunakan penerbangan Emirates. Kali pertama adalah sewaktu menunaikan Umrah pada tahun 2002 dulu. Ketika itu, perkhidmatan Emirates tidaklah sebegitu hebat seperti sekarang.

Terbang bersama Emirates
Boarding Pass kami sehingga ke Kuwait
Selepas check-in, kita bersarapan dulu di KLIA.

Sarapan pagi di KLIA
Kemudian barulah kita bergerak menuju ke Pintu Perlepasan yang terletak di Bangunan Satelit dengan menaiki Aerotrain menuju ke sana.

Sebuah ERL yang baru tiba di KLIA.
Kaunter Pemeriksaan Imigresen di Perlepasan Antarabangsa di KLIA.
Kita semak dulu monitor di sini untuk memastikan tiada perubahan pada pintu perlepasan.
Itu dia penerbangan kita - Emirates EK 345 yang berlepas dari Pintu C27.
Naik Aerotrain ke Pintu Perlepasan
Kenangan bercuti ke India pada tahun 2012 dulu muncul kembali sewaktu kami tiba di Pintu Perlepasan C27. Ini adalah kerana kami juga berlepas dari pintu perlepasan ini ketika itu.

Panggilan untuk pesawat Emirates EK 345.
Pesawat Emirates yang akan membawa kami ke Dubai.
Penumpang-penumpang Emirates di Pintu C27
Berjalan masuk ke dalam pesawat.
Pemandangan di dalam pesawat Emirates. Ada banyak kerusi kosong dalam penerbangan ini.
Penerbangan Emirates menyediakan 3 penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai setiap hari. Pesawat Emirates yang kami naiki adalah dari jenis Boeing 777-300ER. Kalau nak naik Airbus 380 yang besar tu, kenalah bersengkang mata sebab ia berlepas pukul 1 pagi setiap hari. Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai ini memakan masa 6 jam 40 minit.

Tak ramai penumpang ke Dubai pagi ini. Kata peramugari, ada 200 tempat kosong dalam pesawat kami. Jadi selepas pesawat berlepas ke udara, ramai yang berpindah ke tempat duduk 4 sebaris di tengah pesawat untuk tidur dengan selesa di sana. Selama ini Myself sangka, Malaysia Airlines saja yang banyak kerusi kosong dalam setiap penerbangan di luar musim cuti sekolah. Rupa-rupanya Emirates pun sama.

Sebelum berlepas ke Dubai, Kapten Pesawat memperkenalkan krew yang bertugas. Seperti pesawat-pesawat dalam syarikat penerbangan Timur Tengah yang lain, krew penerbangan kami datang dari seluruh dunia. Mereka datang dari 11 negara dan boleh bertutur dalam 14 bahasa dunia.

Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai.
Pesawat kami bergegar dengan agak teruk sebaik masuk ke Laut Andaman selepas melintas Wilayah Aceh di Pulau Sumatera. Boleh dikatakan turbulence ini berterusan sepanjang masa kami berada di Teluk Bengal. Ada sekali tu, pesawat macam terlambung ke atas sehingga ramai yang terjerit. Walaupun kita suka travel, part-part bila kapalterbang berdepan dengan turbulence memang sentiasa mencemaskan. Memang ada hikmahnya bila berdepan dengan turbulence begini. Ia menyebabkan kita secara automatik lebih dekat kepada Pencipta. Tak ada apa yang dapat kita buat sebagai penumpang ketika ini, selain berserah kepada Allah dan percaya kepada kebolehan pilot yang membawa kapalterbang tu.

Sajian penerbangan pagi ini ~ Nasi putih dengan Kari Ayam.
Alhamdulillah, kami tak lagi mengalami turbulence yang teruk setelah sampai di bumi India. Barulah kita rasa relax sikit di sini. Bagus juga naik pesawat yang tak ramai penumpang macam ni ~ tak perlu beratur kalau nak menggunakan tandas di dalam pesawat.

Pesawat kembali tenang setelah tiba di benua India.
Cuba uji kebolehan anda membaca nama bandar-bandar ini dalam tulisan Arab.
Betul ke pilot dah boleh nampak Mumbai dari sini?
Pertengahan jalan di antara Dubai dan Kuala Lumpur.
Terbang lagi menuju ke Dubai.
Selain dari sajian penerbangan yang standard tu, penumpang-penumpang Emirates juga boleh meminta sajian mee segera pada bila-bila masa. Tapi mee segera ini tak ada pilihan, cuma mee jenama Koka perasa vegetarian.

Mee Segera jenama Koka perasa Vegetable.
Makan Mee Segera dalam kapalterbang. Sedap juga mee ni.
Tak lama selepas itu, penumpang sekali lagi diberikan Sajian Penerbangan kira-kira sejam setengah sebelum mendarat. Heheh... Ingatkan dah tak ada sajian penerbangan lagi. Sebab tu la kami minta Mee Segera dari Peramugara.

Sajian ringan sebelum pendaratan. Termasuk juga dalam gambar ini ialah Mee Segera Koka yang masih belum habis dimakan sewaktu sajian ini diberi kepada kami.
Terbang di Laut Arab
Tiba di Semenanjung Arab.
Pergunungan Semenanjung Arab
Dah hampir tiba ke Dubai
Padang pasir yang luas muncul dalam pandangan sewaktu kami menghampiri Lapangan Terbang Dubai. Disebabkan ketika itu tengahari di Semenanjung Arab, mentari juga memancar terik di luar sana.

Padang pasir seluas mata memandang.
Lagi pemandangan padang pasir yang meluas.
Sedikit kehijauan di tengah padang pasir.
Pesawat kami selamat mendarat di Terminal 3, Dubai International Airport pada pukul 1.10 tengahari. Dubai dengan Malaysia mempunyai perbezaan waktu selama 4 jam di mana waktu di Dubai lebih lewat berbanding di Malaysia.

Selamat mendarat di Dubai.
Terminal 3 di Dubai International Airport
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.

Part 4: Transit Di Dubai

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, pesawat kami docking di Terminal 3 yang dibina khusus bagi kegunaan pesawat-pesawat Emirates. Persinggahan transit kami di sini adalah selama 1 jam 30 minit.  

Selamat tiba di Dubai.
Welcome To Dubai International Airport.
Berjalan menuju ke kawasan Connections.
Stroller kanak-kanak percuma ini disediakan di serata tempat di Airport Dubai.
Berjalan mencari Pintu Perlepasan untuk penerbangan sambungan ke Kuwait.
Disebabkan kami telah mendapat Boarding Pass untuk penerbangan sambungan dari Dubai ke Kuwait City semenjak dari di KLIA lagi, kita boleh terus berjalan menuju ke Pintu Perlepasan yang ditetapkan. Sambil berjalan menuju ke sana, kami terkesima melihat kecanggihan airport ini.

Lif canggih yang sangat besar di Airport Dubai. Kedua-dua pintu dalam gambar ini sebenarnya adalah untuk satu lif ini sahaja.
Pintu Perlepasan kami yang seterusnya sebenarnya terletak tidak jauh dari Pintu Ketibaan kami. Namun disebabkan kita masih perlu melalui pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke Pintu Perlepasan, terpaksalah kita berjalan jauh pusing-pusing lapangan terbang sebelum tiba ke pintu ini.

Menunggu keretapi ke Pintu Perlepasan.
Penumpang-penumpang berjalan keluar dari keretapi.
Dalam keretapi menuju ke Pintu Perlepasan.
Naik sebuah lagi lif besar yang canggih tu selepas naik keretapi.
Pemandangan di kawasan Pintu Perlepasan untuk ke Kuwait.
Disebabkan masih ada masa sebelum perlepasan pesawat seterusnya ke Kuwait, kami sempat menunai Solat Jamak Zohor dan Asar di sini.
Pintu Perlepasan pesawat kami ke Kuwait adalah B19.
Rolex dalam Bahasa Arab.


Bersambung ke Bahagian 2 ...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):