Sunday, 13 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 12 (Bait Al-Othman 4)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 12: Kuwait (11)
BAIT AL-OTHMAN MUSEUM (4)

HARI KEEMPAT (5)

Part 29(4): Bait Al-Othman Museum

Masih lagi kita berada di Bait Al-Othman Museum yang sangat awesome ini. Terlalu banyak yang menarik di sini dan terlalu banyak yang ingin Myself coretkan, bukan saja untuk dikongsi dengan pembaca, tetapi juga untuk kenangan selepas meninggalkan Kuwait nanti...

Di bahagian akhir coretan mengenai Bait Al-Othman ini, kita akan melawat ke pameran-pameran yang disponsor oleh pelbagai Kementerian dalam Kerajaan Kuwait.

KUWAIT OIL COMPANY (KOC)

Kalau Malaysia berbangga dengan Petronas, Kuwait pula berbangga dengan Kuwait Oil Company. Di pameran KOC ini, kita dapat melihat sedikit sebanyak tentang industri petroleum di negara ini.

Pameran mengenai Kuwait Oil Company.
Pakaian keselamatan pekerja dalam industri minyak.
Mesin Gerudi Minyak
Sewaktu Perang Teluk, telaga-telaga minyak di Kuwait telah dibakar dan dimusnahkan oleh Tentera Iraq sebagai tindakbalas ke atas serangan Tentera Gabungan yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Seluruh industri minyak di Kuwait lumpuh seketika ketika itu. Kerajaan Kuwait terpaksa membelanjakan USD 5 bilion untuk membangunkan industri minyaknya. Sebahagian dari peristiwa kemusnahan ini ditunjukkan kepada pengunjung di pameran Kuwait Oil Company ini.

Telaga minyak yang terbakar sewaktu Perang Teluk.
Mesin gerudi milik KOC yang dimusnahkan oleh Tentera Iraq.
Usaha memadamkan kebakaran telaga minyak sewaktu Perang Teluk

POLICE STATION

Seterusnya, kita melawat ke Balai Polis zaman dulu di Kuwait di sebelah pameran KOC tadi.

Police Station
Macam balai polis dalam cerita P. Ramlee.
Uniform polis dulu dan kini.

MINISTRY OF DEFENSE

Perang Teluk juga menjadi tema utama dalam pameran Ministry of Defense di Bait Al-Othman Museum.

Pameran Kementerian Pertahanan.
Gambaran Perang Teluk dalam pameran Ministry of Defense.
Senjata perang.
Gambaran Serangan Udara dalam Perang Teluk
Memang kita terasa seolah-olah kita berada di medan perang sewaktu melihat pameran ini.

KUWAIT EDUCATION JOURNEY

Kuwait Education Journey menceritakan evolusi pendidikan di Kuwait. Seperti juga di Malaysia, murid-murid Kuwait belajar di sekolah pondok sebelum sekolah-sekolah moden diperkenalkan di negara ini.

Kuwait Education Journey
Pemandangan di sekolah pondok di Kuwait sebelum adanya sekolah moden.
Tok Guru yang mengajar di depan.
Haipp!! Nak lari ke mana tu?!!
Bilik darjah di sekolah moden, sama macam di Malaysia juga.
Lawatan kami ke dalam Muzium Bait Al-Othman berakhir di sini. Memang seronok dan puas hati berkunjung ke sini. Sayang Malaysia tak mempunyai muzium yang dapat menceritakan keseluruhan sejarah negara kita in-one-go seperti di muzium ini. Kalau ada muzium begini di negara kita, pasti pelancong akan lebih mengenali budaya dan sejarah kita.

Berehat sekejap kat depan kapal selepas dah habis melawat ke seluruh muzium.
Sebelum pulang, semua pengunjung diminta untuk menandatangani buku pelawat di muzium ini. Segunung pujian kami tulis dalam buku pelawat ini sebab muzium ini memang sangat awesome.

Sign buku pelawat sebelum meninggalkan muzium
Buku pelawat di Bait Al-Othman Museum
Kedai souvenir di Bait Al-Othman Museum
Di luar bangunan muzium juga, ada dipamerkan beberapa peralatan perang dan barang kebudayaan Kuwait yang menarik.

Di sebelah sana di luar muzium, ada dipamerkan beberapa peralatan perang.
Model pesawat penumpang dan pesawat kargo Kuwait Airways.
Pameran periuk api ni agaknya.
Mesin gerudi minyak
Bila dipandang ke sebelah sana pula, ada dipamerkan barang-barang kebudayaan Kuwait.
Myself tak tahu kegunaan kebanyakan barang yang dipamerkan di sini.
Besar bukan main teko teh dan gelas tu.
Kami kembali ke tempat letak kereta yang terletak di seberang jalan di hadapan muzium. Di tempat parking ini ada dipamerkan model kapal tradisional dan kenderaan-kenderaan perang sebenar yang digunakan dalam Perang Teluk.

Model kapal tradisional di tempat parking kereta.
Pemandangan dekat sebuah model kapal.
Kenderaan-kenderaan tentera.
Roket perang.
Lagi kenderaan tentera dan peluru yang digunakan di dalam Perang Teluk

Part 30: Oriental Cuisine Restaurant

Pada malam terakhir di Kuwait ini kami makan malam di sebuah restoran Thai yang bernama Oriental Cuisine Restaurant.

Oriental Cuisine Restaurant
Pemandangan di depan Oriental Cuisine Restaurant
Restoran ini menghidangkan masakan Thai
Suasana di dalam restoran
Tomyam di sini memang sedap.
Pulut Mangganya pun sedap.

Part 31: Ke Souq Al Mubarakiya Lagi

Selepas makan malam, kami berkunjung lagi ke Souq Al Mubarakiya. Ini adalah kerana Rakan Husband nak mencari souvenir untuk rakannya. Kalau kat Kuwait City ini, Souq Mubarakiya memang merupakan tempat yang paling seronok nak mencari souvenir kerana segala-galanya ada di sini.


Souq Al Mubarakiya
Kedai-kedai di Souq Al Mubarakiya
Kedai Oud (Perfume Arab) di Souq Al Mubarakiya

AL MUBARAKIYA SCHOOL

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami ditunjukkan bangunan Sekolah Al Mubarakiya yang merupakan sekolah formal tertua di negara Kuwait. Sekolah ini dibuka pada tahun 1911 dengan 245 orang penuntut pada ketika itu.

Sekolah tertua di Kuwait ~ Al Mubarakiya School.
Melintasi lagi Masjid Al Kabir dalam perjalanan pulang ke rumah.


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):