Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 22: Abu Dhabi (4)
YAS ISLAND & FERRARI WORLD (1)
HARI KETUJUH (4)
Part 55: Perjalanan Ke Yas Island
Destinasi terakhir kami di Abu Dhabi adalah Ferrari World. Taman hiburan ini terletak di atas sebuah pulau yang bernama Yas Island.
Selepas meninggalkan kawasan bandaraya Abu Dhabi, kami dibawa menaiki sebuah jambatan yang dinamakan Sheikh Khalifa Bridge. Jambatan ini menghubungkan Abu Dhabi dengan sebuah pulau yang bernama Saadiyat Island. Yas Island terletak di belakang Saadiyat Island ini.
|
Menuju ke Yas Island |
|
Sheikh Khalifa Bridge |
|
Potret Sheikh Khalifa turut diabadikan pada jambatan ini. |
|
Pemandangan dari Sheikh Khalifa Bridge |
SAADIYAT ISLAND
Saadiyat Island yang terletak di antara Abu Dhabi dan Yas Island juga sedang dibangunkan sebagai sebuah destinasi pelancongan baru. Pulau ini sedang dirancang untuk menjadi pusat kebudayaan. Antara pembangunan yang sedang dilaksanakan di pulau ini ialah pembinaan cawangan muzium ternama dunia seperti Muzium Louvre di Paris dan Muzium Guggenheim di New York.
|
Cawangan Muzium Louvre di Paris sedang dibina di sini. |
|
Kalau tak salah, ini adalah bangunan cawangan Muzium Louvre yang sedang dibangunkan di Pulau Saadiyat. |
|
Laluan ke Yas Island dari sini adalah juga laluan pulang ke Dubai. |
|
Perumahan mewah di Saadiyat Island |
|
Satu lagi pemandangan perumahan mewah di Saadiyat Island |
|
Iklan pembangunan di Pulau Saadiyat. |
|
Perumahan baru di Pulau Saadiyat |
Selepas meninggalkan Pulau Saadiyat, kami terus melalui beberapa buah pulau kecil lagi sebelum tiba di Yas Island.
|
Meninggalkan Saadiyat Island |
|
Satu lagi kawasan yang sedang dibangunkan untuk pelancongan |
|
Padang pasir di tengah pulau kecil. |
|
Bas-bas yang membawa pekerja binaan ke tempat kerja. |
|
Tak sangka ada juga kawasan paya di Abu Dhabi yang terletak di tengah gurun ni... |
|
Pasti Airport Abu Dhabi terletak berhampiran kawasan ini. |
Part 56: Yas Island
Akhirnya kami tiba di Yas Island. Selain menempatkan Taman Tema Ferrari World, pulau ini juga terkenal kerana di sinilah letaknya litar perlumbaan kereta F1 Abu Dhabi Grand Prix yang dinamakan Yas Marina Circuit.
|
Tiba di Yas Island |
|
Arah ke Ferrari World |
|
Ferrari World |
|
Balai Polis Yas Island |
|
Arah ke Yas Mall |
|
Yas Mall |
|
Ikea |
Part 57: Yas Mall
Ferrari World adalah sebuah taman tema bertutup di Yas Island. Bangunan Ferrari World bersambung dengan sebuah shopping centre yang dinamakan Yas Mall.
|
Tempat letak kereta di Ferrari World / Yas Mall. |
|
Pemandangan Ferrari World dari tempat letak kereta. |
|
Pemandangan Yas Mall pulak dari tempat letak kereta. |
Kedudukan tempat letak kereta ini dikongsi secara adil di antara Ferrari World dan Yas Mall. Myself katakan begitu kerana pintu keluar dari tempat letak kereta ini terletak betul-betul di antara pintu masuk ke Yas Mall dan Ferrari World.
|
Barisan restoran yang terletak di laluan masuk ke Yas Mall / Ferrari World dari tempat letak kereta. |
|
Pemandangan di sebuah restoran Fast Food. |
|
Restoran Masakan Thai. |
|
Pemandangan pintu masuk ke Yas Mall setelah kita muncul dari Tempat Letak Kereta. |
|
Ini pemandangan menghala ke Ferrari World pulak. |
|
Pemandangan pintu masuk ke Ferrari World dari pintu masuk ke Yas Mall. |
Oleh kerana ketika itu dah waktu makan tengahari, kami memilih untuk lunch dan Solat Jamak Zohor / Asar terlebih dulu sebelum masuk ke Ferrari World. Atas saranan dari Chetan, kami memilih untuk makan tengahari di sebuah restoran makanan India yang bernama Masala Street. Restoran ini terletak di tingkat bawah Ferrari World / Yas Mall.
Makanan di sini disediakan secara buffet. Seperti kata Chetan, memang makanannya sedap walaupun pilihannya tak begitu banyak.
|
Restoran pilihan kami untuk makan tengahari terletak di bawah sana. |
|
Escalator untuk turun ke bawah. |
|
Starbucks dan Kedai Souvenir yang juga terletak di tingkat bawah. |
|
Restoran Masala Street |
|
Makanan dihidangkan secara buffet di Restoran Masala Street. Caj makanan yang dikenakan juga adalah secara flat rate (AED 59 = RM 65 seorang). |
|
Pemandangan di dalam Restoran Masala Street |
Dah lama kita di UAE, baru nak bercerita tentang matawang UAE. Matawang UAE dinamakan Dirham dan kadar tukarannya hanya tinggi sedikit sahaja jika dibandingkan dengan Ringgit Malaysia di mana AED 1 = RM 1.10. Walaupun kadar tukarannya dengan duit kita tak tinggi sangat, harga barang-barang di UAE memang sangat mahal. Secara kasar, harga semua barangan di sini hampir 3 kali ganda harga di Malaysia. Ini berbeza dengan di Kuwait dulu di mana walaupun kadar tukaran matawangnya sangat tinggi berbanding Ringgit Malaysia, harga barang-barang di sana agak setara dengan harga barang-barang di Malaysia.
|
Matawang UAE yand dinamakan Dirham (AED). |
Part 58 (1): Ferrari World (1)
|
Harga tiket masuk ke Ferrari World |
|
Tiket masuk ke Ferrari World. |
Bila dah namanya Ferrari World, memanglah banyak kereta Ferrari di sini. Melangkah masuk saja ke dalam, dah bertemu dengan kereta Ferrari.
|
Kereta Ferrari di pintu masuk ke Ferrari World. |
|
Kereta Ferrari kita... |
|
Kereta racing Ferrari Husband... |
|
Kereta Ferrari yang dijadikan hiasan di pintu masuk. |
|
Pemandangan kereta Ferrari hiasan dari depan. |
|
Kedai Souvenir |
TYRE CHANGE SHOW
Seperti juga Theme Park lain di dunia, di Ferrari World juga ada show-show yang disediakan untuk hiburan pengunjung. Tapi segala-galanya di sini berkait dengan kereta Ferrari seperti Tyre Change Show ini.
|
Tyre Change Show |
Tyre Change Show adalah sebuah persembahan komedi mengenai dua orang mekanik kereta yang bercita-cita nak bekerja menukar tayar di Pit Stop litar lumba kereta. Jadi kedua-duanya berlumba dan mengaku siapa yang lebih hebat menukar tayar kereta sepanjang persembahan.
|
Dua-duanya berlagak mereka lebih hebat antara satu sama lain... |
|
Menunjukkan kehebatan menukar tayar kereta lumba Ferrari... Siapa yang lebih pantas? |
GALLERIA FERRARI
Kemudian kita melawat pula Galleria Ferrari di mana pelbagai model kereta Ferrari dari dulu sehingga sekarang dipamerkan di sini.
|
Galleria Ferrari. |
|
Ferrari California T. |
|
Penerangan mengenai Ferrari California T. |
|
Pandangan sisi sebuah kereta Ferrari. |
|
Mengintai ke dalam kereta Ferrari. |
|
Penerangan mengenai Ferrari 488 Spider |
|
Model 488 Spider ini dikeluarkan pada tahun 2015. |
JUNIOR TRAINING CAMP
Junior Training Camp terletak di tengah-tengah Ferrari World. Seksyen ini dikhususkan untuk kanak-kanak. Di sini, kanak-kanak boleh menunjukkan kecekapan mereka memanjat pelbagai struktur yang disediakan. Keselamatan sangat diambil berat di sini. Semua kanak-kanak yang ingin mengambil bahagian perlu memakai peralatan keselamatan seperti safety harness dan topi keledar.
|
Junior Training Camp |
|
Permainan ini disediakan untuk kanak-kanak kecil. |
|
Yang ini pulak disediakan untuk kanak-kanak yang lebih besar... Lepas memanjat ke atas sana, kena bergayut dengan tali pulak turun ke bawah. |
|
Climbing Wall |
|
Panjat ke atas dan slide turun ke bawah. |
|
Berehat sebentar di Ferrari World... |
Bersambung ke Bahagian 23...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):