Sunday, 27 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 23 (Ferrari World 2)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 23: Abu Dhabi (5)
FERRARI WORLD (2)

HARI KETUJUH (5)

Entry ini masih menyambung lagi lawatan kami ke Ferrari World, Abu Dhabi...

Part 58(2): Ferrari World (2)

Ferrari World adalah sebuah taman tema yang unik di Abu Dhabi. Ada banyak banyak permainan yang disediakan di sini yang boleh disertai seisi keluarga. Namun disebabkan kami bercadang nak pulang awal ke Dubai bagi menyambung lawatan ke beberapa tempat lagi di sana, kami hanya memperuntukkan masa kira-kira 3 jam saja di sini. Tapi dalam tempoh masa tersebut, banyak juga yang dapat dilihat di sini.

Peta Ferrari World. Ada banyak permainan dan tarikan untuk seisi keluarga di sini.

FORMULA ROSSA

Peminat-peminat roller coaster pasti tak akan melepaskan peluang untuk mencuba Formula Rossa di Ferrari World. Formula Rossa adalah roller coaster terpantas di dunia dan mampu mencapai kelajuan 240 km/jam dalam masa 5 saat.

Formula Rossa terletak di sebalik trak merah ini.
Pintu masuk ke Formula Rossa.
Ramai yang mencuba naik roller coaster ini, tapi kami tidaklah berbuat begitu. Kalau muda-muda dulu mungkin juga nak mencuba. Tapi bila dah sampai usia begini, rasa dah cukup puas kalau tengok orang lain saja yang naik.


SCUDERIA CHALLENGE

Bagi yang teringin nak menjadi pemandu F1 pula, jangan lepaskan Scuderia Challenge. Scuderia Challenge adalah sebuah mesin simulator yang membawa peserta merasai pengalaman memandu kereta F1 di Abu Dhabi Grand Prix.

Maranello Theater berhampiran Scuderia Challenge
Pemandu-pemandu Scuderia Challenge akan naik sebuah kereta F1 sebenar di hadapan sebuah skrin komputer resolusi tinggi dengan pemandangan litar lumba sebenar di Yas Marina Circuit. Bukan saja kita boleh memandu sendiri, suruh kawan naik simulator di sebelah dan kita boleh berlumba bersama, tengok siapa yang akan muncul sebagai Champion!

Scuderia Challenge
Mesin simulator Scuderia Challenge
Skrin resolusi tinggi di depan pemandu menunjukkan suasana di Yas Marina Circuit.
Dahsyat juga menengok kereta ni tertonggeng-tonggeng berlumba di Yas Marina Circuit.

KARTING ACADEMY

Bagi yang nak berlumba secara fizikal pula, boleh saja mencuba Karting Academy. Di sini kita akan menaiki kereta elektrik berlumba beramai-ramai di Mini Yas Marina Circuit.

Karting Academy
Bersedia untuk berlepas.
Kagum melihat kereta-kereta elektrik ni berlumba di Karting Academy. Walaupun kereta-kereta ni nampak macam Dodgem Cars, mereka bergerak sangat laju. Memang pakai enjin Ferrari agaknya. 

Perlumbaan bermula
Selekoh tajam di Karting Academy.
Bagai betul-betul berlumba di Litar F1 Abu Dhabi Grand Prix di Yas Marina Circuit.

FLYING ACES 

Jika Formula Rossa berbangga dengan gelaran roller coaster terpantas di dunia, Flying Aces di Ferrari World pula berbangga menjadi steepest roller coaster di dunia. Salah sebuah loop roller coaster ini mempunyai sudut terjunan setinggi 51 darjah.

Flying Aces
Bergambar dengan Flying Aces. Gambar ini diambil percuma oleh staf di Ferrari World, dan dihantar on-the-spot melalui e-mail kepada kita sebagai cenderamata dari Ferrari World.
Macam biasalah... kami tak naik roller coaster ni, cuma nak tengok orang lain saja yang naik. Jadi kita pergilah ke Observation Deck yang terletak di luar bangunan. 

Ada Observation Deck untuk sesiapa yang nak melihat roller coaster Flying Aces ni beraksi.
Laluan ke Observation Deck.
Pemandangan di Observation Deck yang terletak di luar bangunan.
Kapalterbang nak mendarat di Airport Abu Dhabi.
Inilah Loop yang menjunam 51 darjah tu.
Konsep roller coaster Flying Aces ialah macam nak memberikan kita pengalaman menjadi pilot jet pejuang. Kerana itulah, loop roller coaster ini dibina dengan begitu dahsyat sekali (at least, pada pandangan Myself).

Loop yang dahsyat di roller coaster Flying Aces.
Lama juga kami menunggu di Observation Deck ni, tapi tak nampak pun roller coaster yang datang. Masa kat dalam tadi, kami lihat ramai juga yang bertanya-tanya tentang roller coaster ini kepada staf yang bertugas, tapi tak ada sesiapa pun kot yang berani nak mencuba.

Disebabkan matahari di luar bangunan ni dah menjadi semakin terik, kami membuat keputusan untuk masuk kembali ke dalam bangunan. Lagipun tak selesa juga menunggu di sini sebab Observation Deck ini juga berfungsi sebagai kawasan untuk merokok.

Pemandangan Yas Marina Circuit yang sebenar, dilihat dari Flying Aces Observation Deck di Ferrari World.

RC CHALLENGE

Bagi peminat kereta dan bot remote control, boleh mencuba permainan kereta dan bot remote control di RC Challenge.

RC Challenge
Boleh main bot dan kereta remote control di sini.

BELL'ITALIA

Satu-satunya permainan yang kami cuba di Ferrari World ini ialah Bell'Italia. Dalam Bell'Italia, kita akan dibawa menaiki sebuah model kereta Ferrari 250 California yang antik mengelilingi kota-kota menarik di seluruh Itali.

Bell'Italia
Berkeliling Itali dalam Bell'Italia
Pemandangan keseluruhan Bell'Italia
Banyak kereta antik disediakan untuk pengunjung yang nak mencuba Bell'Italia. Jadi tak perlulah kita menunggu lama. Setiap kereta hanya boleh dinaiki oleh dua orang penumpang sahaja. Yalah kan, manalah ada kereta sport macam Ferrari yang boleh dinaiki ramai-ramai...

Menunggu giliran di Bell'Italia
Kereta kami dah sampai.
Dapat juga kita merasa memandu kereta Ferrari ni...
Berkeliling Itali naik Ferrari...
Everything in Ferrari World is about speed, termasuk jugalah kereta antik di Bell'Italia ni. Kereta ini sebenarnya dikawal dari luar. Walaupun dari kejauhan nampak macam kereta ni bergerak slow, bila kita naik ke dalamnya, terasa ia bergerak sangat laju berbanding kereta-kereta lain yang seangkatan dengannya di theme park lain seperti di Universal Studios.

Mari kita melawat Itali. Kita mulakan dengan Sestriere.
Bandar-bandar lain yang akan dilawati selepas Sestriere.
Menuju ke Firenze
Kita lebih mengenali Firenze sebagai Florence. Firenze adalah nama kota Florence dalam Bahasa Itali.
Ke Montalcino pula...
Pemandangan kota Montalcino
Bologna
Pemandangan di Bologna
Pisa
Pisa terkenal dengan Menara Condongnya.
Menara Condong di Pisa
Ke Maranello dan Spoleto pulak...
Menuju ke Spoleto
Tiba di Spoleto
Inilah agaknya bandar Spoleto
Myself akui, tak pernah mendengar tentang bandar Spoleto sebelum ini.
Ahh, Venice!!
Sampai juga kita ke Venice
Husband seronok tiba di Venice.
Terowong masuk ke dalam gunung Alps ni...
Pemandangan di dalam terowong
Keluar dari terowong.
Sampai kita ke Amalfi...
Amalfi
Air Terjun Cascata Marmara
Cantik air terjun ni.
Positano, dari belakang.
Tamat sudah Bell'Italia

MARANELLO 

Ferrari World di Abu Dhabi turut memberi penghormatan kepada Maranello, sebuah bandar kecil yang terletak di utara Itali. Di sinilah pengasas kereta Ferrari, Enzo Ferrari membina semula kilang keretanya yang musnah dalam Perang Dunia Kedua. Sebelum berpindah ke Maranello, kilang Ferrari terletak di Modena.

Ada replika bandar Maranello yang dibina di Ferrari World. Walaupun cuma replika, ia kelihatan seperti bandar sebenar.

Maranello
Memang seronok berjalan di sini, seolah-olah kita memang berada di Maranello yang sebenarnya. Tengok sajalah gambar-gambar yang ditunjukkan di bawah...

Selepas melawat Maranello, kami berjalan keluar dari Ferrari World. Walaupun tak lama menghabiskan masa di sini, pengalaman di sini amat menarik. Memang Myself recommend kepada sesiapa saja yang datang ke Abu Dhabi untuk berkunjung ke sini, kalau harga tiketnya yang sangat mahal itu tak menjadi masalah.

Berjalan keluar dari Ferrari World
Kembali ke Yas Mall


 Bersambung ke Bahagian 24...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):