Tuesday, 8 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 07 (Al Shaheed Park)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 7: Kuwait (6)
AL SHAHEED PARK & SOUQ AL MUBARAKIYA

HARI KETIGA (3)

Part 20: Al Shaheed Park 

Mengikut perancangan asal, kami akan ke Souq Al Mubarakiya untuk makan malam selepas melawat Mirror House. Namun disebabkan masing-masing dah kekenyangan dijamu dengan kek strawberi oleh Lidia Al Qattan di Mirror House tadi, Rakan Husband mencadangkan supaya kami berkunjung dulu ke Al Shaheed Park.

Kembali ke Kuwait City.
Kuwait Continental Hotel
Kawasan berhampiran Al Shaheed Park
Al Tijaria Tower
Kuwait Towers
Kami parking kereta di basement car park yang dibina betul-betul di bawah Al Shaheed Park. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk meletak kereta di sini.

Basement Car Park di Al Shaheed Park
Pemandangan Visitor Centre di Al Shaheed Park dengan berlatarbelakangkan Kuwait City.
Pemandangan Al Tijaria Tower dari Visitor Centre di Al Shaheed Park
Satu lagi pemandangan menghala ke Visitor Centre.
Al Shaheed Park adalah sebuah urban park seperti taman di sebelah KLCC di Kuala Lumpur. Kata Rakan Husband, taman ini baru saja dibuka setahun yang lalu. Tapi bila kita melihat tumbuhan yang hidup subur yang ada di taman ini, rasa macam taman ini dah lama ada di sini.

Memang Myself kagum melihat kehijauan di Kuwait City ni. Walau ke mana kita pergi, sentiasa ada pokok dan tumbuhan hijau. Tak nampak langsung sebarang kesan padang pasir kalau kita berjalan di Kuwait City ni.

Pemandangan bandaraya Kuwait City dari Al Shaheed Park. Bangunan yang macam berpintal di sebelah kanan itu adalah Al Hamra Tower, bangunan tertinggi di Kuwait.
Taman ini sangat luas. Pada suhu-suhu begini (Sekitar 30C) memang nyaman bersiar-siar di sini.
Bunga-bungaan
Cantik bunganya.
Pengunjung yang sedang bersiar-siar di Al Shaheed Park.
Husband mengambil gambar bunga.
Pokok kaktus
Dari jauh memang nampak macam rumput. Tapi sebenarnya ia adalah tumbuhan hijau yang melata.
Taman ini besar dan hari semakin senja ketika itu. Jadi Rakan Husband mencadangkan supaya kami berjalan-jalan menuju ke arah sebelah surau di taman ini dulu untuk mudah menunaikan solat Maghrib bila masuk waktu kelak.

Bersiar-siar di Al Shaheed Park.
Pemandangan senja di Al Shaheed Park.
Keluarga Arab sedang bersiar-siar.
Kolam air di Al Shaheed Park.
Terfikir pulak di dalam hati, kalau di musim panas yang suhunya lebih 50'C tu, masih adakah air yang akan bertakung di sini?
Arca Freedom di Al Shaheed Park.
Bergambar di waktu senja dengan berlatar belakangkan Al Tijaria Tower

LIBERATION TOWER

Liberation Tower adalah sebuah lagi mercu tanda utama di Kuwait City yang dapat dilihat dengan jelas dari Al Shaheed Park. Ia adalah sebuah menara telekomunikasi dan merupakan struktur kedua tertinggi di Kuwait selepas Al Hamra Tower.

Nama asal menara ini ialah Kuwait Telecommunications Tower dan ia mula dibina pada 2 Ogos 1990, sebelum meletusnya Perang Teluk. Sewaktu meletusnya perang, ia hanya separuh siap. Namun demikian, tidak seperti Kuwait Towers yang rosak terkena bedilan peluru dan meriam, menara ini tidak langsung terjejas dari perang tersebut. Pembinaannya disambung semula pada 27 Februari 1997, selepas beberapa tahun tentera Iraq diusir dari Kuwait  dan namanya ditukar kepada Liberation Tower sempena pembebasan Kuwait dari cengkaman tentera Iraq.

Liberation Tower
Nama asal menara ini ialah Kuwait Telecommunications Tower. Ia ditukar kepada Liberation Tower selepas tentera Iraq berjaya diusir dari bumi Kuwait pada tahun 1991.
Tak banyak bunga yang ditanam di Al Shaheed Park. Sebahagian besar taman dipenuhi dengan tumbuhan seperti lalang. Namun ia kelihatan menarik kerana nampak sangat natural.

Banyak pokok lalang yang ditanam di Al Shaheed Park.
Nampak macam pokok padi pulak dah lalang ni.
Pokok kaktus lagi.
Lalang dan bunga liar.
Cantik dan damai.
Peta Al Shaheed Park
Malam dah mula melabuhkan tirainya. Dah tiba masa untuk kami betul-betul bergerak ke arah surau. Dari jauh, surau di taman ini kelihatan macam masjid yang kecil. Bila sampai dekat, moden betul senibinanya. Dinding surau untuk jemaah lelaki dibina dari kaca yang lutsinar.

Dah masuk Waktu Maghrib ketika ini (sekitar jam 5.15 petang).
Surau di Al-Shaheed Park.
Bangunan suraunya moden dengan berdinding kaca.
Pokok lalang di tepi surau.

MUSICAL FOUNTAIN

Selepas bersolat, kami terus bersiar menikmati keindahan malam Kuwait City dari Al Shaheed Park.


Bandaraya Kuwait City bercahaya indah di waktu malam kerana elektrik kat sini murah.
Bangunan Al Tijaria juga cantik bercahaya.
Al Tijaria
Ada sebuah Musical Fountain di Al Shaheed Park ini. Namun persembahan muzikalnya tidak berlangsung ketika kami lalu di sini. Jadi, kami hanya melihat keindahan pancutan air ini yang disiram lampu-lampu pelbagai warna.

Musical Fountain di Al Shaheed Park
Persembahan muzikal tidak berlangsung ketika ini, namun kita tetap terpesona melihat keindahannya di malam hari.
Memang rasa macam boleh duduk berjam-jam di sini melihat lampu dan pancutan air yang cantik ini.
Satu lagi pemandangan menarik.
Constitution Monument.
Pokok kurma yang disiram cahaya lampu.
Kami berjalan lagi sehinggalah sampai ke pintu masuk utama ke Al Shaheed Park.

Pintu masuk utama ke Al Shaheed Park.
Satu lagi pemandangan pintu masuk utama.
Tidak jauh dari sini, ada sebuah lagi pancutan air yang menarik, walaupun ia tidak sebesar Musical Fountain tadi.

Sebuah lagi fountain yang cantik di Al Shaheed Park.
Berwarna-warni.
Biru.
Hijau.
Ungu.
Cantik betul Al Tijaria Tower ni. Tak puas-puas kita nak ambil gambar dia.
Liberation Tower pun nampak cantik di malam hari.
Kerusi untuk berehat.

MARTYR MONUMENT

Kami kemudiannya tiba di sebuah monumen yang dinamakan Martyr Monument. Monumen ini didirikan untuk memperingati rakyat Kuwait yang mati syahid sewaktu pendudukan tentera Iraq dalam Perang Teluk. Monumen inilah yang sebenarnya memberikan nama "Al Shaheed" kepada taman ini.


Circle of Peace
Satu lagi pandangan Circle of Peace.
Martyr Monument yang dibina untuk memperingati rakyat Kuwait yang mati syahid sewaktu penaklukan Iraq dalam Perang Teluk dibina berhampiran Circle of Peace. Ia adalah sebuah dinding yang panjang yang tertera di sini gambar-gambar mereka yang terkorban.

Gambar-gambar rakyat Kuwait yang syahid terkorban sewaktu pendudukan tentera Iraq di Kuwait dalam Perang Teluk pada tahun 1990-91 diabadikan pada dinding ini.
Tertera pada dinding ini: "Rahmat Allah Ke Atas Para Syahid Kuwait Dan Berbahagialah Di SyurgaNya". Semoga Allah merahmati roh semua mereka yang terkorban.
Walaupun kita tidak mengenali mereka, hati rasa sayu bila memandang wajah-wajah yang diabadikan pada dinding ini.
Perang tidak mengenal mangsa. Baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak.
Mungkin yang tertulis di sini adalah doa untuk semua mereka yang terkorban. Sayang kita tak faham apa yang tertera di sini kerana hanya tertulis dalam Bahasa Arab.
Syahdu
Kita explore lagi Al Shaheed Park selepas meninggalkan Martyr Monument.

Kehijauan di taman
Bunga di celah-celah laluan pejalan kaki.
Teater
Peraturan berkunjung ke Al Shaheed Park
Lagi pemandangan indah dari Al Shaheed Park
Arca Raising Our Sails di Al Shaheed Park

Part 21: Souq Al Mubarakiya 

Selepas dah habis explore Al Shaheed Park, kami dibawa pula ke Souq Al Mubarakiya yang merupakan sebuah Souq tradisional di Kuwait City yang telah dimodenkan. Tujuan utama kami ke sini adalah untuk makan malam.

Masjid Al Kabir (Grand Mosque)
Liberation Tower
Souq Al Mubarakiya adalah salah sebuah souq yang tertua di Kuwait. Ia telah wujud sebelum minyak ditemui di negara ini lagi. Souq ini juga musnah sewaktu penaklukan Iraq dalam Perang Teluk dan telah diperbaiki sepenuhnya selepas perang tamat.

Tempat permainan kanak-kanak.
Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual di Souq Al Mubarakiya. Kami masuk ke Souq ini menerusi kawasan pasar daging.

Pemandangan pertama Souq Al Mubarakiya.
Kawasan pasar daging.
Suasana di pasar daging.
Kedai menjual daging
Sebelum sampai ke tempat makan malam, kami melalui kawasan pasar buah-buahan pula.

Menuju ke tempat makan malam.
Pasar buah-buahan.
Penjual di pasar buah-buahan.
Yang merah di depan ini adalah buah delima.
Kedai souvenir
Rakan Husband membawa kami makan malam di sebuah restoran bernama Al Shamam di Food Court di dalam Souq ini. Sewaktu kami tiba, semua meja telah penuh dengan pelanggan. Jadi pekerja restoran membuka sebuah meja tambahan khas untuk kami.

Food Court di Souq Al Mubarakiya
Pemandangan di Food Court
Restoran Al Shamam
Sebuah meja tambahan dibuka dan disiapkan khusus bagi kami kerana semua meja lain di Food Court ini telah penuh.
Kalau dah makanan Arab tu, mestilah ada Roti dan Hummous.
Zubaidi adalah ikan kebangsaan Kuwait. Ikan ini adalah dari spesis Ikan Bawal juga.
Nasi Saffron
Kebab
Tiga jenis air kita minum malam ini: Air Mineral, Air Delima dan Teh Arab.
Selepas makan, kami bersiar-siar di sekitar Souq Al Mubarakiya. Banyak yang dilihat di sini. Kata Orang Putih, a picture tells a thousand words. Jadi biarlah saja gambar yang berbicara...

Sebuah bangunan bersejarah di Souq Al Mubarakiya. Myself tak tahu apa sebenarnya bangunan ini kerana papan keterangannya hanya ditulis dalam Bahasa Arab.
Kedai-kedai Oud (perfume Arab).
Walaupun Souq Al Mubarakiya telah dimodenkan, senibinanya masih mengekalkan elemen tradisional.
Suasana di Souq Al Mubarakiya. Gambar gegar sebab kita curi-curi ambil gambar. Orang Arab ni sensitif kalau gambar mereka diambil.
Lagi suasana di Souq Al Mubarakiya.
Kedai-kedai di Souq Al Mubarakiya.
Souq Al Mubarakiya ini sebenarnya terdiri dari beberapa buah souq yang kecil.
Kedai Jubah di Souq Al Mubarakiya. Semua jubahnya berwarna hitam. Kenapalah dia orang tak buat jubah yang berwarna-warna sikit?
Kedai jubah di bawah tanah.
Kawasan Souq Al Mubarakiya di sini ada sedikit-sedikit suasana macam di Paris.
'Paris' di Souq Al Mubarakiya
Champs Elysees ??!!
I Love Kuwait
Souq Al Mubarakiya ni besar. Ada perkhidmatan buggy disediakan untuk sesiapa yang dah tak larat nak berjalan.
Buggy di Souq Al Mubarakiya
Kedai kosmetik
Kedai pakaian
Sebuah mall yang moden di Souq Al Mubarakiya
Pemandangan di dalam mall.
Promosi handbag dan kasut di dalam mall.
Souq Al Hareem ini adalah salah sebuah souq kecil yang membentuk Souq Al Mubarakiya.
Peta keseluruhan Souq Al Mubarakiya.
Sebuah lagi mural di Souq Al Mubarakiya.
Food Sampling di Souq Al Mubarakiya.
Suasana di penghujung Souq Al Mubarakiya
Myself perhatikan Orang Kuwait tak pernah parking sesuka hati di kawasan OKU macam di Malaysia.
Selepas hari yang panjang, kami pulang ke rumah. Dalam perjalanan, kami ditunjukkan pula dengan sebuah Masjid Syiah. Walaupun sebahagian besar rakyat Kuwait bermazhab Sunni seperti kita, mazhab Syiah dianuti oleh 30% penduduknya. Masjid mereka boleh dikenali kerana dipasang dengan lampu hijau pada menaranya.

Masjid Syiah yang dilalui dalam perjalanan pulang.
Tak nampak dalam gambar ini, tapi masjid mereka boleh dikenali kerana memasang lampu hijau pada menara.


Bersambung ke Bahagian 8 ...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):