Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 17: Dubai (5)
SPICE SOUK & ABRA CRUISE
HARI KEENAM (3)
Part 45: Spice Souk
Oleh kerana Dhow Cruise percuma yang diberikan oleh Bas Hop-On Hop-Off masih lama lagi, kami membuat keputusan untuk melawat dulu ke Spice Souk yang terletak di seberang Deira Wharfage.
|
Spice Souk |
Spice Souk adalah sebuah pasar tradisional yang pada asalnya merupakan tempat menjual rempah-ratus. Pada masa sekarang, bukan hanya rempah-ratus yang dijual di sini, malah pelbagai barangan lain.
Tak seperti Grand Bazaar di Istanbul, Spice Souk adalah sebuah pasar terbuka. Tak ada air-cond di sini. Yang ada hanya sekadar bumbung bangunan untuk berlindung dari kepanasan terik matahari.
Kita tengok pemandangan di dalam Spice Souk dalam gambar-gambar di bawah...
Part 46 : Abra Cruise
Free Dhow Cruise masih tak nampak bayang sewaktu kami tiba kembali di Wharfage. Disebabkan cuaca panas terik kerana dah waktu tengahari ketika itu dan tak ada tempat nak berlindung, kami membuat keputusan untuk melepaskan saja Free Dhow Cruise ini.
Kami sebaliknya mengambil Private Abra Cruise untuk bersiar-siar di sekitar Dubai Creek. Caj yang dikenakan adalah AED 60 (RM 66) seorang. Laluan Private Abra Cruise ini juga lebih jauh dari yang ditawarkan oleh Free Dhow Cruise.
|
Abra |
|
Husband begitu gembira dapat naik Abra Cruise. |
|
Matahari terik sangat masa ni. Nasib baiklah Dubai Creek ni berangin. |
|
Mengambil gambar pemandangan di sekitar Dubai Creek. |
Dubai Creek adalah sebuah selat sempit sepanjang 14 km yang bermula dari sebuah kawasan yang kini dikenali sebagai Ras Al-Khor Bird Sanctuary berdekatan dengan gurun di pendalaman dan berakhir di Teluk Arab. Pada zaman tamadun Greek dulu, ia dikenali sebagai River Zara. Kawasan di sebelah-menyebelah Dubai Creek dikenali sebagai Deira dan Bur Dubai.
Dubai Creek sangat sibuk dengan kapal-kapal kecil yang berlayar di dalamnya. Abra yang juga dikenali sebagai Water Taxi adalah mode pengangkutan popular yang digunakan oleh pelancong dan penduduk tempatan untuk berulang-alik di antara Deira dan Bur Dubai.
|
Kapal-kapal besar inilah yang dinamakan Dhow. |
|
Bangunan-bangunan tinggi di tebing Dubai Creek |
|
Berlayar dengan Abra |
|
Dhow yang membawa pelancong bersiar-siar di Dubai Creek |
Sejak dulu lagi, Dubai Creek berfungsi sebagai pelabuhan Dubai. Namun disebabkan selat ini terlalu sempit untuk dimasuki oleh kapal-kapal besar, barangan dari kapal terpaksa dipunggah ke dalam kapal yang lebih kecil untuk diangkut ke ini. Pada masa kini, pelabuhan di Dubai Creek lebih berfungsi sebagai jeti bagi bot dan kapal-kapal persiaran.
|
Deira Twin Towers |
|
Bangunan hujung yang berbentuk bulat di atasnya adalah Etisalat Building. |
|
Bangunan-bangunan di sepanjang Dubai Creek di sebelah Deira. |
|
Dubai Municipality Building. |
|
Dhow yang memecut dengan laju di Dubai Creek |
|
Pemandangan dekat Dhow yang memecut laju |
|
Dari kiri ke kanan: Etisalat Building, Hotel Sheraton Creek Dubai, National Bank of Dubai dan Chamber Of Commerce Building. |
|
Dua bangunan yang sangat menarik perhatian di Dubai Creek: National Bank of Dubai (kiri) dan Chamber of Commerce (kanan). |
|
Bangunan National Bank Of Dubai ini juga dikenali sebagai "Pregnant Lady" disebabkan ia terbonjol ke depan. |
|
Private Abra Cruise di Dubai Creek. |
|
Bot-bot nelayan |
Kepentingan strategik Dubai Creek disedari oleh seorang pemerintah Dubai yang bernama Sheikh Rashid bin Saeed Al Maktoum. Projek pengorekan mendalamkan Dubai Creek telah dilaksanakan di bawah arahan baginda dalam tahun 1961 untuk membolehkan ia dimasuki oleh kapal yang lebih besar. Jambatan Al Maktoum yang menghubungkan Deira dan Bur Dubai merentasi Dubai Creek pula telah dibina pada tahun 1963.
|
Jambatan Al Maktoum yang menghubungkan Deira dan Bur Dubai yang terletak di kedua-dua belah Dubai Creek. |
|
Pemandangan di bawah jambatan. |
|
Ada tol yang dikenakan untuk menggunakan Jambatan Al Maktoum |
|
Pemandangan Jambatan Al Maktoum dari sebelah sana |
Abra Cruise membawa kami seterusnya ke Floating Bridge. Jambatan ini dibina pada tahun 2007 untuk membantu mengurangkan kesesakan pada Al Maktoum Bridge. Jambatan yang dibina dari plat polystyrene ini benar-benar terapung di atas air.
|
Floating Bridge |
Jambatan ini menarik kerana ia ditutup kepada kenderaan darat dan strukturnya dibuka pada sebelah malam untuk membolehkan kenderaan air masuk ke Dubai Creek.
|
Waktu operasi bagi kenderaan-kenderaan air membuat navigasi merentas Floating Bridge. |
Abra berpatah balik di Floating Bridge dan belayar merapat ke sebelah Bur Dubai pula.
|
Bot-bot mewah yang berlabuh di Bur Dubai |
|
Dubai Courts |
|
Satu lagi pemandangan Dubai Courts |
Kami berlayar kembali di bawah Al Maktoum Bridge dalam perjalanan pulang.
|
Kembali ke Al Maktoum Bridge |
|
Memancing di bawah Al Maktoum Bridge di sebelah Bur Dubai |
|
Taman di Bur Dubai |
|
Selfie di atas Abra |
|
Husband dan pemandu Abra, Khalid yang berasal dari Bangladesh. |
|
Terror sungguh si Khalid ni memandu Abra dengan menggunakan kaki. |
|
Pemandangan kemudi Abra sewaktu Khalid memandu menggunakan kaki. |
|
Bur Dubai dari Dubai Creek |
|
Dhow Wharfage di sebelah Bur Dubai |
|
Husband pun teringin nak membawa Abra |
|
Daerah Bastakiya di sebelah Bur Dubai |
|
Menara Grand Mosque di Bastakiya dapat dilihat dengan jelas dari sini. |
|
Satu lagi pemandangan Daerah Bastakiya |
|
Pemandangan ke arah Deira dari sebelah Bur Dubai |
Abra Cruise berakhir di Bastakiya. Dari sini, kami berpatah balik ke Deira Wharfage di mana kami memulakan cruise tadi.
|
Berpatah balik ke Deira Wharfage |
|
Menuju ke Deira Wharfage |
|
Kembali ke Deira |
|
Dah sampai balik ke jeti |
|
Bergambar selepas tamat Cruise |
Part 47: Kembali Ke Dubai Mall
Matahari dah tegak meninggi sewaktu kami menamatkan Abra Cruise. Disebabkan kami tak nampak mana-mana tempat yang sesuai untuk makan tengahari di sini, kami membuat keputusan untuk naik semula bas Hop-On Hop-Off kembali ke Dubai Mall.
Tempat perhentian bas Hop-On Hop-Off di Deira Wharfage adalah juga perhentian bas awam. Ada sebuah pondok menunggu bas yang berhawa dingin di sini. Jadi bolehlah juga kita menumpang menyejukkan badan sambil menunggu bas tiba.
|
Pondok perhentian bas berhawa dingin di Deira Wharfage |
|
Pemandangan dari dalam pondok perhentian bas. |
|
Big Bus ni yang tiba dulu sebelum bas City Sightseeing kami. |
Bila bas Hop-On Hop-Off kami tiba, kami terus duduk di bahagian bawah yang berhawa dingin. Tak larat lagi dah rasanya nak menahan matahari di tempat duduk yang terbuka di tingkat atas tu.
|
Duduk di tingkat bawah saja. Dah tak sanggup nak berpanas kalau duduk di atas. |
Perjalanan ke Dubai Mall dari Deira memakan masa kira-kira 45 minit kerana ketika itu (jam 2.30 petang) adalah waktu tamat bekerja di kebanyakan pejabat di Dubai dan pekerja-pekerja sedang rushing pulang ke rumah. Makanya jalan-jalan yang kami tempuhi sedikit sesak dengan kenderaan pada ketika ini.
Waktu bekerja di Timur Tengah memang tak sama dengan kebanyakan tempat lain di dunia. Di sini, mereka bekerja terus-menerus dari pukul 7.30 pagi sampai 2.30 petang. Tak ada lunch break diberi dalam waktu kerja. Bila mereka pulang ke rumah pada pukul 2.30 petang, barulah mereka makan tengahari.
|
Hotel Radisson Blu |
|
Jalan yang dinamakan sempena Khalifah Omar Bin Al Khattab. |
|
Sambil dalam perjalanan menuju ke Dubai Mall, kita dengar penerangan yang diberi menerusi audio dalam bas Hop-On Hop-Off. |
|
Happy Dubai |
|
Ada Wifi percuma yang laju disediakan dalam bas Hop-On Hop-Off. Jadi bolehlah kita berWhatsApp kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. |
|
Kalau tak salah, ini di Deira City Centre. |
|
Menyeberang Jambatan Al Maktoum untuk kembali ke Dubai Mall |
|
Bangunan Ministry Of Foreign Affairs |
|
Burjuman Shopping Centre |
|
Pemandangan keseluruhan Burjuman Shopping Centre |
|
Jumeirah Emirates Towers |
|
Dubai International Financial Centre |
|
Al Yaqoub Tower, Capricorn Tower dan The Maze Tower |
|
Sheikh Zayed Road |
|
Burj Khalifa dah muncul dalam pandangan. Dubai Mall terletak di bawah bangunan ini. |
|
Pangsapuri-pangsapuri di depan Dubai Mall |
Bersambung ke Bahagian 18...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):