Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
HARI KELIMA (2)
Bahagian 14: Dubai (2)
DESERT SAFARI
Part 36: Perjalanan Ke Gurun
Program pertama lawatan kami ke Dubai adalah membuat Desert Safari yang juga dikenali sebagai Dune Bashing. Memang rasa sangat excited ketika itu kerana kami akan melalui sendiri pengalaman yang sangat adventurous ini. Kami telah diminta oleh Michael untuk menunggu di lobi hotel untuk pick-up pada pukul 3.15 petang. Tapi dekat-dekat pukul 4 petang, barulah driver Desert Safari ini datang menjemput kami.
|
Kereta Desert Safari yang datang menjemput kami di hotel. |
|
Perjalanan ke gurun untuk membuat Desert Safari |
|
Selfie dalam perjalanan ke gurun. |
Kami tak bersendirian membuat Desert Safari pada petang ini. Turut bersama kami adalah seorang lelaki muda dari negara China yang memperkenalkan dirinya sebagai Shen dan bossnya yang merupakan seorang wanita yang Myself tak ingat namanya. Shen mahir berbahasa Inggeris tetapi bossnya ni macam tak tahu langsung bercakap Inggeris. Semua komunikasi mereka dibuat menerusi Shen.
Selain dari itu, ada sepasang couple dari Australia yang baru bersara bernama John dan Nella. Mereka baru pulang dari bercuti naik cruise di Eropah dan singgah di Dubai dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka di Perth, Australia Barat.
Pemandu kami pula adalah seorang lelaki Arab yang bernama Mohammad. Dia tak banyak bercakap, tapi sangat cekap memandu. Berkali-kali Nella berpesan kepadanya supaya "get us home back safely".
|
Pemandangan gurun dah mula muncul dalam pandangan. |
|
Talian elektrik voltan tinggi di tengah gurun. |
|
Perhentian rehat untuk trak di lebuhraya. |
Ada banyak trak yang menggunakan sebahagian lebuhraya ketika itu. Kami diberitahu, trak di Dubai hanya boleh dipandu di lorong paling tepi. Pemandu trak akan disaman jika mereka memandu menggunakan lorong selain dari lorong yang ditetapkan. Patutlah sopan sangat pemandu-pemandu trak ni di sini.
|
Kita akan membuat U-Turn di depan sana untuk menuju ke Desert Camp bagi memulakan Desert Safari |
|
Pasir berwarna merah di gurun. |
|
Banyak dah kereta-kereta Desert Safari ni berkumpul di sana... |
Part 37: Desert Camp (1)
Selepas memandu kira-kira sejam dari Dubai, kami membuat persinggahan di sebuah Desert Camp. Ada pelbagai kemudahan disediakan di sini seperti sebuah mini market, tandas dan tempat berehat sebelum pengunjung memulakan adventure Desert Safari mereka.
|
Tiba di Desert Camp |
|
Woww, ramainya orang nak membuat Desert Safari petang ini! |
|
Inilah kenderaan Desert Safari kami. Lelaki Arab yang berjubah dekat kereta tu adalah pemandu kami, Mohammad. |
|
Bergambar dengan kenderaan kami. |
Bagi yang berminat, ada juga aktiviti menunggang kenderaan ATV di sini. Memandangkan tak ada seorang pun ahli kumpulan kami yang nak mencuba naik ATV, Mohammad hanya memberikan kami masa selama 20 minit saja di kem ini sebelum memulakan Desert Safari.
|
Pemandangan di tempat rehat Desert Camp |
|
Mini Market |
|
Angin bertiup agak kuat di sini. |
|
Penjual jagung bakar. |
|
Gelanggang ATV |
|
Macam seronok je naik ATV ni... |
|
Pemandangan lebih dekat kenderaan ATV. |
Bagi yang tak mencuba naik ATV, ada sebuah tempat pemerhatian disediakan di sini.
|
Melihat orang lain naik ATV. |
|
Tempat pemerhatian Gelanggang ATV |
|
Tandas Awam di Desert Camp |
|
Tempat rehat di Desert Camp |
|
Mereka semua ni pun nak membuat Desert Safari macam kami. |
|
Bergambar dengan Burung Helang |
|
Pemandangan di dalam khemah rehat |
Sambil pengunjung berehat, pemandu-pemandu Desert Safari akan menyiapkan kenderaan mereka. Perkara penting yang perlu mereka lakukan adalah mengurangkan tekanan angin di dalam tayar untuk memberikan lebih cengkaman sewaktu memandu di padang pasir.
|
Pemandu Desert Safari menyiapkan kenderaan masing-masing. |
|
Angin tayar perlu dikurangkan untuk memberi lebih cengkaman sewaktu bergerak di padang pasir. |
|
All set to go... |
Part 38: Desert Safari
Selepas 20 minit, Mohammad memanggil kami masuk ke kereta untuk memulakan Desert Safari. Memang berdebar masa ni bila kereta-kereta Desert Safari termasuk kereta kami berkonvoi beramai-ramai masuk ke dalam gurun di mana terdapat sand dunes yang besar dan tinggi di sana.
|
Bergerak masuk ke dalam gurun |
|
Excitement belum bermula masa ni... |
|
Mohammad meminta kami memakai talipinggang keledar ... |
|
Berkonvoi beramai-ramai ke tengah padang pasir. |
Kemudian bermulalah excitement yang sebenar. Pemandu-pemandu Desert Safari berebut-rebut mencari sand dune yang tinggi dan memecut naik ke atasnya bersama penumpang masing-masing. Kemudian kereta dibiar meluncur turun dengan laju dari atas sand dune. Sand Dune ni tinggi sangat dan tak stabil, jadi terhoyong-hayang kereta masa meluncur ke bawah. Takutnya masa ni, Tuhan saja yang tahu... hanya berserah kepada Allah dan kecekapan pemandu mengawal keretanya.
Masa awal tadi, John yang duduk kat depan sebelah Mohammad banyak juga berceloteh. Selepas beberapa ketika, dia pun terdiam tak berkata apa-apa sampai isterinya Nella yang duduk di sebelah kami beberapa kali bertanya: "Are you alright, John?"
|
Berebut-rebut nak naik ke atas Sand Dune. |
|
Pasir di atas sand dune ni tak stabil. Bila kereta yang berat duduk di atasnya, terus ia "runtuh" bersama-sama kereta dan penumpang di dalamnya. |
|
Beginilah pemandangan dalam Desert Safari. Kereta akan berkonvoi beramai-ramai membuat Desert Safari sebagai langkah keselamatan. |
|
Ngeri tengok kereta kat depan ni "jatuh" dari atas sebuah Sand Dune yang tinggi. Kereta kita pun beberapa kali kena begini. |
Sebenarnya ada beberapa kategori Desert Safari di UAE. Kebanyakan Desert Safari yang ditawarkan di Dubai adalah dari kategori novice. Kami diberitahu, kalau di sebelah Abu Dhabi sana, ada Desert Safari yang lebih hebat yang dikategorikan sebagai advanced.
Oleh kerana Desert Safari yang kami ikuti ini adalah kategori novice, selepas membuat beberapa aksi lagak ngeri, driver akan memandu dengan relax sikit untuk menenangkan penumpang. Ketika ini bolehlah kita menikmati keindahan sekitar di tengah padang pasir yang tandus ini.
|
Matahari dah mula nak terbenam di padang pasir. |
|
Telaga menggerudi minyak di tengah padang pasir |
Tapi bila dia nampak kita dah relax, terus Mohammad membawa kami memulakan lagi sekali aksi lagak ngeri yang seterusnya. Kali ini lebih hebat lagi sebab Mohammad membuat aksi Drift dengan laju di padang pasir. Kereta kami terangkat sebelah, rasa macam nak terbalik. Dahlah dia membuat Drift di cerun sand dune, pengalaman ini memang sangat menakutkan. Tak putus-putus kami mengucap dan berdoa di dalam hati. Walaupun pemandu-pemandu ni semuanya cekap dan mempunyai lesen untuk berbuat begini, dalam hati masih terasa yang kemalangan boleh berlaku.
|
Aksi Drift di padang pasir. |
|
Satu aksi Drift yang sempat dirakamkan dalam Desert Safari. |
Selepas 30 minit membuat Desert Safari, semua kereta berhenti berdekatan sebuah bukit pasir yang tinggi. Semua penumpang turun dari kenderaan masing-masing untuk menikmati pemandangan matahari terbenam di sini. Kesempatan ini juga diambil oleh pemandu-pemandu Desert Safari untuk mengisi kembali angin ke dalam tayar kereta masing-masing.
|
Berkumpul melihat matahari terbenam. |
|
Semua turun dari kenderaan masing-masing di sini. |
Sesuatu yang Myself perhatikan dari dulu lagi ialah matahari terbenam cukup cepat di padang pasir berbanding di Malaysia. Hanya selepas seminit dua, suasana sekitar dah terus menjadi gelap.
|
Matahari terbenam di padang pasir. |
|
Cantik, damai dan berangin sebenarnya. |
Di bukit inilah kita boleh merasai pengalaman berjalan di padang pasir. Susah tau nak berjalan di sini, macam berjalan dalam salji tebal di Mount Titlis di Switzerland dulu. Baru selangkah dua berjalan, kaki dah tenggelam kat dalam pasir. Jadi ramai yang berjalan berkaki ayam di sini untuk memudahkan pergerakan masing-masing.
Bukan sekadar kaki tenggelam dalam pasir di sini, angin juga cukup kuat bertiup di sini kerana padang pasir ni terbentang luas. Pasir halus berterbangan ke sekitar, sampai masuk ke dalam mata dan mulut.
|
Ramai yang mengambil kesempatan memanjat ke puncak bukit pasir ini, termasuklah kami berdua. |
|
Baru jalan dua langkah, kasut dah penuh dengan pasir begini. |
|
Aksi menyepak pasir yang tak menjadi. |
|
Memang penat bila akhirnya berjaya sampai ke puncak bukit. Angin lebih kuat bertiup di puncak bukit ini berbanding di bawah sana. |
|
Husband pun nak bergambar di puncak bukit. |
|
Nak turun dari bukit ni sebenarnya lebih mencabar dari memanjat naik ke sini. |
|
Aksi kita membrek dengan tak berhenti-henti sewaktu turun dari bukit pasir ni. |
|
Kumpulan Desert Safari kami dari tiga negara: John dan Nella dari Australia, Myself dan Husband dari Malaysia serta Shen dan bossnya dari China. |
Selepas matahari tenggelam, kami masuk kembali ke dalam kereta untuk keluar semula ke jalan raya. "Alhamdulillah", kami ucapkan bila Mohammad memberitahu yang tak ada lagi aksi lagak ngeri bermula dari sekarang. "Hallelujah", kata Nella.
|
Meninggalkan padang pasir menuju kembali ke Lebuhraya. |
Masing-masing menarik nafas lega bila kami tiba kembali ke Lebuhraya. Walaupun menakutkan ketika melaluinya, bagi Myself ini adalah satu pengalaman yang boleh dikatakan sekali seumur hidup.
Nella bertanya kepada Mohammad sama ada kemalangan pernah berlaku sewaktu Desert Safari? Kata Mohammad, sehingga kini tidak pernah berlaku kemalangan yang besar. Bagi Mohammad sendiri, yang pernah dialaminya hanya kemalangan kecil sebanyak dua kali yang mana dalam kedua-dua kejadian, bumper keretanya pecah sewaktu terlanggar sand dune semasa Safari.
|
Lega bila kembali ke Lebuhraya |
|
Suasana telah semakin gelap sewaktu kami tiba di Lebuhraya. |
Part 39: Desert Camp (2)
Pakej Desert Safari yang kami ikuti ini turut termasuk makan malam dan persembahan kebudayaan di sebuah Desert Camp. Desert Camp ini walau bagaimanapun, bukan Desert Camp yang sama sebelum kami membuat Desert Safari tadi.
|
Menuju ke Desert Camp yang kedua untuk makan malam. |
|
Tiba di Desert Camp |
|
Pintu masuk ke Desert Camp |
Ada sebuah pentas persembahan didirikan di tengah-tengah Desert Camp ini. Di sinilah persembahan kebudayaan Timur Tengah diadakan. Di sekeliling pentas disediakan tempat-tempat duduk untuk para tetamu. Semua tetamu kena duduk bersila di sini mengikut budaya Orang Arab.
Di sekeliling tempat duduk tetamu ini pula didirikan gerai-gerai souvenir serta tempat mengambil makanan. Ada sebuah gerai disediakan khusus untuk menjual minuman keras. Di sinilah UAE dengan Kuwait sangat berbeza. Penjualan arak dibenarkan di UAE, walaupun hanya di tempat-tempat tertentu. Kalau di Kuwait dulu, arak tidak dibenarkan langsung untuk dijual. Malah menjadi satu kesalahan membawa arak masuk ke Kuwait walaupun untuk kegunaan sendiri.
|
Pemandangan di dalam Desert Camp
|
|
Pentas persembahan di tengah-tengah Desert Camp |
|
Tempat duduk untuk tetamu di sekeliling pentas. |
Makanan dimasak hanya apabila tetamu telah tiba di Desert Camp selepas mereka menyelesaikan Desert Safari. Jadi sementara menunggu makanan dimasak, kami meninjau-ninjau gerai-gerai yang terdapat di sini.
|
Menunggu makanan disediakan |
|
Tempat rehat yang berbumbung di Desert Camp. |
|
Gerai Sand Art |
|
Pertama kali kami melihat Sand Art ini adalah sewaktu berkunjung ke Jordan dahulu. |
|
Kedai Henna |
|
Lukisan Henna |
Makanan dihidangkan secara berperingkat. Sebagai permulaan, hanya Falafel dan Shawarma yang dihidangkan kepada tetamu. Walau bagaimanapun, ia tidak dibawa ke meja. Sebaliknya, para tetamu perlu mengambilnya sendiri dari meja hidangan. Tiada had ditetapkan, kita boleh mengambil makanan ini sebanyak mana yang diingini.
|
Falafel (yang berbentuk bulat) dan Shawarma (yang berbungkus). |
Sambil itu ada seorang lelaki Arab yang berjalan sekeliling pentas membawa seekor Burung Helang untuk bergambar. Bayaran yang dikenakan untuk bergambar dengan burung ini adalah AED10 (RM11).
|
Bergambar dengan Helang. Mata Helang ini ditutup untuk mengelakkan ia ketakutan dengan suasana sekeliling dan menyerang pengunjung. |
Sambil menunggu Main Course siap dimasak, kita dihiburkan pula dengan beberapa persembahan kebudayaan. Persembahan dimulakan dengan tarian oleh dua orang penari lelaki.
Selepas itu, ada persembahan Belly Dancing. Ini bukanlah kali pertama Myself menonton persembahan Belly Dancing. Myself pernah menonton persembahan ini di Cairo dan Istanbul. Tapi kalau dibandingkan dengan semua persembahan yang pernah ditonton, Belly Dancing di Dubai inilah yang melampau seksi.
Walaupun Belly Dancing memang budaya orang Arab, penari di sini bukanlah berketurunan Arab. Kebanyakan Belly Dancer yang membuat persembahan di Dubai sebaliknya dibawa ke sini dari Eropah Timur yang rupa mereka ada iras-iras macam orang Arab juga. Persembahan Belly Dancing yang seksi ini diadakan setiap hari di serata tempat di Dubai, kecuali sepanjang bulan Ramadan setiap tahun.
Selepas Belly Dancer selesai membuat persembahan, barulah semua tetamu dijemput untuk mengambil Main Course makan malam. Makanan yang dihidang adalah makanan Arab.
|
Makan Malam dah sedia dihidang. |
|
Makanan perlu diambil sendiri di bawah khemah. |
|
Makan malam kita |
|
Husband mendengar John bercerita tentang pengalaman beliau bercuti ke Eropah. |
Sambil makan malam, para tetamu dipersembahkan pula dengan satu lagi tarian Arab yang bernama Tannoura. Tarian ini ditarikan oleh seorang penari lelaki yang berpusing-pusing di atas pentas sepanjang persembahan. Myself juga pernah menonton tarian ini semasa di Cairo. Sama seperti ketika itu, kita yang pening melihat dia menari berpusing-pusing dengan laju begitu.
Selepas persembahan Tannoura ini tamat, pengunjung mula meninggalkan Desert Camp untuk pulang ke hotel masing-masing.
|
Boleh juga naik unta di sini. |
|
Tempat menghisap Shisha |
|
Shisha |
|
Meninggalkan Desert Camp beramai-ramai |
|
Lampu Desert Camp ditutup sebaik pengunjung terakhir keluar dari sana. Macam nak halau kita balik cepat-cepat je ni... |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):