Saturday, 12 November 2016

2016 KUWAIT & UAE BHG. 09 (Bait Al-Othman 1)

Oktober 2016

MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi

Bahagian 9: Kuwait (8)
MARINA MALL & BAIT AL-OTHMAN MUSEUM (1)

HARI KEEMPAT (2)

Part 26: Marina Mall 

Selepas melawat Al Qurain Martyr Museum, kami kembali ke Kuwait City untuk makan tengahari. 

Kembali ke Kuwait City. Jalan agak sibuk kerana hari ini (Ahad) adalah hari bekerja di Kuwait City.
Teksi
Mural di bawah jambatan.
Pemandangan dalam perjalanan pulang ke Kuwait City.
Masih melalui jalan yang sama untuk pulang ke Kuwait City.
Kami telah datang ke sini untuk makan malam pada hari pertama di Kuwait dulu.
Restoran Beit Dickson
Disebabkan masih terlalu awal untuk makan tengahari ketika itu, Rakan Husband mencadangkan supaya kami berkunjung dulu ke Marina Mall yang terletak berdekatan dengan tempat makan tengahari kami.

Marina Mall
Pemandangan dekat Marina Mall
Shopping mall ini terdiri dari dua bangunan yang berasingan. Kedua-duanya disambung oleh sebuah jambatan kaca yang melintas sebatang jalan raya utama. 

Pemandangan di dalam Marina Mall
Jambatan Kaca yang menghubungkan kedua-dua bangunan Marina Mall
Pemandangan dari Jambatan Kaca Marina Mall
Pemandangan di penghujung Jambatan Kaca
Bangunan Marina Mall yang kedua di penghujung jambatan kaca terletak di tepi laut. Ia dinamakan Marina Crescent. Seperti juga di kebanyakan tempat di Kuwait City, di sini juga ada sebuah marina bot. 

Marina Crescent
Myself perhatikan selamba saja wanita-wanita Kuwait ni meletakkan beg-beg tangan mereka di atas meja sewaktu tengah makan. Tak risau pun jika handbag mereka diragut atau dilarikan.
Pemandangan di Marina Bot
Bangunan Marina Crescent ini bersambung sehingga ke seberang sana.
Close-up
Pokok kurma di tepi Boat Marina.
Jaring untuk mengumpulkan buah kurma yang masak ranum.

Part 27: Freej Swaeleh Restaurant

Bila tiba masa makan tengahari, Rakan Husband membawa kami ke Restoran Freej Swaeleh yang terletak di belakang Marina Mall.

Bangunan restoran.
Restoran Freej Swaeleh
Restoran ini terletak di tingkat atas bangunan.
Pintu masuk ke dalam restoran.
Jom kita masuk ke dalam.
Restoran Freej Swaeleh adalah sebuah restoran tradisional Arab Kuwait. Jadi peraturan tradisional Arab Kuwait terpakai di sini. Disebabkan group kami ada seorang perempuan (siapa ni agaknya?), kami tak boleh makan di ruang terbuka.

Pemandangan di dalam Restoran Freej Swaeleh.
Tapi kami tak boleh makan di sini...
Sebaliknya kami dibawa ke sebuah bilik kecil yang sempit dan terkurung. Penindasan kepada perempuan ni, kurung-kurung kita dalam bilik sempit begini bila nak makan di restoran!

Disebabkan dalam group kami ada perempuan, kami terpaksa makan di bilik sempit terkurung ini.
Bilik-bilik kecil yang disediakan untuk tetamu perempuan di Restoran Freej Swaeleh.
Pemandangan keseluruhan bilik-bilik kecil yang disediakan.
Makanan yang dihidangkan di Restoran Freej Swaeleh adalah makanan tradisional Arab Kuwait. Turut makan bersama kami di sini adalah seorang local staff di Kedutaan Malaysia di sini yang berasal dari Sri Lanka.

Hidangan yang special di sini adalah sup yang dihidang dalam bekas yang dibuat dari roti. Ada berbagai jenis sup dan semuanya sedap belaka. Husband paling suka minum sup dari roti ni.

Hidangan makan tengahari di Restoran Freej Swaeleh
Sup yang dihidang di dalam roti.
Husband cukup suka sup dalam roti ni.
Ulam special di Kuwait ~ Lemon dan Bawang Besar
Nasi Udang ni pun sentiasa ada di restoran-restoran makanan Kuwait.
Maksud sebenar Freej Swaeleh.
Selepas makan, kami dihidangkan pula dengan Teh Arab. Memang menarik melihat bagaimana Teh Arab ni dihidangkan kepada kita, tapi tetap tak boleh lawan cara penyediaan Teh Tarik di Malaysia.

Hidangan Teh Arab.
Bilik makan kami tadi.
Bergambar dengan waitress yang berasal dari Philippines.

Part 28: Kedutaan Malaysia, Kuwait

Selepas makan tengahari, kami mengikut Rakan Husband singgah sebentar di pejabatnya di Kedutaan Malaysia, Kuwait. Kedutaan kita ini terletak di Diplomatic Enclave di sebuah kawasan yang bernama Da'iya di Block 5, Kuwait City.

Kuwait City dibina dalam beberapa blok. Kedutaan Malaysia terletak di sebuah kawasan yang dinamakan Diplomatic Enclave yang terletak di Da'iya di Block 5.
Selain dari Kedutaan Malaysia, ada 11 kedutaan negara lain yang terdapat di Diplomatic Enclave ini. Kawasan ini dijaga rapi oleh Pasukan Keselamatan Kuwait dan terdapat larangan mengambil gambar di kawasan ini. Jadi, kita cuma dapat bergambar kenangan dalam pagar kawasan kedutaan sajalah. 

Cantik pejabat kedutaan ni, kalah ofis kita kat Malaysia
Embassy of Malaysia, Kuwait
Pagar Kedutaan Malaysia

Part 29 (1): Bait Al-Othman Museum (1)

Dalam tak sedar, kunjungan kami ke Kuwait dah hampir sampai ke penghujung. Malam ini adalah malam terakhir kami di sini. Pada malam itu, selepas solat Maghrib di rumah, Rakan Husband membawa kami ke Bait Al-Othman Museum yang terletak di sebuah kawasan yang bernama Hawally. 

Pemandangan dari tempat letak kereta Bait Al-Othman Museum
Muzium ini sangat menarik untuk dilawati. Satu kerugian kalau tak melawat ke sini jika berkesempatan berkunjung ke Kuwait.
Pintu masuk ke Bait Al-Othman Museum
Waktu melawat muzium
Penerangan mengenai sejarah penubuhan Bait Al-Othman Museum
Tiket masuk ke sini adalah KD2 (RM28). Muzium ini bukan sahaja memaparkan kebudayaan negara Kuwait, sejarah ringkas negara ini juga boleh dipelajari dengan melawat ke sini Sebaik masuk ke dalam, kita akan bertemu dengan sebuah dewan yang besar dan lapang.

Pemandangan pertama sebaik masuk ke Bait Al-Othman Museum
Pameran kapal sebaik masuk ke Bait Al-Othman Museum ini mengingatkan pengunjung tentang asal-usul Kuwait yang merupakan sebuah perkampungan nelayan.
Muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Jadi kita mulakan dengan Kuwait's Life Journey Museum.

KUWAIT'S LIFE JOURNEY MUSEUM


Kuwait's Life Journey Museum ini terdiri dari beberapa buah pameran di sekeliling dewan utama pintu masuk ke bangunan muzium ini. Ia memaparkan perjalanan kehidupan rakyat Kuwait sebelum minyak ditemui di negara ini. Ketika itu, kebanyakan rakyat Kuwait hidup nomad di padang pasir.

Khemah tetamu di Padang Pasir.
Pasar jualan di padang pasir.
Terperanjat bila melihat patung penjual wanita berpakaian serba hitam di dalam khemah ini. Menakutkan!
Husband mengintai ke dalam khemah.

KUWAIT AIRWAYS

Di sebelah pameran khemah pasar tradisional di padang pasir ini, ada pula pameran mengenai syarikat penerbangan kebangsaan Kuwait yang bernama Kuwait Airways. 

Pameran Kuwait Airways
Pintu masuk ke Pameran Kuwait Airways
Pakaian Peramugari Kuwait Airways sepanjang zaman.
Mencuba tempat duduk Business Class Kuwait Airways.
Uniform terkini Peramugari Kuwait Airways.
Pilot Kuwait Airways.
Kuwait Airways memulakan perkhidmatannya pada 16 Mac 1954. Penerbangan pertamanya adalah dari Kuwait ke Beirut (Lebanon), Damascus (Syria) dan Abadan (Iran).
Lapangan Terbang pertama di Kuwait dibina di atas padang pasir.
Macam tak percaya lapangan terbang macam ini pernah ada di dunia.

KUWAITI CURRENCIES

Matawang Kuwait yang dinamakan Kuwait Dinar adalah matawang yang tertinggi di dunia pada hari ini. Di pameran Kuwaiti Currencies, kita dapat mempelajari tentang evolusi matawang ini.

Pameran Kuwaiti Currencies.
Inilah benda-benda yang pernah digunakan sebagai matawang di Kuwait sebelum adanya matawang moden.
Belalang pun pernah menjadi matawang di Kuwait.
Sebelum Kuwait mempunyai matawangnya sendiri, Indian Rupees yang diperkenalkan oleh British sewaktu menjajah negara ini digunakan sebagai matawang rasmi.
Pameran matawang Kuwait sekarang (Kuwait Dinar). Disebabkan nilai matawangnya sangat tinggi, ada wang kertas 1/4 dan 1/2 Dinar yang dikeluarkan oleh Bank Negara Kuwait. Duit syiling di Kuwait dinamakan Fils di mana KD1 = 1000 Fils.

PAMERAN TELEKOMUNIKASI

Di sebelah pameran Kuwait Currencies, ada pameran mengenai telekomunikasi. Pelbagai peralatan komunikasi dipamerkan di sini.

Pameran Telekomunikasi
Nostalgia betul tengok telefon lama ni sebab rumah kita dulu-dulu pun pakai telefon begini.
Pelbagai peralatan radio dan telekomunikasi.
Sedih tengok mikrofon ni dah masuk muzium sebab ofis kita masih menggunakan peralatan ini...


Bersambung ke Bahagian 10 ...


CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):