Oktober 2016
MIDDLE EAST
Kuwait, Dubai & Abu Dhabi
Bahagian 10: Kuwait (9)
BAIT AL-OTHMAN MUSEUM (2)
HARI KEEMPAT (3)
Part 29(2) : Bait Al-Othman Museum (2)
Dalam entry ini kita masih bercerita tentang lawatan kami ke sebuah muzium yang unik dan menarik di Kuwait City yang bernama Bait Al-Othman Museum.
THE AMIRI DIWAN
Kuwait adalah sebuah negara beraja berpelembagaan yang diperintah oleh seorang Amir. Di bawah Perlembagaan Kuwait, Amir berkuasa untuk melantik Perdana Menteri yang seterusnya diberi kuasa untuk melantik kabinet yang membentuk kerajaan.
Putera Mahkota yang mewarisi takhta perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli National Assembly (Parlimen) Kuwait. Sekiranya Putera Mahkota tidak mendapat sokongan majoriti yang diperlukan, Amir perlu mengemukakan 3 nama baru calon yang bersesuaian dari kalangan anggota Keluarga Diraja untuk persetujuan semula National Assembly. Putera Mahkota akan mewarisi takhta Kuwait selepas kematian Amir yang memerintah.
|
Pameran The Amiri Diwan |
|
Amiri Diwan di Kuwait ini berfungsi seperti Majlis Raja-raja di Malaysia. |
|
Pemerintah sekarang, Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jabir Al-Sabah adalah Amir Kuwait yang ke-15. |
|
Salasilah Keluarga Diraja Kuwait. |
|
Model Seif Palace yang merupakan kediaman rasmi Amir Kuwait. |
|
Pemandangan Seif Palace dari sudut yang lain. |
PAMERAN PERANG
Kuwait pernah mengalami sejarah hitam apabila Perang Teluk bermula di negara ini pada bulan Ogos 1990 dengan pendudukan Iraq. Peristiwa ini juga diabadikan di Bait Al-Othman Museum. Ada beberapa bilik yang didedikasikan untuk pameran mengenai perang di muzium ini.
|
Perang Teluk |
|
Gambaran perang yang diberikan ringkas, tetapi menarik. |
|
Ramai rakyat Kuwait yang dijadikan Tawanan Perang (Prisoners-Of-War atau POW) oleh Tentera Iraq semasa Perang Teluk dan ruang ini didedikasikan untuk mereka. |
|
Kisah mengenai penderitaan POW dan keluarga mereka |
|
Keterangan di Pameran POW |
|
Kuwait National Guard |
|
Roket yang digunakan dalam Perang Teluk. Ia dibuat di negara France. |
Rakyat Kuwait yang terkorban dalam Perang Teluk dan Perang Kemerdekaan dari British juga diberi penghormatan di muzium ini.
|
Martyrs Bureau |
|
Replika Al-Qurain Museum yang kami lawati pagi tadi juga ada di muzium ini. |
|
Gambar Para Syahid Kuwait yang diabadikan di Muzium Bait Al-Othman. |
|
Sebahagian Para Syahid ini adalah rakyat biasa yang terbunuh bila rumah mereka dibedil oleh Tentera Iraq. |
KUWAITI HOUSE MUSEUM
Pameran Kuwaiti House Museum adalah salah sebuah ruang yang menarik di Bait Al-Othman Museum ini (Tapi bila difikirkan balik, semua ruang pameran kat muzium ini memang SANGAT menarik..) Ruang ini menunjukkan cara hidup tradisional Orang Kuwait selepas mereka menetap dan tidak lagi hidup nomad di Padang Pasir.
|
Ruang legar di pameran Kuwaiti House Museum |
|
Permainan kanak-kanak yang macam basikal ini dinamakan Al-Darbaha. |
|
Suasana tipikal di rumah perkampungan Kuwait. |
|
Reban ayam di belakang telaga. |
|
Ayam hidup yang dibela di dalam muzium ini untuk menghidupkan suasana perkampungan. |
|
Pinggan mangkuk kotor yang dikumpulkan di tepi telaga untuk dicuci. |
|
Penjual minyak tanah. |
Di sekitar ruang legar di Kuwaiti House Museum ini ada pelbagai bilik yang menunjukkan suasana tipikal di ruang tamu, dapur, bilik tidur dan pelbagai bilik lain dalam rumah seorang rakyat biasa. Patung-patung juga diletakkan dalam bilik ini untuk menghidupkan suasana.
Pada mulanya, Myself merayau sendiri saja melawat ke bilik-bilik di sini. Tapi bila banyak sangat bertemu dengan patung-patung wanita Arab yang berjilbab hitam dalam bilik-bilik ini, naik seram pulak kita. Buatnya patung ni bergerak pulak, mahu terjerit kita kat tengah-tengah muzium ni! Haih, terpaksalah kita berjalan membontoti Husband sebab seram dah nak berjalan seorang-seorang...
|
Dapur di rumah Kuwait. Patung perempuan berpakaian hitam di sinilah yang menyebabkan kita seram dah nak merayau seorang-seorang sebab ia kelihatan macam hidup dari belakang. |
|
Suasana bila tetamu wanita datang berkunjung. |
|
Bilik pengantin perempuan. |
|
Ruang rehat di bilik pengantin perempuan |
|
Bilik Mandi |
Oleh kerana masyarakat tradisi Kuwait adalah pelayar, pejabat saudagar perkapalan juga ditunjukkan di sini.
|
Marine's Museum |
|
Pemandangan di atas kapal. |
|
Model-model kapal yang dinamakan sebagai Boom. |
|
Alat-alat yang diguna untuk membina kapal agaknya ni. |
|
Saudagar kapal berdiri di luar pintu masuk ke pejabatnya. |
|
Pemandangan ke dalam pejabat saudagar |
|
Di sinilah Sang Saudagar bekerja. |
|
Perhiasan di dinding pejabat saudagar. |
|
Buku Hutang macam yang selalu dilihat dalam filem P. Ramlee. |
Kami juga diperkenalkan dengan satu tradisi Kuwait yang dinamakan Diwaniyah di sini. Adat ini bermula bila kaum lelaki berkumpul untuk bersosial di tengah padang pasir. Kemudian bila mereka tak lagi hidup nomad dan menetap di dalam rumah, ada dewan kecil yang dibina di dalam rumah mereka untuk mengekalkan tradisi ini. Di sekeliling dewan ini disediakan kerusi rehat dan juga tempat untuk membancuh teh yang diperlukan untuk mereka bergossip dengan selesa.
Diwaniyah ini adalah satu tarikan pengunjung ke negara Kuwait. Di serata Kuwait ada Diwaniyah yang dibuka untuk pelawat-pelawat asing bagi membolehkan mereka merasa budaya ini. Walau bagaimanapun, kami tak berkesempatan untuk menyertai Diwaniyah ini sebab kita bukan lama pun tinggal di Kuwait. Kami juga diberitahu, ada juga Diwaniyah yang disediakan khusus untuk wanita.
|
Diwaniyah |
|
Pemandangan ke dalam Diwaniyah. |
|
Peralatan untuk membancuh teh di dalam Diwaniyah. |
|
Peralatan untuk berbekam. |
Kemudian kita meninjau pula pameran Living Room. Walaupun Living Room ini nampak sikit-sikit macam Diwaniyah juga, ia sebenarnya dikhususkan untuk keluarga.
|
Pameran Living Room |
|
Pemandangan di dalam Living Room. |
|
Husband berjalan dalam Living Room. |
Bilik terakhir yang kami lawati di Kuwaiti House Museum ini adalah Kitchen Utensils Room di mana kita boleh melihat peralatan dapur tipikal yang digunakan di rumah-rumah Kuwait.
|
Kitchen Utensils Room |
|
Peralatan dapur tipikal di rumah Orang Kuwait |
|
Sebahagian peralatan ini juga biasa kita lihat di rumah Orang Melayu di Malaysia. |
|
Rumah Opah kita kat Malaysia dulu pun ada peralatan-peralatan ini. |
ISLAMIC COLLECTIBLES
Di penghujung Kuwaiti House Museum ada satu bilik yang menempatkan koleksi-koleksi Islam seperti kaligrafi, naskhah Al Quran dan pelbagai koleksi lain.
|
Islamic Collectibles |
|
Pameran Islamic Collectibles |
|
Al Quran gergasi. |
|
Perhiasan pada bumbung masjid |
Bersambung ke Bahagian 11...
CATATAN PERJALANAN (KUWAIT, DUBAI & ABU DHABI 2016):