Januari 2025
MIDDLE EAST
Qatar & Oman
[OMAN: Muscat, Nizwa, Dibab, Tiwi & Mutrah]
Bahagian 23: Oman
MUSCAT (Mutrah Tour)
HARI KELAPAN (4)
Part 66: Al Alam Palace
Dari Bait Al Zubair Museum, Maher membawa kami menuju ke sebuah istana yang bernama Al Alam Palace.
![]() |
Mutrah |
![]() |
Kota pertahanan Portugis di Mutrah |
Al Alam Palace (Qasar Al Alam) adalah istana adat dan istana tetamu Sultan Oman. Ia sering digunakan dalam istiadat-istiadat seperti sambutan rasmi ketua-ketua negara asing yang datang melawat ke Oman. Majlis perkahwinan Diraja juga sering diadakan di sini.
![]() |
Al Alam Palace |
![]() |
Bangunan Kerajaan yang bertentangan dengan Istana Al Alam |
![]() |
Pintu gerbang laluan kenderaan dekat Al Alam Palace |
Al Alam Palace ini tidaklah besar sangat jika dibandingkan dengan istana-istana lain di dunia. Ia juga tidak boleh dimasuki. Pengunjung cuma boleh melihat istana ini dari luar pagar sahaja.
![]() |
Istana Al Alam cuma boleh dilihat dari luar pagar sahaja |
![]() |
Pagar istana |
![]() |
Balkoni Istana Al Alam |
Walaupun istana ini tidak boleh dimasuki, ada sebuah taman di depannya yang boleh dilawati. Taman ini dipenuhi dengan bunga-bungaan yang cantik.
![]() |
Berjalan menuju ke taman istana |
![]() |
Taman Istana Al Alam |
![]() |
Berehat-rehat di taman Istana Al Alam |
Di belakang Istana Al Alam, ada sebuah kota lama Portugis yang bernama Fort Mirani.
![]() |
Pemandangan Fort Mirani dari taman istana |
![]() |
Close-up pemandangan Fort Mirani |
Part 67: Fort Mirani & Fort Al Jalali
Mutrah terkenal dengan kota-kota pertahanan yang dibina oleh Orang Portugis pada masa dahulu. Maher membawa kami ke belakang Al Alam Palace untuk melihat pemandangan kota-kota ini dengan lebih dekat.
![]() |
Memandu ke belakang Istana Al Alam untuk melihat pemandangan kota-kota Portugis |
![]() |
Qasar Al Alam Street |
![]() |
Masjid Al Khor di belakang Al Alam Palace |
![]() |
Pintu belakang Istana Al Alam |
![]() |
Mengintai ke dalam istana melalui pintu belakang |
![]() |
Pemandangan Istana Al Alam dari belakang |
![]() |
Lambang Diraja Oman pada pintu pagar |
![]() |
Berposing dengan Lambang Diraja Oman |
Ada beberapa buah kota Portugis di Mutrah dan dua yang paling terkenal adalah Fort Mirani dan Fort Al Jalali. Lokasi Al Alam Palace terletak di antara kedua kota ini.
![]() |
Fort Mirani yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Al Alam Palace |
![]() |
Pemandangan menghala Fort Al Jalali dengan ombak yang menghempas |
Kedua-dua kota Fort Mirani dan Fort Al Jalali ini dibina sewaktu Portugis menakluk Muscat pada kurun ke-16 Masehi. Kedua-dua kota ini boleh dimasuki dengan dikenakan bayaran tetapi kami tidak berbuat begitu. Cukuplah dengan sekadar melihat kota ini dari luar.
![]() |
Fort Mirani |
Fort Mirani dibina Portugis pada tahun 1507. Nama Mirani adalah berasal dari perkataan Portugis "Mirante" yang bermaksud "Menara". Ia juga turut dikenali sebagai Forte do Almirante sewaktu di zaman pemerintahan Portugis. Kota ini telah ditawan dan dimusnahkan oleh orang Oman pada tahun 1552. Namun demikian, ia berjaya ditawan semula oleh Portugis yang membinanya semula.
![]() |
Satu lagi pemandangan Fort Mirani |
Selepas melihat Fort Mirani, kita alihkan pula pandangan kepada Fort Al Jalali di kejauhan. Kota yang dikenali sebagai Forte de São João di bawah pemerintahan Portugis ini telah dibina pada tahun 1507.
![]() |
Fort Al Jalali |
![]() |
Sebahagian Fort Al Jalali |
![]() |
Pandangan lebih dekat Fort Al Jalali. Ada banyak graffiti tulisan nama-nama kapal penjajah lampau yang pernah singgah di Muscat ditulis pada batu di Fort Al Jalali. |
Part 68: Riyam Park
Persinggahan seterusnya adalah ke sebuah taman awam di tepi laut yang bernama Riyam Park.
![]() |
Mutrah Gate |
![]() |
Mutrah |
![]() |
Riyam Park |
![]() |
Kawasan rekreasi di Riyam Park |
Persinggahan di Riyam Park adalah sebenarnya persinggahan singkat untuk membolehkan kami melihat sebuah landmark popular Riyam Censer dengan lebih dekat. Riyam Censer adalah sebenarnya sebuah lookout point di atas sebuah bukit yang dibina menyerupai bekas pembakaran kemenyan. Orang Oman sangat berbangga dengan tradisi membakar kemenyan ini. Mereka memang akan cuba menonjolkan tradisi ini di mana-mana jua.
![]() |
Pemandangan dari Riyam Park |
![]() |
Riyam Censer |
![]() |
Menara pertahanan lama berhampiran Riyam Censer |
![]() |
Tangga naik ke menara |
![]() |
Tempat rehat di Riyam Park |
![]() |
Pemandangan kapal cruise yang berlabuh di Sultan Qaboos Port dari Riyam Park |
![]() |
Meninggalkan Riyam Park |
![]() |
Bunga-bunga cantik |
Part 69: Mutrah Corniche & Mutrah Souq
Lawatan terakhir di Mutrah adalah ke Mutrah Souq.
Sebelum masuk ke Mutrah Souq, kita melawat dulu ke Mutrah Corniche yang terletak di hadapannya.
![]() |
Mutrah Corniche |
![]() |
Bersiar-siar di Mutrah Corniche |
![]() |
Teluk Oman |
![]() |
Bergambar di Mutrah Corniche |
![]() |
Ombak menghempas di tepian pantai |
![]() |
Kapal Layar milik Sultan Oman |
![]() |
Kapal tradisional yang dinamakan Dhow |
Selepas dah puas melawat Corniche, barulah kita masuk ke Mutrah Souq.
![]() |
Mutrah Souq |
![]() |
Pandangan dekat Mutrah Souq |
![]() |
Peta Mutrah |
Mutrah Souq adalah souq yang tertua di Oman. Suasana di Mutrah Souq tidak banyak berbeza dengan Nizwa Souq yang kami lawati dulu. Cuma bezanya pekerja di Souq ini banyak terdiri dari warga asing, tidak seperti pekerja di Nizwa Souq dulu yang rata-rata terdiri dari rakyat Oman sendiri.
![]() |
Berjalan masuk ke Mutrah Souq |
![]() |
Pemandangan di Mutrah Souq |
![]() |
Pelbagai souvenir yang dijual |
![]() |
Ukiran kota Mutrah |
![]() |
Masuk ke dalam Souq |
![]() |
Maher memperkenalkan Kemenyan Oman kepada kami |
![]() |
Mengipas-ngipas asap kemenyan untuk dinikmati baunya |
![]() |
Chandelier antik |
![]() |
Berjalan-jalan di Mutrah Souq |
![]() |
Pekerja-pekerja di Mutrah Souq banyak yang terdiri dari warga asing |
![]() |
Persimpangan di Mutrah Souq |
![]() |
Bergambar di Mutrah Souq |
Kami tidak berlama-lama di Mutrah Souq kerana perlu kembali ke Muscat. Maklumlah, dah semakin hampir masa bagi kami meninggalkan Oman untuk kembali ke Malaysia.
![]() |
Stesen Pengecas EV |
![]() |
Berjalan ke kereta |
Bersambung ke Bahagian 24...
CATATAN PERJALANAN QATAR & OMAN (2025):
- Bhg. 01 (Hari-1) : Qatar (Kuala Lumpur - Doha)
- Bhg. 02 (Hari-1) : Doha (Souq Waqif)
- Bhg. 03 (Hari-2) : Doha (Katara Cultural Village)
- Bhg. 04 (Hari-2) : Inland Sea (Desert Safari)
- Bhg. 05 (Hari-2) : Doha (Doha Corniche)
- Bhg. 06 (Hari-3) : Lusail (Lusail Marina & Place Vendôme)
- Bhg. 07 (Hari-3) : Pearl Island (Qanat Quartier & Porto Arabia)
- Bhg. 08 (Hari-4) : Doha (Civic Plaza & Doha Metro)
- Bhg. 09 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 1)
- Bhg. 10 (Hari-4) : Doha (Doha Bus - 2)
- Bhg. 11 (Hari-4) : Doha (Old Doha Port)
- Bhg. 12 (Hari-5) : Oman (Doha - Muscat)
- Bhg. 13 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Souq)
- Bhg. 14 (Hari-6) : Nizwa (Nizwa Fort)
- Bhg. 15 (Hari-6) : Nizwa (Al Aqur & Misfat Al A'briyeen)
- Bhg. 16 (Hari-7) : Dibab (Bimmah Sinkhole & White Sands Beach)
- Bhg. 17 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Shab)
- Bhg. 18 (Hari-7) : Tiwi (Wadi Tiwi)
- Bhg. 19 (Hari-7) : Muscat (Oman Avenues Mall)
- Bhg. 20 (Hari-8) : Muscat (Muscat City Tour)
- Bhg. 21 (Hari-8) : Muscat (Sultan Qaboos Mosque)
- Bhg. 22 (Hari-8) : Muscat (Bait Al Zubair Museum)
- Bhg. 23 (Hari-8) : Muscat (Mutrah Tour)
- Bhg. 24 (Hari-8) : Pulang (Muscat - Doha - Kuala Lumpur)