Februari 2024
ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah
Bahagian 1: Kuala Lumpur - Jeddah
PERJALANAN KE TANAH SUCI
Part 1: Lambaian Kaabah Kali Keenam
Masa berlalu dan dah sampai masa bagi Husband mencecah usia bersara. Perkara pertama yang menjadi hasrat Husband setelah bersara adalah menunaikan Umrah di Tanah Suci. Disebabkan dia dah boleh mengeluarkan simpanan KWSP, dia berhasrat nak sponsor isteri juga menunaikan Umrah bersama. Alhamdulillah, Allah SWT merestui hasrat murni Husband. Maka pada bulan Februari 2024, kami bersama-sama menunaikan Umrah lagi ke Tanah Suci.
|
Panggilan Umrah 2024 (Kredit: Freepik) |
Kebanyakan orang akan memilih untuk menunaikan Umrah dengan berkunjung terlebih dahulu ke kota Madinah. Walau bagaimanapun disebabkan pengalaman menunaikan ibadah Haji pada tahun 2006 dulu, Myself dan Husband lebih selesa kalau perjalanan Umrah kami bermula dari Makkah dan berakhir di Madinah. Inilah juga yang telah kami laksanakan dalam perjalanan Umrah kami yang sebelum ini pada tahun 2017.
Satu perkara lain yang perlu kami ambilkira dalam perjalanan Umrah pada kali ini adalah jarak hotel ke masjid. Jika sebelum ini jarak hotel 300-600 meter dari masjid tidak menjadi masalah, pada usia emas begini ia menjadi masalah. Oleh yang demikian, kami memilih hotel yang berjarak kira-kira 50 meter dari masjid. Bak kata seorang rakan, macam golek-golek dah terus sampai masjid. Hotel yang dekat begini memanglah hotel yang super mahal, tetapi terima sajalah hakikat ini disebabkan ia dah menjadi satu keperluan. Tapi betulkah golek-golek dah terus sampai masjid? Kita tengoklah nanti...
Dengan begitu banyak consideration, pemilihan pakej perjalanan Umrah kami kali ini menjadi mencabar. Dalam banyak-banyak kriteria itu, yang paling mencabar ialah nak mencari pakej Umrah yang masuk terus ke Makkah dan bukan ke Madinah dahulu. Ini adalah kerana bagi mana-mana agensi jua boleh dikatakan dari setiap 50 perjalanan Umrah, cuma 1 saja yang membuat perjalanan masuk terus ke Makkah terlebih dahulu. Namun bila niat kita suci, Allah akan mempermudahkan usaha itu. Setelah mencari-cari kami bertemu dengan Pakej Umrah Safwah anjuran syarikat Azzuha yang berlangsung dari 2-12 Februari 2024.
|
Pejabat Syarikat Azzuha di Bandar Seri Putera |
|
Suasana di dalam pejabat Azzuha |
|
Berurusan dengan staff di pejabat Azzuha yang sangat membantu |
Tidak seperti perjalanan ke tempat lain, perjalanan Umrah adalah perjalanan rohani. Jadi persediaan nak membuat perjalanan Umrah berbeza dengan persediaan perjalanan ke tempat lain. Jika perjalanan ke destinasi yang lain kita boleh main redah saja tanpa sebarang ilmu pengetahuan tentang tempat tersebut, kita tidak boleh berbuat begitu kalau nak membuat Umrah. Kita kena tahu apa rukun dan syarat-syarat wajib Umrah kerana sekiranya rukun dan syarat-syarat ini dilanggar, mungkin kita akan berdosa sepanjang hayat. Oleh yang demikian, berusahalah untuk hadir ke Kursus Umrah terutama untuk orang yang pertama kali sampai ke Makkah dan Madinah. Bagi orang seperti kami yang dah pernah membuat Haji dan dah berkali-kali membuat Umrah juga, tidak seharusnya memandang ringan kehadiran ke Kursus Umrah ini kerana manusia bersifat pelupa. Kena refresh balik semua ilmu yang pernah dipelajari.
|
Kursus Umrah yang kami hadiri di Surau Al Amin, Taman Alam Indah, Seksyen 33, Shah Alam |
Satu keperluan juga untuk membuat Umrah adalah memohon visa dari Kerajaan Arab Saudi. Pada masa sekarang ada 2 jenis visa yang disediakan: Visa Umrah dan Visa Pelancong. Kebanyakan agensi akan berusaha seboleh-bolehnya untuk mendapatkan Visa Umrah untuk tetamu mereka. Ini adalah kerana pemegang Visa Umrah akan mendapat kelebihan seperti boleh menerima rawatan percuma di hospital Kerajaan di Arab Saudi dan juga mendapat kebenaran untuk membawa pulang Air Zamzam ke Malaysia. Pemegang Visa Pelancong tidak mendapat kelebihan ini. Satu pengalaman menarik sewaktu membuat permohonan ini adalah kita perlu mendaftarkan kesemua 10 jari kita menggunakan apps yang disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
|
Panduan mendaftar cap jari untuk Visa Umrah |
Memang mencabar nak mendaftar kesemua 10 cap jari dalam Saudi Visa Bio Apps ini. Mujurlah Myself mendapat consultation dari seorang rakan yang baru balik menunaikan Umrah yang juga dah pernah menggunakan apps tersebut. Itu pun tetap hampir 2 jam dan selepas 6 percubaan baru berjaya. Macam nak terpele'ot tangan dan jari kita dibuatnya. Selepas mendapat confirmation berjaya, terus rasa macam nak buat kenduri, hahaha!!
Selepas kita dah berjaya, kita tolong pulak menjadi consultant kepada Husband mendaftar cap jari selepas balik dari ofis. Sekali percubaan saja dan tak sampai pun setengah sejam, terus dia berjaya. Tak adil sungguh!
|
Confirmation berjaya mendaftar cap jari |
Satu lagi yang kami lakukan ialah mengambil suntikan Menangitis Menangococcal. Suntikan ini adalah wajib diambil sewaktu kami membuat Haji dulu tetapi sekarang macam dah tak lagi diwajibkan. Kami walau bagaimanapun tetap mengambil suntikan ini secara sukarela berdasarkan pengalaman membuat Haji dulu. Maklum sajalah kita akan bersesak-sesak dengan jemaah yang datang dari seluruh dunia yang kita tak tahu tahap kesihatan mereka serta ditambah dengan wabak Covid yang semakin membuat kemunculan semula. Disebabkan vaksin Covid baru belum ada dalam stok di Malaysia sewaktu kami pergi Umrah kali ini, kita ambil sajalah dulu vaksin influenza untuk perlindungan tambahan.
|
Suntikan Menangitis Menangococcal |
Seperti juga dalam perjalanan Umrah yang terdahulu, penantian Visa Umrah adalah satu penyiksaan. Bila dimaklumkan yang Visa Umrah kita dah lulus, barulah bersemangat kita nak packing bagasi. Semoga perjalanan kita dipermudahkan dan dijauhkan dari sebarang halangan dan keuzuran.
Dua hari sebelum berlepas juga pihak Azzuha mengatur satu video conference taklimat perjalanan di antara semua peserta dengan Pembimbing Umrah kami, Ustaz Azli. Kami juga diberi penerangan yang jelas mengenai perjalanan yang akan kami lalui.
Part 2: Perjalanan Ke KLIA
Penerbangan Umrah kami Saudia SV 841 dijadualkan berlepas pada Hari Jumaat, 2 Februari 2024 @ 2.15 pagi. Maka, semua peserta rombongan diminta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 Februari 2024 @ 9 malam. Dengan mengambilkira kemudahan untuk dinner serta Solat Jamak Maghrib dan Isyak di KLIA sendiri, perjalanan kami dari rumah pula terpaksa bermula pada pukul 5.30 petang.
|
Naik Grab ke KLIA |
|
Perjalanan ke KLIA |
|
Dalam Grab ke KLIA |
|
Mutawif kami, Ustaz Azli Nasron |
Menurut Mutawif kami, disebabkan perjalanan kami bermula pada Hari Jumaat, kami dijangka tiba di kota Makkah pada waktu tengahari. Memandangkan jalan-jalan berhampiran Masjidil Haram ditutup awal untuk Solat Jumaat, beliau menjangka kami tidak dapat masuk ke Makkah untuk Solat Jumaat pada hari itu. Oleh yang demikian, aturan akan dibuat supaya kami akan bersolat Jumaat di Masjid Siti Aisyah di Tana'im yang juga merupakan Miqat bagi penduduk Makkah yang ingin membuat Umrah.
Disebabkan perjalanan Umrah kami juga bermula terus ke Makkah, Ustaz Azli turut mengingatkan para Jemaah supaya memakai pakaian ihram sebaik-baiknya dari KLIA. Ini adalah kerana kami akan melalui Miqat Qarnul Manazil sewaktu dalam penerbangan lagi sebelum mendarat di Jeddah. Ustaz turut mengingatkan kami supaya tidak memakai perfume kerana ia adalah larangan dalam ihram.
Selepas selesai penerangan dari Ustaz Azli, kami diminta terus check-in di kaunter Saudia. Myself dan Husband memang tabik kepada petugas Azzuha di sini kerana mereka telah menyiapkan boarding pass semua jemaah sebelum kami beratur lagi untuk check-in. Petugas mereka juga ada di mana-mana untuk membantu para jemaah.
|
Petugas Azzuha dah sedia menanti di kaunter check-in Saudia di KLIA |
Sesuatu yang kami nak puji juga tentang pengurusan Azzuha ialah mereka telah siap-siap mengatur tempat duduk setiap jemaah mengikut pasangan dan kumpulan kecil masing-masing. Seperti yang Myself ceritakan di awal tadi, ini adalah perjalanan Umrah kami yang ke-6. Dalam 5 perjalanan Umrah sebelum ini, tiket disediakan oleh agensi umrah secara Group Ticket yang mana tempat duduknya pasti akan bertaburan secara rawak. Selepas itu, pandai-pandailah kita kena mengatur semula seat untuk duduk bersama pasangan atau keluarga masing-masing. Dengan Azzuha, semuanya telah siap teratur dari mula sewaktu penerbangan pergi dan kembali.
|
Beratur untuk check-in |
|
Boarding Pass dari KL ke Jeddah |
|
Husband bergambar dengan petugas Azzuha |
|
Perlepasan Antarabangsa |
|
Menuju Pemeriksaan Imigresen |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):
No comments:
New comments are not allowed.