Sunday, 20 March 2022

2022 MIRI & KUCHING BHG. 20 (KCH - KUL)

Februari 2022

SARAWAK, MALAYSIA
Miri & Kuching

Bahagian 20 : Pulang
KUCHING - KUALA LUMPUR

HARI KELIMA

Part 51: Pagi Terakhir di Grand Margherita

Walaupun masih penat berjalan di Taman Negara Bako semalam, kami tetap bangun awal pada hari ini. Maklumlah, kalau mengembara ke Sabah, Labuan dan Sarawak memang kena bangun awal pagi sebab waktu Subuh dan Syuruk masuk awal di sini. Perbezaan waktu solat di Miri dengan Semenanjung Malaysia adalah kira-kira 1 jam lebih awal. Di Kuching yang lebih dekat dengan Semenanjung Malaysia, perbezaan waktu solatnya cuma kira-kira 30 minit.

Pagi terakhir di Sarawak pada hari ini juga kami lalui dengan sakit-sakit kaki bila bangun dari tidur. Mana tidaknya, boleh dikatakan selama 2 hari back-to-back kami mengembara membuat hiking di Gua Niah dan Taman Negara Bako tanpa persediaan yang sewajarnya. Namun walaupun sakit-sakit kaki ia tetap memberikan satu kepuasan kepada kami kerana dapat melihat keindahan bumi Sarawak yang tidak pernah dinikmati selama ini.

Selamat Pagi, Sungai Sarawak
Pemandangan yang akan dirindui selepas kami pulang ke KL.
Kami akan pulang ke Kuala Lumpur pada pagi ini dengan pesawat yang dijadualkan berlepas dari Kuching pada pukul 10.55 pagi. Disebabkan kami dah menempah teksi untuk membawa kami ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 7.45 pagi, kami turun breakfast di restoran Hotel Grand Margherita pada pukul 6.30 pagi sebaik ia dibuka. Ada beberapa penginap yang juga turun awal bersama kami. Mesti mereka juga nak mengejar flight keluar dari Kuching awal pagi seperti kami.
 
Seperti yang dijanjikan ada teksi dah menunggu kami tepat pada pukul 7.45 pagi.
 
Nak balik ke KL pagi ini
Teksi dah sedia nak membawa kami ke Airport

Part 52 : Kuching Airport

Kuching kami tinggalkan dengan kenangan yang manis. Memang seronok bercuti di Sarawak dan kami dah menyimpan cita-cita nak bercuti lagi ke sini satu hari nanti. Kalau tema perjalanan kali ini adalah Bersatu Dengan Alam, tema perjalanan seterusnya mungkin Cultural Sarawak. Teringin sebenarnya nak melawat ke Rumah Panjang di Sarawak, tetapi keadaan pandemik yang masih melanda tidak mengizinkan kami berbuat demikian pada percutian kali ini kerana rumah-rumah panjang yang boleh dilawat tidak menerima tetamu.

Meninggalkan bandaraya Kuching
Perjalanan dengan teksi dari Hotel Grand Margherita ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching memakan masa 45 minit. Pemandu teksi kami adalah seorang pemuda Cina yang bernama Nick. Walaupun hari ini masih Cuti Tahun Baru Cina, Nick memilih untuk keluar bekerja kerana tak ada apa yang hendak dibuat di rumah katanya.

City One Mega Mall
Sebaik sampai di Airport kami terus check-in di kaunter Malaysia Airlines. Tak seperti Air Asia yang memaksa semua passenger mereka check-in awal, kalau naik Malaysia Airlines begini memang tak ada masalah untuk check-in di airport saja. Urusan juga cukup mudah kerana tak ramai orang di kaunter.
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Check-in di kaunter Malaysia Airlines
Lepas itu kita tinjau-tinjau dulu suasana di dalam airport. Sejak PKP ditamatkan suasana airport memang dah kembali meriah. Terbayang kenangan betapa sepinya suasana di KLIA2 sewaktu kami travel dengan Air Asia ke Kuala Terengganu dulu. Walaupun dah tak ada PKP sekarang, SOP masih perlu dipatuhi untuk mengelak dari jangkitan Covid-19.
 
Oleh kerana tak ada tempat menunggu yang best di bahagian luar ini, kami membuat keputusan untuk terus masuk ke Kawasan Perlepasan. Perlepasan dari Kuching kembali ke Kuala Lumpur adalah dikira sebagai Pelepasan Antarabangsa. Jadi kenalah melalui Pemeriksaan Imigresen. Di sini juga kita perlu menyerahkan kembali kertas visa yang diberi sewaktu kita tiba di airport Miri dulu.
 
Perlepasan Antarabangsa
Ruang menunggu di kawasan perlepasan
Disebabkan badan dan kaki masih penat selepas hiking di Gua Niah dan Taman Negara Bako, kita urut-urut dulu.
Sesuatu yang best berkenaan Airport Kuching ialah ada Food Court dalam kawasan perlepasan. Disebabkan kami dah breakfast di hotel pagi tadi, kita cuma duduk makan makanan ringan sambil minum teh saja di sini.
  
Food Court di Airport Kuching
Berbagai gerai ada di sini.
Suasana di dalam Food Court
Makanan tradisional Sarawak
Gerai minuman
Pau dan Teh Tarik
Dah dekat-dekat waktu berlepas barulah kami bergerak ke Pintu Perlepasan yang sebenar.

Perhiasan tradisional di Airport Kuching
Singgah kejap bergambar di Rumah Panjang
Maklumat penerbangan kami
Pesawat yang akan membawa kami pulang ke Kuala Lumpur
Pintu Perlepasan
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Pemandangan dari dalam pesawat

Part 53 : Dari Kuching Terbang Ke KL

Tepat mengikut jadual, pesawat Malaysia Airlines MH 2543 bertolak dari Kuching menuju ke Kuala Lumpur tepat pada pukul 10.55 pagi. Maka berakhirlah percutian indah kami ke Bumi Kenyalang ini.

Bersedia untuk take-off
Goodbye, Kuching!
Bumi Kenyalang
Meninggalkan Kuching
Bumi Sarawak di sebalik awan
Menuju ke Laut China Selatan
Meninggalkan Pulau Borneo
Penerbangan dari Kuching menuju ke Kuala Lumpur memakan masa 1 jam 35 minit. Sajian penerbangan dihidangkan sewaktu pesawat sedang terbang di atas Laut China Selatan. Disebabkan penerbangan ini lebih sejam, adalah makanan berat yang disediakan dalam sajian penerbangan.

Laut China Selatan
Sajian Penerbangan
Nasi Putih + Ayam Kurma
Nasi Putih + Kari Ikan
Berdebar juga sikit bila pesawat kami mengalami turbulence di atas Laut China Selatan. Maklumlah dah lama tak fly. 

Terbang merentas Laut China Selatan
Satu pemandangan menarik yang dapat diperhatikan dari atas pesawat ketika merentas Laut China Selatan ini ialah Pulau Natuna, Indonesia. Nampak cantik sangat pulau ini dipandang dari kapalterbang. Kalau dapat berwisata di Pulau Natuna, mesti pemandangannya juga cantik di situ, kan?
 
Pulau Natuna, Indonesia
Pulau Natuna memang nampak cantik dari udara
Selepas terbang lebih sejam, kita tiba kembali ke Semenanjung Malaysia.

Menuju ke Semenanjung Malaysia
Menghampiri Semenanjung Malaysia
Tiba di Semenanjung Malaysia
Tiba di Negeri Pahang
Pemandangan Pahang di celah awan
Cuaca cukup baik di Semenanjung Malaysia hari ini
Membuat penerbangan turun
Lebuhraya
Hampir tiba di Kuala Lumpur
Alhamdulillah, kami selamat sampai di KLIA pada pukul 12.30 tengahari. Kalau dulu-dulu sebelum tahun 1982, kita dah kena betulkan jam kita ~ lewatkan 30 minit ~ sekarang. Hahaha! Mungkin ada pembaca generasi baru tak tahu yang Sabah, Labuan dan Sarawak pernah mempunyai zon waktu berbeza yang cepat 30 minit dari Semenanjung Malaysia pada masa dulu. Waktu itu, kalau tengok TV di RTM (waktu itu Astro belum diperkenalkan) sebelum siaran Berita, selalu ada ditunjukkan Waktu Malaysia Barat dan Waktu Malaysia Timur. Waktu ini telah diseragamkan sebagai 1 zon waktu sahaja pada 1 Januari 1982 di mana waktu di Semenanjung Malaysia dipercepatkan selama 30 minit mengikut waktu di Sabah, Labuan dan Sarawak. Masa itu kita masih sekolah rendah. Marah sungguh sebab tiba-tiba kena pergi ke sekolah setengah jam lebih awal. Itulah kenangan lalu yang tak pernah kita lupakan.

Mendarat di KLIA
Pesawat-pesawat di KLIA
Terminal KLIA1
Berakhir sebuah perjalanan



No comments: